Raja Suho Mewangsa

Hikayat Suho Mewangsa

Maka tersebutlah sebuah alkisah, adanya Raja Horlick Sakti Mewangi merantau ke sebuah negeri. Terdapatnya negeri itu di sebuah pelusuk, di pelusuk terdapatnya beberapa orang penduduk. Hati Raja Horlick Sakti Mewangi dikatakan pula sangat baik hingga menolong seluruh rakayat jelata di situ, di ceritakan pula pertolongan Raja itu sangat dihargai sehingga dia dijulang menjadi Raja di situ, Maka adanya Raja, adalah pulak Permaisuri. Di ceritakan pula, Permaisuri Bunga Melur datang dari Kayangan.

 

Permaisuri Bunga Melur dikahwinkan dengan Raja Horlick Sakti Mewangi, dikurniakan mereka seorang bayi lelaki. Maka adanya bayi lelaki ini diberi nama Raja Hoho Mewanga, tapi dikisahkan cerita disebaliknya apabila surat beranak Raja Hoho Mewanga tersalah ditaip oleh Jabatan Pendaftar Negeri itu, maka terjadilah Raja Suho Mewangsa.

 

Terkisahlah sebuah kisah terjadi sehingga Raja Horlick naik murka sebab tersalah nama anaknya, maka di pecatlah serta merta pekerja di sana.

 

Beberapa tahun sudah berlalu, Raja Suho Mewangsa meningkat dewesa, adanya beliau bersama dengan pengikutnya. Pengikutnya diberi nama, adanya nama setiap seorang, seorang daripadanya ialah Palembang Sehun, adanya Palembang Sehun bersama kawannya Palembang Kai, adanya Palembang Kai bersama dengan kawannya Palembang Tao, adanya Palembang Tao bersama dengan pengikutnya Palembang Chen, adanya Palembang Chen bersama dengan pembantunya Palembang Baekhyun.

 

“Beta rasa sudah tiba masanya Beta pergi mengembara ke Negara lain, adanya Beta di sini hanya tidak berbuat apa-apa, adakah cadangan Beta sangat bagus? Silalah jawab Palembang-palembang Beta sekalian?” tanya Raja Suho Mewangsa kepada Palembangnya yang lain.

 

Palembang-Palembang Raja Suho mewangsa sedang sibuk bermain antara mereka, bermainnya mereka sehingga tidak sedar pertanyaan Raja mereka. Permainan mereka pula macam budak perempuan, adanya mereka sedang bermain congkak, adanya congkak bersama dengan guli.

 

“Palembang Tao Panda, adakah tuan hamba sedang menipu dalam permainan ini?” tanya Palembang Sehun.

 

“Palembing, eh tersasul pulak, Palembang Sehun Bihun Pama, patik mengatakan yang sejujurnya, apakah muka tuan hamba sedang menipu,” kata Palembang Tao mempertahankan dirinya.

 

“Palembang Chen, apakah burung gagagk bisa diburu disini?” tanya Palembang Baekhyun yang sedang sibuk bermain pondok-pondok dengan Palembang Kai dan Palembang Chen. 

 

“Itulah yang tuan hamba sedang fikirkan,” kata Palembang Chen menongkat dagunya sambil memandang ke arah langit.

 

“WOiii, apakah engkau semua mahu murka oleh Beta kerana tidak mendengar apa yang Beta sedang bicarakan,” marah Raja Suho Mewangsa kepada 5 orang Palembangnya itu.

 

“Dengar sini wahai Paelmbang Beta semua, Beta mengisytiharkan yang Beta dan Palembang semua akan mengikut Beta belayar untuk mencari negeri untuk dibuka. Dengan adanya pembukaan negeri maka kita semua akan jadi lagi maju,” kata Raja Suho Mewangsa ke arah 5 orang Palembangnya sambil menunujukkan ke arah mereka menggunakan keris.

____________________________________________________________________________________________________________

Maka adanya janji oleh Raja Suho Mewangsa haruslah ditepati, maka janjinya itu ialah ingin mengembara bagi mencari tempat untuk pembukaan negeri.

 

“Palembang semua, andai kamu semua sudah bersedia, kapal ini bakal berlepas sekejap lagi.” Raja Suho membuat pengumuman kerana kapal mereka bakal berlayar sekejap lagi.

 

Adanya lima orang Palembang hanya mengangguk sahaja.

 

Adanya Palembang Tao membisikkan sesautu kepada Palembang Kai, “ Macam manalah tuanku ini boleh jadi raja, kapal berlayar dan berlepas pun tak boleh nak bezakan, ingatkan ini kapal terbang ke? Apa pendapat tuan hamba?”

 

“Patik rasa tuanku dah tak ada otak sejak akhir-akhir ini,” jawabnya pertanyaan Palembang Tao oleh Palembang Kai.

 

 

“YOHOOO!!! Akhirnya Beta dapat keluar dari Istana Ayahanda Beta, hahahaha,” Raja Suho Mewangsa ketawa menggila hingga terkejut semua anak-anak kapal.

 

“Patik kesian lihat kebodohan raja ini,” kata Palembang Chen sambil mengelengkan kepalanya yang tak cukup kepala itu.

 

 

Setelah lama kapal itu berlayar di atas lautan yang penuh dengan ombak berliku, maka sampailah Raja Suho Mewangsa di sebuah pulau yang tidak dikenalinya itu.Maka dengan itu adanya Raja Suho menyuruh semua anak kapal dan pengikutnya untuk berehat di pulau itu, adanya pulau itu dengan indah dan cantik sekali menyebabkan Raja Suho Mewangsa tertarik dengan keindahan pulau itu.

 

“Beta rasa Beta ingin menjadikan tempat ini sebuah tempat perdagangan, sungguh strategik Beta rasa, sumber air pun senang nak didapati.” Kata Raja suho Mewangsa dengan penuh kebijaksanaan.

 

“Apakah Tuanku rasa tempat ini berpenghuni ataupun tak?” tanya Palembang Baekhyun.

 

“Itulah yang Beta ingin tahu.”

 

__________________________________________________________________________________________________________

Untuk dijadikan pula cerita, maka ada sebuah kapal sedang berlayar menuju ke tempat yang sama. Atas kapal itu adanya seorang Raja bernama Raja Kris Pasu Bunga, adanya Raja, maka adanya pula pengikut Raja yang bersamanya. Bersama raja adanya Hang Lay Tuah lima saudara, Hang Chanyeol Jebat, Hang D.O Lekir, Hang Xiumin Kasturi dan Hang Luhan Lekiu.

 

“Tuanku, adakah tuanku sedang mencari tempat untuk menjual nasi dagang?” tanya Hang Lay Tuah kepada Raja Kris Pasu Bunga.

 

Bicara Hang Lay Tuah didengari oleh Hang Chnayeol Jebat.

 

“Benggong betul mu ni Hang Lay Tuah, Raja Kris bukannya ingin mencari tempat untuk menjual nasi dagang, tetapi mencari tempat untuk menjual saudagar-saudagar,” kata Hang Chanyeol Jebat.

 

Perbualan itu sampai ke telinga Hang Luhan Lekiu, untuk dijadikan sedikit santapan, Hang Luhan Lekiu memukul kepala Hang Chanyeol Jebat dengan Hang Lay Tuah menggunakan keris yang dipegang.

 

“Bodoh betul punya lima hang saudara ini, macam Hangtu,” kata Raja Kris Pasu Bunga apabila Baginda melihat telatah hang lima bersaudara.

 

Niat Raja Kris Pasu Bunga sama dengan niat Raja Suho Mewangsa, dengan itu terciptalah satu sejarah pertembungan antara dua orang raja untuk merebut tempat yang sama untuk dijadikan kawasan dagangan.

_______________________________________________________________________________________________________________

 

“Beta rasa ingin menamakan tempat inilah, tapi Beta tak ada idea, nama apa yang Beta patut letak kat sini,” kata Raja Suho Mewangsa kepada lima orang Palembangnya.

 

Sudah menjadi lumrah kehidupan Raja Suho Mewangsa apabila lima orang Pelembangnya tidak pernah mendengar katanya. Maka tersebutlah kisah, lima orang Palembang Raja Suho Mewangsa sedang bermain lagi. Palembang Chen bermain dengan lembing sambil mengusik Palembang Tao supaya takut, Palembang Kai pula sedang menari joget lambat, Palembang Sehun memanjat pokok kelapa dan Palembang Baekhyun sedang tidur.

 

“Wahai Palembang-palembang Beta sekalian, jika anda tidak ingin di pancung depan istana Ayahanda Beta, silalah dengar apa yang Beta sedang pitah bicara ini,” kata Raja Suho Mewangsa dengan ugutan murkanya itu.

 

Ugutan murka Raja Suho Mewangsa tidak pula diendah oleh Palembang semua, Palembang semua masih lagi bermain.

 

 

Sementara itu di kapal Raja Kris Pasu Bunga, adanya lima Hang bersaudara sedang berpantun, adanya pantun empat kerat menjadi santapan untuk menghiburkan hati mereka di atas kapal itu.

 

‘Lebat sungguh padi di paya,
 Kayu tumbang tepi pangkalan,
 Hairan sekali hati saya,
 Burung terbang di sambar ikan.’

 

Hang Xiumin Kasturi memulakan pantunnya apabila Hang Xiumin Kasturi melihat perbuatan burung itu dari atas kapal. Adanya Hang Luhan Lekiu ingin membalas pantunnya.

 

‘Kalau ada jarum yang patah,
 Jangan disimpan di dalam peti,
 Kesian betul kau ni,
 Jarum yang patah pun simpan dalam peti’

 

Hang Luhan Lekiu berpantun dengan mengarut, maka adanya 3 orang lagi Hang bersaudara ingin turut serta berpantun. Hang Chanyeol Jebat sudah pun membalas pantun Hang Luhan Lekiu.

 

‘Buah cempedak di luar pagar,
 Ambil galah tolong jolokkan,
 Kenapa kau nak jolok pakai galah,
 Sebab cempedak itu sudah jatuh ke luar pagar.’

 

Adanya pula Hang D.O Lekir ingin membalas pantun Hang Chanyeol Jebat.

 

‘Kajang Pak Malau kajang berlipat,
 Kajang hamba mengkuang layu,
 Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat,
 Kain aku si pencuri yang sapu.’

 

Adanya pula Hang Lay Tuah yang sentiasa blank, maka pantun empat kerat itu bertukar menjadi lagu dedangan lagu tradisional.

 

‘Air pasang dalam surut pukul lima, Nyonya bangun pagi siram pokok bunga, Haloo Nyonya mau tanya sikit, siram pokok bunga aja, tak jual sayur Ka?’

 

“Laksamana Hang Lay Tuah, itu bukan pantun, itu nyanyian, ayoo ~yoo,” kata Hang Luhan Lekiu mengetuk tangannya dengan dahi.

 

“Kacau orang berpantun betul lah Laksamana Hang Lay Tuah ni,” kata Laksama Chanyeol Jebat.

 

“Ikan emas di bawa belayar,
 Ikan Haruan dibawa lari,
 Sudikah tuan hamba semua diam,
 Beta mahu menari”

 

Adanya Raja Kris Pasu Bunga yang berpantun pantun rekaanya itu. Lima Hang bersaudara yang mendengar Raja Kris Pasu Bunga itu berpantun terus ternganga.

________________________________________________________________________________________

A/N; Macam mana prosa tradisional saya, okey tak?

Saya dah cuba buat ayat se klasik mungkin, tapi macam tak menjadi aje, silalah komen bagitahu pendapat anda sebelum saya sambung cerita ini, saya amat memerlukan komen anda tentang prosa tradisional saya ini. (Please) /muka kesian/

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiraiFiquin
#1
Hahaha...merapu jugak komen komen terdahulu sebelum hamba...merong mahawangsa jadi suho mewangsa...apa2 pun boleh jadi..
When u likes k pop too much that u bcome creative likes this? :-) :-)
nabmyn-ssi #2
Chapter 2: oh god never thought that malay crack is a quite good XD
Winterqreen #3
Chapter 3: Aduhai kreatifnya authornim ni... kalau prosa ni yg masuk antalogi dan komsas konfem hamba tak terkata ><'
Mytwin306vixxN #4
Chapter 3: Seriously da terbayang exo pakai bju melayu,bersampin ngan pakai tengkolok..
misz_dina #5
Chapter 3: Lawak yg daebak!!!terbayang2 exo pakai bju laksamana XXD
ainzakaria
#6
Chapter 3: Woahhh!! Melimpah amat idea authornim ni! Amay menakjubkan! Tuan hamba ingin menghadiahkan sebutir votelah kepada tuan hamba,adanya voter maka semakin bersemangatlah tuan hamba untuk mengarang lebih banyak ff.Ya,tidak? hahaha.Baku sangat ni!
thelucidream
#7
Chapter 3: Hahahahaha hamba suka dengan gaya penulisan tuan hamba. Sangat unik sehinggakan hamba kering gusi menahan tawa xDDDDDDD

Ehem ehem *back to 2015*

Serius seronok baca! Saya bayangkan exo pakai baju melayu, siap bersampin dengan bertengkolok bagai dengan keris apa semua xDDDD hahahahaha
Mohon diteruskan lagi dengan idea unik awak!
Hwaiting!!!