Shadow

HURT

 

“ARGHHH!!!”

“MATA…AKU!!”

Darah terus mengalir ke bahagian pipinya. Dia terus jatuh terduduk di lantai kerana sakit di bahagian matanya tidak dapat dibendung lagi. Seluruh dunianya gelap semula.

“ARGHHH”

Baekhyun terus terjaga dari tidurnya. Badannya dibasahi peluh yang menitis. Terasa bahang bilik tidurnya walaupun cuaca di luar hanya 20 darjah celcius.

“Mimpi apa tadi?! tapi, kenapa dia suruh aku pulangkan mata tu? Tu pemilik yang sebenar ke? arghh!! serabut kepala otak aku fikir benda ni. Lama-lama boleh jadi gila!”, Baekhyun merengus dan mengusap mukanya. Dia mengambil tualanya lalu berjalan pergi ke bilik air.

Lama dia merenung dirinya melalui cermin di dalam bilik air itu. Melihat anak matanya yang masih normal. Tak lama kemudian, dia terdengar ada suara dari luar pintu bilik airnya. Perlahan-lahan pintu dikuak. Namun tiada sesiapa di dalam biliknya.

Lantaran itu kedengaran suara kanak-kanak ketawa. Namun kelibatnya langsung tidak kelihatan. Segera dia membuka langsir tingkap.

Dia terkejut melihat seorang kanak-kanak sedang bermain di atas jalan raya bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan.
“Gila ke apa main tengah-tengah jalan?! Hoi budak! Bahaya!”, belum sempat Baekhyun  menjerit,  dia terlihat satu babak yang jarang dia saksikan. Terdapat sebuah lori kontena melanggar mereka berdua namun kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan sedia kala dan terus bermain riang di atas jalan tersebut.

Baekhyun mengeluh panjang dan menggosok dadanya.

“Ajak bergurau pulak budak-budak ni erghh”, Baekhyun menutup langsirnya semula.

Tiba-tiba sahaja iphonenya berdering tanda ada panggilan masuk.

“Hello…eh Kai? Nape call?”, tanya Baekhyun.

“Weyh, nak mintak tolong boleh? Datang kat kafe, urgent!”, kata Kai sebelum mematikan panggilan tersebut.

“Aik? End call terus? Urgent sangat lah tu, tak boleh jadi ni”, Baekhyun terus memakai t-shirt yang baru dan menyarungkan jaket hitamnya.

“Owh, lupa pulak…”, Baekhyun ingin mengambil dompet tapi masih tak dapat jumpa. Tatkala itu matanya melirik ke arah dompet yang dicarinya  yang berada di atas lantai.

Dia mengambil dompet itu dan tak semena-mena dia terlihat kelibat ‘seseorang’ menerusi celah kakinya.

Bulu romanya terus sahaja menegak.
“Hahaha apa lah, rupanya kat sini, penat aku cari hahaha”, Baekhyun berpura-pura ketawa bagi menenangkan hatinya.

Anak matanya berubah coklat keperangan lagi. Dia terus menyelukkan dompetnya ke dalam poket seluarnya.

“hmm lantaklah!”, Baekhyun berlari ke luar dari biliknya dengan perasaan yang berdebar-debar.

Di BlackCoffee Kafe

“Baek ah, nah…”, Kai terus menghulurkan sepasang baju kerja sama seperti yang dipakainya.

“Erk, buat apa kau bagi aku ni? Special gift untuk aku ke? Owhh terharunya sayaaa…aww”, Baekhyun mencuit bahu Kai.

“Haa! Bagus la Baek ada kat sini! Tukar baju cepat! Kita ada banyak kerja ni!”, teriak Xiumin dari dapur.

Baekhyun blur sambil memandang Kai.

“Erk aku tak faham…cer explain kat aku apa yang aku kena buat”, tanya Baekhyun sambil menunjukkan baju yang dipegangnya.

“Sorry sebab aku tak bagitau kau tadi, lagipun ramai pekerja kat sini terpaksa berhenti sebab nak sambung belajar jadi, kiteorang tak cukup tangan. Tu la aku mintak bantuan kau…pleaseeeee”, Kai membuat muka comelnya.

“Herm, untuk berapa hari…gaji aku agak-agak dapat berapa, kalau aku kerja seminit…”, Baekhyun mengira-ngira menggunakan jarinya.

“Yah! Buat kerja lah budak!”, Xiumin memukul kepala Baekhyun dengan senduknya.

“Aduh! Sakit la awak…nak mogok la macam ni!”, Baekhyun mengusap kepalanya. Agak sakit la jugak kena senduk tu.

Akhirnya Baekhyun terpaksa akur akan arahan Xiumin selaku pemilik kafe tersebut. Disebabkan Baekhyun tiada pekerjaan tetap buat masa ini jadi dia buat keputusan untuk terus bekerja bersama Xiumin dan Kai selama beberapa hari ni.

Hari-hari yang dilaluinya biasa sahaja, tapi gangguan macam suara-suara yang ‘berminat’ dengannya tu biasa lah cuma kelibat tu setakat ni tak nampak depan mata, hanya samar-samar sahaja sehinggalah satu malam…,

“Baek-ah, hantar cappucino ni kat meja nombor 10”, Kai menghulurkan secawan cappucino yang masih hangat.

Baekhyun hanya mengangguk.

Sedang dia berjalan ke arah meja tersebut, dia ternampak seorang perempuan di luar tingkap kaca kafe tersebut. Perempuan itu pucat dan berserabai, tapi hanya menutup matanya dan berdiri tegak di luar sambil menghadap ke arah kafe tersebut.

Baekhyun dapat merasakan perempuan itu bukan manusia lalu dia terus menutup kedua-dua matanya kerana takut perubahan warna anak matanya diketahui orang lain. Dengan tak semena-mena cawan di pegangannya jatuh ke lantai. Habis pecah cawan tersebut.

Baekhyun tersentap dan cepat-cepat meminta maaf kepada pelanggan yang memesan cappucino tersebut.

Pelanggan tersebut tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki hamun Baekhyun di hadapan pelanggan-pelanggan yang lain.

Baekhyun hanya menundukkan dirinya dan tak henti-henti meminta maaf. Dia mengutip serpihan kaca yang bersepai di lantai.

“Ahh…”, Baekhyun menjerit perlahan tatkala jari telunjuknya terkena kaca. Kai berlari ke arah rakannya itu sambil membawa sebatang penyapu dan penyodok.

“Maafkan kami, kami akan buat cappucino yang baru”, kata Kai sambil menunduk badannya 90 darjah tanda hormat namun sebaliknya buat Baekhyun. Dia dipenuhi rasa bersalah kerana ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini.

“Baek, kau okay tak?”, tanya Kai sambil memeluk lengan kawan baiknya itu.

Baekhyun menunduk lagi. “Maafkan aku”, balas Baekhyun dalam nada yang perlahan lalu berlari meninggalkan kafe tersebut.

Perempuan yang berdiri di luar tadi masih berdiri di tempat yang sama. Tetapi mulutnya bergerak seperti sedang memperkatakan sesuatu.

Baekhyun tidak endah akan perempuan tersebut lalu berlari sepantas kilat meninggalkan kafe tersebut. Panggilan Kai langsung tidak dihiraukannya.

“Jae Hee”

Tetiba sahaja nama Jae Hee terlintas dalam fikirannya. Sudah berhari-hari dia tidak bertemu dengan gadis itu sejak dia bekerja di kafe Xiumin. Dia terlihat susuk tubuh yang amat dia kenali. Segera dia berjalan ke arahnya.

“Jae Hee?”, panggil Baekhyun dari belakang tubuh tersebut.

“Oppa, Jae Hee takut…ada orang macam ekori sayang…tolong sayang takut sangat”, Jae Hee terus memeluk Baekhyun. Dan dalam pada masa yang sama dia terkejut kerana gadis tersebut memanggilnya sayang.

“Kenapa Jae Hee?”, tanya Baekhyun.

Jae Hee terus melepaskan pelukan sebaik sahaja menyedari lelaki yang dia peluknya itu bukan tunang dia.

“Erk…oppa Baek rupanya, Jae Hee ingatkan oppa Dongwan. Sorry”, kata Jae Hee sambil mengesat air matanya.

“Ada apa-apa yang tak kena ke??”, Baekhyun mulai cemas.

“Tak de apa-apa lah…”,gadis tersebut hanya mengukirkan senyuman agar Baekhyun tidak mensyaki apa-apa.

“Betul ni?”,tanya Baekhyun kerana dia dapat merasakan ada yang tidak kena dengan Jae Hee.

Gadis itu hanya mengangguk tetapi dia terus sahaja menekup telinganya. Terbutang mata Baekhyun tatkala perempuan yang dijumpainya di kafe sebentar tadi sedang berdiri di sebelah Jae Hee sambil membisikkan sesuatu.

Baekhyun terus menarik dan memeluk tubuh Jae Hee semahunya.

“Su…suara tu…tolong jangan ganggu aku!!”, jerit Jae Hee.
“Shuhh…oppa ada. Jom pergi dari sini”, ajak Baekhyun.

“Tapi…oppa Dongwan nanti macam mana? Nanti dia risau sebab Jae Hee tak de kat sini”, kata Jae Hee.

“Erm, kalau macam tu Jae Hee kena kuatkan semangat. Biar oppa temankan.”, Baekhyun melepaskan pelukan tersebut perlahan-lahan.

Perempuan tersebut ketawa berdekah-dekah.

“HAHAHAHA…HAHAHAHHA”

Jae Hee menutup matanya lagi. Menahan segala perasaan takut yang ada.
Baekhyun menarik nafas yang panjang lalu memandang tepat ke arah perempuan tersebut.

“Kau lagi. Tolong lepaskan dia, dia tak de kena mengena dalam hal ni. Pergi tak guna!”, Baekhyun cuba berkomunikasi menerusi suara hatinya.

“KAU DAH LUPA PERJANJIAN KITA. TINGGAL BERAPA HARI JE LAGI SEBELUM HARI PERKAHWINAN DIA, KAU NAK TENGOK DIA TERSEKSA KE? KENAPA? SERONOK KE TENGOK AKU GANGGU DIA?? HAHAHA”, balas perempuan tersebut.

Baekhyun terdiam.

Mujurlah tak lama selepas itu, kelihatan kereta Dongwan sampai di kawasan tersebut.

“Masuklah sekali”, Dongwan mempelawa Baekhyun untuk menumpang keretanya tetapi Baekhyun segera menolak tawaran itu dengan baik.

“Tak pe lah, lagipun dekat je ni. Terima kasih je la hehe”, Baekhyun hanya senyum tersimpul malu dan menundukkan badannya.

Setelah kereta Dongwan beredar dari situ, kelibat perempuan tadi terus sahaja hilang.

 

Keesokkan harinya,

Baekhyun bertekad untuk pergi ke hospital itu semula, di mana tempat dia membuat pembedahan korneanya beberapa bulan yang lalu.

Di hospital Myungwoo University

“Cik, saya nak tanya nama pesakit yang menderma organ masa bulan 3?”, tanya Baekhyun setibanya dia di kaunter pertanyaan.

“Kejap ye, saya semak dulu senarai nama…”, ujar seorang jururawat yang berada di situ.

“Awak ni ahli keluarga dia ke?”, tanya seorang lagi jururawat yang mula memandang pelik ke arah Baekhyun.

“Eh tak de la, saya pesakit kat sini dulu. Saya ada buat pembedahan kornea”, Baekhyun membesarkan matanya ke arah jururawat tersebut. Terus merah menyala pipi jururawat tu sebab tak tahan tengok gelagat lelaki itu yang terlebih comel. hahaha

“Owh…awak pesakit Doktor Jun kan? owh saya ingat”, jururawat itu mula ketawa.

“Nama awak Byun Baekhyun kan?”, tanya jururawat seorang lagi.

“Yup”, balas Baekhyun ringkas.

“Okay, ni senarai nama dia, tapi saya tak pasti yang mana satu sebabnya penderma tak bagi kami bagi maklumat kepada sesiapa”, terang wanita itu.

Baekhyun meneliti senarai tersebut. Semua nama lelaki kecuali seorang perempuan. Lingkungan umurnya dalam 27 tahun.

“Muda lagi dia ni…hmm”, kata Baekhyun di dalam hati.

Dia meneliti senarai tersebut. Mujurlah dia menjumpai alamat rumah perempuan itu dan segera dia mengeluarkan iphonenya.

“Awak nak buat apa tu?”, tanya jururawat itu.

Baekhyun cuba mencari akal kerana kemungkinan mereka akan melarang dia daripada mengambil senarai nama itu.

“Nak selfie dengan jururawat jelita lah…hehe”, Baekhyun mengenyit matanya.

“Owh boleh boleh haha”, jururawat itu mula senyum malu.

“Okay..one, two, three!”, Baekhyun berpura-pura mengambil gambar lalu dia segera berlari sambil membawa senarai nama tersebut.

“Hey!! Tunggu!!”, jerit wanita itu.

Dalam keadaan tergopoh gapah itu, sempat dia mengoyakkan secebis senarai nama itu yang mengandungi nama dan alamat perempuan itu. Dia yakin perempuan itu adalah penderma korneanya.

Lalu senarai nama yang terkoyak itu dia berikan kepada jururawat yang lain.
“Tolong bagi kat jururawat yang tengah lari tu ye, cakap kat dia saya mintak maaf banyak-banyak..bye!!”, Baekhyun melambai-lambai ke arah jururawat itu sebelum beredar dari situ.

Dia memberhentikan langkahnya setelah penat berlari.
“Aduh….penat!!”, Baekhyun mencangkung badannya lalu berdiri semula.

Dia mengeluarkan cebisan kertas tadi dan mula mengukirkan senyuman.

“Got to know you later…aku kena selesaikan kerja gila ni, kalau kau marah kat aku, aku tak kisah, nak datang korek je mata aku, ambik balik kornea kau ni, aku sendiri pun tak hingin lah dengan orang yang tak ikhlas macam kau!”, Baekhyun mula menyumpah-nyumpah kat tengah-tengah pejalan kaki tu.

Dan segera dia melangkah pergi mengikut alamat rumah yang tertera di cebisan kertas tersebut.


TO BE CONTINUED

 

  

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
FINAL

Comments

You must be logged in to comment
ParkHany
#1
Chapter 5: hebat gile duh ff ni srs xD
QisHun
#2
Chapter 5: hebat mati hidup smula !! tapi saya trngin nak sambungan dia ....best author !!
Exotic_Baby_99
#3
Chapter 5: Best!!! Part yang baek hidup balik tu.. kalau saya jadi nurse mase tu agak agak mmg dah demam la kottt... tiga hari boleh hidup balik... hahah... looking forward for your next fic~~
MrMrLeyna
#4
Chapter 1: Best laa citerr awak... bolee x syaa copy citer awak tpii dngan bahasa english.. please... tpii nnti sya jdikan awak co - author sayaa ... bolee x ???
bubble_na_baebeul #5
Chapter 5: Setakat ni je..x pelah..hehehe..
happineseu
#6
Chapter 5: sokay Baek, Ramai lagi prmpuan lain, slain Jaehee xD
shypie #7
Chapter 5: Jarang saya jumpa fic cenni ...... Keep it up
tyhah_nad #8
Chapter 5: Kesian baekk...huhuhu XD
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 4: aigooo.. pompuan tu.. syirikk btoii --'' smbungg cpat !! besttt r !!
happineseu
#10
Chapter 4: ㅠㅠ,redha je laa mata ang kne amik.
pahala jariah tu.. adoii antu