Our Friendship

Camp High
Please Subscribe to read the full chapter

"Macam mana awak boleh menipu tentang hal-hal macam ni?" Krystal hanya tertunduk malu.Dia tahu belangnya dah terbongkar.Nampaknya terpaksalah dia terima hukuman yang sepatutnya.Dia bukan dari keluarga kaya.Tiada orang boleh bantu dia melepaskan diri kali ini.

"Saya minta maaf." Hanya itu perkataan yang mampu diucapkannya pada tika ini.Nak merayu? Apa guna lagi.

"Saya tak percaya awak boleh buat perkara seteruk itu.Awak seorang gadis yang masih muda,perjalanan hidup awak masih jauh.Tindakan awak itu boleh disabitkan di mahkamah!" Donghae bercekak pinggang sambil tangannya leka mengurut kepalanya yang terasa sakit sangat.Ini lah bila marah yang amat.Migrain dah serang.Donghae dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi.Tindakannya menipu mengenai masalah mentalnya dan menculik serta memasukkan dadah terlarang di dalam badan mangsa lain dianggap masalah serius.

"Mungkin saya terpaksa serahkan awak pada pihak hospital atau pihak polis." Berderau darah Krystal bila terdengar perkataan 'hospital' dan 'polis'.Dia terus melutut di hadapan Donghae.Yoona yang turut berada disitu terus bangun.

"Tolong jangan.Saya merayu sangat.Jangan serahkan saya pada hospital mental atau polis." Ujarnya teresak-esak.Yoona terus menyuruhnya untuk bangun.Tapi dia tetap tak mahu bangun.Donghae menghela nafas berat.

"Biarlah mereka yang awak aniyai buat keputusan." 

 

 

Juniel membuka matanya yang terasa berat perlahan-lahan.Kepala nya juga terasa sakit.Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling.Dia menghela nafas lega.Bukan hutan itu lagi.Dia dan Jenny ditempatkan di bilik rawatan.Oleh kerana kawasan itu jauh dari hospital,Donghae perlu menghubungi doktor dan nurse peribadi bagi Camp High untuk merawat mereka berdua.

 

"Awak okay?" Soal Jr yang setia menemaninya dari semalam.Juniel hanya sekadar tersenyum sambil mengangguk.

"Jenny mana?" Juniel cuba untuk bangun tapi dihalang oleh Jr.Juniel melihat bendalir yang masih kemas berada di tangan kanannya.Lagi menyukarkan dia untuk bangun.

"Saya kena jumpa Jenny.Please." Juniel seakan merayu sambil mengangkat tangan kanannya.Minta dibuka.Air matanya mengalir perlahan.Jr jadi serba salah.Bukan dia larang tapi keadaan Juniel masih belum sembuh sepenuhnya.Dadah yang dimasukkan kedalam badannya bagi tujuan melemahkan mangsa belum sepenuhnya nyah dari dalam badannya.Jr tiada pilihan selain memanggil nurse.

"Dia mahu melawat kawan dia.Boleh?" Nurse itu mengangguk.Juniel menghulurkan tangan kanannya pada nurse itu.

"Maaf cik,belum boleh tanggalkan lagi.Awak guna kerusi roda itu,nanti saya pindahkan sekali bendalir ini." Juniel hanya buat muka pasrah.Sejujurnya dia tak selesa dengan jarum masih selamat berada di tangannya.

Jr membantu menyorong kerusi roda Juniel ke bilik Jenny.Jenny masih belum sedarkan diri.

 

Juniel memegang tangan Jenny yang pucat lesi.Air matanya semakin laju mengalir.Menyesal.Ya itu lah apa yang dia rasa sekarang.

"Jenny,bangun lah weh.Kenapa kau lemah macam ni? Bangun lah." Juniel mula meraung disisi Jenny.Jr mengusap bahu Juniel,cuba menenangkannya.

 

flasback-

"Kita teruskan plan kita,kau pergi kunci semua bilik-bilik dekat sini,jangan ada satu tertinggal.Aku tunggu dalam." Juniel mengangguk mengerti.Krystal berlalu masuk ke dalam bilik.Dia menghampiri katil Jenny.Jenny sedang lena tidur.

"Hukuman sebab kau curi Jungkook aku." Krystal mengeluarkan sejenis ubat dari poketnya lalu dicurah atas sehelai kain.Tak lama kemudian,Juniel pula muncul.

 

"Kejutkan dia sekarang dan bawa dia keluar." Juniel hanya mengangguk.Dia terus menggerakkan badan Jenny.

"Jenny,Jenny!" Jenny membulatkan matanya.Terkejut dengan kehadiran Juniel secara tiba-tiba.

"Apa kau buat dekat sini?" Juniel membuat muka meminta simpati.Jenny semakin bingung.

"Kenapa ni? Cakaplah." 

"Tolong aku.Aku.." Juniel terus berlari keluar.Jenny terpinga-pinga.Tanpa berlengah dia terus bangun dari katil lalu mengejar Juniel.Sampai di luar,Jenny melilau mencari Juniel.Krystal yang dari tadi menunggu di luar terus mengunci pintu bilik 8.Dia tersenyum gembira.Plannya menjad

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chohanlove #1
Chapter 24: hahahahaa . V ni kacau betol org nk ber'sawit' . .. anyway , update soon authornim.
Frisur #2
Chapter 23: "Last chapter tengah progress"
Ppali ppali update author
yunieyoseob #3
Chapter 21: Dah habis ke?? Em nak baca lagi
minlee123 #4
Chapter 21: Jr suke.juniel rupe2nya....krystal ...
minlee123 #5
Chapter 20: Sakit mental rupanya die nie....update
minlee123 #6
Chapter 15: Die nk kwn je jungkook pn suke tkyah lh jadi penghalang
misz_dina #7
Chapter 15: Sebab dia nak kawan dengan Jungkook je kot.tp kenapa yeoja tu serang dia camtu...hishhh...
minlee123 #8
Chapter 14: Yeah dh berbaik pun jgn gaduh lg
amalinnasuha07 #9
Chapter 14: Update soon
misz_dina #10
Chapter 14: Yeay,,EXO n GOT7 dh jd kwn...ramai sungguh yg suke jenny