Please Don't

HURT

“Ting tong ting tong…”

Baekhyun menekan-nekan loceng rumah Jae Hee.

Dia berasa serba-salah, gugup bila memikirkan kejadian haritu. Dia datang pagi-pagi buta ni sebab satu saja, dia mahu mintak maaf sebab lewat datang.

Dia sudah masak dengan perangai gadis itu yang tidak suka orang yang mungkir janji. Pernah dua kali dia terlewat tu pun sebab jalan sesak dan satu lagi  sebab dia tetiba sahaja kena gastrik. Nasib badan.

Baekhyun menjenguk-jenguk ke perkarangan rumah Jae Hee walaupun tembok rumahnya agak tinggi.
Tak lama kemudian, kedengaran seseorang sedang membuka pintu rumah. Segera Baekhyun membetulkan rambutnya yang agak serabai.

“Jae Hee”

Baekhyun terus memeluk gadis itu semahu-mahunya. Namun dia berasa pelik kerana pelukan itu seperti tidak dibalas.

“Let me go”, kata Jae Hee dalam nada yang perlahan.

Perlahan-lahan pelukan dilepaskan.

“Sorry Jae Hee…I didn’t mean to scare you, but please dengar…oppa cuma nak cakap oppa mintak maaf pasal haritu. Oppa tak de niat nak mungkir janji ke apa sebab…hmm”, Baekhyun menunduk.

“I don’t need any explanation, Jae Hee maafkan semua kesalahan oppa, hmm sebenarnya, Jae Hee nak bagitahu yang minggu depan ada wedding…keke”,tetiba sahaja riak muka Jae Hee berubah.

Terbuntang mata Baekhyun.
“What? Jae Hee nak kahwin?? Tapi…tapi dengan siapa? Siapakah gerangan yang dah memiliki hati dia?! Aku macam mana?”, Baekhyun mengelamun sendirian.

“Sape yang kahwin tu?”, tanya Baekhyun seperti tidak mengetahui apa-apa.

“Jajangg!”, Jae Hee menunjukkan cincin pertunangannya ke arah Baekhyun.
“…cantikkan? hehe”, gadis itu tersenyum girang di hadapannya.

Seperti tikaman bertubi-tubi menusuk jiwanya. Selama ini cintanya terhadap gadis itu hanya bertepuk sebelah tangan.
“Baekhyun…kau yang lembab, lembab! Padan muka kau!”

Dia termenung sendirian.

“Haa..sebelum Jae Hee terlupa, nah kad jemputan untuk wedding nanti, datang tau! Wajib!”, gadis itu menghulurkan sekeping kad jemputan yang tertulis nama dia dan bakal suaminya.

Baekhyun mengambilnya dan membalas senyuman yang tak seberapa.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja bulu roma Baekhyun menegak. Dia segera menelan air liurnya sebaik sahaja terdapat satu lembaga hitam tinggi sasa sedang berdiri di belakang Jae Hee.

“Wahh..cantiknya kad ni! Tak sabarnya nak datang majlis ni hehe. Jae Hee jangan risau, oppa datang tepat pada masanya!”, Baekhyun membuat seperti tidak nampak apa-apa.

Baekhyun berhenti sebaik sahaja Jae Hee sedang merenung ke anak matanya. Pelik.

“Ada yang tak kena ke?”, tanya Jae Hee. Dia menunjukkan ke arah mata lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

Baekhyun hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Oppa pakai contact lens ke? Macam perempuan!”, Jae Hee ketawa.

“Contact lens? Bila masa aku pakai benda alah tu?”, fikirnya sendirian. Lalu, cepat-cepat dia menoleh.

“Hahaha…malu la oppa…jangan bagitau sape-sape tau! tau!!”, Baekhyun menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu.

“Erm…I think I should get back now…Jae Hee duduk dalam rumah ye, bye!”, Baekhyun sempat menoleh semula ke arah Jae Hee dan menunduk 90 darjah sebelum beredar dari situ, namun kelibat lembaga tadi tidak pulak kelihatan.

 

 

Di dalam bilik,

Dia menghempaskan badannya di atas katil, sambil memegang iphonenya. Membuka akaun instagram milik Jae Hee. Baru dia tersedar yang Jae Hee sudah pun berpunya semenjak dia dimasukkan ke hospital 6 bulan yang lalu. Ya 6 bulan memang lama.

“Kenapa aku rasa aku ditinggalkan walaupun aku tak pernah cakap kat dia yang aku cintakan dia…kenapa dia masih anggap aku sebagai seorang kawan sedangkan aku anggap dia lebih dari itu…”, Baekhyun menangis tetapi air matanya tidak menitis. Tetapi hatinya kini sedang terluka dan menangis.

“Aku yang bodoh!”, Baekhyun memeluk dirinya di atas katil. Rambutnya yang serabai menunjukkan dia dalam keadaan tidak terurus. Tetiba sahaja dia terdengar suara memanggil namanya.

“BAEKHYUN….”

Baekhyun menekup telinganya.

“JANGAN GANGGU AKU LA SIAL!! PERGI DARI SINI!!!”, Baekhyun menjerit sekuat hatinya. Dia tidak mampu menghadapi gangguan ini setiap hari setiap masa.

Dia membuka matanya perlahan, memerhatikan sekeliling bilik tersebut tatkala suara itu berhenti memanggilnya.

Baekhyun berjalan menuju ke arah sebuah cermin yang besar di dalam biliknya. Dia merenung dirinya menerusi cermin tersebut.

“Oppa pakai contact lens ke? Macam perempuan!”
Tetiba sahaja dia teringat akan kata-kata Jae Hee. 

“Dengar suaranya seperti bergurau tapi aku memang serius aku tak letak apa-apa kat mata aku termasuklah contact lens”, kata Baekhyun sendirian sambil memerhatikan dirinya pada cermin tersebut.

Lantaran itu tiba-tiba sahaja terdapat seorang wanita yang dia nampak di dalam wadnya tempoh hari kini sedang berdiri di sudut biliknya.

Baekhyun tersentap. Dia mula menggigil ketakutan. Dan dalam pada masa yang sama, anak matanya terus berubah menjadi coklat keperangan seperti contact lens yang dikatakan Jae Hee.

“Takkanlah….”, Baekhyun sendiri terkejut akan perubahan drastik pada warna anak matanya.

Dia kini menjadi tidak keruan. Dia sudah mati kutu kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana wanita tersebut berdiri betul-betul di sebelah pintu biliknya.

“Apa…apa yang kau nak dari aku?”, Baekhyun cuba menenangkan dirinya.

Wanita itu hanya mendiamkan dirinya. Keadaan fizikalnya tak berubah seperti kali pertama yang Baekhyun jumpa. Rambutnya kusut masai, mukanya pucat, bibir kebiruan tak ubah seperti mayat hidup!

“Aku tanya kau elok-elok kau jawablah…”, Baekhyun menundukkan pandangannya, tidak mampu menghadap cermin yang menampakkan susuk tubuh wanita berkenaan. Takut.

“Pulangkan mata aku…kau takkan tahu apa akibat kau pakai mata tu…tu bukan milik kau. Pulangkan balik sebelum aku sendiri robek mata kau sampai kau mati!!”, suara wanita itu berderau, keras.

Baekhyun memejamkan matanya kerana takut yang teramat.

“Kenapa??! Kenapa aku kena pulangkan mata ni?? Aku tak tahu milik siapa! Aku tak tahu!!!”, Baekhyun mengambil segelas kaca dan membaling ke arah wanita tersebut. Tetapi balingan tersebut tidak mengena kerana wanita tersebut hilang dari pandangan.

“PULANGKAN SEBELUM AKU BUNUH KAU ATAU PEREMPUAN TU SEBAGAI GANTI…HAHAHA”, suara tersebut menjerit di gegendang telinganya.

“TIDAKK!!!”, Baekhyun menunduk badannya sambil menangis. Dia kini tidak mampu menahan air matanya lagi. Tumpah air mata lelakinya walaupun sebelum ini dia jarang sekali menitis air mata.

“Tolong jangan apa-apakan dia…tolong…okay okay aku yang bersalah tapi tolong jangan ganggu hidup dia…”, Baekhyun meminta simpati.

Wanita tadi ketawa keseorangan.

“Baiklah….tetapi sebelum hari perkahwinan perempuan tu, kalau lambat aku jadikan perempuan tu sebagai ganti…”, pesan wanita yang tidak bermata itu.

Baekhyun hanya mengangguk. Akhirnya wanita itu pergi dari pandangannya.

Baekhyun bingkas bangun. Tanpa berfikir panjang, dia terus pergi ke arah dapur. Matanya melilau mencari perkakas dapur. Matanya kini tertumpu ke arah garpu yang terletak di sebelah sinki dapur.

Dia segera mengambilnya.

Baekhyun memegang erat garpu tersebut. Tepat ke arah matanya. Air matanya mula mengalir. Tidak sanggup apa yang dia akan lalui selepas ini.

Fikirannya betul-betul celaru.

“Perlu ke aku buat perkara ni, tapi kalau aku tak buat…Jae Hee macam mana?”

Dia menghembuskan nafas yang panjang sebelum menghayunkan garpu tersebut ke anak matanya.


-to be continued-

"kerana aku sayangkan kau Jae Hee...aku tak sanggup tinggalkan kau walaupun keadaan aku macam ni..."

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
FINAL

Comments

You must be logged in to comment
ParkHany
#1
Chapter 5: hebat gile duh ff ni srs xD
QisHun
#2
Chapter 5: hebat mati hidup smula !! tapi saya trngin nak sambungan dia ....best author !!
Exotic_Baby_99
#3
Chapter 5: Best!!! Part yang baek hidup balik tu.. kalau saya jadi nurse mase tu agak agak mmg dah demam la kottt... tiga hari boleh hidup balik... hahah... looking forward for your next fic~~
MrMrLeyna
#4
Chapter 1: Best laa citerr awak... bolee x syaa copy citer awak tpii dngan bahasa english.. please... tpii nnti sya jdikan awak co - author sayaa ... bolee x ???
bubble_na_baebeul #5
Chapter 5: Setakat ni je..x pelah..hehehe..
happineseu
#6
Chapter 5: sokay Baek, Ramai lagi prmpuan lain, slain Jaehee xD
shypie #7
Chapter 5: Jarang saya jumpa fic cenni ...... Keep it up
tyhah_nad #8
Chapter 5: Kesian baekk...huhuhu XD
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 4: aigooo.. pompuan tu.. syirikk btoii --'' smbungg cpat !! besttt r !!
happineseu
#10
Chapter 4: ㅠㅠ,redha je laa mata ang kne amik.
pahala jariah tu.. adoii antu