Terciptanya sejarah

Hikayat Suho Mewangsa

Termenungnya Raja Suho Mewangsa melihat kapal yang ada di atas darat itu, jadi Tuanku pun terlintaslah satu fikiran.

 

“Apa kata Beta namakan tempat ini sebagai Pulau Kapal Di Atas Darat?” tanya Raja Suho Mewangsa kepada semua Palembang-palembangnya. Sekali lagi, adanya Palembang Raja Suho Mewangsa tidak di endah akan soalan pertanyaan Raja Suho Mewangsa.

 

Sibuknya Palembang semua sedang berbual-bual dan bermain-main dengan Hang lima bersaudara.

 

“Sudahlah semua, Beta memang sudah murka akan kalian semua, Beta tidak teragak-agak ingin memancung kepala kamu semua di sini jugak,”Raja Suho Mewangsa memberi amaran tegas kepada Palembangnya. Adanya lagi amaran itu tidak pula dihiraukan oleh semua Palembangnya.

 

“Rileklah wahai Tuanku, apa kata engkau join Beta bersatapan sambil melihat kerenah anak buah mu itu,” pelawa Raja Kris Pasu Bunga. Adanya Raja Kris Pasu Bunga sedang mempelawa Raja Suho Mewangsa untuk bersatapan di atas tikar mengkuang yang di hampar di pulau itu.

 

Terimanya akan pelawaan itu, Raja Suho Mewangsa duduk bersila bersama dengan Raja Kris Pasu Bunga.

 

“Apakah yang Tuanku sedang buat?” soal Raja Suho Mewangsa. Adanya Raja suho Mewangsa melihat akan keadaan di mana Raja Kris Pasu Bunga sedang menghiris buah pinang, keadaan itu ibarat bagaikan pinang di belah dua, adanya pepatah itu dikatakan oleh Raja Suho Mewangsa tidak kena langsung dengan keadaan sekarang.

 

“Beta hendak makan sireh, adakah Tuanku tidak pernah makan sireh? Inikan makanan tradisi kita,” kata Raja Kris Mewangsa. Adanya Raja Kris Mewangsa sedang mengulungkan sireh itu bersama dengan buah pinang tadi. Makannya sireh itu menyebabkan mulut Raja Kris Pasu Bunga menjadi warna merah.

 

“Sireh aniya style,” kata Raja Suho Mewangsa. Tidak ingin Raja Suho makan sireh yang boleh menyebabkan mulutnya bertukar warna kemerahan.

 

“Bahasa apakah yang Tuanku sedang guna itu?” soal Raja Kris Pasu Bunga kehairanan. Pelik titah bicara yang dikeluarkan oleh Raja Suho Mewangsa.

 

“Beta bermimpi bahasa itu semalam, maka Beta pun menyebutnya, tapi dalam mimpi Beta, seorang lelaki yang wajahnya mirip Tuanku Raja Kris Pasu Bunga sedang makan ayam, adanya ayam itu dikatakan oleh lelaki itu, ‘ Chicken aniya style’. Pelik betul mimpi Beta malam semalam,” pitah bicara Raja Suho Mewangsa dengan panjang lebarnya.

 

“Apa itu chicken?” tanyanya Raja Kris Pasu Bunga.

 

“Sudah-sudahlah bertanya Tuanku, ianya cuma mimpi, mungkin sebab Beta benggang dengan Palembang Tao yang selalu tidur di sebelah Beta hinggakan Beta bermimpi benda yang pelik.”

 

 “Samalah dengan Beta Tuanku, Beta pun ada lima Hang bersaudara yang selalu menganggu Beta beradu, adanya Hang Lay Tuah yang selalu kejutkan Beta pukul 3 pagi tanpa bersebab, adanya Hang Chnayeol Jebat yang suka menjerit masa Beta sedang makan, adanya Hang D.O Lekir dan Hang Luhan Lekiu yang suka menyanyi lagu P.Ramlee, dan adanya Hang Xiumin Kasturi yang suka berpantun 24 jam,” ujar Raja Kris Pasu Bunga.

 

Dengarnya akan perbicaraan itu, Raja Suho Mewangsa bersyukur sedikit kerana Palembangnya tidak segila Hang bersaudara itu.

 

“Tapi Beta sedikit hairanlah, bagaimana Tuanku boleh tahu yang Hang Lay Tuah selalu kejutkan Tuanku pukul 3 pagi? Dari manakah Tuanku dapat mengira masa itu?”

 

Pertanyaan akan soalan Raja Suho Mewangsa itu ditinggalkan tergantung oleh Raja Kris Pasu Bunga kerana Tuanku sedang sibuk mengunya sireh.

 

________________________________________________________________________________________________

“Ini ke nasi dagang?” tanya Hang Lay Tuah kepada Palembang Kai.

 

“A’ah itu memang nasi dagang,” kata Palembang Kai yang ingin mengenakan Hang Lay Tuah. Sebenarnya itu cumalah buah kelapa dengan tempurung sahaja, bukannya nasi dagang.

 

Hang Chanyeol Jebat yang melihat  keadaan itu terus membaling tempurung kelapa yang sudah siap dimakan isi kelapa ke arah Hang Lay Tuah. Adanya akan tempurung kelapa yang terbang itu terus terkena buah kelapa yang Lay sedang enak makan.

 

“ARHHHH, nasi dagang patik,” terjeritnya Hang Lay Tuah dengan kuat sekali kerana Hang Chanyeol Jebat telah menumpahkan nasi dagangnya buah kelapa.

 

Terkejutnya Hang Luhan Lekiu yang sedang makan buah kelapa itu menyebabkan beliau tercekik tempurung kelapa, terkejut Hang D.O Lekir, dia segara menolong Hang saudaranya.

 

“Apalah masalah Hang lima saudara ini?” kata Palembang Baekhyun mengeleng kepala.

 

“Tuanku Raja Kris Pasu Bunga, Hang Chanyeol Jebat dah tumpahkan nasi dagang tuan hamba, tolong tuan hamba, huhuhu,” Hang Lay Tuah telah mengadu masalah itu dekat Rajanya, maka menangis lah Hang Lay Tuah teresak-esak.

 

Keadaan itu menyebabkan tumpahnya simpati oleh Raja Suho Mewangsa, maka dia pun mengosok belakang Hang Lay Tuah dengan lembut sambil memberikan Hang Lay Tuah sireh yang dimakan oleh Raja Kris Pasu Bunga.

 

“Ini ialah nasi dagang sireh, makanlah wahai tuan hamba,” kata Raja Suho Mewangsa menyuapkan sireh ke mulut Hang Lay Tuah. Hilanglah tangisan Hang Lay Tuah. Palembang Tao, Palembang Sehun dan Palembang Chen sudah terlompong mulut mereka, adanya Hang Lay Tuah ini, sungguh pelik.

 

__________________________________________________________________________________________

“Wahai semua-semua Palembang marilah berkumpul Beta ada pengumuman nak dibuat,” seru raja Suho Mewangsa kepada semua Palembangnya.

 

“Wahai semua lembu-lembu Beta, meh lah sini kita bermusyawarrah, Beta ada perbincangan hendak dibuat,” seru Raja Kris Pasu Bunga memanggil semua rakyat jelatanya.

 

“Palembang Kai, tuan hamba dengar tak, Raja Kris panggil rakyatnya sebagai Lembu,” bisiknya Palembang Chen depan Raja Kris, bisikan mereka itu pula didengari oleh Laksamana Hang Chanyeol Jebat.

 

“Tuanku, mohon pocong kan dua orang Palembang ini,” kata Hang Chanyeol Jebat menghadap Raja Kris Pasu Bunga.

 

“Laksamana Hang Chanyeol Jebat, apakah kamu sedah tak dapat nak bezakan bahasa Ibunda kamu, pocong dan pacung? Adakah kamu mahu Beta pocongkan kamu dengan kain kapan sekarang jugak?” bicara Raja Kris Pasu Bunga dengan penuh kebijaksanaan.

 

 

Mesyuarat antara dua Raja sudah pun bermula, bermusyawarrah lah mereka semua bersama untuk menamakan tempat itu dan jadikan tempat itu sebagai pusat persinggahan antara saudagar dari serata dunia. Adanya Pulau itu sangat strategik untuk di jadikan Pelabuhan bebas cukai GST.

 

“Apakah patut kita namakan Pulau ini? Siapa ada cadangan sila angkat tangan,” seru Raja Suho Mewangsa sambil berjalan mundar mandir si hadapan semua Palembang dan lima Hang bersaudara yang duduk bersila di depannya.

 

Adanya Palembang Tao yang mengangkat kaki, “Tuanku, apa kata kita nama kan pulau ini, Pulau Sakti Bistara Sinaran Mentari.”

 

“Panjang sungguh nama itu, ada cadangan lain?” kata Raja Kris Pasu Bunga.

 

Adanya Hang Xiumin Kasturi ingin memberi cadangan, dibalingnya buah kepala ke arah Raja Suho Mewangsa.

 

“Woi, apakah kamu mahu Beta buang kan negeri buat kamu,” marah Raja Suho Mewangsa.

 

“Tua-tua keladi,             
   Makin tua makin menjadi,”

berpantunnya Hang Xiumin Kasturi kepada Raja Suho Mewangsa.

 

“Aku tak tua lagi..koh, koh,” marah Raja Suho Mewangsa hingga terbatuk-batuk.

 

“Memang tua,” seraya lima orang Palembang berkata serentak.

 

“Sudah semua, mari kita jadikan perbincangan ini serius sedikit, tak elok begini,” kata Raja Kris menenangkan keadaan.

 

“Beta cadangkan nama Pulau ini Pulau Kapal Merempuh Kelapa,” kata Raja Suho Mewangsa sambil menujukkan ke arah Kapal Raja Kris Pasu Bunga.

 

Berahkirnya musyawarrah tersebut kerana semua sudah pun bersetuju akan apa yang diberitahu oleh Raja Suho Mewangsa.

_______________________________________________________________________________

Terciptanya sebuah sejarah, Pulau Kapal Merempuh Kelapa sudah pun mendapat nama, ada nama pulau ini telah menjadi tempat pengumpulan semua saudagar yang datang berlayar dari seluruh Negara, sebuah tamadun sudah tercipta di sini.

 

Pulau Kapal Merempuh Kelapa telah menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal, dimana pusat perbincangan antara pembesar dari seluruh Negara pun datang sini,tempat persinggahan dan juga tempat perdagangan. Hasil kerjasama antara dua buah kerajaan dan Raja telah memajukan pulau itu.

 

Raja Kris Pasu Bunga dan Raja Suho Mewangsa telah menjadi sahabat baik begitu juga dengan Palembang dan Hang lima bersaudara.

 

 

“Manalah penjual nasi dagang ni, tak datang-datang nak singgah jual nasi dagang kat pulau ini ke?” tanya Hang Lay Tuah kepada Palembang Tao.

 

“Tuan hamba berharap agar kita tanam lebih banyak buah tembikai dekat sini,” cadang Hang D.O Lekir.

 

“Bolehlah kita panjat pokok buah tembikai nanti kan?” kata Palembang Kai dengan merapunya kerana dia tidak pernah tahu yang buah tembikai tidak boleh di panjat.

 

 

Begitulah kehidupan mereka semua, adanya mereka yang penuh dengan kepelbagaian telah menceriakan suasana pulau itu.  

______________________________________________________________________________________________

A/N: Akhirnya Beta telah menyiapkan sebuah prosa tradisional. Fuhh!! /Lap Peluh/

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiraiFiquin
#1
Hahaha...merapu jugak komen komen terdahulu sebelum hamba...merong mahawangsa jadi suho mewangsa...apa2 pun boleh jadi..
When u likes k pop too much that u bcome creative likes this? :-) :-)
nabmyn-ssi #2
Chapter 2: oh god never thought that malay crack is a quite good XD
Winterqreen #3
Chapter 3: Aduhai kreatifnya authornim ni... kalau prosa ni yg masuk antalogi dan komsas konfem hamba tak terkata ><'
Mytwin306vixxN #4
Chapter 3: Seriously da terbayang exo pakai bju melayu,bersampin ngan pakai tengkolok..
misz_dina #5
Chapter 3: Lawak yg daebak!!!terbayang2 exo pakai bju laksamana XXD
ainzakaria
#6
Chapter 3: Woahhh!! Melimpah amat idea authornim ni! Amay menakjubkan! Tuan hamba ingin menghadiahkan sebutir votelah kepada tuan hamba,adanya voter maka semakin bersemangatlah tuan hamba untuk mengarang lebih banyak ff.Ya,tidak? hahaha.Baku sangat ni!
thelucidream
#7
Chapter 3: Hahahahaha hamba suka dengan gaya penulisan tuan hamba. Sangat unik sehinggakan hamba kering gusi menahan tawa xDDDDDDD

Ehem ehem *back to 2015*

Serius seronok baca! Saya bayangkan exo pakai baju melayu, siap bersampin dengan bertengkolok bagai dengan keris apa semua xDDDD hahahahaha
Mohon diteruskan lagi dengan idea unik awak!
Hwaiting!!!