;01

Histeria

 

Malam kejadian, Yuri dan Ara sedang membasuh pakaian bersama di bilik basuh blok tingkat atas asrama perempuan. Hanya mereka berdua yang bertungkus lumus membasuh pakaian kerana mereka amat sibuk semenjak minggu lepas kerana mempunyai latihan bola jaring yang bakal dipertandingkan pada minggu hadapan. Bagi pelajar lain yang lapang, mereka semua berkumpul dan bersembang di bawah sementara menunggu untuk masuk ke bilik belajar.

 

Ara yang selesai membasuh  kesemua pakaiannya segera membilas lalu meletakkan kesemua pakaian lembab tersebut ke dalam baldi. Dia memandang Yuri yang masih ligat membasuh baju.

 

"Yuri, aku nak sidai baju ni dekat bawah kejap. Dekat dalam toilet ni aku takut tak kering. "

 

Yuri memandang sekilas lalu mengangguk. "Okay. Kau pergi lah sidai dulu. Nanti datang balik, tau!"

 

"Kau nak pergi dengan aku sekali ke apa? Nak ke kau sorang-sorang dalam tandas ni?" tanya Ara bertanya untuk mendapatkan kepastian. Manalah tahu mungkin Yuri ni lemah jantung ataupun phsycho nak kena ditinggalkan keseorangan dalam ni.

 

Yuri mengangguk dan tersenyum. "Jangan banyak complaint. Dah pergi sidai cepat."

 

"Betul ni?" Tanya Ara sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

 

"Ye Ara. Pergi lah cepat." Yuri menjawab tanpa memalingkan mukanya ke belakang kerana terlalu fokus untuk membasuh pakainnya. Takut-takut tak sempat habis selepas waktu belajar nanti. Malam ini harus tidur awal. Esok pagi lepas subuh perlu siapkan segala kerja rumah yang masih tergantung.

 

Mendengar jawapan Yuri,  terus Ara membawa turun baldinya yang sarat dengan pakaian lembap ke  tingkat bawah.

 

Kini ,tinggal Yuri seorang di dalam tandas. Seminit berlalu dan Yuri masih tekun membasuh pakaiannya. Kini hanya bunyi sentalan dan gosokan berus yang menemani sepanjang Yuri berada di dalam bilik basuh tersebut. Sekali sekala tangannya membetulkan ikatan rambutnya yang semakin terurai. Walaupun diikat kemas beberapa kali, masih tetap longgar.

 

20 minit berlalu tetapi Ara masih tidak selesai menyidai pakaiannya. Tiada tanda-tanda dia akan muncul. Batang hidung juga tidak nampak. Mana dia menghilang ? Sidai baju ataupun buat baju ?

 

Pap! Pap! Pap!

 

 Sesaat,  Yuri berhenti membasuh pakaiannya. Dia memandang ke luar bilik basuh. Dia terdengar tapak kaki seseorang sedang berjalan di luar. Tetapi, koridor tersebut hanya kosong. Sepi. Mungkin dia hanya berkhayal. ya, ianya satu khayalan.

 

Dia menyambung kembali membasuh pakaiannya dan berharap Ara dapat menyelesaikan tugasan menyidainya dengan segera. Rasa seram sejuk mula menimpa. Bulu roma menegak secara tiba-tiba dan entah kenapa hati berdebar-debar mencari kepastian akan perubahan mendadak atas badannya. Takdir meminta, mata Yuri teringin memandang di luar bilik basuh di mana hanya ada laluan koridor. Sekilas, bayang bayang seorang budak melintas di hadapan matanya.

 

Yuri terpana. Mata memerhati dan otak ligat mentafsir adakah benar apa yang dilihat? Adakah ianya gurauan minda? Budak mana pula yang sesat hingga ke atas tingkat asrama puteri? Anak cikgu ? Ataupun.....toyol? Yuri menggeleng dan ketawa kecil kerana sikapnya yang selalu membuat kesimpulan melulu.

 

Dia berhenti ketawa. Tak patut dia berseronok masa dia keseorangan. Seorang diri di dalam bilik basuh yang semakin usang. Lampu hadapan yang makin malap bila-bila sahaja boleh terpadam. Dengan hanya satu bilik basuh yang bernyala di blok ini, menambahkan suasana sedikit tidak enak di sekeliling Yuri.

 

Segera menyambung kembali tugasnya tetapi berhenti apabila satu angin yang entah datang dari mana menerpa ke arah mukanya. Menampar dan memecahkan lamunannya ketika ini. Angin yang mungkin hanya muncul apabila anda berseorangan dan ada yang akan datang meneman.

 

Yuri tersentak apabila terdengar rengekan seorang manusia. Seorang budak. Adakah itu budak tadi? Budak yang disangkanya toyol?Memutuskan untuk melihat gerangan siapa, Yuri mengelap tangannya dan berjalan keluar dari bilik basuh. Dia memandang ke kanan , mencari suara rengekan tersebut yang mungkin datang dari rakan-rakannya.

 

Sepanjang koridor di tingkat dua ini, hanya biliknya sahaja yang menyala. Disokong dengan lampu koridor , menambahkan sedikit ruang gelap di hujung hujung tangga bersebelahan koridor. Semuanya gelap. Macam ada satu bayang besar yang datang melitupi segalanya. Seperti ada...yang hadir..ada yang menemani..

 

"Ehek ehek ehek mana mama saya? "

 

Satu suara menangis dan merayu. Yuri menoleh di sebelahnya. Ya. Dia jumpa suara rengekan tersebut. Dan suara tersebut milik budak lelaki yang sedang membawa anak patung. Budak lelaki ini asyik menggosok matanya. Memegang erat anak patung. Muka sedikit kebiruan dan....pucat. Seperti..mayat.

 

Yuri menarik nafas lega. Kelihatan,Warden sedang membuat tinjauan di bawah. Jadi mungkin budak lelaki ini anak warden yang sesat  sampai naik ke atas. Yuri kemudian duduk bertinggung di hadapan budak lelaki yang menangis itu. Cuba untuk menenangkan dan menolongnya kembali kepada pangkuan ibunya di bawah.

 

"Ye ,dik. Cari mama eh ? Ikut akak, nanti akak bawak adik turun." Yuri berdiri dan terus memegang tangan budak lelaki itu. Sejuk. Itu apa yang dirasakan Yuri. Mungkin disebabkan malam, suhu badan budak ini menurun. Kemudian ,Yuri terdengar tapak kaki sedang menaiki tangga. Adakah itu Yuri? Ataupun ibu budak yang sedang mencari anaknya ini?

 

"Yuri!"

 

Yuri membuntangkan matanya dan mengurut dadanya perlahan. Kenapa Ara harus menjerit namanya begitu? Nasib tiada sakit jantung.

 

"Ara! Terkejut aku! " Yuri membalas sambil mengurut dada perlahan .

 

" Kau nak pergi mana? Habis basuh dah?" tegur Ara yang selesai menyidai pakaiannya di bawah sambil mengheret baldinya.

 

"Tak. Aku nak bawak anak warden turun bawah. Sesat sampai ke atas" Yuri membalas pertanyaan Ara sambil menunjuk tangannya yang menggengam kosong.

 

"Mana? Tak ada pun" Ara meninjau dan memerhati sekeliling. "Eh tadi ada. Budak lelaki tu bawa patung sambil panggil mama dia." Yuri kemudiannya turut sama menoleh dan mencari budak lelaki yang hilang itu. Mana budak tu? Lari sebab takut sergahan Ara ke?

 

"Mana? Budak lelaki mana pulak?" Ara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Turut sama mencari budak lelaki yang dimaksudkan Yuri.

 

"Tadi ada. Aku tengah basuh baju . lepas tu, dia menangis cari mama dia. Aku tolong lah dia. Ni dah lesap ke mana aku tak tahu." Yuri menjawab sedikit kesal kerana mungkin budak lelaki itu sudah berlari dan mencari mamanya sendiri. Tak sesat ke dia dalam bangunan ni? Semua bilik atas ni dah tutup lampu.

 

Ara memandang Yuri dengan perasaan berbolak balik. "Dia bawak patung?"

 

Yuri berhenti mengomel dan memandang Ara. "Haa!! Betul! Kau jumpa dia ke kat bawah tadi?"

 

Ara menggeleng lemah. "Dia cari mama dia, kau cakap?"

 

Yuri mengangguk tanpa dipinta."Iyelah. Kan aku dah cakap. Eh kau kenapa pulak lembik ni?" Yuri menoleh ke kanan dan ke kiri mencari di mana kelibat budak itu berada.

 

Ara menarik nafas panjang. "Nampaknya kau dah jumpa dia, yuri."

 

Yuri berhenti menoleh dan memandang Ara pelik. "Jumpa? Jumpa Siapa?"

 

Ara meletak bakulnya ke atas lantai dan memandang Yuri dengan perasaan berbelah bahagi. Tanpa teragak-agak, dia menjawab . "Budak lelaki tu. Untuk pengetahuan kau yang baru masuk asrama ni, blok tingkat ni memang keras sikit. Tambah-tambah tandas belah sana. kau tak pelik ke kenapa ramai tak pergi situ ? Sebab ada sesuatu dalam tu. Cakap pasal budak lelaki tu, sebenarnya dia dengan mak dia meninggal . meninggal sebab kemalangan depan sekolah kita ni. jadi, dia akan melilau di blok asrama kita mencari mak dia. Dan kau dah pun jumpa dia.Budak budak lama asrama ni memang dah selalu kena."

 

Yuri berhenti bernafas. Dia tergamam dan kaku. Hanya mampu membalas kosong pandangan Ara .Ara sedang bergurau dengan dia ke sekarang? Ataupun 'budak lelaki' tadi yang sedang bergurau dengannya?

 

"Apa kau cakap ni Ara, aku tak faham."

 

"Budak lelaki yang kau tolong tadi tu bukan manusia. Kau faham?" Ara menegaskan perkataan bukan kepada Yuri dan berharap agar Yuri tidak apa apa.

 

"Kau jangan bergurau malam-malam ni ,Ara! " Yuri sedikit berang dengan Ara. Takut-takut ditipu hidup-hidup. Cerita macam ni tak boleh direka sesuka hati! Nanti ada yang bagi jadi.

 

"Sumpah aku tak reka,Yuri! Kalau tak percaya tanya budak lain." Ara mengangkat tangan kanannya dan ibarat bercakap benar, dia menaikkan sedikit suaranya. Cerita macam ni dia nak reka? Mampus nak kena kejar dengan benda tu.

 

"Macam mana kau tahu cerita ni? Mana nak tahu kot kot propa " Yuri sedikit bertegas. Asrama memang ada banyak kisah propa. Sebab tu kebanyakan pelajar puteri terlalu fobia dengan asrama.

 

"Kakak kakak senior lah cerita. Cerita ni memang betul pun. Cikgu sendiri cakap. "

 

Yuri hanya mampu ternganga. Tangan sudah menggeletar tak bermaya. Kaki berasa lemah longlai. Badan semakin sejuk. Mulut sudah terdiam mendengar segala jawapan Ara. Tak sangka yang dia bakal menolong sesuatu malam ini. Niat di hati hanya ingin bertanya. Tak tahu pula meleset sampai memegang tangan budak lelaki itu.Mesti ini pengalaman 'wajib' untuk pelajar asrama baru ini."Jadi....... tadi sebenarnya aku pegang tangan benda tu ke?"

 

Ara mengangguk .

 

1194 patah perkataan.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
terlalu banyak halangan nak post chap ni! -_-

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 5: nak nak nak. buatlah sequel pls
ChachaPippo
#2
Chapter 5: Hohoho.. silakan~ silakan~
PinkBlossom_97
#3
Chapter 5: Kalau betul nak buat sequel, please make it creepier than this. Lol but I'm serious I really need a sequel. ^w^
PinkBlossom_97
#4
Chapter 5: Oh please... I do need a sequel for this one!! ❤️
kaeiyramel #5
Chapter 4: Meremang bulu roma duhh TT_TT
ely_yeobos #6
Chapter 4: betulkah ni based on true story ? omg, kalau buat filem, kalah conjuring dan annabelle tapi bila baca cerita ni sendiri2 seram pula btw great story !!
aishahdaebak #7
Chapter 4: Kesian mei!
Heart_love
#8
Chapter 4: Serious la ni real story????ya Allah,kesian dot mei.btw,daebak
starlightkim_
#9
Chapter 4: Serious seram siot...huhu..meremang wei bulu roma..
kpopfangirl10
#10
Chapter 4: part last tu saya blur....ape jadi kat mei,dia ok ke?...
mmg scary kot
ingatkan ade sambungan tapi x de..T~Tbut its ok
cite ni mmg seramm