chapter 24

I'm seventeen and i'm married
Jungkook menahan kuap. Masuk kali ni dah 5 kali dia menguap. Sampai berair matanya. Haizz. Mengantuk sangat ni. Jungkook menjeling Bambam di tepinya. Matanya masih bundar lagi melihat aksi Tom yang sedang mengejar Jerry di kaca televisyen. Dia mengeluh perlahan. Kenapalah astro Disney ni siar cerita Tom and Jerry tengah malam-malam buta ni. Jam di dinding dikerling sekilas. Dah pukul 12.03 A.M. 'Bambam tak nak tidur lagi?',Jungkook menggosok matanya yang dah mengantuk tahap petala ke lapan tu. Bambam hanya mengeleng. Mata masih lagi melekat di kaca televisyen. Best sangat ke cerita Tom and Jerry tu? Jungkook mengeluh kecil. Dia kena cari jalan jugak nak buat budak Bambam tu tidur. Wajib. Kalau tak macam mana dia nak masuk ke biliknya? Apa pulak kata Bambam nanti kalau dia tidur di bilik yang berasingan dengan Taehyung. Silap hari bulan diberitahunya dekat mama dengan papa dia. Budak nie bukannya boleh percaya sangat. Dah la ruang menonton ni berhampiran dengan bilik dia dan Taehyung. Habislah. Taehyung dah lama dah masuk bilik dia,entah-entah dah lena diulit mimpi. Dia mencebik bibir. Tangan disilangkan ke dada. 'Sayang Bambam dah mengantuk ke? Kalau macam tu sayang pergi la tidur dulu',Bambam menyandarkan tubuh kecilnya ke bahu Jungkook. Jungkook tersenyum. Diusapnya perlahan kepala Bambam. 'Tak pe la. Hyung tunggu Bambam okay?',Jungkook tersenyum kecil. Dia berharap sangat si kecil ni memahami kemengantukannya yang tak boleh dibendung lagi ni. 'Okay la kalau macam tu. Kita tidur ea? Kesian sayang Bambam ni',Bambam mencubit pipi Jungkook sambil membuat muka comel. Jungkook tergelak kecil. Dia bingkas bangun dari sofa itu. Bambam membuntuti di belakang. Dia memulas tombol pintu bilik tetamu yang dikhaskan untuk Bambam. Dia mencangkung separa anak kecil itu. 'Sure okay tidur sorang ni?',Jungkook meminta kepastian. 'Okay la. Bambam dah besar lah!',Bambam tersengih menampakkan giginya yang putih dan elok tersusun tu. Jungkook senyum. Diciumnya pipi Bambam perlahan. Dia menutup pintu bilik si kecil itu. Akhirnya,boleh jugak dia masuk tidur. Mengantuk tahap gaban dah ni. Dia melangkah ke biliknya. Klik! Kedengaran pintu dibuka. Tapi tu bukan pintu bilikya. Dia baru je pegang tombol pintu ni,takkan dah terbuka kot. Jungkook menoleh. Laa. Taehyung rupanya yang buka pintu tadi. Haizz. Saja aje buat terkejut. Taehyung selamba badak je keluar. Mahu ke dapur barangkali. Dah la pakai singlet dengan sweatpant je. Naik merah muka Jungkook melihat penampilan Taehyung yang hot tu. Heh! Jungkook baru saja ingin melangkah masuk ke biliknya,tiba-tiba pintu biliknya disekat. Dia menoleh. Taehyung? Bukankah dia dah pegi dapur tadi? Jungkook bingung. Dah kenapa pulak dia ditahan di depan pintu ni? Riak muka Taehyung dipandang lama. 'Kau nak gi mana?',Taehyung mengangkat keningnya sebelah,tangan menahan Jungkook daripada melangkah masuk kedalam bilik. Matanya merenung lama wajah Jungkook. 'Nak masuk bilik la',gumam Jungkook perlahan,mata memandang lantai. Tak sanggup rasanya nak tengok mata Taehyung yang dalam dan penuh soul tuu. ceewah! 'Siapa cakap kau boleh tidur kat sini malam ni? Kau dah lupa ea? Budak kenit tu kan ada kat sini,mesti dia pelik nanti kalau kita tak tidur sebilik',kata Taehyung. Saja aje dia reka alasan tu. 'Tapi dia dah tidur la',protes Jungkook. Tak nak dia tidur dengan Taehyung! Dah la pagi tadi dia dah nyaris-nyaris kehilangan first kiss dia. Huh! 'Kalau dia bangun macam mana? Dah la,pergi masuk bilik aku. Kau tidur kat sana malam ni',arah Taehyung. Jungkook mengigit bibir bawahnya. Haizzz. Kena la turutkan juga permintaan Encik suami ni. Jungkook mengangguk. 'Tapi sebelum tu,saya nak masuk jap. Nak ambik DaeDae',kata Jungkook. Dia pantas berlalu ke biliknya dan mengheret 'DaeDae'nya yang besar gedabak tu ke bilik Taehyung. Taehyung hanya mengeleng. Tak habis-habis dengan 'daedae'nya tu. Haizzz! Oh lupa! Dia sebenarnya nak kebawah tadi. Haus. Dia kembali menyambung agendanya yang tergendala tadi.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exo_seventeen_hanmin #1
Chapter 25: Author palli update!!
fanantic #2
Chapter 25: author please sambung><
Bubbaboo #3
(T^T) </3 ...i wanna read this but i can't understand Malay..i'm sorry.. *sobs*
limchiayi
#4
So cute~ *^*
KrisHo_12
#5
Chapter 25: lol x nak lepas daedaenya si kookie ni.. xD
adui seriously masih x boleh blah dngn bambam yg panggil jungkook sayang.. haih la budak sorang ni.. xD
mpreggoland
#6
Chapter 25: hahaha Tae ajk Kookie tido sebilik...ok la tu...slow2 ya...hehehe
teenbangtan
#7
Chapter 25: My god ai rindu sme ini fanfics uhuk ;u; so kiut ai kennot xD biler la depa nk kiss nie lol xD
exoticsinspirits #8
Chapter 25: Wah you updated! Finally! Welcome back :)))
Farah30
#9
Chapter 25: Yeay update! Bila la dorg ni nk happy2 cm psangan married yg lain? Harapnya bambam boleh la rapatkan vkook ni.
julyjuly #10
can u translate it to english. . .I really want to read it :'(