chapter 11

I'm seventeen and i'm married
Dua hari berlalu begitu saja. Taehyung dan Jungkook masih belum memberi sebarang kata putus kepada kedua ibu bapa mereka. Apabila ditanya,ada saja alasannya. Belum bersedia lah, takde chemistry la. Puan Jeon dan Puan Kim mengeluh halus. 'I rasa kita kena tukar plan la. Kalau kita biar budak berdua tu buat keputusan,alamatnya sampai ke tua la tak kawin',kata Puan Kim. 'Ye la. I pun rasa camtu. Tapi macam mana?'. Kedua Puan itu termenung panjang menengadah langit. Pagi yang cerah macam ni memang sesuai untuk mengadakan perbincangan tergempar. Tiada siapa pun yang menganggu. Anak-anak ke sekolah. Suami pula berkerja. Memang sesuai sangat lah. ‘Ahah! I ada idea. Apa kata kita buat macam nie.’ Puan kim memetik jarinya. Dia kemudiannya mendekatkan bibirnya ke telinga Puan Jeon., ‘I setuju. Bijaklah u nie'. ‘cepat call hubby u, I nak call hubby i. make sure plan kita berjalan lancar .’kata puan jeon lalu mendial nombor suaminya. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Ding dong ding.. ‘salam sejahtera, pengumuman ini ditujukan khas kepada Kim Taehyung dan Jeon Jungkook dari kelas 5 E-1. Sila ke pejabat pengetua sekarang juga.’ Suara cikgu Jihyo bergema menerusi speaker. Seluruh isi kelas riuh rendah dengan suara-suara sumbang. ‘nie mesti buat salah nie’. ‘tapi kenapa Jungkook. Kalau Taehyung aku tak hairan sangat. Dia memang dah selalu kena’. 'Habislah diaorang. Mesti kena marah kaw-kaw dengan pengetua". Taehyung dan Jungkook saling berpandangan. Kenapa mereka dipanggil ke bilik pengetua? mereka ada buat salah ke? Pelbagai persoalan bermain di benak mereka. Mereka pantas mengemas barang-barang mereka. Setelah meminta izin daripada cikgu Joong Ki, mereka pantas mengatur langkah ke bilik penetua. Tidak sampai 5 minit, mereka sudah tercegat di hadapan pejabat pengetua. ‘Awak lah ketuk. Saya takut lah’,arah Jungkook. Taehyung menjulingkan matanya. Apalah budak nie, takut tak bertempat. Dia mengetuk pintu bilik tersebut tiga kali . Setelah mendapat respon Taehyung pantas melangkah masuk sambil diekori Jungkook. ‘Sila duduk. Saya ada berita kurang baik untuk dikatakan kepada kamu berdua. Sebelum tu boleh saya tahu yang mana Taehyung dan yang mana Jungkook?’, Encik Park memulakan bicara. Nada suaranya kedengaran serius sekali. ‘Saya Taehyung. Dan nie pula jungkook’, Taeyung memperkenalkan dirinya dan Jungkook. Encik Park mengangguk kecil. ‘ohh. Taehyung,saya harap kamu bersabar. Sebenarnya ibu kamu dimasukkan ke hospital. Dia pengsan tadi. Kamu berdua dibenarkan pulang'. ‘w-what? Mummy pengsan.’,jelas terpancar riak risau pada air muka taehyung. Jungkook juga tidak kurangnya. Tapi satu je yang dia pelik, apa kena mengenanya dengan dia? Bukannya mereka ada pertalian darah pun. ‘Jungkook, saya tahu mesti kamu pelik kan kenapa kamu dipanggil juga?’,kata tuan pengetua. Jungkook mengangguk kecil. Boleh baca fikiran orang rupanya tuan pengetua nie. ‘sebenarnya, ibu kamu yang maklumkan kepada sekolah. So I assumed that diaorang bestfriend. Ibu kamu pun minta kamu datang ke hospital bersama taehyung'. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Encik Park,Taehyung dan Jungkook terus ke hospital. ‘Daddy,mummy macam mana? Kenapa mummy pengsan?’,tanya Taehyung sebaik saja melihat kelibat daddynya. Mama dan papa Jungkook turut berada di situ. ‘Daddy pon tak tahu. Tiba-tiba je mummy kamu pengsan. Doctor tengah check mummy kamu tu. Nanti kita tahu la. Kamu jangan risau’,encik kim menenangkan anak tunggalnya. Taehyung hanya mengangguk kecil,manakala Jungkook hanya kaku disitu. Tidak pernah dia melihat Taehyung yang sebegini sepanjang dia mengenali lelaki itu. Taehyung yang lemah tidak bermaya. ‘Taehyung,Jungkook jom masuk tengok mummy kamu’,kata Puan Jeon lembut. Mereka masuk ke dalam wad tersebut. Kelihatan Puan Jeon berbaring tidak bermaya di atas katil. Kelihatan juga di situ seorang doktor muda sedang menulis sesuatu di dalam buku rekodnya. Encik Kim dan Encik Jeon berjabat tangan dengan lelaki berkot putih itu. 'Suami dan anak puan kim, sila ikut saya ke dalam bilik saya',doktor itu tersenyum manis. Taehyung dan Encik Kim mengikuti lelaki itu ke ruangannya manakala mereka yang lain berada di bilik Puan Jeon. Puan Jeon dan Puan Kim tersenyum simpul penuh makna melihat dua beranak itu menghilang ke bilik doktor. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 'Silakan duduk',doktor yang memakai tag nama Choi Dong Woon itu kelihatan tenang sekali. Matanya tertumpu kepada buku rekod pesakit dihadapannya. 'Isteri saya sakit apa doktor?',Encik Kim bertanya setelah dia mengambil tempat di hadapan doktor itu. 'Sebenarnya, tekanan darah isteri encik agak tinggi. Kerana itulah Puan Kim pengsan secara tiba-tiba. Penyakit darah tinggi ini berpunca daripada beberapa faktor,. Mungkin isteri encik terlalu banyak berfikir atau terlalu stress. Saya sarankan agar encik sekeluarga turuti apa saja permintaan Puan Kim untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku lagi.',terang doktor itu panjang lebar. 'Oh. Baiklah,doktor. Saya akan usahakan. Terima kasih.',ucap Encik Kim seraya bangun dari duduknya. Taehyung yang diam membisu dari tadi turut bangun. Dua beranak itu kembali mengatur langkah ke bilik Puan Kim. Taehyung mengambil tempat di sebelah mummynya. 'Mummy okey?',tanya Taehyung bimbang. 'Mummy okay, just pening sikit nie. Doktor cakap apa?'. 'Awak tak payah risau la, doktor kata kemungkinan awak terlalu banyak berfikir. Stress mungkin.',kata Encik Kim. 'Ye. Mungkin. Kebelakangan nie saya asyik fikir pasal anak kita je. Sampai ke hari nie belum buat keputusan lagi'. Taehyung dan Jungkook menelan liur. Tahu sangat apa yang bakal dikatakan oleh Puan Kim. Apa lagi kalau bukan pasal perjodohan yang entah apa-apa tu. 'Mummy harap kamu dapat tunaikan permintaan mummy nie. Kamu berdua kawin ea? Mesti kamu tak nak tengok mummy sakit lagi kan?',sambung Puan Kim. 'Betul tu, Jungkook, Taehyung. Setuju,please? Kesian mummy kamu.',puan Jeon menggiat. Taehyung dan Jungkook mula berasa serba salah. Nak terima ke tak? Taehyung teringatkan apa yang dikatakan oleh doktor Choi Dong Woon tadi. Bola matanya mencari sepasang mata bundar milik Jungkook. Jungkook diam seribu bahasa. Terlalu berat untuk dia membuat keputusan. Tetapi seandainya perkahwinan itu boleh membuatkan Puan Kim sembuh dan ibu bapanya gembira, dia rela. Matanya masih lagi memandang tepat ke dalam mata taehyung. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya, memberi persetujuan. Taehyung tersenyum kecil. 'Baiklah,mummy. Kami setuju.',akhirnya terluah juga kata persetujuan daripada mereka berdua. Puan Kim menjeling Puan Jeon. Kedua mereka berkongsi sebuah senyuman penuh makna. Encik Kim dan Encik Jeon hanya tersenyum melihat telatah isteri-isteri mereka. Akhirnya,berjaya juga plan mereka. Mission accomplish! Yup,semua drama ini memang sudah dirancang oleh Puan Kim dan Puan Jeon. Mereka menghubungi suami masing-masing beberapa jam yang lalu untuk memaklumkan tentang rancangan mereka. Setelah itu mereka terus berangkat ke hospital. Nasib baik lah doktor Choi Dong Woon bersetuju untuk menolong mereka. Doktor ChOi Dong Woon merupakan doktor peribadi keluarga Kim. ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Annyeong readers. i'm back. yeah,double update. sorry kalau citer nie meleret-leret. Do comment and subscribe. bye! •﹏•
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exo_seventeen_hanmin #1
Chapter 25: Author palli update!!
fanantic #2
Chapter 25: author please sambung><
Bubbaboo #3
(T^T) </3 ...i wanna read this but i can't understand Malay..i'm sorry.. *sobs*
limchiayi
#4
So cute~ *^*
KrisHo_12
#5
Chapter 25: lol x nak lepas daedaenya si kookie ni.. xD
adui seriously masih x boleh blah dngn bambam yg panggil jungkook sayang.. haih la budak sorang ni.. xD
mpreggoland
#6
Chapter 25: hahaha Tae ajk Kookie tido sebilik...ok la tu...slow2 ya...hehehe
teenbangtan
#7
Chapter 25: My god ai rindu sme ini fanfics uhuk ;u; so kiut ai kennot xD biler la depa nk kiss nie lol xD
exoticsinspirits #8
Chapter 25: Wah you updated! Finally! Welcome back :)))
Farah30
#9
Chapter 25: Yeay update! Bila la dorg ni nk happy2 cm psangan married yg lain? Harapnya bambam boleh la rapatkan vkook ni.
julyjuly #10
can u translate it to english. . .I really want to read it :'(