;02

Histeria

Sebentar tadi, anda sudahpun membaca kisah Yuri dan Ara yang telah diceritakan sendiri oleh Yuri kepada aku. Sebenarnya,Yuri merupakan pelajar asrama yang baru di situ jadi segala kisah aneh yang tidak diketahuinya mula dibongkarkan sedikit demi sedikit. Berbalik kepada ceita tadi, Selepas insiden itu, dia telah mengalami demam. Mungkin itu nasib penduduk asrama yang baru di situ. Pasal tandas yang tidak mereka gunakan itu ,aku tidak pasti. Tidak pasti kenapa mereka tidak masuk ke situ dan gunakannya.

 

Yuri berfikir panjang dan akhirnya ,hanya selepas sebulan menduduki di sekolah tersebut, Yuri kembali ke sekolahnya yang lama iaitu bersama kami. Tak pasti jika dia  terlalu rindukan asrama lamanya ataupun mungkin tidak mahu mengalami perkara yang sama.

 

Itu apa yang berlaku di sekolah asrama lain. Mendengar cerita Yuri itupun sudah tak sanggup aku bayangkan. Tak sanggup jika aku yang terjumpa dengan budak lelaki itu. Mungkin aku boleh pitam semasa memegang tangan budak lelaki tersebut atau menangis. Yang pasti, aku tidak boleh nampak benda-benda tersebut. Aku bersyukur aku tidak diberi keistimewaan tersebut. Mungkin ia boleh menjadikan diri anda berani tapi hei siapa yang nak bila hijabnya terbuka ?

 

Ada di kalangan penduduk asrama sekolah aku yang mempunyai keistimewaan ini. Bagus jika mereka hanya senyap dan melihat 'benda' itu seorang diri. Tetapi tiada yang sanggup melihat syaitan itu keseorangan melainkan terpaksa memberitahu rakan-rakan mereka. Aku teringat ketika aku di tingkatan 3, seorang budak perempuan tingkatan 1 baru masuk ke asrama ini dan selalu menimbulkan huru hara di asrama kerana matanya yang boleh melihat apa yang kami tidak nampak.

 

Budak perempuan ini terlalu jujur dan anda tak akan dapat bayang betapa jujurnya budak ini apabila dia terlihat sesuatu menumpang di asrama kami.

 

"Weh tu dalam bilik pantry,rambut dia panjang, mata dia merah . Dia tengah tengok kita."

 

Aku mungkin gila jika aku menjadi kawannya. Sudah acap kali kakak-kakak senior menasihatinya supaya tidak bermain dengan perkara serious macam tu. Tapi ibarat mencincang air yang tak akan putus, semuanya sia-sia. Sehinggalah suatu hari, asrama perempuan kecoh apabia dia meracau di dalam biliknya sambil memakan SABUN buku. Ya Tuhan, aku tergamam apabila terdengar cerita malam itu. Helo, dia makan sabun buku sambil bercakap seorang diri. SIapa nak teman? Tapi katanya budak perempuan itu tak sedar yang dia sedang memakan dan menggigit Sabun buku ketika itu.  Apapun, aku tak dapat bayangkan rasa memakan sabun buku. Ugh terlalu banyak alkali.

 

Disebabkan banyak perkara yang dia telah timbulkan, menyebabkan ramai penduduk asrama perempuan dalam ketakutan.

 

Dia tidak boleh dihalang kerana matanya diberi keistimewaan kecuali dengan menyuruhnya tinggal di rumah dan bukannya asrama. Akhirnya, apabila warden mengarahnya untuk tidak tinggal di asrama, segalanya kembali normal.

 

Tetapi pada pertengahan tahun, seorang budak tingkatan 2 telah dikacau. Ketika itu ,aku sedang menyusun pakaianku di dalam almari bersama Dara apabila adik angkat Dara yang merupakan ahli dorm sebelah  datang membawa berita. Katanya budak perempuan tingkatan 2 tersebut meracau dan rasa diganggu sejak malam semalam.

 

 Budak itu sedang tidur di atas katilnya ketika dia terjaga dan ternampak bayang-bayang ataupun lembaga di kaki katil kawannya yang diulit mimpi. Dan menurut cerita adik angkat Dara, lembaga itu berbisik kepadanya.

 

"Aku akan datang lagi malam ini"

 

Hahahahaha! Boleh tak anda bayangkan bila lembaga itu berbisik kepada anda? Gila woi gila! aku dan ahli kamar lain yang mendengar cerita itu terus kecut perut! Tidur berpasangan kerana takut. Tidur sambil membuka lampu bilik. Itu arahan ketua aspuri. Nasib badan, dia beri kebenaran pada kali ini. Takut-takut akan jadi apa apa yang teruk pada malam nanti.

 

Tetapi, kami bersyukur kerana malam itu segalanya normal. Tiada histeria ataupun kemunculan lembaga. Hobi syaitan suka mengusik. Jadi, dia mengacau dan mengusik manusia agar kita terlalu takut kepadanya dan bukan Sang Pencipta.

 

Aku teringat juga kejadian yang aku sendiri tak dapat klasifikasikan ketika di tingkatan 1 pada 2010. Susah untuk terangkan. Dan aku hanya mengunci mulut ketika kejadian ini berlaku .

 

Waktu itu, Tifanny, rakan dorm aku sedang berbaring di atas katilnya sambil menyikat rambutnya. Aku bercadang untuk ke tandas yang berada di sebelah sendirian kerana aku hanya ingin membasuh tangan. Tak perlu berteman rasanya ,bukan?

 

Ketika aku melangkah keluar dari dorm aku yang terletak di hujung koridor, aku melihat seseorang sedang berdiri tidak jauh dari dorm aku. Dia memalingkan mukanya dari aku jadi susah untuk aku kenalpasti siapakah gerangannya.

 

Niat di hati nak menegur perempuan itu tetapi mulut aku terkunci seperti digam. Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang tidak kena. Aku melihat pakaian yang dipakai perempuan itu dan menjenguk ke dalam bilik aku dimana Tiffanny berada. Aku terdiam. Pakaian mereka berdua sama. Sebiji! Seluar kuning, baju merah jambu! Hati ni meronta nak tegur tetapi mulut aku berat nak dibuka. Dan aku masih konfius apabila ternampak perempuan di luar koridor ini sedang menyikat rambutnya yang mengurai. Sama seperti Tifanny! Sumpah aku rasa aneh. Nak tegur, memang mulut ni tak boleh dibuka.

 

Memikirkan sejenak, aku masih tidak membasuh tangan jadi aku segera membasuh tangan dan keluar dari tandas dengan memberanikan diri untuk menegur perempuan itu. tetapi malangnya, dia sudah tiada.

 

malam itu, aku berniat ingin memberitahu Tifanny tetapi aku hanya mendiamkan diri. Sebab aku terlalu konfius dan pelik. Siapa perempuan yang menyerupai Tifanny itu sebenarnya?

 

Banyak lagi kisah yang aku dengar di asrama aku ini dan alami sendiri tetapi apa yang aku akan ceritakan  selepas ini adalah pengalaman yang tak akan aku lupakan .Kejadian di mana hati aku kuat berdebar dan jantung nak luruh.

 

Kejadian ini bermula pada awal tahun 2014 iaitu bulan 3. Ya tahun lepas di mana aku dan semua pelajar tingkatan 5 yang lain mengemudi asrama perempuan ini. Tahun lepas di mana terlalu banyak kes-kes yang tak dapat kami tangani sendiri. Tahun lepas di mana terdengar jeritan budak perempuan ketika kami diulit mimpi.

 

Hai. Nama aku Hyunmi. Aku menulis cerita ini hanya untuk pertandingan Jubilant dan apa yang akan anda baca selepas ini, segalanya terjadi di asrama kami.

 

962 patah perkataan

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
terlalu banyak halangan nak post chap ni! -_-

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 5: nak nak nak. buatlah sequel pls
ChachaPippo
#2
Chapter 5: Hohoho.. silakan~ silakan~
PinkBlossom_97
#3
Chapter 5: Kalau betul nak buat sequel, please make it creepier than this. Lol but I'm serious I really need a sequel. ^w^
PinkBlossom_97
#4
Chapter 5: Oh please... I do need a sequel for this one!! ❤️
kaeiyramel #5
Chapter 4: Meremang bulu roma duhh TT_TT
ely_yeobos #6
Chapter 4: betulkah ni based on true story ? omg, kalau buat filem, kalah conjuring dan annabelle tapi bila baca cerita ni sendiri2 seram pula btw great story !!
aishahdaebak #7
Chapter 4: Kesian mei!
Heart_love
#8
Chapter 4: Serious la ni real story????ya Allah,kesian dot mei.btw,daebak
starlightkim_
#9
Chapter 4: Serious seram siot...huhu..meremang wei bulu roma..
kpopfangirl10
#10
Chapter 4: part last tu saya blur....ape jadi kat mei,dia ok ke?...
mmg scary kot
ingatkan ade sambungan tapi x de..T~Tbut its ok
cite ni mmg seramm