Preparation

Camp High
Please Subscribe to read the full chapter

Dalam room 4,

 

"Woi,woi bangun lah.Kita dah lambat nak pergi practice ni." Kai dan Sehun tidak berhenti menggegar katil Yugyeom dan Bambam yang double decker itu.Dekat 5 minit juga lah dia berdua gegar tapi manusia dua orang ni memang tak bergerak langsung dari tadi.Kai dan Sehun sudah mengeluh penat.

"Hah Kai,Sehun kenapa tu? Belum bangun lagi?" Tegur Sungjong yang baru keluar dari bilik air.

"Aha hyung, tidur mati budak berdua ni." rungut Kai.

Sungjong menghampiri katil mereka berdua.Kemudian dia tersenyum memandang ke arah Kai dan Sehun.Kai dan Sehun yang faham maksud senyuman itu terus mengangguk.

 

"Aku cakap mula,korang jerit kuat-kuat tau.Aku tunggu dekat pintu bilik air." Kai dan Sehun hanya mengangguk faham

"Okay mula!" Sungjong terus membuka pintu.

 

"Tolong-tolong! API!! API! Kebakaran!!" Jerit Kai dan Sehun sekuat hati.

Automatik Yugyeom dan Bambam yang sedang lena tidur terus tersentak.Masing-masing sudah panik.Kai dan Sehun yang berdiri di sebelah katil mereka memulakan lakonan dengan menampakkan wajah cemas.

"Tunggu apa lagi, lari la masuk bilik air ambil baldi dengan air." Arah Kai pada Yugyeom dan Bambam.Mereka berdua terus lompat dari katil dan terkocoh-kocoh berlari menuju ke bilik air tanpa melihat Sungjong yang sedang menahan gelak di sebelah pintu bilik air.Kai,Sehun dan Sungjong sudah pecah perut menggelakkan mereka berdua.Sudahlah sorang tidur tak pakai baju,sorang tidur pakai seluar pendek yang paras atas peha.

 

Sungjong terus menutup pintu bilik air dan menguncinya dari luar.Kedengaran suara budak berdua itu sedang menjerit.

"Hyung! Kai! Sehun! Cepatlah buka pintu!" Jerit Bambam.

"Alang-alang korang dah dekat dalam tu mandi sekali.Tuala semua dah siap dekat dalam." Laung Sungjong dari luar.Kai dan Sehun masih lagi dalam tawa.Rasanya mereka memang tidak boleh berhenti gelak melihat Yugyeom dan Bambam yang telah diprank.

"Hyung! Jangan lah memain.Kata ada kebakaran." Jerit Bambam tidak puas hati aka tidak faham situasi sebenar.

"Mana ada api.Tak ada kebakaran pun.Aku nak suruh kau berdua mandi.Dah mandi.Aku bagi 10 minit.Cepat!" Arah Sungjong.

"HYUNG!!!!!!"  Nampaknya mereka berdua dah betul-betul sedar dan tak mamai lagi.

 

 

Team Block B berkumpul di bawah pokok berhampir dewan.

 

"Weh asal tak practice dalam dewan je? Panas lah sini." rungut Jackson.Woohyun menepuk bahunya.

"Noona kau nak dekat sini.Kita tunaikan je lah permintaan dia.Kesian dia." Woohyun membuat muka sedihnya.Macam itu permintaan terakhir Boram.Sebenarnya dia dah penat bertikam lidah tadi.Woohyun mahu practice dalam dewan tapi Boram tetap mahu dekat sini.Katanya angin segar di sini.

Boram mempiat telinga Woohyun.Geram betul dia dengan mamat sorang ni.Mahu aja dia campak Woohyun ni dalam kolam.Biar mati lemas.Woohyun menjelirkan lidahnya pada Boram.Boram pula menunjukkan penumbuknya.

 

"Lah bila nak start practice nya.Asyik gaduh je budak berdua ni.Ingat sweet lah tu." Bebel Dongwoo yang sudah menyampah tengok Woohyun dan Boram yang asyik nak berperang je.Ahli team mereka yang lain hanya tergelak mendengar bebelan Dongwoo.

"Patutlah nampak kapal lalu tadi." Sakat Jackson.Woonhyun sudah mencebikkan mukanya.

"Kau mana belajar dekat darat ada kapal?" Marah Woohyun.Jackson sudah tergelak besar.

"Belajar dari Woohyun hyung dengan Boram noona.Auchh." Jackson kembali menyakat mereka.Woohyun terus mempiat telinga kanan Jackson manakala Boram mempiat telinga kirinya.Budak ni bab menyakat orang nombor satu.Jackson sudah menyeringai sakit.

Hampir pecah perut mereka semua dengan drama komedi yang dipersembahkan oleh Woohyun,Boram dan Jackson.

 

"Dah lah jom berlatih." marah Dongwoo.

"OKAY." Ujar semua serentak.

 

 

Team High 4 berkumpul di dalam gelanggang bola keranjang

 

"Semalam aku dah search dekat youtube,kita boleh buat dubstep." Terang Hoya kepada ahli kumpulanya.Hyuna yang teramat setuju hanya mengangguk.

"Kita guna lagu-lagu ni.Hah siapa yang tak pernah tengok meh sini video dia." Ujar Hoya.

D.O,Youngjae,Jin,Q-ri dan Minah terus meluru kearah laptop Hoya.Tekun mereka memerhatikan tarian lagu dope itu.

 

"Macam mana?Okay?" Soal Hyuna apabila mereka berlima sudah berkerut dahi.

"Noona yakin ke kita boleh menari sebiji macam ni nanti?" tanya Jin ragu-ragu.Hyuna menepuk bahunya.

"Jangan risau.Cuba kata boleh,mesti boleh." Hyuna memberi semangat kepada ahli kumpulannya itu.

 

"Jom-jom start berlatih." Arah Hoya penuh excited.

 

 

Team Starlight pula berkumpul di dalam gazebo kayu yang terletak berhampiran kolam.

 

"Kita nak buat sketsa apa ni?" Ujar Sunggyu memulakan perbincangan.

"Parodi okay?" Chen memberi cadangan.Semua berkerut dahi.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chohanlove #1
Chapter 24: hahahahaa . V ni kacau betol org nk ber'sawit' . .. anyway , update soon authornim.
Frisur #2
Chapter 23: "Last chapter tengah progress"
Ppali ppali update author
yunieyoseob #3
Chapter 21: Dah habis ke?? Em nak baca lagi
minlee123 #4
Chapter 21: Jr suke.juniel rupe2nya....krystal ...
minlee123 #5
Chapter 20: Sakit mental rupanya die nie....update
minlee123 #6
Chapter 15: Die nk kwn je jungkook pn suke tkyah lh jadi penghalang
misz_dina #7
Chapter 15: Sebab dia nak kawan dengan Jungkook je kot.tp kenapa yeoja tu serang dia camtu...hishhh...
minlee123 #8
Chapter 14: Yeah dh berbaik pun jgn gaduh lg
amalinnasuha07 #9
Chapter 14: Update soon
misz_dina #10
Chapter 14: Yeay,,EXO n GOT7 dh jd kwn...ramai sungguh yg suke jenny