;03

Histeria

 

Pada malam isnin tersebut, aku dengan senang hati berbaring atas katil sambil menyanyi selepas habis waktu prep. Entah kenapa ,makan supper malam ini tak menggamit selera aku, jadi setelah aku menghasut Eunhye untuk tak pergi supper bersama, kami berehat di dalam bilik.

 

"Weh, nak iron baju tak?" Terpacul soalan keluar dari mulut Eunhye yang sedang mengira duit aspuri. Kadang-kadang aku kasihan pada Eunhye, sebagai bendahari, perlu mengutip ,menjaga dan mengira segala duit yang dia dapat. Tapi ,aku lagi suka. Sebab boleh berlenggang kangkung depan dia apabila dia sibuk.

 

"Hmm.. entah kenapa aku rasa malas malam ni. Tapi esok ada waktu Pendidikan Jasmani. Rilek duluuuu.." Aku membalas soalannya sambil tangan kananku melilau mencari sesuatu di bawah bantal aku. Dapat! Mata aku bersinar-sinar bak berlian. Bukan senang nak tanggung rasa rindu pada benda terlarang ini.

 

"Tak habis-habis main handphone. Apa nak jadi kakak senior ni.." Tegas ayat yang dikeluarkan oleh Eunhye kepada aku.

 

Aku mencebik. "Cik bendahari cakap depan cermin eh?" Meletus ketawa Eunhye mendengar sindiran aku. Jika nak difikirkan semula, dia lah yang menghasut aku selalu bawa handphone ke asrama tetapi sibuk nak beri nasihat.

 

"Beep"

 

"Beep"

 

"Beep"

 

Bunyi nada kekunci aku bergema setiap kali aku menean punat di skrin telefon bimbit tersebut. Aku cuba menutup suara tetapi mungkin ianya rosak ataupun hilang akal pada malam ini.

 

"Woi budak-budak nak masuk bilik bayar duit!" Eunhye berbisik kuat dengan tiba-tiba sehingga menyebabkan genggaman pada telefon bimbit aku jatuh. Pergh. Kus semangat nak main phone.

 

"Apa masalahnya kalau diorang nak masuk?!"

 

"Hand-phone kau tu lah gila!!!!"

 

Aku terdiam. Ya, aku lupa situasi aku sekarang amat berisiko di mana aku sedang menyumbat earphone ke dalam lubang telinga aku sambil memegang telefon di tangan. Ya, aku lupa aku membawa benda terlarang. Dan aku lupa aku perlu bawak sorok ia dari mereka!

 

Segera aku membawa sorok telefon aku ke bawah bantal seperti biasa dan berbaring memandang siling putih seperti tiada apa yang berlaku. Nasib badan perlu bawa sorok setiap kali budak-budak junior masuk bilik untuk membayar duit aspuri.

 

Ya, saya tahu sebagai budak tingkatan lima, saya tidak boleh membawa benda terlarang ke asrama. Saya tahu sebagai setiausaha aspuri, saya tidak boleh hipokrit. Saya tahu sebagai kakak senior yang sudah duduk di asrama selama 5 tahun perlu memberi contoh yang baik kepada adik-adik junior! Tetapi ,maafkan saya saya tidak mampu berenggang dengan telefon saya! Saya perlu dengar lagu untuk melepaskan stres !

 

Jadi ,pengetahuan tambahan untuk adik-adik junior yang duduk di asrama, apabila kakak senior anda merampas segala telefon bimbit anda ataupun memarahi anda kerana membawa benda terlarang, ketahuilah bahawa mereka sedang membawanya atau pernah membawanya ke asrama. Tidak percaya? Pergi serbu loker mereka sekarang!

 

Jam menginjak tepat pukul 11 malam. Aku masih bermain telefon aku di atas katil walaupun ahli ahli bilik aku yang lain sudah pun masuk ke dalam bilik. 'Beep!' Bunyi getaran menandakan satu mesej masuk. Tunggu sekejap, siapa yang nak mesej aku pada malam-malam macam ini? Teman lelaki? Jauh sekali angan-angan aku. Ibu bapa? Selalunya mesej pada waktu petang. Agaknya mesti.....

 

"Weh , Hyunmi! Datang sini cepat tolong!"

 

Seohyun. Aku sudah agak! Dia yang selalu menghantar mesej kepada aku tidak kira siang atau malam walaupun kenyataannya dia duduk di asrama! Dia yang tinggal di blok lama berhadapan blok aku ini, seringkali mempermainkan aku dan cuba menyuruh aku datang ke biliknya berura-ura ada sesuatu yang dia perlukan. Tetapi tidak kali ini! Aku tak akan pergi. Kaki aku cukup malas ingin berdiri apatah lagi berjalan. Jadi, aku membuat keputusan untuk mengabaikan mesejnya. Mesej yang aku fikir tidak penting.

 

15 minit berlalu dan aku sedang berbual bersama ketua aspuri, Minah yang juga merupakan rakan sebilik aku apabila Seohyun datang secara mengejut. Aku melihat dia yang tercungap-cungap di muka pintu sambil cuba memberitahu kami sesuatu.

 

"Weh......tu! Budak.. form 1..blok lama! Pergi tengok!"

 

Kami memandang sesama sendiri. Tanpa membuang masa, segera kami keluar dari bilik dan melihat apa yang berlaku di blok lama tersebut. Aku yang merupakan orang pertama keluar dari bilik itu memandang sekeliling. Boleh dikatakan, penghuni tingkat 1 di blok baru yang kesemuanya pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 memandang ke arah  sebuah dorm besar di blok lama.  Semua berdiri di koridor blok baru yang memisahkan blok lama dan blok baru.

Kesemua mereka nampak takut. Nampak berbisik -bisik dan keliru. Aku mengangkat kening. Apa yang sedang dilihat mereka? Aku mencari Seohyun yang berada di belakang aku.

 

"Seohyun, apa ni? Apa yang semua orang tengok? Aku tak nampak apa pun"

 

"Kau pergi tengok dekat bilik besar tu!"

 

Aku masih geram.Apa yang mereka semua takutkan sebenarnya? Apa yang terjadi dengan budak form 1 yang mereka sibuk bercakap ?Dengan berkaki ayam, terus aku dan Eunhye meluru ke arah bilik besar tersebut. Beberapa rakan aku yang lain turut mengikut kami dari belakang untuk melihat secara lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku. Setibanya kami di bilik 8 orang pelajar tingkatan 1  tersebut, aku berhenti menjejak kaki ke dalam. Eunhye turut berhenti. Kesemua mereka yang mengekori aku turut berhenti di belakang. Tiada sesiapa berani masuk ke dalam bilik tersebut. Kerana hanya ada seorang pelajar perempuan ......sedang mematah-matahkan lehernya.

 

Mulut aku ternganga. Aku hanya mampu memandang budak perempuan itu yang sedikit menyeramkan apabila dia mematah-matahkan lehernya. Anda tahu bagaimana keadaan leher seorang manusia dirasuk? Bergerak hadapan ke belakang dan menggeleng secara tiba tiba. Itu apa yang sedang aku dan rakan-rakan lain lihat ketika ini.

 

Aku lihat budak perempuan itu masih tersenyum. Namanya yang kami panggil ,Hanna sedang tersenyum. Ya, tersenyum. Mungkin dia ingin menunjukkan bahawa dia sebenarnya siuman dan mematah-matahkan leher itu tiada apa apa. Sambil tersenyum, dia berkata ;

 

"Kenapa semua takut? Saya tak buat apa-apa pun"

 

Kenapa kami takut? Kenapa kami tak berani jejak kaki ke dalam bilik tersebut? Semuanya sebab dia yang masih mematah-matahkan leher dan tersenyum seperti...kurang waras. Aku melihat biji mata hitamnya yang semakin membesar dan pekat. Memang besar daripada yang biasa. Tahulah aku bahawa dia memang sedang dirasuk. Tetapi ,adakah hanya mematah-matahkan leher? Tidak. Pertanyaan aku terjawab apabila secara tiba-tiba dia menyergah dan seperti dia ingin mengejar kami yang sedang berada di luar bilik!!!!

 

Secara automatik ,aku dan rakan-rakanku yang lain terus membawa kaki berlari menjauhi bilik tersebut. Takut ! Takut! Berdebar jantung ini! Aku berada di hadapan sekali. Bagaimana kalau dia mengejar aku dan dapat menangkap aku? Sungguh aku tak sanggup bayangkan ! Mata aku membulat apabila terdengar dia ketawa. Ya, dia ketawa kerana berjaya mengusik kami . Ketawa kerana syaitan berjaya takutkan manusia. Syaitan yang berada di dalam badan Hanna.

 

Tapi jantung aku tidak berdegup normal seperti biasa semula apabila secara mengejut, dia mula meracau keseorangan di dalam bilik tersebut. Ya Tuhan. Apa yang sedang berlaku? Minah kemudian memanggil aku dan Eunhye yang antara ahli jawatankuasa tertinggi di asrama ini.

 

"Hyunmi ,Eunhye, jadi macam ini, aku dengan Luna akan suruh budak-budak yang lain masuk tidur awal. Aku tak boleh masuk dalam bilik tu. Aku dalam keadaan tak mengizinkan. So, budak budak dorm besar tu, aku suruh tidur dengan kawan kita yang lain. "

 

Aku tahu Minah sedikit resah dan kelam kabut. Manakan tidak, pelajar tingkatan 6 tidak pulang lagi ke asrama! Mereka katanya ada kerja kursus yang perlu dilakukan di luar.  Jadi aku cuba berlagak tenang walaupun dalam hati ini bagai nak meletup! Bukan kali pertama kami menghadapi masalah seperti ini, tetapi masalahnya ini kali pertama kami cuba selesaikan masalah sendiri! Awal-awal tahun sudah ada kes histeria. Tidak kah anda rasa apa yang saya rasa ketika itu?

 

"Minah, pasal budak ni jangan risau. Aku dah suruh Amber dengan Krystal panggil warden. Kejap lagi sampai lah tu"

 

"Cikgu pelatih mana?"

 

"Entah. Tak ada pun. Apa pun, kau pergi tengok budak-budak dorm atas yang lain."

 

Mendengar jawapan aku, segera Minah dan Luna bergerak menaiki tangga menuju ke tingkat atas . Sebagai langkah berjaga-jaga, seharusnya kami menjaga kesemua pelajar terutama pelajar tingkatan 1 yang masih baru pada tahun ini.

 

Aku melihat budak perempuan tersebut yang masih meracau dan ketawa sendirian. Kadang-kadang ketawa besar, kadang-kadang menangis. Aku menggeleng. Rasa nak lari pun ada. Tak .Aku tak boleh lari. Lagipun ,aku memang suka kes kes macam ini. Kes misteri dan paranormal walaupun aku sendiri takut.

 

"Jun unnie, ambil botor air ini.Ini air penawar yang Hanna selalu guna" Muncul salah seorang rakan bilik Hanna , Shin menghulur botol air kepada Jun.

 

Jun memandang aku dan Eunhye. Aku terus mengangguk. Perlu tenangkan semula Hanna sebelum keadaannya lebih melarat. Perlu beri air tersebut jika benar itu air penawar yang selalu dia gunakan. Soohyun ,rakan aku yang berada di sebelah aku berbisik ;

 

"Aku rasa kita kena baca surah Yaasin."

 

Soohyun yang merupakan pakar dalam hal ini sedikit sebanyak melegakan aku. Mengikut cadangan Soohyun, aku menyuruh ahli ahli bilik Hanna turut membaca surah Yaasin bersama kami yang lain. Hanya itu yang kami mampu lakukan buat sementara waktu ini. Sesaat kemudian, warden asrama perempuan tiba dan masuk ke dalam. Dia memerhati kami dengan diam sebelum menyuruh kami meneruskan apa yang kami rancangkan.

 

Jun dan Mei yang sedang bertungkus lumus menenangkan Hanna langsung tidak cukup tangan. Mei yang gigih memegang kaki Hanna berusaha kuat kerana Hanna meracau dan meronta-ronta walaupun diberi minum air penawarnya. Menolak jatuh gelas yang berisi air penawar itu, Jun terpempan.

 

Warden kami mula bersuara apabila melihat Hanna yang semakin agresif. "Eh, duduk diam diam." Sememangnya warden kami tak gentar sebaliknya bersuara menyindir 'Hanna' . Hanna hanya mampu diam apabila ditegur warden tersebut. Tetapi mula meracau apabila kami mula membaca surah Yaasin beramai-ramai.

 

"Hargh! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA Hah!!! " Dia menjerit kemudian ketawa mengilai . Menjerit dan mengilai. Jun masih memegang kakinya dan Mei sudah pun memeluk badannya erat sambil membaca zikir dan surah yang perlu di telinganya. Tetapi dia masih ketawa dan menjerit. Berulang kali dia berbuat demikian sehingga menyebab bacaan Yaasin aku terhenti. Aku berhenti dan Mata aku mula melihat mata hitamnya yang semakin membesar. Aku terpempan. Aku..

 

"Ingat,jangan lihat mata dia!"

 

"Ingat,jangan lihat mata dia!"

 

"Jangan lihat!"

 

Pap! Aku menampar paha aku secara kasar. Aku perlu sedar! Mujur aku teringat amaran yang diberi Soohyun sebelum kami masuk ke dalam bilik tadi. Ya, aku tak patut berhenti ketika keadaan begini. Tak patut mula jadi bodoh mendengar segala bisikan syaitan . Tapi, sungguh aku tak dapat menahan mata aku dari memandang matanya. Aku hanya memejamkan mata. Aku tak patut lihat mata dia.

 

Akhirnya, dalam anggaran pukul 12 lebih, segalanya selesai. Segalanya berakhir apabila  Hanna dibawa pulang oleh ibu bapanya.  Segalanya tamat dan warden pulang ke rumahnya semula yang berada di hadapan asrama kami. Mujur, Tiada kecederaan ataupun kemalangan kecil yang berlaku. Tetapi, hati aku masih tidak tenteram. Kenapa hanya aku yang mempunyai perasaan begini? Ibarat ada sesuatu yang masih tertinggal. Seperti...ini bukan penamatnya.

 

Mengapa jalan ceritanya begini? maksud aku, hanya begitu. Tamat. Hanya meracau, meronta minta dilepaskan. Lain dari yang kami sangkakan.

 

Aku dan rakan-rakan bilikku membuat keputusan untuk tidur berdua-duaan apabila memikirkan peristiwa tadi. Tiada seorang pun sanggup tidur keseorangan selepas hal yang berlaku tadi. Masih trauma. Manakala ,Mei menemani rakan-rakan bilik Hanna di bilik mereka dan tidur bersama sementelah peristiwa tadi amat memberi kesan kepada rakan sebilik Hanna.

 

1 pagi mula menginjak. Peluh mula menitik di dahi dan leherku juga tidak terkecuali. Entah kenapa aku rasa panas dan tidak selesa tidur pada malam ini. Tak mampu memejam mata walaupun sekejap . Bilikku gelap dan aku tidak nampak apa-apa kecuali langsir yang beralun apabila angin malam datang menerpa. Argh! Aku tidak suka perasaan ini! Perasaan yang membuatkan hati aku gundah gulana. Semua ahli bilik aku sudah pun tidur dengan nyenyak. Alangkah bagusnya jika aku dapat tidur tanpa memikirkan apa apa ! Aku ingin menangis. Ingin gerak semua ahli bilik aku supaya berjaga dengan aku. Tetapi ,tak mampu.

 

Aku memusingkan badan aku ke sisi. Memandang Rara yang sudah diulit mimpi di sebelah aku. Aku...tak mampu tidur. Tak mampu tidur memikirkan peristiwa sebentar tadi. Sumpah, jantung aku memang berdegup laju ketika ini. Aku rasa sesuatu bakal berlaku semula. Kerana..ini bukan akhir ceritanya. Kerana..dua biji mata ini sendiri melihat Hanna tersenyum sinis kepada aku apabila dia sedang dipeluk Mei.

 

Aku tahu sesuatu bakal berlaku.

 

2000 patah perkataan.

 


 

Next the last chapter is coming. apapun ,saya memang takut ketika waktu itu! Nak menangis tak dapat tidur malam!!

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
terlalu banyak halangan nak post chap ni! -_-

Comments

You must be logged in to comment
exol_kkaebsong #1
Chapter 5: nak nak nak. buatlah sequel pls
ChachaPippo
#2
Chapter 5: Hohoho.. silakan~ silakan~
PinkBlossom_97
#3
Chapter 5: Kalau betul nak buat sequel, please make it creepier than this. Lol but I'm serious I really need a sequel. ^w^
PinkBlossom_97
#4
Chapter 5: Oh please... I do need a sequel for this one!! ❤️
kaeiyramel #5
Chapter 4: Meremang bulu roma duhh TT_TT
ely_yeobos #6
Chapter 4: betulkah ni based on true story ? omg, kalau buat filem, kalah conjuring dan annabelle tapi bila baca cerita ni sendiri2 seram pula btw great story !!
aishahdaebak #7
Chapter 4: Kesian mei!
Heart_love
#8
Chapter 4: Serious la ni real story????ya Allah,kesian dot mei.btw,daebak
starlightkim_
#9
Chapter 4: Serious seram siot...huhu..meremang wei bulu roma..
kpopfangirl10
#10
Chapter 4: part last tu saya blur....ape jadi kat mei,dia ok ke?...
mmg scary kot
ingatkan ade sambungan tapi x de..T~Tbut its ok
cite ni mmg seramm