chapter 3

I'm seventeen and i'm married
Tae Hyung memerhati Jung kook yg tengah khusyuk dgn buku teksnya tu. Eh,nie budak sesat tadi rasanya. Cute jugak. Boleh tahan. Tae Hyung asyik meneliti setiap inci wajah Jung kook. Dari mata bundarnya hinggalah ke ulas bibir pink milik Jung kook tu. 'Weh,kau budak baru ea?',Tae hyung memecah kesunyian. Matanya masih melekat pada Jung kook. Jung kook dah rasa macam jantung dia nak keluar dr ribcage je. Tergugat jugak dia bila mendengar suara Tae hyung yg husky tu. Jung kook perlahan-lahan memalingkan mukanya mengadap Tae hyung. Dia menganggukkan kepalanya tanda mengiakan persoalan Tae hyung tadi. 'Uhm,i see. Apa nama kau ?',Tae hyung bertanya lagi. Jung kook serba salah mahu menjawabnya. Bukannya dia sombong,tapi nie kan waktu belajar? Cikgu Suk Jin masih lagi khusyuk mengajar kat depan tu. 'Jeon Jung Kook imnida',balas Jung kook ringkas. Tidak mahu memanjangkan perbualan lagi. 'Urm, okey. Tapi aku nak tanya kau satu benda. Apesal kau duduk tempat aku hah? Dah tak de tempat lain dah ke nak duduk?',tanya Tae Hyung sinis. Hurk,nie tempat dia ke? Aiseh,manalah aku tau. Jung kook terasa darahnya menyerbu ke muka. Malu doh. Belum sempat Jung kook membuka mulut,tiba-tiba terhempas satu objek ke batang hidung mancung milik Tae Hyung. 'Aduh,sakit lah',Tae hyung mengaduh kesakitan sambil mengusap-usap batang hidungnya yang merah tu. Duster yamg tidak bersalah itu ditenung geram. Semua pasang mata di dlm kelas tersebut berpaling lipat maut ke arah suara high pitch milik Tae hyung tadi termasuk lah Hoseok yang baru terjaga tu. 'Tu la, lain kali dengar apa yang cikgu nak cakap nie. Sibuk nak jadi polis pencen pulak. Jangan kacau la Jung kook tu. Dia nak belajar. Jangan nak buat rancangan edisi siasat pulak kat sini',sindir cikgu Suk Jin. Maka tak syak lagi,suspek utama dalam kes ni ialah cikgu Suk Jin. Semua budak di dalam kelas 5 E-1 ketawa terbahak-bahak dengan statement yg dibuat cikgu Suk Jin tu kecuali seorg pelajar iaitu Jung kook. Dia rasa bersalah pula pada Tae hyung. Sebab dialah,Tae hyung kena baling dgn duster tadi walhal bukan salah dia pon, Tae hyung tu yg busybody sangat. Tapi Jungkook nie cepat sangat rasa bersalah. Tae hyung memandang Jung kook dengan pandangan nie-semua-sebab-kau. Kalaulah renungan tu boleh membunuh rasanya dah lama dah Jung kook KO kat situ. Cikgu Suk Jin meneruskan pengajarannya yang tergendala tadi. Tae Hyung dah hilang minat nak belajar, nie semua salah cikgu Suk Jin dan Jung kook. Tu la apa yang Tae Hyung rasa. Semuanya salah orang lain, salah diri sendiri tak nampak. Jung kook kembali menumpukan perhatian kpd cikgu Suk Jin, tapi tak lama. Jung kook kehairanan melihat Tae hyung mengeluarkan buku teks sejarahnya dari dalam meja. Tae hyung meletakkan buku teks tersebut dalam keadaan menegak. Dia seterusnya mencapai pencil case Jung kook lalu menyendalnya di tengah-tengah buku teks tersebut dan mendaratkan kepalanya ke atas meja. Nak hidup kena lah cerdik. Tae hyung tau tempat dia tu tak la strategik mana, so dia kena lah pandai. Karang tak pasal-pasal mendarat satu lagi duster kat atas kepala nie. kat dalam kelas nie, 4 meja di susun dalam satu baris. Hoseok awal-awal dah cup tempat paling hujung, Jimin di tepinya. Sepatutnya tempat sebelah Jimin milik Tae hyung dan dekat sebelah Tae hyung pula kosong. Tapi memandangkan Jung kook dah ambil spot Tae hyung hari ni,terpaksalah dia duduk kat spot kosong tu. Ceh,nak tidur rupanya. Dah la amek pencil case aku tak minta izin! Huh,kurang asam betol! Jung kook mencebik bibir setelah menangkap dengkuran halus yang datang dari Tae hyung yang lena diulit mimpi tu. ♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡ Semuanya berjalan lancar buat Jung kook pada hari pertama persekolahannya. Jimin dah perkenalkan Jung kook dgn kawan-kawannya termasuklah alien tu,Kim Tae Hyung a.k.a V. Baru Jung kook tahu nama alien tu, Kim Tae Hyung rupanya. Tapi gatal-gatal tukar jadi V tu apehal? Jung kook lebih suka panggil dia Tae Hyung-sshi. Rupanya dia tu segeng dgn Jimin and Hoseok. Jung kook jugak sempat kenal dengan Namjoon, Yoongi dan Seokjin. Mereka di gelar BTS. Mereka jugak bolehlah dikatakan sebagai kingka sekolah nie. Tapi mereka nie tak de la zalim macam kingka yang korang selalu dengar tu, dia org nie cool and funny sebenarnya. Kecuali budak V tu. Dialah masalah baru utk Jung kook skarang nie. Tae hyung terkejut besar masa lunch tadi. Ye la, mana taknya,Jimin mengajak Jung kook makan sekali dengan diaorg. Nak tak nak,Tae hyung terpaksalah akur. Muka Tae hyung masa tu macam tempe basi dah. ♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥ Seminggu berlalu, Jung kook sudah selesa dengan sekolah barunya. Dia juga sudah menjadi semakin rapat dengan geng BTS kecuali dengan budak Tae hyung tu. Bukannya dia tak pernah cuba utk berbaik-baik dengan Tae hyung, tapi Tae hyung tu yg jual mahal sangat. Jung kook pon dah tak tau ape nak buat. Tae hyung selalu je sindir-sindir dia,sakat-sakat dia bila ada peluang, tapi nasib baik lah Jimin selalu backup dia .Jung kook pernah jugak fikir, tak kan lah sebab insiden duster terbang tu Tae hyung simpan dendam sampai macam tu sekali? Tak masuk akal betul.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exo_seventeen_hanmin #1
Chapter 25: Author palli update!!
fanantic #2
Chapter 25: author please sambung><
Bubbaboo #3
(T^T) </3 ...i wanna read this but i can't understand Malay..i'm sorry.. *sobs*
limchiayi
#4
So cute~ *^*
KrisHo_12
#5
Chapter 25: lol x nak lepas daedaenya si kookie ni.. xD
adui seriously masih x boleh blah dngn bambam yg panggil jungkook sayang.. haih la budak sorang ni.. xD
mpreggoland
#6
Chapter 25: hahaha Tae ajk Kookie tido sebilik...ok la tu...slow2 ya...hehehe
teenbangtan
#7
Chapter 25: My god ai rindu sme ini fanfics uhuk ;u; so kiut ai kennot xD biler la depa nk kiss nie lol xD
exoticsinspirits #8
Chapter 25: Wah you updated! Finally! Welcome back :)))
Farah30
#9
Chapter 25: Yeay update! Bila la dorg ni nk happy2 cm psangan married yg lain? Harapnya bambam boleh la rapatkan vkook ni.
julyjuly #10
can u translate it to english. . .I really want to read it :'(