Hurt (Finale)

HURT

Terketar-ketar lutut Baekhyun apabila dia berhadapan wad yang menempatkan Jae Hee.
Matanya berubah coklat keperangan lagi. Dia tidak dapat mendekati pintu wad tersebut kerana terdapat sebuah lembaga hitam berdiri di situ.

Baekhyun tidak dapat berbuat apa-apa kerana bayangan matanya penuh dengan kelibat roh. Ya dia tahu dia kini berada di hospital. Hospital juga adalah tempat orang mati. Nak tak nak kena juga pergi tempat macam ni.

Mujurlah Dongwan membuka pintu tersebut dan lantas lembaga itu hilang dalam sekelip mata.
Baekhyun menarik nafas lega.

“Hey, masuklah dalam cepat!”, Dongwan menarik tangan Baekhyun.
Dia dapat merasakan lelaki itu menangis, matanya merah.

“Jae…Jae Hee…”, sebut Baekhyun apabila dia melihat keadaan Jae Hee terbaring di atas katil hospital dan tidak sedarkan diri.
Bapa Jae Hee menepuk bahu Baekhyun perlahan.

“Doakan yang terbaik buat Jae Hee”, kata bapa Jae Hee perlahan. Dia mengenali Baekhyun kerana dia merupakan teman paling rapat dengan anaknya.

Seorang demi seorang keluar dari wad tersebut sehinggalah tinggal Dongwan, Jae Hee dan Baekhyun.

Dongwan sudah tertidur di sebelah Jae Hee. Tangannya erat memegang tangan gadis itu.
Baekhyun tidak dapat melelapkan matanya. Dia mahu menemani Jae Hee.

“Mampu ke aku nak selamat dia sedangkan keadaan dia kritikal macam ni…hmmm”, katanya perlahan.

Tatkala itu tetiba sahaja badan Jae Hee menggeletar. Dongwan terus terjaga dari tidurnya.
“Jae Hee??!”, Baekhyun memegang lengan Jae Hee yang menggeletar tidak henti sehingga menyebabkan seluruh katilnya bergegar.

“Panggil doktor cepat!!”, teriak Baekhyun. Dongwan tidak berkata apa-apa lalu terus berlari keluar memanggil bantuan doktor.

Dan dalam pada yang sama, kadar denyutan jantung gadis itu semakin berkurangan.
“Jae Hee!! Bangunlah! Please!!”, mahu sahaja dia mengalirkan air matanya ketika itu tapi dia tahan. Kelibat Minjung muncul di hadapan matanya.

“Ucapkan selamat tinggal pada dia…”, kata Minjung.
“Kenapa kau sanggup buat macam ni?? Kenapa kau tak ambik je nyawa aku bukan dia??!”, Baekhyun tidak dapat menahan rasa amarahnya lagi.

“Sebab…aku cemburukan dia!!!”, kini giliran Minjung pula berteriak. Seluruh barangan di situ jatuh dan pecah.
Baekhyun menutup kedua-dua belah telinganya.

Lantaran itu, beberapa orang doktor dan jururawat bergegas masuk ke dalam wad itu sambil membawa beberapa alatan dan ubatan. Dongwan mendapatkan Baekhyun yang sudah terduduk di atas lantai.

“Baek, kau okay ke?”, tanya Dongwan kerisauan.
“Tak, aku tak okay”, jawab Baekhyun perlahan.

Dongwan terus terdiam seribu bahasa.
Baekhyun terpandang akan beberapa ubatan yang diletakkan di dalam bersama-sama perkakas ubatan-ubatan yang lain.

Dia tidak ada cara lain lagi. Dia berikhtiar supaya cara ini sahaja yang mampu menyelamatkan Jae Hee.

Dia terus mencapai mana-mana ubat di situ dan terus meminumnya hingga habis. Dongwan, doktor-doktor dan para jururawat yang bertungkus-lumus menyelamatkan Jae Hee terus mengalihkan pandangan terhadap Baekhyun.

Pandangan Baekhyun berubah kabur. Terasa dunia ini sedang berpusing.
Namun tiba-tiba sahaja satu tamparan menyinggah ke pipinya.

“Baek! Kau gila ke?? Nak mati ke hah??!!”, Dongwan menggoncang badan Baekhyun.

Baekhyun hanya tersenyum.
“Ha’ah…memang aku nak mati….sebab biar aku temankan Jae Hee bila dia tak ada kat dunia lagi…”, jawab Baekhyun selamba.

Satu tumbukan mengenai pipinya. Baekhyun jatuh ke lantai. Dunianya terasa berpusing laju. Matanya berpinar. Beberapa orang jururawat menghalang pergaduhan yang sedang berlaku di dalam wad tersebut.

“Dong…Dongwan, kalau aku tak bangun balik nanti, aku nak kau jaga Jae Hee baik-baik…”, Baekhyun terbaring di lantai dan perlahan-lahan dia menutup matanya.

“Baek! Baekhyun!! ”, Dongwan menggoncang tubuh Baekhyun dengan kuat. Beberapa jururawat segera mengalihkan Baekhyun ke atas katil wad bersebelahan katil Jae Hee dan memberi CPR namun tidak berhasil.

“Cik, dia minum apa tadi?”, tanya Dongwan.

"Benzodiazepines”, jawab seorang jururawat yang berusaha memberi bantuan kecemasan kepada lelaki yang sudah terbaring kaku di katil itu.

"Apa tu?", Dongwan tercengang.
"Salah satu ubat painkiller, tapi kalau...terlebih minum boleh ma...mati", jururawat itu mengeluh.

Dongwan bagai nak gila menyaksikan kejadian ini, bakal isterinya sedang nazak dan begitu juga dengan Baekhyun. Seorang jururawat meminta Dongwan untuk keluar dari wad itu. Dongwan terpaksa akur.

"Tarikh kematian pukul berapa?", tanya seorang doktor sambil membuka sarung tangannya.
"05.35 pagi", jawab seorang pembantu jururawat di situ.

Dongwan terkejut beruk tatkala mendengar suara mereka walaupun sayup-sayup kedengaran. "Bagi aku masuk dalam!!", Dongwan menjerit dari luar wad.

"Maafkan kami....kami tak dapat selamatkan pemuda itu...", kata seorang doktor yang datang menghampirinya lalu menutup semula pintu wad untuk meneruskan tugasnya menyelamatkan seorang lagi pesakit. 

Dongwan terduduk di lantai. 
"Dah...dah mati??"

 

-Baekhyun POV-

Aku nampak dari jauh ada satu cahaya. Aku pun tak pasti cahaya tu datang dari mana. Nak kata lampu spotlight pun tak jugak…Hmm.
 “Aku kat mana? Aku dah mati ke?”, fikir ku sendirian sambil memerhati sekeliling. Gelap. Aku meneruskan perjalanan ku ke satu-satunya tempat yang ada cahaya tu. Aku berdiri kat situ macam tunggul. Nak pergi ke mana kalau dalam keadaan gelap macam tu? Jadi lama-lama aku bosan, aku duduk mencangkung.

Tiba-tiba aku dengar suara. Bukan satu suara tapi suara-suara. Ada yang terpekik, menjerit, dan ada yang ketawa? Okay ni menyeramkan. Aku berdiri balik macam tadi dan pandang sekeliling. Aku buka seluas-luasnya mata aku ni walaupun agak sepet.

Beberapa kelibat manusia seperti aku muncul dari semua tempat. Muka mereka bengis, seperti menahan marah dan aku lagi pelik dan malu bila tengok manusia-manusia ni tak berpakaian langsung.

“Ahh…pergi jauh!”, aku cuba menghalau namun mereka semakin dekat. Namun jauh di satu sudut, aku dapat melihat seorang gadis, berpakaian serba putih sambil memandang tepat ke arah aku.
Mata kami bertembung satu sama lain. Gadis itu berjalan ke arah ku.

“Minjungshi?”, nama itu terpacul keluar dari mulut aku. Hantu yang selalu ganggu aku kini tak ada rupa hantu langsung yang hanya sekarang wajahnya tampak tenang walaupun matanya agak sembap seperti menangis.

“Maafkan aku”, kata Minjung sambil memandang aku.
Aku tak mampu nak kata apa. Rasa geram pun ada, mahu je aku nak lempang dia tapi entah kenapa aku rasa tak sampai hati.

Minjung tetiba sahaja menarik lengan aku. Kami berlari melepasi segerombolan manusia yang tidak berpakaian. Kami berlari tanpa hala tuju di dalam kegelapan. Sumpah aku tak nampak apa-apa.
Minjung berhenti berlari. Aku tertanya tanya ke mana dia bawa aku dalam gelap ni.

“Erk, Minjung boleh aku tanya tempat apa ni?”, aku tanya walhal sebenarnya aku dah tahu tempat ni.
“Alam roh….”, jawab Minjung ringkas.

Tertelan air liur aku dengar dia kata macam tu. “Kenapa aku kat sini?!”, aku bertanya lagi.

“Kau kena tolong aku”, kata Minjung. Dia seperti malas mahu melayan persoalan aku.

“Eh eh dia ni, dah la menyusahkan aku buat aku terseksa macam nak mati ada hati pulak nak mintak aku tolong dia”, aku mengerutkan dahi aku.

“Tapi, tapi kenapa kau sanggup buat Jae Hee terseksa?!”, aku tak dapat kawal marah aku.

“ Aku seksa dia sebab aku cemburukan dia, aku cemburu sebab dia akan kahwin dengan bakal suaminya. Tapi kenapa aku tak dapat menikmati detik-detik macam tu?! Tuhan tak adil! Kenapa Tuhan sesuka hati ambil nyawa Sung Jae!!”, Minjung menangis teresak-esak.

“Mungkin Tuhan ada sebab kenapa dia buat begitu”, aku menjawabnya dengan tenang. Minjung mendiamkan diri.

“Sebab yang kedua….aku terpaksa ugut kau dengan cara menyeksa dia untuk tolong cari Sung Jae. Walaupun aku gunakan mata aku sendiri untuk lihat dunia roh, aku tetap tak kan jumpa dia. Aku mati sekalipun aku masih tak dapat bersama dengan dia….jadi aku bawa kau ke sini untuk tolong cari dia sebab aku yakin dia ada kat sini”, pinta Minjung.

“Selagi aku tak mati, selagi tu kau buat hidup Jae Hee terseksa? Macam tu ke hah?!”, aku menengking gadis itu. Bergema tempat itu dengar suara aku.

“Ma…maafkan aku…..”, Minjung menahan esak.
“Jadi Jae Hee macam mana?”, aku bertanya lagi.

“Dia…keadaan dia dah stabil”, jawab Minjung.

“Jom”, aku menarik tangan Minjung.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja tempat yang kami lalui dipenuhi dengan cahaya. Entah datang dari mana aku pun tak pasti. Asalkan senang sikit aku nak lalu tempat ni.

Minjung melepaskan pegangannya. “Eh kenapa?”, aku memandang pelik terhadapnya.
“Mata kau, tak berubah warna?”, Minjung mengerutkan dahinya. Lagi menambahkan kepelikkan aku.

“Mana aku tahu, macam la aku dapat tengok mata aku sendiri sekarang”, jawab aku selamba.
“Hmm tak pe la”, Minjung tersenyum tawar lalu memerhatikan sekeliling. Ya macam biasa, gelap.

“SUNG JAE!!”, teriak Minjung. Jeritan dia tu boleh buat sesiapa sahaja tercabut jantung. Nak tak nak aku pun terpaksalah jerit sekali.

“Sung Jae!!”

Namun beberapa kali teriakan langsung tidak membawa apa-apa makna. Aku tidak nampak apa-apa kelibat langsung.

“Minjung…”, satu suara menerpa ke arah kami. Aku memandang sekeliling. “Sung Jae??”, teriak Minjung semula.

Kami meneruskan perjalanan yang tidak tahu ke mana arah tujunya. Entah kenapa kepala aku tiba-tiba berdenyut. Suara lelaki itu sering muncul dalam kepala aku. Bila aku tutup mata, aku dapat mengesan satu aura dan aku pasti aura itu datang dari seseorang.

“Minjung…kejap”, aku berhenti daripada berjalan. Bila aku membuka mata aku semula, Minjung terkejut lalu tersenyum. “Kalau mata tu ada kat aku sekarang mesti dah lama aku jumpa Sung Jae, terima kasihlah dekat omma aku sebab pergi dermakan mata tu kat kau”, kata Minjung.

“Haa?”, aku cuba hadamkan kata-kata Minjung.

“Tak de apa-apa lah, bagitahu aku cepat apa yang kau nampak?”, Minjung menunjukkan ke arah anak mata aku. Aku merasakan warna anak mata aku berubah, tapi aku pelik walaupun dekat alam roh kenapa mata ni tak berubah warna terus dari tadi? Haish.

Aku cuba mengesan balik. Tapi semakin lama aura itu semakin banyak.
Minjung terus menarik lengan aku. Kelibat manusia-manusia dengan muka mengerikan muncul dari jauh.

“Alamak…apa patut aku buat”, aku mula menggelabah.
Kami tidak dapat lari ke mana-mana lagi kerana mereka semakin menghampiri kami.
“Cepat pergi dari sini!”, tiba-tiba seorang pemuda berlari ke arah kami.

“Sung… Sung Jae!!”, Minjung terus memeluk lelaki itu. “Kenapa tinggalkan Minjung, kenapa??”, Minjung menangis sambil memeluk erat lelaki itu.

“Jangan risau. Dah jangan nangis sayang, oppa ada”, pemuda itu terus memeluk Minjung semahunya. Aku kat situ membatu tak tahu nak buat apa.

“Pergi dari sini cepat!”, pemuda tadi menghalau aku.

“Tapi kenapa? Bukan saya dah mati ke?”, aku pelik tatkala pemuda itu cuba ‘menghalau’ aku.

“Sebenarnya masa kau makin suntuk dan tempat kau bukan di sini”, kata Minjung . Aku terus melopong.

“Apa maksud kau?”

“Tugas kau dah selesai, terima kasih kerana tolong aku”, Minjung berkata lagi.
“Pergi cepat atau kau akan terkandas kat sini selamanya!”, pemuda itu menolak badan aku.

“Tapi macam mana nak lari? Tu…yang tu…”, aku menunding jari ke arah kelibat manusia-manusia yang datang menuju ke arah kami bertiga.

“Lari cepat!!”, Minjung menolak kuat badan aku sehingga tertolak ke hadapan.

"Janganlah tolak kuat sangat!", kata aku lalu memandang ke belakang. Kelibat mereka berdua terus hilang.
"Mana diorang pergi?? Minjung! Sung Jae!!", aku berteriak sekali lagi. Masa aku makin suntuk. 

"Gulp", aku menelan air liur bila gugup tengok wajah-wajah manusia yang betul-betul mengerikan, macam nak makan aku.

"Biar la kau mati sekali lagi, kat sini kan alam roh", bisik hati kecil aku.

"1,2,....3!!!", aku berlari ke arah manusia-manusia yang mengerikan itu. Aku menjerit sekuat-kuatnya sebab takut yang amat sangat. Mana tahu diorang takut dengar aku jerit. Lol. Namun terdapat segerombolan manusia datang berlari untuk menerkam aku. Aku berlari sepantas mana pun mereka dapat mengejar aku dengan gigi taring mereka, kuku panjang menjalar. Sumpah aku takut gila! Entah tiba-tiba kaki aku tersadung dan....

“ARGHHHH!!!!!!”

-End of POV-

 

“Se…sejuknya…”, Baekhyun menggigil kesejukan.
“Tempat apa ni?? Gelapnyaaaa”, dia yakin dia dalam keadaan berbaring dan keseluruhan tempat amat gelap dan berbau amat busuk.

“Keluarkan aku cepat!!!”, Baekhyun menjerit semahunya. Dia meronta-ronta.
Seorang jururawat yang bertugas di bilik mayat amat terkejut mendengar suara itu. Dia turut menjerit sekali.

“Arghh!! Suara apa tu?!!!”

“Hoi keluarkan aku lah giler!! Tahu tak dalam ni sejuk gila nak mati! Dah la busuk!! Cepat keluarkan akuu!!!”, Baekhyun meronta lagi.

Jururawat itu berlari keluar dalam keadaan tergesa-gesa lalu memanggil beberapa doktor dan jururawat lain untuk segera pergi ke bilik mayat. Semua kelihatan cemas dan takut menyaksikan keadaan itu.

Perlahan-lahan mereka mengeluarkan mayat tersebut.

“Kamu yakin mayat ni yang menjerit tadi?”, tanya seorang doktor di situ.
“Iye, saya tak tipu doktor! Jelas sangat, sebiji-sebiji saya dengar dia cakap suruh keluarkan dia dari situ!”, bersungguh-sungguh jururawat lelaki itu bercerita.

Baekhyun membuka matanya kerana ada cahaya lampu menerpa ke arahnya.
“Aku kat mana?”, tanya Baekhyun. Lantaran itu semua doktor dan jururawat itu menjerit ketakutan.

Baekhyun turut menjerit sekali apabila mendapati dirinya dalam keadaan bertelanjang bulat. Malu siot!

Semua jururawat dan doktor berlari ke luar. Baekhyun bingkas bangun dan mendapatkan sehelai kain putih yang berada berdekatannya lalu menutup bahagian bawahnya.

Dia tertunduk ke bawah, terdapat satu penanda pada ibu jari kakinya.

Name: Byun Baekhyun
Death date: 20/5
Time: 05:30 a.m
Cause of death : Sudden heart attack due to overdose Benzodiazepines

 

"What??", perkataan tu sahaja yang mampu diucapnya melihat apa yang tertulis pada penanda tersebut.
"Dah berapa lama aku mati?", Baekhyun terpandang akan jam digital yang terletak di atas meja.

"23 haribulan? Maksudnya dah 3 hari aku mati? Aik? lama betul, padahal aku rasa kejap je...", Baekhyun hanya melihat tubuh badannya yang pucat lesi. Dia seakan tidak percaya apa yang dia alaminya.

"Macam mana dengan Jae Hee?", Baekhyun terus keluar dari bilik tersebut dengan hanya bertuala. Dia terus berlari ke arah wad yang menempatkan Jae Hee namun hasratnya terbantut tatkala melihat wad itu kosong.

"Hei!! Apa kau buat tu?!", seorang jururawat lelaki berlari ke arah Baekhyun dan menahannya. Baekhyun terpaksa berada di hospital itu untuk beberapa minggu untuk menjalani beberapa pemeriksaan.

Sejak kejadian itu, berita mayat hidup semula menjadi topik paling hangat di media-media sosial dan muka Baekhyun terpampang di setiap kaca televisyen mahupun surat khabar.

Tiga minggu kemudian...,

Di BlackCoffee Café,

“Hoi! Famous gila kau!”, Kai menepuk bahu Baekhyun sambil menunjukkan surat khabar yang baru dibelinya di kedai sebelah.
“Famous apanya?! Semua orang takut nak jumpa aku! Aishhh!!!”, Baekhyun mendengus.

“Byun Baekhyun”, tegur seorang gadis dan datang ke arahnya.
“Jae… Jae Hee?”, Baekhyun terus terbangun begitu juga dengan Kai sambil mengukirkan senyuman miangnya.

Jae Hee hanya tersenyum. Lalu terus memeluk Baekhyun. Baekhyun terkejut dan membiarkan gadis itu memeluknya.

“Syukurlah awak tak apa-apa dan terima kasih sebab selamatkan saya. Jangan tanya saya kenapa tapi….”, Jae Hee mendekatkan mulutnya ke telinga Baekhyun sambil berbisik.

“….saya tahu pasal Minjung masa saya hampir nak mati. Masa tu saya dah mula nampak bayangan roh, dan masa itulah Minjung muncul di hadapan saya.Tanpa awak, mungkin saya dah tak de kat dunia ni lagi.”, bisik Jae Hee perlahan dan melepaskan pelukan.

Baekhyun membutangkan matanya. Terkejut mendengar kata-kata Jae Hee.
"Esok oppa jangan lupa tau datang wedding Jae Hee hehe", kata Jae Hee sambil tersenyum.
"Eh bukan tarikh dah lepas ke?", Baekhyun menggaru kepalanya.

"Wedding tu terpaksa tangguh, kan Jae Hee sakit haritu. Tapi sekarang Jae Hee dah okay, tu pun sebab oppa hehe thanks by the way", Jae Hee memegang lembut tangan Baekhyun sebelum melepasnya perlahan-lahan.
"I have to go now, oppa Dongwan dah tunggu tu, esok jangan lupa datang tau!", kata Jae Hee sebelum beredar dari situ.

"Jae Hee sebenarnya oppa...", Baekhyun berkata seperti angin lalu tatkala Jae Hee sudah pun beredar dari kafe tersebut.

“Sebenarnya apa? Hahaha frust ke bang?”, Kai menepuk lengan Baekhyun.

“Hmm apa-apa je la!”, Baekhyun menarik muka dan meneruskan pekerjaannya di kafe tersebut.

“Take care Jae Hee and Dongwan...”

 Walaupun agak perit untuk aku lafazkan tapi, asalkan dia bahagia dengan orang yang betul-betul dia cinta dan dapat menjaganya. Mungkin aku bukan jodoh untuk dia tapi yang pasti aku takkan lupakan cinta pertama aku dan baru sekarang aku faham kenapa Minjung buat semua tu, aku faham perasaan dia, tapi kenapa dia..hmm lupakan je Baek, benda dah lepas....

Tapi yang paling penting sekarang, aku ada satu 'keistimewaan', tu kata orang. Tapi bagi aku tu satu musibah. Musibah yang aku perlu lalui sampai mati" 

THE END
 


-Alhamdulillah yay finally siap gak, walaupun chapter kali ni agak panjang lulz-
-A big thanks to all readers yang ikut fanfic aku yang x seberapa hoho-
-fanfic ni aku tulis brdasarkan filem seram thailand yang tajuknya the eye kot (x brp ingat & based on novel fixi. AJAIB (sumpah best gila)-

So a big thanks again to all readers yang comment, hehe sbnrnya nak gak baca komen korang klau aku bosan hehe

so tu je kut....hahaha tata! :D

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
FINAL

Comments

You must be logged in to comment
ParkHany
#1
Chapter 5: hebat gile duh ff ni srs xD
QisHun
#2
Chapter 5: hebat mati hidup smula !! tapi saya trngin nak sambungan dia ....best author !!
Exotic_Baby_99
#3
Chapter 5: Best!!! Part yang baek hidup balik tu.. kalau saya jadi nurse mase tu agak agak mmg dah demam la kottt... tiga hari boleh hidup balik... hahah... looking forward for your next fic~~
MrMrLeyna
#4
Chapter 1: Best laa citerr awak... bolee x syaa copy citer awak tpii dngan bahasa english.. please... tpii nnti sya jdikan awak co - author sayaa ... bolee x ???
bubble_na_baebeul #5
Chapter 5: Setakat ni je..x pelah..hehehe..
happineseu
#6
Chapter 5: sokay Baek, Ramai lagi prmpuan lain, slain Jaehee xD
shypie #7
Chapter 5: Jarang saya jumpa fic cenni ...... Keep it up
tyhah_nad #8
Chapter 5: Kesian baekk...huhuhu XD
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 4: aigooo.. pompuan tu.. syirikk btoii --'' smbungg cpat !! besttt r !!
happineseu
#10
Chapter 4: ㅠㅠ,redha je laa mata ang kne amik.
pahala jariah tu.. adoii antu