The Eye

HURT

Baekhyun termenung jauh memandang ke luar sambil menghirup secawan kafe yang masih panas. Lalu, dia mengeluarkan iphone dari poket jaketnya.
Mukanya berkerut tatkala melihat mesejnya tidak berbalas.

“Jae Hee….erghh..”, dia menghirup kafe tanpa memikirkan bahang panas yang bukan kepalang.

“Arghhh panas panas!!”, dia menjelirkan lidahnya.
“Hoi! Dah kenapa jelir jelir macam anjing panas? HAHAHAHA”, Kai menjerkah dari belakang Baekhyun.

“Arghh arghh…idah aghuu…(lidah aku)”, kata Baekhyun sambil berkerut menahan kesakitan lidahnya yang terasa kebas.

“Kejap eh, aku amekkan air, wait for a second.”, Kai berlari ke arah dapur kafe dan beberapa saat kemudian dia datang semula ke meja Baekhyun.

“Nah…”, Kai menghulurkan sebotol air mineral besar.

Baekhyun memandang Kai dengan pandangan yang kosong. Tanpa berkata apa-apa, dia terus membuka penutup botol mineral dan meneguknya dengan pantas.

“Nasib baik hari ni ‘customer’ tak lari tengok muka kau yang hodoh terjelir jelir lidah bagai hahahaa”, Kai masih tidak dapat menahan gelaknya.

“Eh sakai, habis tu dari tadi bukan aku sorang je ke ‘customer’ kafe ni harini”, Baekhyun menolak kepala Kai.

“Hoi…jangan curi tulang eh budak! Kalau tak gaji kau aku potong!”, teriak Xiumin selaku pemilik kafe BlackCoffee.
“Baik abam hensem kacak bergaya!!”, balas Kai sambil mencebik.

Tetiba sahaja iphone Baekhyun bergegar tanda chat masuk.

“Baek oppa, meet me at  the usual place, my family wanna see you, jangan lambat tau, kalau lambat sorry…”

Baekhyun berfikir sendirian.
“Kalau lambat sorry? Sorry for what?”

Baekhyun membetulkan jaketnya dan berlalu pergi meninggalkan kafe tersebut.
“Baek-ah! Nak pergi mana?”,jerit Xiumin.
“Ada hal sikit, duit kafe esok lusa aku bayar!”, jerit Baek dari jauh sambil melambai-lambai tangannya ke arah Xiumin.

 

Sempat lagi Baekhyun berdiri dari luar kedai yang berhampiran semata mata mahu membetulkan rambutnya.

“Jyeah, this is the time. Aku kena hensem depan family dia, yela, kena pikat family dulu baru boleh pikat anak dia…”, Baekhyun mengenyit matanya depan cermin sambil membuat aksi seorang model yang sedang membuat photoshoot. Kalau orang tengok boleh tergoda rasanya tak pun akan cakap yang dia seorang pesakit mental yang terlepas dari hospital bahagia. Lantak lah, bukan dia kisah pun.

Dia memerhatikan sekeliling mall tersebut, sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu nak beli barangan harian.

Belum sempat dia melangkah ke anak tangga eskeletor, dia terdengar bunyi geseran dan retakan. Dia terpandang ke atas, alangkah terkejutnya dia mendapati bumbung kaca mall tersebut hampir jatuh mengenai pengunjung-pengunjung di situ. Semua pengunjung yang menyedari akan bunyi tersebut berlari sepantas kilat meninggalkan mall tersebut.

Tak semena-mena terdapat sebahagian kaca tersebut jatuh ke bawah. Namun, dalam pada masa yang sama, ada seorang budak kecil sedang menangis keseorangan memanggil ibunya.

Baekhyun menanggalkan beg galasnya dan berlari ke arah budak tersebut. Dia menolak badan budak itu sekuat hatinya. Budak kecil itu tertolak ke tepi, jauh dari tempat kejadian.

Namun, malang tak berbau, belum sempat Baekhyun melihat keadaan bumbung tersebut, serpihan kaca tersebut jatuh mengenai matanya.

Baekhyun terbaring ke atas lantai. Badannya longlai. Kesakitan bukan kepalang, lebih-lebih lagi di bahagian matanya.

“Arghhh!!! Ma..mata aku…”, Baekhyun memegang matanya yang masih tertutup rapat. Dia berusaha untuk membuka matanya, tapi semakin lama semakin pedih. Seperti dicucuk dengan panah.

Seluruh dunia terasa gelap dalam sekelip mata. Tak, tak aku tak buta!!! Dia dapat merasakan seperti cecair mengalir dari matanya. Segera dia menyeka menggunakan tangan kirinya.

“Ni….darah”

Baekhyun menjerit jauh di sudut hatinya.

“Jae…Jae Hee, maafkan oppa…I’m late, please forgive me once again….”

Baekhyun akhirnya rebah di situ di sekeliling kaca yang bersepai di atas lantai.

 

 

Baekhyun terjaga dari tidurnya.

“Agak-agaknya berapa lama aku tak sedarkan diri?”, fikirnya sendirian. Lantas, dia teringat akan kejadian tersebut, dia terus memegang mukanya. Terasa seperti balutan yang agak tebal pada bahagian matanya. Hatinya berasa luluh. Dia merasakan dia tiada harapan untuk meneruskan hidupnya jika keadaannya seperti ini.

Dia mengenggam jari-jemarinya. Sedih, pedih, geram! Perasaan tersebut bercampur baur.

“Aku kat mana sekarang??”, dia dapat meneka yang dia kini berada di atas katil hospital.

“Jae Hee…mana Jae Hee??”, Baekhyun segera turun dari katil tersebut. Dia berlari tanpa arah tujuan dengan matanya yang berbalut. Semua peralatan jatuh bertaburan. Baekhyun terjatuh ke lantai akibat kakinya tersadung pada meja yang berdekatan dengan katilnya.

“Arghh!! Sial laa!!!”, Baekhyun menjerit semahu-mahunya. Lantaran itu, terdapat beberapa orang jururawat bergegas masuk ke dalam wad yang menempatkan Baekhyun. Dia meronta-ronta mahu dilepaskan.

“MANA JAE HEE?? Dia tengah tunggu aku!! Tahu tak aku ada temu janji dengan dia??!! Lepaskan aku tak guna!!”, Baekhyun memarahi orang yang berada di sekelilingnya.
Seorang daripada mereka menyuntik ubat penenang pada lengan Baekhyun.

Kelakuannya berubah tenang selepas itu. Dia kembali baring di atas katilnya sambil memeluk dirinya.
Dia terdengar bunyi sepasang tapak kaki masuk ke dalam bilik wad tersebut.

“Baekhyun, sila tenangkan diri awak, saya Doktor Jun yang akan jaga awak sepanjang awak berada di sini”, kata lelaki tersebut.

“Dah berapa lama aku kat sini?”, tanya Baekhyun kasar.

“Sejak dua minggu lepas. Saya cuma harap awak boleh bertenang dan sabar sementara proses pemulihan mata awak tu”, jelas Doktor Jun.

“Kenapa tak cakap je yang aku dah buta?”, Baekhyun memalingkan badannya ke arah dinding.

Doktor Jun tidak berkata apa-apa. Dia menarik nafasnya sambil mencari ayat yang sesuai supaya tidak terguris perasaan pesakitnya itu.

“Sebenarnya kornea pada kedua-dua belah mata awak dah rosak akibat beberapa serpihan kecil masuk ke dalam mata awak. Kami tidak dapat berbuat apa-apa masa itu. Tapi, kami dapat seorang penderma yang baik hati yang telah mendermakan sepasang matanya…”, belum sempat Doktor Jun menghabiskan ayatnya Baekhyun memotong.

“Siapa yang baik sangat nak dermakan mata dia tu? Cakap kat dia terima kasih sajalah…”, jawab Baekhyun selamba.

Doktor Jun menggelengkan kepalanya. “Dia dah mati seminggu lepas. Jadi, kami buat pembedahan ke atas mata awak dengan mata dia kerana dia dah berhajat nak dermakan seluruh organnya setelah dia mati”, Doktor Jun melepaskan nafasnya sedalam mungkin.

Ya, sungguh murni hati si mati itu. Fikirnya.

“Berapa lama lagi aku kena tunggu kat sini?”, tanya Baekhyun.

“Mungkin dalam beberapa bulan lagi”, Doktor Jun menundukkan kepalanya.
“…erm, baiklah saya pergi dahulu, kalau ada apa-apa masalah tekan sahaja punat ni”, Doktor Jun memberi sebuah alat panggilan kecemasan kepada pesakitnya jika berlaku kecemasan.

“Okay”, balas Baekhyun ringkas.

6 bulan kemudian, di Hospital MyungWoo University,

Detik-detik yang dinantikan kini tiba. Para jururawat dan doktor-doktor yang menjalankan pembedahan kornea pada mata Baekhyun berada di sekelilingnya untuk memerhati pencapaian pembedahan mereka sama ada berjaya atau sebaliknya.

Doktor Jun selaku penjaga Baekhyun membuka balutan sehelai demi sehelai. Baekhyun duduk di katilnya dengan tenang walaupun dalam pada masa yang sama dia amat gementar jika dia tak dapat melihat lagi dunia ini. Dia memegang lengan Doktor Jun.

“Tenang Baek. Everything gonna be alright”, bisik Doktor Jun.
Baekhyun hanya mengangguk tanda menuruti.

“Okay, tarik nafas dalam-dalam dan buka mata pelan-pelan”, kata seorang jururawat yang berada di sampingnya.

Baekhyun menggenggam jarinya. Terasa sangat gementar. Lalu, matanya dibuka.
Semua wajah-wajah doktor dan jururawat di situ dia perhati. Seorang demi seorang.

Lantas, apabila melihat reaksi Baekhyun, semua orang di dalam wad tersebut bersorak kegembiraan. Ada yang melompat, ada yang menangis, bertepuk tangan termasuk Doktor Jun.

Baekhyun hanya tersenyum dan mengambil sudu di meja sebelah katilnya. Memerhatikan wajahnya di sebalik biasan sudu tersebut.

“Akhirnya….”, dia dapat melihat segala-galanya. Terasa mahu melompat di atas katil hospital itu tapi agak-agaklah, takkan depan doktor kut…hahaha.

Tapi dia perasan ada seorang daripada mereka dari tadi hanya memerhatikan dirinya. Rambut serabai, mukanya pucat dan berpakaian seperti pesakit-pesakit di sini. Belum sempat Baekhyun ingin memanggil perempuan itu, Doktor Jun menyapanya.

“Jom keluar jalan-jalan”, katanya sambil tersenyum.
“Boleh je”, jawab Baekhyun.

Malam itu,

Sedang Baekhyun nyenyak tidur dia terdengar ada suara memanggilnya.

“Oppa…”

Dia terus sahaja terjaga. Dia melihat ada kelibat sedang berkeliaran dari luar bilik wadnya.

“Jae Hee?”

Baekhyun segera turun dari katil. Mencapai segala barangan yang dia ada  dan menyarungkan jaketnya. Dia berlari ke luar koridor hospital. Tiada sesiapa. Kosong.

“Annyeong?? Yobeoseyo? Nuguya?”, Baekhyun memanggil dengan nada yang agak tinggi. Namun tiada sesiapa yang menyahut.

Tiba-tiba sahaja seorang wanita yang berserabai rambutnya dengan baju pesakit yang lusuh berdiri tegak di hadapannya.

“Siapa kau?”, tanya Baekhyun.

Wanita itu tidak berkata apa-apa sebaliknya semakin mendekati Baekhyun.

Bulu romanya terus sahaja menegak. Semakin wanita itu menghampirinya semakin jelas lah wajahnya. Wanita itu tiada mata!

Berderau darah Baekhyun. Terasa jantungnya hampir gugur.

Baekhyun menjerit sekuat hatinya dan berlari dengan kudrat yang ada meninggalkan hospital tersebut.

Namun, bila dia berada di luar. Lagi banyak kelibat-kelibat seperti roh berterbangan menghiasi pemandangannya.

Dia memejamkan matanya banyak kali.

“Ni bukan ilusi, atau mimpi tapi kenapa aku boleh nampak…arghhh!!!”, Baekhyun duduk sambil memeluk kakinya. Dia tidak dapat meneruskan perjalanannya akibat rasa takut yang amat sangat.

Dia menggigil ketakutan.

“PULANGKAN MATA AKU….MATA AKU….HUHUHU”

Suara tangisan mula kedengaran di corong telinganya.

Baekhyun menekup kedua-kedua belah telinganya. Dia terasa ada tangan menyapanya.
“Argh!! Lepaskan aku!!”, Baekhyun menepis tangan itu.

“Baek, ni aku! Kai!”, Kai segera memeluk rakannya itu.
“…kau okay tak? Baek-ah…jangan takut, aku ada…”, Kai cuba menenangkan rakannya itu.

Baekhyun hanya mengangguk dan menundukkan pandangannya. Tidak berani memerhatikan sekelilingnya yang terasa amat ganjil bagi dirinya.

“Jom…balik”, katanya sambil melepaskan nafas yang panjang.

 

 


to be continued

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
FINAL

Comments

You must be logged in to comment
ParkHany
#1
Chapter 5: hebat gile duh ff ni srs xD
QisHun
#2
Chapter 5: hebat mati hidup smula !! tapi saya trngin nak sambungan dia ....best author !!
Exotic_Baby_99
#3
Chapter 5: Best!!! Part yang baek hidup balik tu.. kalau saya jadi nurse mase tu agak agak mmg dah demam la kottt... tiga hari boleh hidup balik... hahah... looking forward for your next fic~~
MrMrLeyna
#4
Chapter 1: Best laa citerr awak... bolee x syaa copy citer awak tpii dngan bahasa english.. please... tpii nnti sya jdikan awak co - author sayaa ... bolee x ???
bubble_na_baebeul #5
Chapter 5: Setakat ni je..x pelah..hehehe..
happineseu
#6
Chapter 5: sokay Baek, Ramai lagi prmpuan lain, slain Jaehee xD
shypie #7
Chapter 5: Jarang saya jumpa fic cenni ...... Keep it up
tyhah_nad #8
Chapter 5: Kesian baekk...huhuhu XD
KimTaehyungWifeu
#9
Chapter 4: aigooo.. pompuan tu.. syirikk btoii --'' smbungg cpat !! besttt r !!
happineseu
#10
Chapter 4: ㅠㅠ,redha je laa mata ang kne amik.
pahala jariah tu.. adoii antu