Camp High Special Event II

Camp High
Please Subscribe to read the full chapter

Di room 1

"Eh Suho? Asal korang pakai baju tu? Mana tuxedo?" tanya Sunggyu yang pelik melihat Suho,Chen,Jr dan JB memakai baju tshirt berwarna hitam dengan seluar jean.

"Hah hyung mana boleh beritahu.Tunggu je lah nanti." Suho mengangkat-angkat keningnya.Sunggyu sudah mencebik.

"Eleh dengan aku pun nak berahsia." 

 

Di room 4

"Kook, jom pergi." Ajak V.Jungkook yang sedang menyikat rambut menoleh memandang V.Terus terburai tawanya melihat reben yang sepatutnya dipakai pada kolar baju sudah landing baik atas kepala V.Serupa flower crown.

"Engkau ni, buat malu je lah kalau orang lain nampak.Reben ni pakai dekat kolar baju bukan kepala kau.Nak jadi flower boy ke apa.Hahahaha.Sini aku betulkan." bebel Jungkook.V sudah tersengih.Maklumlah itu kali pertama dia pakai reben ni.Selalunya pakai tie je.

"Aku tengok reben ni dah macam scarf perempuan,tu yang aku letak atas kepala.Hahahaha." Jungkook mengetuk kepalanya.

"Lain kali tanya lerh.Aduyai." 

 

Di room 8

Jenny melihat refleks dirinya pada cermin dan dia tersenyum sendiri.Tak sangka dress labuh berwarna maroon yang selama ni tersimpan dalam almari biliknya masih elok dibadannya.Rambutnya pula dibiar lepas.Malas nak diikat.Mukanya pula dimakeup sedikit agar kelihatan stunning.

"Wah Jenny, lawanya dress kau.Sesuai betul dengan kau.Haih dress lawa,orangnya pun lawa." Puji Jiyeon yang sangat tertarik dengan penampilan Jenny.

"Eh unnie.Unnie apa kurangnya.Lawa sangat." ujar Jenny merendah diri.Tapi jujur dia memang adore dengan Jiyeon unnie yang memakai dress labuh berwarna hitam.Sangat cantik dan classy.

 

"Dua-dua lawa.Haih.Rasa kecil je sekarang ni." Sakat Sohyun.Jenny dan Jiyeon tergelak besar.

"Alah Sohyun kau pun sama lawa.Eh kira semua lah lawa." Puji Jiyeon ikhlas.Sohyun hanya tersengih.

 

"Eh baru aku perasan kita semua pakai dress labuh.Aku rasa macam dekat majlis kahwin pula."  kata Hayoung yang baru selesai berdandan.Dia mengenakan dress labuh berwarna purple.

"Majlis kahwin sangat.Ni siapa yang pakai dress putih lah yang akan berkahwin malam ni." Perli Hyeri pada Sulli yang sedang berdandan di hadapan cermin.Sulli yang terdengar kata-kata Hyeri terus memandang dirinya.Ya, dialah yang pakai dress putih.

"Yah Hyeri.Kau perli aku kan.Ish.Aku muda lagi okay nak kahwin." rajuk Sulli.Hyeri sudah tergelak besar.

"Alala jangan lah merajuk.Elok-elok dah lawa,nanti rupa jeruk mangga pula." Sulli mencebikkan bibirnya.

"Hakalah,calon dah ada,kahwin je lah." Sakat jenny pula yang tahu Sulli is in the relationship with Jimin.Sulli menunjukkan penumbuknya pada Jenny.Uish ganas.

"Dah-dah jom pergi.Kang sampai kesudah tak habis gaduhnya." Jiyeon menepuk tangannya minta semua bersurai.

 

 

Tepat jam 8, semua peserta Camp High mula memenuhi hadapan dewan.Para peserta lelaki kelihatan segak dengan tuxedo kecuali geng EXO dan GOT7 yang memakai pakaian biasa berwarna hitam.Peserta perempuan pula kelihatan elegant dengan dress labuh berwarna-warni.

 

Jungkook dari tadi memerhatikan Jenny tanpa berkelip mata.

"Lawanya Jenny." Puji Jungkook dalam hati.

Jenny yang perasan Jungkook memandangnya terus berjalan ke arahnya bersama Sulli.Juniel yang berada bersamanya tadi sudah dibawa pergi oleh Jr.

 

"Amboi tak berkelip mata ya Jungkook shi pandang Jenny dari tadi." sakat Sulli.Jungkook sudah tergelak.Kantoi sudah.Jenny menyiku lengan Sulli.

"Jangan lah menyakat dia." bisik Jenny.

"Jungkook, Jenny marah aku sakat kau." Jenny membulatkan matanya.Makin kuat gelakan Jungkook.Jenny terus menghadiahkan cubitan pada lengan Sulli.Sulli sudah menjerit kesakitan.

"Mesyuarat apa ni,tak ajak aku pun." ujar Jimin yang tiba-tiba muncul di sebelah Jungkook.

"Mesyuarat tingkap bang.Ni mesti nampak Sulli terus tertarik ke sini kan,macam magnet." Sakat Jungkook pula.Jimin sudah tersipu-sipu.Sulli sudah tergelak.

"Ingat comel lah tuh." Jungkook menepuk-nepuk belakang Jimin yang lebih rendah darinya.

 

 

Apabila Donghae hyung dan Yoona tiba, para peserta mula bergerak masuk kedalam dewan.Sekali lagi mereka semua terkejut dengan perubahan dewan yang sudah berubah berbanding petang tadi.Terdapat lampu neon di atas siling.Meja bulat pula tersusun rapi di tengah dewan dengan kerusi.Kelihatan seperti majlis kahwin pun ada.

Selepas ucapan Donghae hyung, geng EXO dan GOT7 memulakan persembahan tarian mereka.Persembahan mereka yang memukau mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.Selesai persembahan, tiba lah pula penyampaian hadiah.

"Kita tunggu geng EXO dan GOT7 dulu." ujar Jihyo noona yang menjadi pengacara majlis.

 

Tak lama kemudian geng EXO dan GOT7 muncul dengan berpakaian tuxedo.Mereka semua mengambil tempat di kerusi yang tersedia.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chohanlove #1
Chapter 24: hahahahaa . V ni kacau betol org nk ber'sawit' . .. anyway , update soon authornim.
Frisur #2
Chapter 23: "Last chapter tengah progress"
Ppali ppali update author
yunieyoseob #3
Chapter 21: Dah habis ke?? Em nak baca lagi
minlee123 #4
Chapter 21: Jr suke.juniel rupe2nya....krystal ...
minlee123 #5
Chapter 20: Sakit mental rupanya die nie....update
minlee123 #6
Chapter 15: Die nk kwn je jungkook pn suke tkyah lh jadi penghalang
misz_dina #7
Chapter 15: Sebab dia nak kawan dengan Jungkook je kot.tp kenapa yeoja tu serang dia camtu...hishhh...
minlee123 #8
Chapter 14: Yeah dh berbaik pun jgn gaduh lg
amalinnasuha07 #9
Chapter 14: Update soon
misz_dina #10
Chapter 14: Yeay,,EXO n GOT7 dh jd kwn...ramai sungguh yg suke jenny