chapter 22

I'm seventeen and i'm married
Tiga hari berlalu. Kaki Jungkook sudah semakin pulih. Panik jugaklah Puan Jeon dan Puan Kim semasa Taehyung menelefon mereka tiga hari yang lalu. Maklumlah,anak dan menantu kesayangan lah katakan. Jungkook pulak dengan perangai manjanya,tak nak pergi ke klinik. Takut di'inject' katanya. Jenuh jugaklah Taehyung memujuk. Nasib baiklah si Jungkook nie termakan juga umpan Taehyung. Haaa.. nak tau apa yang Taehyung buat?? Dia ugut nak buang semua teddy bear kesayangan Jungkook. Jungkook apa lagi, terpaksalah 'surrender'. Tak nak lah nanti teddy bear kesayangan dia dibuang. Pergilah jugak dia ke klinik tu. Humm,kesian. Tak pe lah,lupakan kisah yang berlaku tiga hari lepas. Kita kembali ke masa kini. Mereka sekarang nie sedang membuat kerja rumah di ruang tamu. Al maklumlah,kerja sekolah bertimbun yang perlu disiapkan,cuti sekolah pun dah nak habis. Tak nak lah kena denda nanti. Tapi sebenarnya,Jungkook je yang sedang tekun mengadap modul matematik tambahan yang di beri oleh cikgu Gary,Taehyung pulak sesedap oren je melepak di atas sofa tu. Siap ketawa berguling-guling lagi tengok running man. Jungkkook menjeling Taehyung geram. Ye la,dari tadi lagi duk ketawa. Mengganggu ketenteraman awam betullah. 'Awak! Diam sikit boleh tak? Saya nak buat homework nie',kata Jungkook. Pen ditangan digenggam kemas. 'Suka hati aku lah nak bising pun. Kau kisah ape?',kata Taehyung selamba lalu menyumbat kerepek kentang 'mister potato' itu ke dalam mulutnya. Jungkook mengetap bibirnya. Geram dengan perlakuan Taehyung. Dia kembali menyambung kerjanya. Malas nak layan Taehyung. Semuanya berjalan lancar sehinggalah dia sampai ke soalan nombor lima. Dia mula menggaru kepala. Buntu. Apa punya soalan ni? Cikgu tak pernah ajar pun? Jelas ternampak kedutan di dahi Jungkook. Lama-lama boleh tua jugak jawab soalan add math nie. Hish! Jungkook memandang Taehyung sekilas. Biasanya Taehyung memang terrer menjawab soalan add math. Walaupun si Taehyung nie suka ponteng,tapi bila subjek add math memang dia selalu berada di dalam kelas. Dia memang suka matapelajaran yang diajar oleh cikgu Gary tu. Mungkin bagi sesetengah pelajar,add math dianggap sebagai subjek killer,tapi bagi Taehyung tidak. Jungkook menggigit bibir bawahnya. Nak tanya ke tak ea? Dia berkira-kira sendirian. Mata masih lagi tertumpu ke arah Taehyung. 'Kau dah kenapa tengok aku macam tu? Aku handsome sangat ea?',tanya Taehyung tiba-tiba,mata masih melekat di kaca televisyen. Pipi Jungkook mula merona merah apabila dia disergah begitu oleh Taehyung. Malu kot! Kelam kabut dia mebetulkan silanya. Tangannya diletakkan di atas meja jepun tersebut. Dia bermain-main dengan jarinya. Taehyung mengecilkan matanya. Dah kenapa pulak dengan Jungkook nie? Diam je. Biasanya dia akan balas sindiran Taehyung. 'Kau kenapa?',tanya Taehyung sekali lagi. Jungkook menoleh. Matanya bertembung dengan mata Taehyung beberapa saat sebelum dia mengalih pandangannya. 'Hummm...awak boleh tolong ajar saya soalan nie tak?',tanya Jungkook perlahan sambil menunjuk ke arah buku latihannya. Akhirnya,keluar jugak pertanyaan tu dari mulut Jungkook. Taehyung mengangkat keningnya sebelah. Laa,nak tanya soalan je. Ingatkan masalah apa la yang besar sangat tu. Taehyung turun dari sofa empuk tersebut dan mula merangkak merapati Jungkook. Dia mengambil tempat di belakang Jungkook yang sedang bersila tu. Tangan panjangnya dijulurkan kehadapan menyebabkan Jungkook terperangkap antara Taehyung dan meja Jepun tersebut. Jungkook menelan liur. Tiba-tiba je suasana di sekitarnya berasa panas. Aircond rosak ke? 'Soalan mana yang kau tak boleh jawab tu?',tanya Taehyung betul-betul di tepi telinga Jungkook. 'U-ummm..yang nie',Jungkook menunjukkan soalan yang tidak dapat dijawabnya tadi. Taehyung menjulurkan sedikit kepalanya kehadapan,menyebabkan pipinya tersentuh pipi Jungkook. 'Oh,senang je nie. Mula-mula..'.Taehyung memulakan penerangannya. Jungkook menjeling Taehyung sekilas. Taehyung masih lagi asyik dengan penerangannya itu menyebabkan dia tidak perasan akan renungan Jungkook itu. Jungkook meletakkan telapak tangannya ke dada. Kenapa jantung dia berdegup kencang sangat nie? Macam baru sudah lari 400m je. Kenapa pipi dia terasa panas nie? Dia blushing ke? 'Hellooo. Ada orang tak?',tiba-tiba dia mendengar seseorang menjerit di tepi telinganya. Pandangan Jungkook pantas jatuh ke atas buku latihan add mathnya yang sudah penuh dengan jawapan tu. Pipinya masih lagi terasa hangat. Ish,parah nie. Macam nak demam je rasanya. 'Apa awak kata tadi?',Jungkook mengerdipkan matanya beberapa kali menunjukkan dia kebingungan. 'Kau faham tak? Ke kau asyik sangat tengok muka aku yang tampan lagi kacak ni?',Taehyung tersengih nakal. 'M-mana ada. Saya faham lah. Terima kasih',tipu Jungkook. Sebenarnya dia langsung tak dengar apa Taehyung cakap tadi. Tu la,asyik sangat layan perasaan. Tapi tak pe la,jalan kira dah ada. Boleh lah faham sendiri nanti. 'Terima kasih je?',Taehyung menunjukkan riak hampa. 'Ye la. Habis tu?',tanya Jungkook bingung. 'Nak kiss please',Taehyung tersengih. Dia merapatkan jurang antara mereka. Dagunya diletakkan ke atas bahu Jungkook. Jungkook cemas. Apa yang dia nak buat nie? Mood miang si Taehyung nie dah on la pulak. Dah la dia terperangkap di antara Taehyung dan meja Jepun nie. Malangnya nasib. Hah,tiba-tiba je ada idea datang. Dia tersenyum. 'Nak kiss? Boleh,tapi lepaskan saya dulu',arah Jungkook. 'Fine',Taehyung menyerah. Kiss punya pasal,dia sanggup melepaskan Jungkook. Dia menjarakkan dirinya sedikit daripada Jungkook. 'Tutup mata',arah Jungkook lagi. Taehyung pantas menutup matanya. Tak sabar betul lah Taehyung ni. Jungkook tersenyum kecil. Dia meletakkan dua jari comelnya ke atas bibirnya. Dia seterusnya,melekapkan dua jarinya tadi ke bibir Taehyung. 'Nah,your kiss',Jungkook pantas bangun dari duduknya. Dia segera menuju ke belakang sofa. Taehyung membuka matanya apabila dirasakan dua jari melekap ke bibirnya. Ceh,indirect kiss! Matanya terus melilau mencari kelibat Jungkook. Ooo,menyorok belakang sofa ea. Dia bangun dari duduknya dan terus ke belakang sofa. 'Hah,i got you. Mana mau lari hah?',sergah Taehyung. 'Huaaarhhh!',tempik Jungkook. Dia terus memanjat naik ke atas sofa. Taehyung sempat memegang kaki Jungkook sebelum mereka berdua jatuh ke atas sofa empuk tersebut. Taehyung menghempap badan Jungkook. Jungkook kaku. Matanya membulat memandang Taehyung yang berada di atas badannya itu. Lama mata mereka bertembung sebelum Taehyung bertindak merapatkan mukanya ke arah muka Jungkook. Bibir pink Jungkook dipandang lama. Mata Jungkook perlahan-lahan tertutup. Bibir mereka hampir bersentuhan. Tiba-tiba........ DING DONG! Loceng rumah berbunyi. Tersentak mereka. Jungkook pantas menolak badan Taehyung,menyebabkan Taehyung jatuh ke lantai. Taehyung mengeluh kasar. Aish! Siapa pulak la yang gatal tangan sangat pergi tekan loceng pintu tu! Dia menarik-narik rambutnya. Frust sangat la tu. Jungkook terus bangun dari sofa empuk tersebut dan menuju ke arah pintu utama,meninggalkan Taehyung di ruang tamu tersebut. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ A/N: Hello,readers. Sorry sbb dah lama tak update. Hope korang suka chapter nie. Agak2 siapa yang datang ea? Jangan lupa,nantikan di chapter yang seterusnya. Bubye!
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exo_seventeen_hanmin #1
Chapter 25: Author palli update!!
fanantic #2
Chapter 25: author please sambung><
Bubbaboo #3
(T^T) </3 ...i wanna read this but i can't understand Malay..i'm sorry.. *sobs*
limchiayi
#4
So cute~ *^*
KrisHo_12
#5
Chapter 25: lol x nak lepas daedaenya si kookie ni.. xD
adui seriously masih x boleh blah dngn bambam yg panggil jungkook sayang.. haih la budak sorang ni.. xD
mpreggoland
#6
Chapter 25: hahaha Tae ajk Kookie tido sebilik...ok la tu...slow2 ya...hehehe
teenbangtan
#7
Chapter 25: My god ai rindu sme ini fanfics uhuk ;u; so kiut ai kennot xD biler la depa nk kiss nie lol xD
exoticsinspirits #8
Chapter 25: Wah you updated! Finally! Welcome back :)))
Farah30
#9
Chapter 25: Yeay update! Bila la dorg ni nk happy2 cm psangan married yg lain? Harapnya bambam boleh la rapatkan vkook ni.
julyjuly #10
can u translate it to english. . .I really want to read it :'(