;04

Histeria

"Knock knock!"

 

"Knock knock!"

 

Mata aku terbuka secara mengejut. Terjaga akibat terdengar  beberapa ketukan di pintu bilik . Aku memandang ke arah pintu dalam  samar-samar cahaya.  Adakah...

 

"Knock knock!"

 

Tanpa membuang masa, terus aku berlari anak menuju ke muka pintu dan membuka kunci tanpa teragak-agak walaupun hanya aku seorang yang baru berjaga pada tengah malam. Terfikir juga aku selepas itu, bagaimana kalau bukan manusia yang mengetuk? Bagaimana kalau tiada sesiapa di muka pintu? Pintu terbuka, dan terpapar muka Wendy dan Yeon ,antara ahli sebilik Hanna. Jantung aku berdebar. Aku melihat muka mereka yang cuak dan ketakutan. Adakah tekaan aku benar? Yang kejadian tadi bakal berlaku semula?

 

"Hyunmi unnie, Mei unnie kena kacau!"

 

Bingo. Benar jangkaan aku. Kini, giliran Mei pula. Tanpa berkata apa-apa aku terus membuka lampu bilikku dan perasan bahawa ahli-ahli kamarku sudah terjaga dari tidur. Aku mengajak mereka semua  ke sana dan terus kami berlari anak ke bilik besar sebentar tadi tanpa memakai kasut. Ianya kecemasan, kami tidak boleh melengahkan masa dengan mencari selipar dalam mamai. Memang tiada masa.

 

Mengerling ke belakang ,tahulah aku bahawa semua  lampu bilik tingkatan 5 sudah menyala dan maknanya hanya tingkatan 5 yang terjaga. Setibanya kami di bilik blok lama tersebut, aku terus menutup telinga. Mengapa? Mengapa aku tutup telinga? Kerana Mei sedang menjerit dengan nada yang....tinggi..dan terseksa. Aku menjengah ke dalam bilik mencari kelibat Mei.

 

Ya, dia terbaring di tengah-tengah ruang bilik dan sedang menjerit dengan..penat dan rasa terseksa. Badannya kaku. Ibarat badannya sedang dihempap ?Kami yang kekeliruan bagaimana kejadian ini boleh berlaku meminta Wendy menceritakan segalanya kepada kami. Kata Wendy dan Yeon kepada kami bahawa ;

 

"Masa tu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba Mei unnie menjerit. Kuat . Sampai beberapa kali. Dia kata...."

 

Kami yang sudah tidak keruan mendengar cerita mereka menggesa agar bercerita dengan lebih lanjut. wendy mengangguk lemah. Pastinya, dia terlalu takut untuk bercerita kerana dia yang  pertama terjaga apabila mendengar Mei menjerit.

 

"Mei unnie kata, ada 'sesuatu' duduk atas loker. Lepastu...benda tu sekarang tengah hempap dia.."

 

Ya Tuhan!!! Aku menjerit di dalam hati. Tergamam! Tolong, aku terdiam! Aku ..aku tak keruan! Loker?! Sesungguhnya, apabila kami mendengar cerita tersebut, kami terus memandang antara satu sama lain. Ini memang kes berat. Kes yang kami tak dapat tangani sendiri. Kami perlukan bantuan. Bantuan? Bagaimana ? Tiada ustaz atau ustazah di asrama kami ketika ini kerana mereka duduk jauh dari sini. Lagipun, sekarang tepat pukul 2.15 pagi dan kami tak akan buat kerja gila dengan menelefon mereka saat saat akhir begini.

 

Aku melihat Mei yang sedang bergelut keseorangan. Ya ,badannya kaku. Hanya kepalanya yang bergerak ketika ini. Jadi benar apa yang dikata mereka. Dia sedang dihempap. Dihempap sesuatu yang kami tak dapat lihat. aku menggeleng kerana ibarat bermimpi. Ketika anda semua sedang lena diulit mimpi, kami sedang keliru dengan situasi ini. Situasi yang kami sendiri tidak pasti. Aku menjengah kepala ke luar  bilik dan menghampiri Minah yang sedang berada di luar.

 

"Tak masuk ke?"

 

"Aku tak boleh masuk. Keadaan aku tak boleh sembahyang."

 

Kepada pelajar asrama, tolonglah alert benda ini. Anda tahu anda tak patut hampiri budak yang dirasuk apabila keadaan anda tidak mengizinkan.

 

"Cikgu pelatih mana? Tu aku tengok lampu bilik menyala"

 

"Kami dah panggil. Sekarang ni tunggu Ai panggil warden. Haih, aku tak tahu lah weh. "

 

Aku turut mengeluh. Tak sangka boleh jadi begini pada awal tahun. Memang tak dijangka. Mungkin ini ujian kepada kami. Satu satunya peristiwa yang berulang di asrama ini. Kini, lebih kurang setengah bilangan pelajar  tingkatan 5 berada di sini dan setengah lagi berada di bilik blok baru untuk berjaga-jaga. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan ketika waktu begini. Mana tahu blok baru pula yang berjangkit.

 

Aku melihat Mei yang kini sudah senyap. Berbaring kaku dan ibarat tidur nyenyak. Tiba-tiba, dia menjerit semula.

 

"Arghhhhhhhhh!!! Sakit......sakit.......!!"

 

Kami yang berada di dalam bilik besar itu terkejut apabila mendengar jeritannya secara tiba-tiba. Dia meraung kuat sambil menjerit bahawa dia sakit. Mungkin sakit dihempap. Ya, aku terlalu takut untuk memandang ke setiap bucu kamar . Hanya memandang Mei yang semakin kuat meraung. Seperti biasa, Jun memegang Mei dan menenangkan Mei berulang kali. Tetapi hanya sia-sia kerana Mei terlalu sakit dan terseksa.

 

"Macam mana Mei boleh jadi macam ni?" Eunhye mengeluh perlahan sambil mengurut dada kerana terkejut dengan raungan Mei.

 

"Mei unnie tak boleh...sembahyang."

 

Kata-kata Yeon menceritakan segalanya. Jadi, kerana Mei tidak boleh sembahyang. Ya!! Sebentar tadi, ketika Hanna dirasuk, dia sedang memeluk Hanna. Benar! 'Benda' tersebut sukakan darah kotor! Mungkin kerana itu menyebabkan benda itu jadi suka kepada Mei dan muncul . Oh takutnya aku. Teringat aku senyuman sinis Hanna. Senyuman sinis yang berjaya. Berjaya mendapatkan mangsa seterusnya.

 

Ketika itu, dua orang cikgu pelatih yang menumpang di asrama kami tiba di bilik besar itu. Mereka juga kekeliruan dan kaku. Akhirnya, mereka suruh kami membaca Yaasin manakala mereka menenangkan Mei dengan bacaan surah dan zikir. Mujur ada cikgu pelatih juga kerana kami rasa ditemani dan mempunyai pelindung. Dalam kes sebegini, kita memang perlukan bantuan orang dewasa.

 

"Huuuu.."

 

Setelah bergelut dan meraung, Mei menangis pula. Menangis kerana terlampau sakit akan dihempap ataupun menangis kerana masih ternampak benda tersebut.

 

"Sa....kit..Keluar lah bodoh!! Pergi lah dari aku bodoh! Jangan kacau aku!!"

 

Sambil menangis, dia meraung dan kedua dua belah tangannya memegang erat lengan cikgu pelatih tersebut. Kami semua terpempan dengan jeritan Mei. Bukan kerana perkataan 'bodoh' sebaliknya berfikir lebih dalam. Adakah benda itu sedang berada di dalam badannya ataupun....masih di dalam bilik ini? Aku menggeleng agar tidak terlalu berfikir tentang perkara ini. Cikgu pelatih juga turut risau akan Mei yang semakin sakit. Macam mana nak pulihkan Mei?

 

"Pergi lah bodoh....Ha....aku sakit!! "

 

Hati berdebar-debar. Jantung berdegup kencang. Tangan mula terasa sejuk. Bulu roma menaik. Memang ngeri jika bayangkan aku berada di tempat Mei. Dada Mei berombak dan bernafas laju. Ugh! Terlalu sakit. Dan..perlukan bantuan segera. Mei masih menangis dan kami semua masih keliru bagaimana ingin pulihkan dia walaupun kami sedang membaca Yaasin.

 

Yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba, warden perempuan kami akhirnya tiba sekali lagi.

 

"Mei pula kena? "

 

Kami mengangguk lemah sambil membaca Yaasin. Mata aku melirik ke arah warden kami yang menghampiri Mei yang sedang meraung perlahan. Ada jeritan, tetapi perlahan. Ada raungan tetapi perlahan. Tetapi tiada suara. Seperti Mei menjerit di dalam hati walaupun membuka mulut. Mungkin dia sudah terlalu penat dan letih. Aku juga tak mampu menolongnya dengan lebih. Aku hanya mampu berdoa agar segalanya kembali normal.

 

Mei makin lama makin senyap dan tidak meraung lagi. Adakah kerana sudah pulih ? Adakah benda itu sudah tiada?

 

Warden kami duduk di sebelah Mei dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Sambil melirik Mei, dia menekan punat telefonnya.

 

"Mei, saya telefon ibu bapa awak, suruh ambik awak, okay?"

 

Mei yang masih berbaring dan boleh mendengar perlahan suara warden tersebut, menggeleng perlahan. Kenapa? Dia tak nak balik rumah?

 

"Cikgu! Ibu bapa dia tak ada dekat sini. Diorang duduk dekat luar negeri."

 

Suara ChoA menarik perhatian kami. ChoA yang merupakan rakan baik Mei bersuara kerana dia memang tahu segalanya tentang Mei. Jadi, terima kasih kepada ChoA kerana memberitahu warden.Tetapi, apabila difikirkan semula, tak kan lah Mei tak akan dibawa pulang jika begini?

 

"Lepas itu dekat  sini Mei tinggal dengan siapa?"

 

"Rasanya mak saudara dia. Tapi saya tak tahu minggu ini dia duduk dengan siapa."

 

Warden mengusap dahi perlahan. Buntu . Buntu untuk mencari jalan lain. Tanpa kami sangka, Mei bersuara perlahan.

 

"Saya....nak pergi..kem"

 

Semua sudah maklum bahawa dia memang aktif dalam kem dan menjadi antara ketua unit beruniform yang memang berwibawa dan dikenali. Tapi, mana mungkin dia boleh fikir lagi tentang kem sementelah apa yang sedang berlaku kepadanya. Kami semua hanya mendengar perbualan warden kami dan ChoA.

 

Akhirnya, setelah pukul 3.30, segalanya beransur pulih dan Mei semakin tenang walaupun aku lihat dia hanya berbaring. Ahli-ahli bilik besar ini juga ditempatkan di dorm sebelah untuk malam ini. Kami yang berada di dalam bilik besar ini memutuskan untuk menemani Mei dan tidur beramai-ramai di sini ditemani bilik lampu yang dibuka. Hei, siapa nak tutup lampu lagi ? Nak benda itu ada lagi atas loker? Oh tak sanggup!!!! Aku boleh lari balik rumah kalau begitu walaupun kenyataannya jarak rumah aku dan asrama ialah 10 km.

 

Aku perlukan bantal pelukku dan selimut kesayangan aku! Oh tak sanggup aku tidur tanpa ia. Tak boleh lena jika begitu. Aku mengintai kamar aku yang sedang berada di hadapan blok ini melalui tingkap. Adakah aku sanggup pergi sendirian ke situ hanya semata-mata untuk bantal peluk dan selimut ?

 

Tanpa berfikir panjang, akhirnya aku pergi ke sana. Jika tak lena, alamatnya esok boleh pengsan dalam kelas untuk sepanjang hari. Maksud aku, tidur. Nasib ada waktu Pendidikan Jasmani jadi boleh aku berlengah dan berehat di pondok. Siapa yang larat nak berlari keliling padang? Ayyy ,aku selalu merungut walaupun aku turut berlari. Lebam bawah mata aku semakin hitam disebabkan aku yang suka tidur lambat dan suka tidur. Ugh.

 

Setibanya di hadapan bilik, aku masuk ke dalam bilik dengan berkaki ayam. Ya, aku memang berkaki ayam sejak tadi.

 

"Nak ambil bantal ke?"

 

Aku memalingkan muka ke belakang apabila terdengar soalan tersebut. Aku mengangguk. Mengangguk kepada Seohyun yang aku arahkan untuk menemani aku ke sini. Anda ingat saya pergi sendirian ke? Oh hahahahahaha!!! Tolong ,saya tak mampu. Kaki ini boleh lembik di tengah tengah koridor jika saya pergi sendirian. Mujur Seohyun memang baik hati dan selalu menolong aku. Tapi, tak aku sangka ahli bilik aku suruh mengambil bantal peluk mereka juga.

 

Tak guna betul. Nampak sangat ada beberapa kemungkinan pada mereka. Satu, mereka takut . Kedua, mereka malas. Ketiga, mereka letih. Keempat, malas. Kelima, malas. Aku sudah alpa dengan perangai mereka. Pelajar asrama memang malas ,untuk pengetahuan semua. Hehehe. Nasib aku baik hati sedikit malam ini. Dengan bantuan Seohyun, kami berdua mengambil segala bantal yang diminta ke blok lama tersebut semula.

 

Jadi, setelah beberapa minit kami berbual kosong, kami segera lena di atas lantai yang beralaskan karpet dan berbaring menegak beramai-ramai. Mujur bilik-bilik di blok lama ini menggunakan karpet. Jika diletakkan mozet, tak ke kami kesejukan dan menggeletar keseokan pagi jika kami tidur di atas lantai? Aku berbaring di sebelah Dara . Aku bersyukur dapat tidur di tengah-tengah  rakanku. Nasib tak dapat tempat hujung. Macam mana kalau ada yang 'teman' secara tak sengaja? Eeeeee seram sial!

 

Semuanya sudah tertidur kecuali kedua-dua cikgu pelatih yang sedang membaca Yaasin dan berzikir sambil menunggu kami semua tidur. Jadi,akhirnya hanya aku yang masih belum tidur. Aish! Kenapa aku kurang bernasib baik malam ini? Aku ingin tidur!! Tidurlah,wahai Hyunmi! Tapi mata ini tak mahu tidur dan ingin buka selalu. Mungkin kerana lampu yang kami buka menganggu tidurku. Takkan aku nak tutup? Kerja gila! Aku tidur mengiring ke kanan. Kemudian, ke kiri pula. Menggaru sana sini dan rasa semuanya tak kena dan tidak selesa. Perlu ke nak rasa begitu sekarang ini? Esok hari sekolah ,okay! Takkan aku nak berjaga sendirian?

 

Aku perasan bahawa aku sedang tidur menegak berhadapan dengan loker Hanna. Ayy aku tak perlu fikir kejadian tadi. Tidak! Tidak Hyunmi! Jangan! Ugh. Aku menyelimut kesemua tubuhku dan cuba memejam mata. Mata aku terpaku pada Luna yang berbaring selang dua baris dari aku. Aku perasan bahawa Luna masih tidak tidur kerana dia sedang bergerak.

 

"Luna, tak boleh tidur ke?"

 

"Eh hyunmi.Aku ingat kau tidur dah. Tak, aku tak tidur lagi."

 

Jadi, hanya dua perbualan dan tamat. Segalanya senyap kemudian. Adakah dia sudah tidur? Aku merengus. Mengapa hanya aku yang belum dapat tidur? Semasa aku sedang bermonolog sendirian, hujan turun renyai-renyai mengiringi tidur malam kami. Teringat aku pada drama-drama seram di kaca tv, selalunya hujan akan turun selesai sahaja kejadian sebegini. Benar bukan? Akhirnya selepas beberapa minit kemudian, aku tertidur.

 

Pagi itu segalanya riuh dengan kejadian semalam. Masih ada gelak tawa yang menyinari hari kami dan mulut becok membuat kesimpulan . Mei diberi kebenaran untuk tidak pergi ke sekolah dan mengambil rehat yang secukupnya di dalam bilik asalnya. Semuanya kembali normal. Itu kata-kata aku pada awalnya. Tetapi aku menarik balik kata-kata aku selepas itu. Segalanya masih belum tamat. Belum.

 

Entah kenapa dua hari berturut-turut Mei masih berbaring kaku dan hanya akan tersedar apabila kami mengejutkannya. Memang menakutkan diri apabila melihat dia hanya berbaring dan tidak bergerak untuk beberapa jam. Adakah Mei masih dihempap? Dia kelihatan tercungap-cungap bernafas apabila kami mengejutkannya dari berbaring. Aku......keliru. Malam itu juga, di surau dia menangis apabila kami mengalunkan zikir selesai solat berjemaah. Boom! Kenapa ? Apa lagi yang berlaku pada kali ini ? Mujur ada cikgu pelatih yang menenangkannya dan menolongnya membaca ayat-ayat suci. Aku tatap muka Mei yang pucat dan tidak bermaya. Badannya juga ku lihat rasa letih.

 

Selesai sahaja solat berjemaah, semua pelajar perempuan keluar dari surau dan menuju ke bilik prep untuk belajar. Hanya segelintir pelajar tingkatan 5 berada di dalam surau untuk melihat keadaan Mei yang kami sangka  masih tidak pulih. Secara tiba-tiba Mei masuk ke dalam tandas surau perempuan dan menutup pintu tandas. Kami tercengang di luar. Kata Jun ,dia hendak muntah. Jadi,kami hanya menunggunya di luar. Selepas beberapa minit, dia keluar semula. Dan serious aku cakap, dia memang berbeza. Maksud aku, tadi aku lihat mukanya pucat dan tidak tersenyum. Tetapi kini ,dia muncul dengan wajah yang ceria dan gembira. Bukannya aku tak suka dengan perubahan mendadak dia, tapi tak ke rasa pelik macam mana dia boleh jadi gembira tiba-tiba? Siap peluk Jun sekali.

 

Tapi, aku buang pandangan negatif aku jauh-jauh dari aku. Mungkin kerana dia ingin muntah, jadi dia berasa tidak selesa pada awalnya. Kemudian, kami semua bersembang bersama dan gelak tawa. Ya, kami berkawan seperti normal dan biasa. Tiada apa lagi yang perlu ditakutkan. Mei juga kini semakin ceria dan boleh diajak berbual. Jadi, kami hanya inginMembuang segala memori pahit dan lupakan kejadian yang berlaku pada kelmarin. Berniat untuk membuang segala-galanya dari fikiran kami.

 

Cuti sekolah sudah pun tamat! Aku dan rakan-rakan aku yang lain sudahpun bercuti sepuas-puasnya selama seminggu pada cuti sekolah minggu lepas. Minggu lepas yang mempunyai kejadian aneh dan sejarah di asrama. Minggu lepas dimana kami ketakutan dan kekeliruan. Minggu lepas dimana aku tidak dapat tidur nyenyak. Baik! Mari buang dan lupakannya. Hari ini aku akan pergi ke Kedah untuk menjalani Kem Kadet Remaja Sekolah bersama Soyou. Aku mungkin rasa penat dan ingin merungut kerana selepas Kem KRS, Kem pengawas sekolah sedang menunggu aku! Nampaknya ,aku tak balik rumah selama sebulan!! Tidak! Aku tak boleh !

 

Sempat juga Seohyun datang kepada aku pada perhimpunan pagi sebelum aku bertolak ke Kedah pada pukul 8 pagi sebentar lagi. Rindu pula nak bersembang macam dekat kedai kopi.

 

"Nak tahu satu rahsia tak? Aku dah takut ni..."

 

"Apa? Aku takut nak dengar. Tapi aku nak tahu juga"

 

Sewaktu kami rancak bersembang, Seohyun memberitahu kepada aku satu rahsia yang aku sendiri terkejut. Rahsia yang bakal membuatkan anda terkejut. Tak ramai juga yang tahu tentang hal ini kerana Mei hanya memberitahu rakan sebiliknya sahaja. Aku sendiri ketakutan dan menggeletar sekarang. seohyun juga bertanyakan aku tentang Mei yang muntah pada minggu lepas. Segalanya terbongkar mengapa Mei berkelakuan lain dan berbeza.

 

"Sial. Babi. Bodoh seriously ?"

 

Rasanya tak perlu aku beritahu rahsia tu kepada anda. Tak perlu bertanya mengapa aku mencarut . Bagaimana Seohyun tahu tentang hal ini, tak patut aku ceritakan. Bagaimana ia berlaku ,tak patut aku bongkarkan. Biarlah hanya aku dan rakan-rakan lain sahaja yang tahu akan hal ini.

 

 Cukup sekadar aku beritahu anda bahawa selepas kejadian itu berlaku........Mei yang kami lihat bukan dirinya yang sebenar. Tak dijangka ianya masih memerhati kami. Tak dijangka bahawa Mei tidak pulih sepenuhnya. Tak dijangka, kami boleh bergelak ketawa dengan..........anda faham bukan apa yang saya cuba sampaikan ? S.Y.A.I.T.A.N

 

2576 patah perkataan.

 

Terima kasih kepada rakan -rakan asrama saya yang sudi membaca untuk mengenang kejadian lampau x'D

Terima kasih juga kepada anda kerana sanggup meluangkan masa membaca Histeria ;A;

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
terlalu banyak halangan nak post chap ni! -_-

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 5: nak nak nak. buatlah sequel pls
ChachaPippo
#2
Chapter 5: Hohoho.. silakan~ silakan~
PinkBlossom_97
#3
Chapter 5: Kalau betul nak buat sequel, please make it creepier than this. Lol but I'm serious I really need a sequel. ^w^
PinkBlossom_97
#4
Chapter 5: Oh please... I do need a sequel for this one!! ❤️
kaeiyramel #5
Chapter 4: Meremang bulu roma duhh TT_TT
ely_yeobos #6
Chapter 4: betulkah ni based on true story ? omg, kalau buat filem, kalah conjuring dan annabelle tapi bila baca cerita ni sendiri2 seram pula btw great story !!
aishahdaebak #7
Chapter 4: Kesian mei!
Heart_love
#8
Chapter 4: Serious la ni real story????ya Allah,kesian dot mei.btw,daebak
starlightkim_
#9
Chapter 4: Serious seram siot...huhu..meremang wei bulu roma..
kpopfangirl10
#10
Chapter 4: part last tu saya blur....ape jadi kat mei,dia ok ke?...
mmg scary kot
ingatkan ade sambungan tapi x de..T~Tbut its ok
cite ni mmg seramm