chapter 21

I'm seventeen and i'm married
'Woi! Cepat la. Terhegeh-hegeh',Taehyung bercekak pinggang sambil memandang Jungkook yang sedang mengikat tali kasut tu. Diaorang sekarang nie nak pergi ke taman berdekatan dengan rumah diorang. Taehyung dah janji nak bawak Jungkook sekali semalam. Jadi,nak tak nal,kena la ajak jugak. Karang tak pasal-pasal merajuk pulak Jungkook tu. Taehyung dah masak dah dengan perangai si Jungkook tu. Suka sangat merajuk. 'Ala,awak nie. Sabar la. Tak lari gunung dikejar',kata Jungkook selamba,siap dengan peribahasa sekali. 'Apa kaitan dengan gunung pulak? Kita bukannya nak pergi panjat gunung pun. Kita nak pergi taman je kot'. 'Ish,awak nie. Tu perumpamaan je la. Itu la,selalu ponteng kelas bahasa melayu',bebel Jungkook. Taehyung mencebik bibir mendengar kata-kata Jungkook. Dia bangun dari duduknya dan terus ke arah Taehyung. Mereka berjalan beriringan ke taman tersebut. Tak sampai 10 minit pun,diaorang dah sampai. 'Okay,jom streaching. Karang tak pasal-pasal pulak cramp. Jangan nak salahkan aku',kata Taehyung sambil melonggarkan otot-otot badannya. Jungkook akur. Setelah beberapa minit melakukan aktiviti streaching tu,mereka mula ber'jogging' mengelilingi taman tersebut. 'Awak! Tunggu la. Jangan la laju sangat',kata Jungkook termengah-mengah. Maklumlah,dah lama tak jogging. Taehyung pun satu,cakap nak jogging je,tapi gayanya macam nak berlumba lari je. Tak sempat Jungkook nak kejar. Kesian. Taehyung memperlahankan langkahnya sedikit supaya Jungkook dapat catch up. Tapi si empunya badan langsung tak menoleh. Pfftttt. Malang sungguh si Jungkook dapat hubby macam nie. Tak de sense langsung. Jungkook kembali mengerakkan kakinya. Cuba mengejar Taehyung. Tapi entah di mana silapnya,Jungkook jatuh terjelopok di tanah. Mungkin kerana batu besar dihadapannya. Macam mana la dia tak perasan ada batu besar tu. 'Arrhh',Jungkook mengerang kesakitan sambil memegang kakinya. Sakitnya tak terkata. Taehyung tersentak apabila mendengar jeritan Jungkook. Hampir luruh jantungnya melihat Jungkook yang sedang menahan kesakitan itu. Tanpa membuang masa,dia terus memecut ke arah Jungkook. Entah mengapa dia berasa hatinya bagai dihiris sembilu apabila melihat Jungkook yang kesakitan tu. 'Kau kenapa nie?',tanya Taehyung prihatin sambil memandang Jungkook yang sedang mengurut kakinya tu. 'Jatuh. Tersepak batu. Sakit',cecair jernih mula mengalir jatuh dari mata bundar Jungkook. Ye,dia memgaku,dia memang manja. Taehyung mula panik melihat Jungkook yang mula teresak-esak tu. Dia membawa Jungkook ke dalam dakapannya. 'Shhh,jangan la nangis. Meh sini aku tengok',Taehyung melepaskan Jungkook dari pelukan hangatnya. Dia menekan sedikit buku lali Jungkook. 'Sakit',Jungkook pout. Alahai,comelnya Jungkook nie. 'Kau terseliuh. Tak boleh jalan nie. Meh aku dukung kau',kata Taehyung. Dia membantu Jungkook untuk berdiri. 'Eh,tak pe la. Saya boleh jalan sendiri la',Jungkook berjalan terhincut-hincut untuk membuktikan kepada Taehyung bahawa dia memang boleh jalan. Keras kepala betullah Jungkook nie. 'Kalau kau jalan macam tu,esok pun tak sampai rumah',perli Taehyung. 'Betul say-',Jungkook tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila dia merasakan badannya terapung di udara. Laaa,Taehyung dah angkat dia bridal style rupanya. Dia pantas memaut leher Taehyung. Tak nak la jatuh untuk kali kedua pulak. Kaki Taehyung mula bergerak menuju ke rumah mereka. Pipi Jungkook mula merona merah. Jungkook memerhati wajah Taehyung dari posisinya sekarang nie. Handsome jugak si Taehyung nie kalau dilihat dari jarak dekat. 'Aku tau la aku handsome. Tak payah la pandang lama-lama',kata Taehyung tanpa melihat ke arah Taehyung. Jungkook tersentak. Dia terus mengalihkan pandangannya. 'Perasan',gumam Jungkook perlahan. Taehyung tidak membalas. Suasana menjadi sunyi sepi kembali. 'Taehyung?',Jungkook memecah kesunyian setelah lama berdiam diri. 'Hmmm'. 'Terika kasih',kata Jungkook perlahan. Kaki Taehyung berhenti melangkah. Dia memandang ke arah Jungkook yang muka dah macam udang kena bakar tu. Malu. 'Sama-sama',balas Taehyung. Dia menyambung semula langkahnya yang terhenti tadi. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ A/N: Annyeong! sorry dah lama tak update. Saya agak sibuk kebelakangan nie. Mungkin lepas nie fic nie akan diupdate dengan kadar kelajuan yang sangat slow. Mian. Hope korang enjoy chap nie (walaupun ia agak cliche). bye2. Jumpa lagi di chap seterusnya. Btw,congrats Bts 4 the first win smalam. I'm proud of u,boys. huhu.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exo_seventeen_hanmin #1
Chapter 25: Author palli update!!
fanantic #2
Chapter 25: author please sambung><
Bubbaboo #3
(T^T) </3 ...i wanna read this but i can't understand Malay..i'm sorry.. *sobs*
limchiayi
#4
So cute~ *^*
KrisHo_12
#5
Chapter 25: lol x nak lepas daedaenya si kookie ni.. xD
adui seriously masih x boleh blah dngn bambam yg panggil jungkook sayang.. haih la budak sorang ni.. xD
mpreggoland
#6
Chapter 25: hahaha Tae ajk Kookie tido sebilik...ok la tu...slow2 ya...hehehe
teenbangtan
#7
Chapter 25: My god ai rindu sme ini fanfics uhuk ;u; so kiut ai kennot xD biler la depa nk kiss nie lol xD
exoticsinspirits #8
Chapter 25: Wah you updated! Finally! Welcome back :)))
Farah30
#9
Chapter 25: Yeay update! Bila la dorg ni nk happy2 cm psangan married yg lain? Harapnya bambam boleh la rapatkan vkook ni.
julyjuly #10
can u translate it to english. . .I really want to read it :'(