Bus Boy (Part II)

520 [Malay Version]

 

 

“ B U S   B O Y ”

[Part II]

- 1323 patah perkataan

 

 

“Aku tak—Tak boleh ke kita pergi tempat lain?”

 

Sehun merengek semasa Jongin dan dia berdiri di stesen bas, menunggu kedatangan bas. Walau bagaimanapun, Sehun sebenarnya tidak mahu pergi dengan bas itu. Tidak apabila dia berkemungkinan besar akan bertemu dengan Luhan lagi. Dia tiada mempunyai apa-apa terhadap lelaki itu, tetapi sungguh, dia berasa tidak selesa berada di dalam bas yang sama dengannya.

 

“Apa? Tapi kau dah lama nak bermain dengan aku. Sekarang bila akhirnya aku ada masa untuk bermain dengan kau, dan kau dah tak nak pulak? Jongin mengerdipkan matanya, terkejut.

 

“Aku . . . Aku tak rasa nak main hari ni.”

 

“Macam mana kau boleh rasa macam tu pulak? Kau menjalani seluruh hidup kau dengan bermain.” Jongin mengusik olok-olok. “Mengaku jelah yang kau takut dengan Luhan.”

 

“A-Aku tak.” Sehun tergagap.

 

“Penakut.” Jongin mengusik lagi. “Maksud aku, come on bro, bukannya dia nak bunuh kau pun. Kita tengah bercakap tentang bas. Dia mungkin menakutkan, tapi bukannya kau perlu bercakap dengan dia atau apa.”

 

Jongin mampu mengatakannya dengan mudah kerana semestinya, dia telah terbiasa dengan keadaan itu. Sehun pula masih merasakan ngeri yang merangkak keluar tatkala memikirkan tentang lelaki bernama Luhan itu. Pada saat bas itu menerpa layar pandangannya, dia dapat merasakan detak jantungnya meningkat. Dia betul-betul, sangat tidak menyukainya, walaupun Jongin bersama dirinya — bukannya Jongin mampu untuk melindungi Sehun, tetapi pemikirannya itu agak menenangkan dirinya.

 

“Mari, Sehunnie baby.” Jongin mengusik dengan sebuah senyuman yang menunjukkan bahawa dia terhibur dengan perbuatannya terhadap Sehun kini, sebelum melangkah masuk ke dalam bas.

 

“Berhenti panggil aku macam tu.”

 

“Tapi 'awak' betul-betul bayi.” Jongin mengimbas kadnya dengan lancar, matanya menerawang memerhatikan keadaan di dalam bas tersebut. “Oh, nampaknya takdir berdiri di samping kau, Sehunnie. Kita tidak boleh duduk di tempat lain melainkan di sebelah Luhan.”

 

Jongin terkekek ketawa ketika dia melihat ekspresi wajah Sehun yang kelakar dan melucukan; takut yang bercampur dengan sedikit raut putus asa. Jongin tak mampu menolong tetapi dia berasakan bahawa muka rakannya itu cukup menghiburkan untuk ditonton.

 

“Aku . . . Aku akan berdiri. . .” Sehun berkata perlahan, tiba-tiba pelatnya jelas kedengaran.

 

“Aish, kau kena ikut aku.”

 

Jongin berbicara kemudian dia menarik Sehun bersamanya menuju ke arah belakang bas, di mana Luhan, seperti biasanya, duduk. Sehun teramatlah takut, namun dia tahu pemberontakan tidak akan membawa hasil apa-apa apabila dia berdepan dengan Jongin. Penari tertubuh kurus itu mempunyai kekuatan yang tersembunyi yang tidak boleh disalah ertikan. Matanya bergerak ke arah Luhan yang mana kali ini tidak merenung ke luar tingkap. Sebaliknya, dia kelihatan seperti sedang sibuk menulis.

 

“Hi, Luhan-sshi!” Jongin menyapa dengan gembira sebaik sahaja dia mengambil tempat duduk di sebelah Luhan, atau nama lain yang Sehun gelarkan; kerusi berhantu.

 

“Jongin-sshi.” Luhan membalas dengan sebuah senyuman kecil sebelum berpaling ke arah Sehun. “Sehun-sshi.”

 

Sehun sangat tahu bahawa Jongin bukannya berkawan dekat dengan Luhan, jadi dia tahu yang Jongin berbicara dengan Luhan sekadar untuk membuatkan Sehun jengkel. Faedah menjadi sahabat baik: Awak tahu bagaimana rakan awak yang lainnya hendak mengenakan dan 'mengerjakan' awak.

 

“Apa yang awak buat?” Jongin bertanya sambil memerhatikan buku nota milik Luhan.

 

“Ah, sedikit kerja yang perlu saya selesaikan.”

 

Jadi dia mempunyai kehidupan selain daripada hidup di dalam bas ni setiap masa, fikir Sehun sambil memerhatikan buku nota itu. Sebenar-benarnya, Sehun tidak mempunyai apa-apa terhadap Luhan. Bagi Sehun, Luhan boleh hidup selama-lamanya dalam bas itu jika dia mahu. Meskipun begitu, seseorang itu mesti mengakui bahawa orang yang menghabiskan lebih banyak masa di dalam bas berbanding tempat lain itu menakutkan. Tidak kira apa sekalipun alasannya.

 

“Adakah awak masih menunggu?” Jongin kembali bertanya, dan Sehun boleh nampak segaris kesedihan di dalam mata Luhan sebelum ianya bertukar menjadi kosong tanpa perasaan.

 

“Ya . . .”

 

“Awak ni . . . you're really quite something, Luhan-sshi.”

 

“Jongin-ah . . .” Sehun berbisik sambil memukul lengan Jongin perlahan, “Aku tak rasa yang perbualan kau tu menuju ke arah yang betul . . .”

 

Jongin adalah seorang yang malu pada hati, tetapi kadang-kala, dia boleh menjadi sangat peramah dan tidak disangka-sangka, tetapi tidak pernah dengan kesan yang tidak diingini. Seperti sekali itu, dia tiba-tiba berdiri dan berbicara dengan seorang lelaki Cina yang kelihatannya seolah-olah mampu menumpaskan Jongin hanya dengan sekali pandangan. Dia teringat kembali Jongin yang merungut bagaimana mungkin dia tahu bahawa lelaki bernama Wufan itu adalah orang Cina. Seandainya Jongin menumpukan lebih perhatian, dia mesti tahu yang lelaki itu adalah pelajar pertukaran dari China.

 

“Hei, nama betul awak memang Luhan ke?”

 

Sehun mahu face palm dirinya sendiri apabila mendengarkan soalan Jongin yang bodoh itu. Apalah dosa yang pernah dia lakukan pada masa silamnya untuk mendapatkan seorang teman baik yang sebegini? Dia percaya dia pasti sudah membunuh seluruh kerajaan. Atau lebih teruk — mereka mungkin pasangan kekasih pada masa lampau. Sehun meremang memikirkannya.

 

“Saya orang Cina sebenarnya. Nama saya Han. Tapi saya tukarkan kepada Luhan apabila saya datang ke Korea.”

 

Luhan menjawab dengan tenang dan Sehun mula mencurigai bahawa dia mungkin menyimpan perasaan terhadap Jongin. Siapa lagi yang akan setenang ini untuk menjawab soalan yang cukup bodoh itu? Okay, maybe Sehun tidak patut memandang rendah terhadap kawannya.

 

“China? Kenapa awak datang ke Korea?”

 

Sejujurnya, tiada sesiapa yang boleh menyalahkan Sehun jika dia berfikir bahawa sahabatnya ini sudah kehilangan akal, betul tak? Sememangnya tidak apabila rakannya itu jelas-jelas tidak tahu apa yang yang dimaksudkan dengan privacy. Sekali lagi, dia boleh percaya yang Luhan adalah pengecualian. Lelaki itu telah pun melebihi segala jangkaannya sebaik saat dia dia diberitahu bahawa Luhan memilih untuk menantikan seseorang di dalam bas itu.

 

“Joonmyun.”

 

Suara Luhan tiba-tiba muncul di mindanya kembali. Sehun menggelengkan kepalanya dengan penuh ketakutan. Dia tidak mendengarkan kesedihan dalam nada suara Luhan. Dia tidak sedar akan kepedihan yang melapisi kata-kata itu. Tiada. Tiada apa-apa.

 

“Yah, Sehun. Kau okay?”

 

“Huh?” Sehun mengangkat wajahnya dan bertemu mata dengan Jongin.  “Ah, ya. Mestilah.”

 

“Kau dengar tak apa yang Luhan cakap tadi? Dia sebenarnya pelajar universiti!”

 

Matanya melebar kerana terkejut. Adakah Sehun kaget? Sudah semestinya. Siapa yang tak? Sejak bila pula pelajar universiti mempunyai begitu banyak masa untuk dihabisi di dalam bas?

 

“Kalau macam tu, macam mana pulak awak boleh meluangkan begitu banyak masa kat sini?”

 

Dia tidak bermaksud untuk mengatakan sedemikian. Kata-kata itu telah terlepas keluar dari bibirnya tanpa dia sendiri sedari. Sehun dapat merasakan pandangan mata Jongin yang menusuk meskipun dia tidak melihatnya. Dia tiada keberanian untuk berbuat demikian apabila dia baru sahaja mengatakan sesuatu yang teramatlah kurang cerdik sehingga dia cukup pasti yang Luhan tidak akan menggemarinya setelah ini.

 

“Saya minta maaf, Luhan-sshi. Sehun bukannya berniat untuk menyinggung awak.” Jongin berkata dengan curiga, berharap Luhan tidak memendam perasaan atas ucapan Sehun tadi.

 

“Sehun-sshi.”

 

Sehun memandang dengan ragu-ragu, matanya tertumpu pada lelaki itu. Seperti biasa, dia tidak suka dengan apa yang dia lihat. Dia membenci fakta yang mana setiap kali topik peribadi ini dibicarakan, kepiluan dan kesedihan mengelilingi Luhan.

 

“Saya minta maaf, okay? Saya—” Sehun memulakan namun dia tidak dapat menghabiskan apa yang mahu dia katakan.

 

“Sejujurnya, adakah awak berfikir yang saya membuang masa saya?”

 

Perlukah dia menjawab dengan ikhlas? Sebetulnya, Sehun memang fikir yang Luhan menyia-nyiakan waktu berharganya di dalam bas, tapi persoalannya, adakah dia mempunyai hak untuk mengatakan sedemikian?

 

“Saya hanya menanti.”

 

“Saya . . . Saya yakin awak ada sebab awak sendiri.”

 

Sepatutnya dia boleh membuat lebih baik, tetapi tidak dinafikan bahawa ayat Sehun tadi telah menyelamatkan dirinya sendiri. Jongin juga kelihatan sedikit tenang, jadi mungkin kata-kata yang keluar dari mulutnya kali ini adalah benar.

 

“Menunggu, ya,” mata Luhan yang berkaca-kaca memerhatikan seluruh ruangan bas tersebut, “penantian yang tiada penghujungnya.”

 

“Saya percaya awak akan berjumpa dengan dia, orang yang awak tunggu tu.” Sehun cuba memujuk lelaki itu, membuatkan Luhan sedikit tersenyum.

 

“Mari berharap begitu.”

 

Setelah itu, tiada sesiapa pun di antara mereka mengucapkan walau satu patah perkataan. Jongin tidak mengatakan apa-apa lagi dan berharap mereka akan tiba ke destinasi mereka secepat yang mungkin. Acap kali, Sehun akan memandang wajah Luhan sekilas, dan setiap kali itu juga, dia akan nampak kekecewaan dan kesedihan pada rautnya.

 

Adakah penantian ini benar-benar berbaloi, bus boy?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
catdust #1
Chapter 1: this version is not directly translated kan from the original one?
Yifan_xoxo #2
Chapter 6: Update soon
xaoieu
#3
Chapter 6: Yup, your BM is the best. Serious berair mata baca chapter ni.
seungrin123 #4
Chapter 5: Wuyooh BM! Naik pening aku baca..pa pe pun..nice fic
Haruyamaahara #5
Chapter 3: best!!Update soon!!
seungrin123 #6
Chapter 2: Sya dah baca english ver..da tau ending dia cam ne..btw,nice trans :).
bm awak memng baku sekali..hahha
chanyeorin61 #7
Chapter 3: Best!!
Banyak persoalan yg bermain diminda sy...
Btol2 menarik perhatian..
Good job. ..^^
fatin321 #8
Besarkan tulisan plizz,Btw i like this story.