Fate

HURT

 

Baekhyun memberhentikan langkahnya setibanya dia di hadapan sebuah rumah. Rumah tersebut agak terasing daripada kawasan kejiranan dan rupanya sudah dimamah usia.

“Betul ke ni alamatnya? Tapi…erm, takpe la”, Baekhyun berulang kali melihat alamat yang tertera di kertas yang dipegangnya. Dia yakin bahawa itu adalah rumah perempuan itu kerana dia arif tentang selok-belok kawasan perumahan di situ.

Perlahan-lahan dia menolak garaj besi yang hampir reput.

“krett kreettt”

“Yoboseyo?”, Baekhyun menolak daun pintu perlahan.

Kelihatan seorang wanita yang sudah berusia sedang melipat kain di hadapan televisyen.

“Omoni, mianhae. Saya ingatkan tak de orang kat dalam.”, Baekhyun meminta maaf kepada wanita itu kerana mengganggunya.

“Eh, takpe, anak siapa ya? Cari siapa?”, wanita itu hanya mengukirkan senyuman. Senyumannya yang manis melegakan hati Baekhyun kerana risau wanita itu akan memarahinya.

“Ini rumah keluarga Kang ke?”, tanya Baekhyun.

“Ye tu nama keluarga kami. Eh, masuklah dalam, duduk dulu. Biar makcik buatkan air”, ujar wanita itu dan mempelawa pemuda itu untuk masuk ke dalam rumahnya.

Baekhyun hanya menuruti.

Dia memerhatikan sekeliling kawasan rumah tamu, penuh dengan barangan antik, tersusun dan kemas. Lalu, dia memerhatikan setiap gambar yang diletakkan di sebelah televisyen. Baekhyun seakan tidak percaya bahawa perempuan yang sering menghantuinya itu adalah salah seorang ahli keluarga Kang.

“Nampaknya aku tak salah orang”, Baekhyun tersenyum tawar melihat setiap gambar di situ. Perempuan itu nampak normal seperti perempuan lain. Baekhyun melihat kertas yang masih dipegangnya.

“Jap, nama dia…Kang Minjung”

“Marilah duduk sini”, wanita itu membawa sebuah jug yang berisi air oren segar dan segelas cawan.

Baekhyun duduk di hadapan sebuah meja kopi.
“Erm, nama anak siapa ya?”, tanya wanita itu.

“Owh nama saya Byun Baekhyun. Saya tinggal dekat Seoul tapi saya pernah datang sini sebab dekat dengan rumah pakcik saya”, terang Baekhyun.

Wanita itu hanya mengangguk.

“Ha, sebelum saya terlupa, makcik ada anak nama Kang Minjung? Saya kawan sekolah dia, saya datang nak tanya khabar dia semenjak saya jarang jumpa dia. Dah lama saya tak dengar khabar berita dia”, tanya Baekhyun sambil memancing ayat.

“Tu anak sulung saya tapi…dia dah lama tinggalkan makcik. Makcik rindukan dia sangat-sangat”, air mata wanita itu mula berlinangan.

“Kenapa makcik?”, tanya Baekhyun.

“Dia seorang anak yang baik, dengar kata, pandai. Makcik sayangkan dia sangat-sangat. Kalau kamu tengok gambar graduasi dia tu, itu adalah hari terakhir kami dapat tengok dia senyum sebelum dia berubah. Makcik sampai harini tak faham! Tak faham!!”, wanita itu mula menangis teresak-esak.

Baekhyun mula rasa bersalah.

“Eh menangis pulak makcik ni…so…sorry”, bisik hati kecilnya lalu dia mengusap belakang badan wanita tua itu untuk menenangkannya.

“Sabar makcik. Tapi kenapa Minjung berubah?”, Baekhyun mula tertarik akan cerita wanita itu.

“Entahlah nak. Sejak dia kehilangan bakal suaminya….dia jadi macam tu. Setiap hari menangis, tak mahu makan, kerja pun dia berhenti sebab tertekan”, terang wanita itu.

“Bakal suaminya pergi mana?”, Baekhyun menggaru kepalanya.

“Dia dah meninggal sebab accident kereta. Sebab dia terlalu sedih, dia akhirnya jadi murung. Selalu kurung diri dalam bilik…kadang-kadang tu makcik ada dengar dia cakap dengan seseorang dalam bilik….makcik takut. Sampai satu hari tu dia mengamuk  tiba-tiba tak tau sebab apa, matanya merah sambil sebut perkataan apa pun makcik tak faham.”

Wanita itu hanya sugul memandang cawan kosong. Lalu menyambung semula.

“…Dan sejak itu, Setiap hari setiap masa dia menjerit. Makcik menangis sebab tak tahan. Dah macam-macam kami buat tetap macam tu jugak. Sampai la dia hampir nak bunuh diri dengan kelar tangannya. Nasib baik makcik sempat masuk dalam bilik dia. Keluarga kami terpaksa hantar dia ke hospital bahagia sebab kami rasa dia akan tenang kat sana. Tapi kami silap, kelakuannya makin teruk sampaikan pegawai dan kakitangan kat situ ketakutan.”, wanita tua itu mula mengeluh dan mengesat air matanya.

“Anak lelaki makcik pernah bagitahu yang Minjung seperti dirasuk. Makcik sendiri tak faham. Tapi sejak Makcik melawat dia satu hari tu, makcik dapat tengok depan mata makcik sendiri yang dia sebut perkataan-perkataan pelik, meraung, bila makcik panggil namanya, dia pandang makcik dan matanya…..coklat perang…makcik betul-betul pelik. Lepas dia pandang makcik dia terus sebut nama bakal suaminya itu sambil tersenyum lalu meraung balik. Rasa nak gugur jantung makcik bila nampak muka dia macam tu. Tapi Makcik sangat kasihan kat dia.”

Baekhyun menelan air liurnya. Terkedu dengar wanita itu berkata sedemikian.
“Nah, kamu baca lah sendiri, makcik tak sanggup nak baca lagi…”, wanita itu menghulurkan sebuah buku berwarna hitam.

“Buku diari kot?”, teka Baekhyun di dalam fikirannya.

Baekhyun membuka setiap helaian buku tersebut. Penuh dengan contengan dengan bahasa yang tidak difahami. Tatkala itu terdapat sehelai kertas terjatuh dari buku tersebut. Segera Baekhyun mengutipnya.

“Eh? Apa benda ni??”, tanya Baekhyun.

Baekhyun membesarkan matanya tatkala melihat kertas itu yang penuh dengan darah dan seperti pemujaan roh dan terdapat lukisan mata di tengah-tengah kertas tersebut.

Wanita tua itu pun terkejut melihat kertas itu. Dia seperti tidak mengetahui akan kewujudan kertas itu.
Baekhyun meneliti setiap inci kertas tersebut dan di belakangnya terdapat tulisan seperti nota.

 

I’ll find you till death. No matter what happen I want to be by your side. How crazy I am, it’s no matter. I don’t want to lose you once again even you have leave me alone, so I have to use this to meet you in the other side of the world…. I hope God doesn’t mad at me, perhaps so…

Sincerely, Minjung Kang.

 

Baekhyun membacanya, namun wanita itu seperti tidak faham lalu dia menjelaskan semula isi kandungan nota itu. Wanita itu hanya menunduk sambil menangis. Dia sendiri tidak menyangka anaknya sanggup buat perkara begini hanya untuk jumpa dengan orang yang dah mati.

“Baru makcik faham kenapa dia jadi macam tu.”

Baekhyun memandang sayu. Belum sempat dia berkata apa-apa terasa ada angin dingin lalu melepasinya. Dia dapat merasa akan kehadiran Minjung.

Wanita tua itu berhenti menangis lalu memandang sekeliling. Dia dapat merasakan sesuatu yang melintasi di hadapannya.

 Wanita itu lalu memandang Baekhyun semula. Dia terkejut melihat anak mata lelaki itu berubah, sama seperti anaknya.

“Kenapa mata…mata kamu berubah sama macam anak saya??”, wanita itu kehairanan.

Baekhyun hanya mengukirkan senyuman dengan tenang.
“Saya sama seperti anak makcik, boleh berkomunikasi dengan makhluk selain manusia”, terang Baekhyun.

“Tapi saya rasa kamu ‘perolehi’nya kan?”, tanya wanita itu sambil mengerutkan dahi.

“Perolehinya? Apa maksud makcik?”, Baekhyun tidak faham akan maksud wanita itu.

“Takkanlah….kamu…..kamu yang dapat mata daripada Minjung??”, wanita itu tergamam seketika. Kelibat Minjung yang berlegar-legar di dalam rumah itu kini berdiri tepat di hadapannya.

Walaupun perasaan gerun kini menguasai diri, tapi dia tetap bertahan dan mengatasi rasa takutnya. Perlahan-lahan Baekhyun mengangguk kepalanya.

Wanita tua itu terus datang kepadanya sambil menangis.
“Ni…ni semua salah makcik…Ni semua salah makcik sebab makcik yang paksa Minjung dermakan mata tu saat dia nak mati. Makcik ingat dengan cara itu, lepas dia mati sumpahan tu akan tamat…tapi makcik salah. Tolong maafkan makcik….tolonglahh!!”, wanita itu melutut di hadapan Baekhyun.

Baekhyun terkejut lantas dia menghalang wanita itu daripada terus melututnya.

“Maafkan makcik…makcik tak nak nasib kamu sama seperti Minjung. Maafkan makcik!!”, wanita itu menangis teresak-esak.

Riak wajah yang pucat lesi dan tidak bermata itu mula menjauhinya. Baekhyun melepaskan nafas yang panjang. Sangkaannya meleset apabila Minjung muncul kembali dan dia telah melemparkan semua barang-barang yang ada di ruang tamu itu. Setiap gambar semua dilemparkan ke lantai menyebabkan kaca berderai.

Wanita tua itu terus menangis dan menangis. Baekhyun hanya membutangkan biji matanya melihat kelakuan Minjung.
“Apa….apa yang pecah tu??”, wanita itu memandang sekeliling. Tapi pada pandangannya rumah itu seperti tidak berlaku apa-apa namun pada pandangan pemuda di hadapannya itu, rumahnya seperti dilanda ribut taufan. Segala barangan bersepah dan pecah.

“KAU TAK PATUT ADA MATA TU!! SELAGI AKU TAK JUMPA SUNG JAE MATA TU MASIH MILIK AKU!!! MILIK AKUUUU!!!!!”, Minjung menjerit sekuat hatinya lalu dia pergi masuk ke dalam badan wanita tua itu.

Wanita itu berhenti menangis dan menunduk sambil tersenyum.

“Mak…makcik?? Makcik! Jawablah!!”, Baekhyun menggoncang badan wanita tua itu namun cubaannya gagal. Wanita itu segera menepis tangannya dan mencekupnya dengan pantas.

“Arghh!!!”, Baekhyun menahan kesakitan tatkala wanita itu menggenggam lengannya dengan kuat.
“Baik kau keluar dari rumah ni atau aku bunuh Jae Hee….”, suara wanita itu berubah garau.

“Jae Hee?? Apa kau dah buat kat dia ha setan??!!”, Baekhyun mula panas hati.

"Salah kau sebab berlengah-lengah! Nak tahu pasal latar belakang hidup aku, kau hanya buang masa!!!", wanita itu membentak.
Baekhyun tersentap. Dia sedaya upaya melepaskan pegangan wanita itu dan akhirnya terlepas.

Segera dia beredar dari rumah itu dan berlari sepantas yang boleh.

Iphonenya berdering. Dia segera mengangkat dan dia dapat panggilan dari seseorang yang tidak dia kenali.

“Hello??”

“Encik Baekhyun ke ni? Saya Dongwan…tolong….datang kat hospital sekarang….Jae…Jae Hee…makin tenat”, suara lelaki itu seperti menahan tangis.
“Kenapa dengan Jae Hee??”, Baekhyun mula gelabah.

“Dia accident dan cedera teruk…”, Dongwan berkata perlahan.
“….tolong datang sini cepat, saya tahu awak lagi faham perasaan dia daripada saya….”, suara Dongwan tersekat-sekat di hujung talian.

“Hello? Dongwan…kat hospital mana??”, Baekhyun memandang sekeliling. Namun panggilan terputus begitu sahaja.

“Sial! Mati pulak fon ni!! Mana aku nak cari Jae Hee?! Jae Hee!!”, Baekhyun menitiskan air matanya dan cuba menenangkan diri. Perlahan matanya ditutup dan menghembuskan nafasnya perlahan.

Di dalam benak fikirannya, dia dapat merasakan kedudukan Jae Hee di mana. Dia sendiri tidak pasti dari mana kemampuan ni datang tapi memang datang secara semula jadi atau tidak sengaja, itu memang di luar kotak fikirannya. Malas mahu memikirkan benda tu lama-lama.

Baekhyun terus berlari mendapatkan sebuah teksi dan bergerak menuju ke hospital yang menempatkan Jae Hee.

"Jae Hee tenat sekarang dan dia perlukan aku. Aku tak tahu aku dapat selamatkan dia atau tidak, jika tidak, biarkan aku dapat melihatnya untuk kali terakhir and I'm promise I won't be late....again"


-to be continued-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
FINAL

Comments

You must be logged in to comment
ParkHany
#1
Chapter 5: hebat gile duh ff ni srs xD
QisHun
#2
Chapter 5: hebat mati hidup smula !! tapi saya trngin nak sambungan dia ....best author !!
Exotic_Baby_99
#3
Chapter 5: Best!!! Part yang baek hidup balik tu.. kalau saya jadi nurse mase tu agak agak mmg dah demam la kottt... tiga hari boleh hidup balik... hahah... looking forward for your next fic~~
MrMrLeyna
#4
Chapter 1: Best laa citerr awak... bolee x syaa copy citer awak tpii dngan bahasa english.. please... tpii nnti sya jdikan awak co - author sayaa ... bolee x ???
bubble_na_baebeul #5
Chapter 5: Setakat ni je..x pelah..hehehe..
happineseu
#6
Chapter 5: sokay Baek, Ramai lagi prmpuan lain, slain Jaehee xD
shypie #7
Chapter 5: Jarang saya jumpa fic cenni ...... Keep it up
tyhah_nad #8
Chapter 5: Kesian baekk...huhuhu XD
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 4: aigooo.. pompuan tu.. syirikk btoii --'' smbungg cpat !! besttt r !!
happineseu
#10
Chapter 4: ㅠㅠ,redha je laa mata ang kne amik.
pahala jariah tu.. adoii antu