Bertemunya mereka

Hikayat Suho Mewangsa

Berlayarnya Raja Kris Pasu Bunga sehingga sampainya di sebuah pulau yang tidak dikenali, di pulau itu adanya Raja Suho Mewangsa yang sudah sampai dari tadi lagi bersama dengan Palembang-palembangnya.

 

“Wuhooooooooo, sampai jugak Beta di pulau yang tidak dikenali ini,” kata Raja Kris Pasu bunga sambil mengangkat kedua belah tangannya. Raja Kris sangat gembira apabila  dia ternampak sebuah pulau yang nampak seperti strategik baginya.

 

“Kat pulau ini ada nasi dagang ke? Kita datang sini nak makan nasi dagang kan?” tanya Laksamana Hang Lay Tuah kepada empat orang lagi Hang bersaudara.

 

Adanya hang bersaudara ini sedang benggang dengan pertanyaan Hang Lay Tuah itu. Adanya Hang D.O Lekir dan Hang Luhan Lekiu itu terus terjun ke dalam laut, terjunnya mereka ke dalam laut kerana tidak ingin menjawab soalan pertanyaan Hang Lay Tuah itu. Hang D.O Lekir dan Hang Luhan Lekiu terus berenang ke pulau itu. Berenangnya mereka sebentar sahaja kerana kapal itu sudah nak dekat dengan pulau itu. 

 

“Hang Lay Tuah, hang ni memang bertuah kan, tuan hamba ada nampak pulau ini ada jual nasi dagang ke?” tanya Hang Xiumin Kasturi.

 

“Raja Kris Pasu Bunga, tolonglah  campak Hang Lay Tuah ni ke laut biar ikan pari makan dia,” laung Hang Chanyeol Jebat ke arah Raja Kris.

 

Adanya Raja Kris yang sedang berangan untuk menakluki pulau tersebut terus terkejut dek suara Laksamana Hang Chanyeol Jebat. Mujurlah, Raja Kris Pasu Bunga tidak jatuh dari atas kapal.

 

Sementara itu Hang Luhan Lekiu dan Hang D.O Lekir yang berenang itu sudah sampai ke pulau itu. Sampainya mereka hingga ke tempat Suho dan Laksamananya sedang berehat.

 

 

“ARHHH,” Terjeritnya Palembang ZiTao apabila ternampak dua orang dari laut. Fikirnya Palembang ZiTao bahawa dua orang itu ialah hantu laut terus berlari mendapatkan semua kawan-kawannya.

 

“ Palembang-palembang semua, ada dua ekor tak orang, biji, butir, arhh lantaklah apa pun sekali, ada dua hantu laut kat sana, Palembang-palembang semua, jom lah kita bertaruhkan nyawa kita untuk bertarung dan berlawan dengan dua orang itu,” kata Palembang ZiTao dengan bahasa tunggang langgangnya kerana terlalu panik.

 

Semua Palembang mengangguk dan menyediakan senjata mereka untuk menyerang dua orang makhluk yang diperkatakan oleh Palembang Huang ZiTao. Adanya senjata mereka pelbagai jenis, senjata Palembang Chen merupakan lembing, adanya pula Palembang Baekhyun dengan senjatanya iaitu Keris, adanya pulak senjata Palembang Kai iaitu anak panah, adanya Palembang Tao dan Sehun yang tiada senjata. Tapi adanya Palembang Sehun yang bijaksana menggunakan buah kelapa yang diambil dari pokok tadi untuk menyerang musuh mereka.

 

“Wahai Hang Luhan Lekiu, adakah tuan hamba nampak tak apa yang saya nampak dekat sana?” tanya Hang D.O Lekir.

 

“Yup, patik ada nampak banyak pokok kelapa dekat sini,” kata Hang Luhan Lekiu sambil menitis air liur kerana sudah tidak sabar nak makan tempurung kelapa itu dengan isinya sekali.

 

Hang D.O Lekir menampar lembut bahu Hang Luhan Lekiu kerana tidak nampak lima orang yang sedang berdiri di hadapan sana.

 

“Maksud tuan hamba ialah, tengok tu, ada lima orang sedang memandang ke arah kita, adakah mereka semua ingin menjemput kita semua datang ke pulau ini dengan ramah mesra sekali?” kata Hang D.O Lekir.

 

Adanya Hang Luhan Lekiu hanya mengangguk sahaja, adanya mereka berdua sedang berjalan menuju ke arah mereka dengan segera.

 

 

“Mereka dah datang, wahai Palembang semua, sediakan diri anda untuk berperang,” kata Palembang Baekhyun.

 

“SERANG!” Laung Palembang Chen dengan suara yang setinggi-tingginya, lagi tinggi dari buah pokok kelapa yang Sehun panjat tadi.

 

Palembang Sehun dan Tao terus membalingkan buah kelapa ke arah mereka berdua, adanya buah kelapa itu menyerang Hang D.O Lekir dan Hang Luhan Lekiu. Terkejut mereka berdua kerana tiba-tiba ada buah kelapa datang bergolek ke arah mereka. Hairannya mereka akan keadaan ini kerana buah kelapa itu sedikit pun tidak mengena mereka. 

 

Palembang lain yang melihat buah kelapa itu bergolek terus memandang ke arah Palembang Tao dan Sehun.

 

“Hahaha, tak strike lah Palembang Sehun, dia masuk longkang,” kata Palembang Tao sambil ketawa terbahak-bahak.

 

“Aish, asyik tak kena sasaran sahaja,” kata Palembang Sehun mengeluh.

 

Adanya Palembang Chen yang benggang dengan keadaan itu terus membalingkan lembingnya ke arah dua orang Palembang yang tidak sedar diri itu.

 

“Woi, korang ingat korang tengah main bowling ke? Kita kena serang dua orang kat sana lah,” marahnya Palembang Baekhyun.

 

Berdirinya di situ Hang D.O Lekir dan Hang Luhan Lekiu dengan ternganga, sebenggong lima saudara Hangnya itu, lagi benggong situasi di depan mata mereka ini.     

 

“Ada apa hajat tuan hamba semua datang ke mari?” tanya Raja Suho Mewangsayang datang melihat keadaan huru hara di sana. Berpeluk tubuh Raja Suho Mewangsa ini berlagaknya tidak ubah seperti bos.

 

“Patik dari negari  Bawah Tempurung, Patik datang ke mari dengan Raja Kris Pasu Bunga, Tuanku ada di atas kapal itu, jika tuan hamba dapat melihat kat sana, itu ialah kapal Tuanku.” Terang Hang Luhan Lekiu.

 

“Beta dari Negeri Bawah Angin, nama Beta ialah Raja Suho Mewangsa, dan tujuan Beta datang ke mari adalah untuk membuka pulau ini untuk di majukan. Beta nak sangat jumpa dengan Raja kalian semua,” kata Raja Suho Mewangsa.

 

“Tuanku jangan risau, nanti datanglah Raja kami dengan kapal itu,” kata Hang D.O Lekir menyakinkan Raja Suho Mewangsa.

 

“Sementara itu, jomlah join Beta minum air kelapa yang ditangkap oleh Palembang Beta,” kata Raja Suho Mewangsa mengajak dua orang Hang bersaudara itu.

 

“Tuanku, memetik buah kelapa lah, bukannya menangkap buah kelapa,” kata Laksamana Kai membetulkan ayat Rajanya yang dari dulu lagi tak pernah betul.

 

Dengan adanya air buah kelapa itu, maka bersantailah si Raja dengan mereka semua. Bersantainya Raja Suho itu sambil minum air buah kelapa yang sedap itu.

_____________________________________________________________________________________

 

“Raja Kris Pasu Bunga, di mana kah kita akan melabuhkan kapal kita?” tanya Laksamana Hang Chanyeol Jebat.

 

“Ke tepi Laksamana Yoda, biar Beta pula yang memandu kapal ini,” kata Raja Kris Pasu Bunga dan menolak Hang Chanyeol Jebat.

 

“Betul ke Raja Kris itu dapat memandu kapal ini?” soal Hang Xiumin Kasturi kepada dua orang lagi Hang bersaudaranya itu.

 

“Woi, Laksamana Hang Yoda, kau tahu tak, kau pandu kapal ini slow nak mampus sebab itulah kita lambat nak sampai ke pulau sana, tengok ni Beta memandu kapal macam mana,” laung Raja Kris Pasu Bunga.

 

“Jomlah kita semua tolong Raja Kris Pasu Bunga itu,”katanya Hang Lay Tuah.

 

Hang Lay Tuah itu segera mengambil pendayung yang ada, adanya pendayung itu, Hang Lay Tuah ingin mendayung kapal tersebut. Malangnya, Hang Lay Tuah tidak dapat mencapai air dengan menggunakan pendayung itu kerana kapal itu terlalu besar. Maka dengan itu, adanya Hang Lay Tuah hanya mendayung angin sahaja.

 

Keadaan itu dilihat oleh semua penumpang kapal Raja Kris, kesian hanya mempu dipandang sahaja kerana mereka semua tahu bagaimana perangai Hang Lay Tuah yang tidak seberapa itu.

 

“Hahahaha, tak usah ditanya di manakah Beta bakal melabuhkan kapal ini, kerana Beta akan memarkingkan kapal ini betul-betul di atas darat,” kata Raja Kris Pasu Bunga.

 

Raja Kris Pasu Bunga Terus memandu kapal itu sehingga melepasi ombak dan air, hingga sampainya kapal itu ke atas pasir pantai, Raja Kris masih meneruskan lagi sehingga kapalnya berhenti melanggar pokok kelapa yang ada itu.

 

“Fuh, sampai jugak,” kata Raja Kris Pasu Bunga sambil mengelap peluh di dahinya.  

 

Kebetulan memang pokok kelapa itu tempat di mana adanya Raja Suho Mewangsa, terkejut baginda tidak mampu terkata kerana seumur hidupnya melihat kapal yang berlabuh betul-betul di atas darat dan di depan matanya merempuh pokok kelapa. Mujurlah tidak terkena dia dan pengikutnya yang lain.

 

Palembang-Palembang Raja Suho Mewangsa hanya mampu ternganga dan mata mereka tidak pula berkelip, kagumnya mereka melihat situasi itu.

 

“Laksamana Hang D.O dan Laksamana Hang Luhan, awal betul korang sampai,” kata Hang Chanyeol Jebat ketika turun dari kapal itu.

 

“Yeah, nasi dagang,” laung Laksamana Hang Lay Tuah.

 

“Bagaimana Beta memandu kapal tadi, kool tak?” tanya Raja Kris ke arah Hang Xiumin Kasturi.

 

“Tuanku, berhentilah berlagak kool, kerana tuanku sudah pun menumbangkan banyak pokok kelapa dekat sini,” jawab Hang Xiumin dengan beraninya ke arah Raja Kris. Kebodohan Raja itu hanya mampu mengundang padah.

 

“Berani kamu berkata sedemikian pada Beta, nanti Beta pancung kepala kamu dekat pokok kelapa ini,” marah Raja Kris Pasu Bunga. Amaran itu pulak tidak dihiraukan oleh Hang lima bersaudara.

 

Adanya lima hang bersaudara ini sedang sibuk berkenalan dengan Palembang Raja Suho Mewangsa.

 

“Cayalah korang parking kapal ini, paling kool dalam sejarah,” kata Palembang Chen sambil mengangkat kedua belah ibu jarinya ke arah lima Hang bersaudara itu.

 

“Dia ini bisa jadi kawan baik Raja Kris Pasu Bunga,” kata Hang Xiumin Kasturi.

_____________________________________________________________________

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiraiFiquin
#1
Hahaha...merapu jugak komen komen terdahulu sebelum hamba...merong mahawangsa jadi suho mewangsa...apa2 pun boleh jadi..
When u likes k pop too much that u bcome creative likes this? :-) :-)
nabmyn-ssi #2
Chapter 2: oh god never thought that malay crack is a quite good XD
Winterqreen #3
Chapter 3: Aduhai kreatifnya authornim ni... kalau prosa ni yg masuk antalogi dan komsas konfem hamba tak terkata ><'
Mytwin306vixxN #4
Chapter 3: Seriously da terbayang exo pakai bju melayu,bersampin ngan pakai tengkolok..
misz_dina #5
Chapter 3: Lawak yg daebak!!!terbayang2 exo pakai bju laksamana XXD
ainzakaria
#6
Chapter 3: Woahhh!! Melimpah amat idea authornim ni! Amay menakjubkan! Tuan hamba ingin menghadiahkan sebutir votelah kepada tuan hamba,adanya voter maka semakin bersemangatlah tuan hamba untuk mengarang lebih banyak ff.Ya,tidak? hahaha.Baku sangat ni!
thelucidream
#7
Chapter 3: Hahahahaha hamba suka dengan gaya penulisan tuan hamba. Sangat unik sehinggakan hamba kering gusi menahan tawa xDDDDDDD

Ehem ehem *back to 2015*

Serius seronok baca! Saya bayangkan exo pakai baju melayu, siap bersampin dengan bertengkolok bagai dengan keris apa semua xDDDD hahahahaha
Mohon diteruskan lagi dengan idea unik awak!
Hwaiting!!!