Bus Boy (Part I)

520 [Malay Version]

 

 

“ B U S   B O Y”

[Part I]

- 1852 patah perkataan

 

 

Ianya aneh, mengejutkan; sebenarnya Sehun tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya. Apa yang boleh dia katakan hanyalah setiap kali dia menaiki bas 520, dia akan terserempak dengan seorang lelaki yang menempati tempat duduk paling belakang, memandang keluar tingkap. Pada awalnya, dia telah membiarkan hal itu lepas begitu sahaja dan menganggap bahawa ianya hanyalah sekadar sebuah kebetulan, tetapi dua bulan telah pun berlalu. Dua bulan berada di dalam bas yang sama dengan orang yang tidak dikenali itu, dan Sehun mula berfikir. Dia pasti bahawa ianya bukan lagi sebuah kebetulan, memandangkan dia tidak menaiki bas itu pada waktu yang tetap — bas itu pergi ke kawasan perumahan rakannya, Jongin, dan dia cuma menaiki bas itu apabila dia mempunyai masa untuk melawat sahabatnya itu.

 

Ianya pelik.

 

Macam hari ini. Dia sudah berjanji dengan Jongin untuk singgah ke rumahnya, memandangkan kawannya itu akan mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan tarian tidak lama lagi dan Sehun hendak membantu. Saat dia melangkah masuk ke dalam bas dan mengimbas kad transpot miliknya, matanya telah pun menangkap bayang lelaki itu yang duduk di belakang. Rambutnya yang berwarna keemasan dipotong pendek. Dia tidak memakai apa-apa yang istimewa, hanya sepasang pakaian kasual, sejauh mana yang Sehun boleh lihat. Ia hanya merupakan sebuah lagi hari berada di dalam bas yang sama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

 

Tetapi kali ini, Sehun mahu mengubah tindakannya.

 

Walaupun terdapat beberapa tempat duduk kosong yang lain, dia memilih untuk terus berjalan ke arah belakang bas. Kali ini, dia tidak mahu hal itu terlepas lagi. Dia merupakan seorang yang pendiam dan pemalu, namun tindakannya ini mula terasa agak menyeramkan. Ketika Sehun melabuhkan punggungnya pada tempat duduk kosong yang bersebelahan dengannya, lelaki itu mengalihkan pandangannya dari tingkap. Ianya merupakan yang pertama buat Sehun, kerana setiap kali pertemuan mereka, orang itu sentiasa membuangkan pandangannya keluar jendela.

 

Dan dia terpesona sebaik sahaja dia melihat wajah itu.

 

Sehun tidak pernah bersetuju untuk menggambarkan seorang lelaki sebagai cantik, atau indah, tetapi untuk sekali ini, dia merasakan sebuah hasrat yang kuat untuk menganggap orang di hadapannya ini sebagai sebuah pengecualian. Matanya seperti mata seekor rusa yang tidak berdosa, dia terpana di saat lelaki itu melihat ke dalam matanya.

 

“Tempat duduk itu telah diambil.”

 

Suaranya, menurut Sehun, sangat sedap didengari. Bunyinya lembut, dan ianya menenangkan. Beberapa saat kemudian, mata Sehun berkelip, terkejut apabila dia dapat mencernakan apa yang lelaki itu baru sahaja katakan, akhirnya dapat mengawal dirinya kembali.

 

“Eh?”

 

“Tempat duduk awak tu,” dia mengulang sambil menunjuk, “ianya telah diambil.”

 

Sehun terkejut dengan kata-katanya. Bukan sahaja Sehun berasa janggal dengan apa yang orang itu baru katakan, tetapi dia juga kaget dengan cara dia mengatakannya. Sekarang dia mengambil masa untuk berfikir mengenai hal itu lebih mendalam, Sehun sedar bahawa lelaki itu tidak suka orang lain menduduki tempat itu. 

 

“Diambil? Oleh siapa?”

 

Lelaki itu mengerutkan keningnya sedikit.

 

“Awak tak perlu tahu.”

 

Dia berkata sebelum memutarkan tubuhnya membelakangi Sehun, matanya kembali tertumpu pada pemandangan di luar tingkap.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

“Hei, Jongin, aku nak tanya sesuatu boleh tak?”

 

Sehun bertanya sementara matanya terus memerhatikan pergerakan pantas tarian Jongin yang dipersembahkan dengan sempurna. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengatakan bahawa dia datang untuk membantu Jongin sedangkan jelas-jelas Jongin tidak memerlukan pertolongannya.

 

“Ya, mestilah boleh.”

 

“Dalam tempoh masa dua bulan ni, setiap kali aku ambil bas untuk ke rumah kau, aku akan sentiasa terserempak dengan seorang budak lelaki ni dalam bas yang sama. Ianya agak mengerikan, kau tau.”

 

“Hmm.” Merupakan jawapan daripada Jongin.

 

“Aku bukannya bertanya untuk mendapatkan pengakuan kau. Aku - Urgh. Tak apa lah.”

 

Jongin berhenti menari, sebuah keluhan terlepas keluar dari bibirnya semasa dia mengambil tempat di atas lantai bersebelahan dengan Sehun.

 

“Aku tahu siapa yang kau katakan. Lelaki yang sentiasa duduk di seat belakang bas, kan?”

 

Yes!”

 

Jongin mengangkat bahunya, “Aku tak tahu. Nampak macam dia dah hidup dalam bas tu selama dua bulan ni. Setiap kali aku bercakap dengan dia, dia sentiasa mengatakan yang sama; menanti.”

 

“Eh?” Mata Sehun melebar, "Kau dah pernah bercakap dengan dia?"

 

“Dia tahu untuk bercakap juga, you know.” Jongin memerhatikannya sebelum meneguk air dari botol minumannya.

 

“Aku duduk sebelah dia dalam bas tadi, dan apa yang dia cakap hanyalah tempat duduk itu telah diambil.”

 

Jongin serta-merta cemas, segera mengalihkan botol itu dari bibirnya.

 

“Kau apa? Semua tempat dah penuh ke?”

 

“Taklah, ianya hampir kosong.”

 

“Dan oh Tuhan, apa yang dia katakan cuma tempat duduk itu telah ditempati?!” Jongin tidak percaya dengan apa yang dia dengari.

 

“Y-Ya . . . Cuma tu je yang dia katakan.” Sehun menjawab sambil memandang rakannya dengan aneh.

 

“Kau tak sepatutnya duduk sebelah dia kalau ada tempat duduk lain!”

 

Sehun mengangkat sebelah keningnya, “What the heck?

 

“Aku ambil bas itu setiap hari, dan percayalah, kau tak seharusnya duduk sebelah dia kalau ada tempat lain yang kosong. Ada sekali itu, dia buat seorang budak kecil menangis sebab budak lelaki itu duduk sebelah dia. Dia menakutkan budak tu dengan cerita seram, teruk.”

 

Sehun terkejut, memandangkan lelaki itu tidak melakukan apa-apa melainkan memberitahunya bahawa tempat duduk itu telah ditempati. Dia telah menukar seats dia selepas itu, dan semuanya kembali normal.

 

“Daripada apa yang pernah dia ceritakan kepada aku, namanya Luhan, dan dia sedang menunggu seseorang. Aku tak berapa nak faham dengan apa yang dia sampaikan, tetapi dia betul-betul menggerunkan aku.”

 

“Tempat duduk itu telah diambil.”

 

“Kenapa semuanya tentang kehidupan kau macam ni, Jongin? Even bas untuk ke rumah kau pun mengerikan.”

 

Jongin menjeling ke arahnya, “Excuse me?

 

“Kau dengar apa yang aku kata.”

 

Sehun tahu dia tidak sepatutnya mengatakan sebegitu seandainya dia tidak mahu diseksa oleh Jongin yang terasa.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

Beberapa hari kemudian, Sehun mendapati dirinya mengambil bas itu lagi, dan kali ini dia didatangi perasaan ragu sebelum dia mengambil keputusan untuk tetap menaiki bas tersebut. Jika dia tidak mengambil tempat duduk berdekatan dengan lelaki itu, semuanya akan okay.

 

Malangnya, hidup tidak begitu baik terhadap dirinya. 

 

Satu-satunya tempat yang tinggal adalah tempat duduk di barisan paling belakang dan Sehun terpaksa menyeret tubuhnya ke arah sebuah seat yang kosong. Ini bukanlah apa yang telah dia rancang. Dia tidak berani untuk melihat ke arah lelaki itu ketika dia menempati tempat duduk yang terakhir di barisan itu, mencipta sebanyak mungkin jarak antara dirinya dan lelaki misteri itu. Selagi dia tidak melakukan apa-apa tindakan yang bodoh, dia akan selamat.

 

Dia memberitahu dirinya sendiri untuk tidak melihat ke arah lelaki itu, dan memaksa matanya untuk memandang keluar tingkap. Walau bagaimanapun, dia melepaskan sebuah keluhan apabila tiada apa-apa yang boleh dia lihat di luar. Bagaimana lelaki itu boleh melakukan aktiviti yang sama setiap masa merupakan sebuah misteri baginya.

 

“Kenapa awak mengeluh?”

 

Mata Sehun berkelip sementara dia memutarkan pandangannya untuk melihat orang itu.

 

“Eh?”

 

“Tadi awak mengeluh.” Dia menegaskan kata-katanya sekali lagi.

 

“A-Ah, tak ada apa-apa.” Sehun tidak selesa berbicara dengannya.

 

“Saya minta maaf.”

 

Sehun tidak berapa nak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Betul ke . . . Betul ke lelaki itu baru sahaja memohon maaf daripadanya?

 

“Eh?”

 

“Awak ni memang sebegitu pekak, ke?” Orang itu bertanya dengan sebelah alis yang ternaik.

 

“Tidak.” Sehun agak tersinggung dengan kata-katanya, “Saya hanya tak faham kenapa awak nak minta maaf pada saya.”

 

Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

 

“Saya pun tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya patut minta maaf atas hal sebelum ni.” Dia meneruskan tanpa melihat wajah Sehun.

 

“Awak seorang yang agak misteri, awak tahu?”

 

“Saya dah dengar penyataan tu banyak kali.”

 

Apa yang berlaku berikutnya mengejutkan Sehun. Dia tidak menjangkakan lelaki itu untuk tersenyum ke arahnya — sebuah senyuman yang kecil, hampir tidak kelihatan — sudah tentu tidak. Namun dia tidak mahu menafikan; dia sukakan senyuman tu lebih daripada yang sepatutnya.

 

“Dan apa yang patut saya panggil awak?” dia bertanya kepada Sehun.

 

“A-Ah, Sehun. Nama saya adalah Sehun.” Sehun berkata dengan sebuah senyuman lembut.

 

“Gembira mengenali awak, Sehun-sshi.”

 

“Gembira mengenali awak juga, Luhan-sshi.”

 

Luhan mengelipkan matanya beberapa kali, terkejut mendengarkan namanya keluar dari mulut Sehun.

 

“Macam mana. . .”

 

“Ah,” Sehun menggosok belakang kepalanya kemudian dia berkata, "Kawan saya, Jongin, menaiki bas ini setiap hari, dan dia beritahu saya nama awak."

 

Luhan berfikir mengenainya beberapa saat sebelum wajahnya berubah apabila dia mengingati Jongin.

 

I see, so awak kawan dia.”

 

“Malangnya iya.” Sehun berpura-pura melepaskan keluhan putus asa.

 

“Dia budak yang baik, saya percaya.”

 

“Semestinya, dengan caranya tersendiri.” Sehun mengejek, tetapi Luhan dapat mendengarkan gurauan dalam nada perbicaraannya.

 

“Sehun-sshi, awak sering menaiki bas ni?”

 

Sehun berfikir sebentar sebelum dia menganggukkan kepalanya. Nampaknya dia begitu menyukai kewujudan Jongin sebagai teman.

 

“Ya, saya rasa awak boleh dikatakan begitu. Kenapa?”

 

Luhan menggelengkan kepalanya, “Tak ada apa-apa.”

 

Tidak kira bagaimana menarik sekalipun penampilannya, Sehun tidak dapat menafikan fakta bahawa lelaki itu masih kekal sebagai orang asing.

 

“Luhan-sshi, perhentian yang mana destinasi awak?”

 

Sehun bertanya dengan perasaan ingin tahu, tetapi setelah memikirkan semula berkenaan hal itu, ianya tidak lagi masuk akal. Lelaki ini mungkin menghabiskan semua waktunya dalam bas itu, seperti yang telah Jongin ceritakan. Dia tidak mungkin tiada tempat tinggal, betul tak?

 

“Saya tak tahu, sebenarnya.”

 

“Eh?”

 

Luhan tertawa lembut, geli hati dengan reaksi daripada Sehun, “Saya kata saya tak tahu.”

 

“Macam mana awak boleh tak tahu?” Sehun menyoal.

 

Dengan segera, Sehun menyesali pertanyaannya apabila dia melihat perubahan wajah Luhan yang kelihatan sedih tiba-tiba.

 

“Saya minta maaf—”

 

“Saya tak tahu. Saya hanya menanti.”

 

“Daripada apa yang pernah dia ceritakan kepada aku, namanya Luhan, dan dia sedang menunggu seseorang. Aku tak berapa nak faham dengan apa yang dia sampaikan tetapi dia betul-betul menggerunkan aku.”

 

Sehun teringat apa yang Jongin pernah beritahu dia; bahawa Luhan menantikan seseorang. Tapi logik ke menunggu kedatangan seseorang di dalam bas?

 

“Tapi kenapa dalam bas?”

 

“Dia cakap macam tu.” Sehun hampir-hampir tidak mendengarkannya memandangkan Luhan berbicara dengan suara yang begitu perlahan.

 

“Dia? Awak tahu, saya pernah melihat ni dalam cerita-cerita di mana watak utamanya bertemu dengan heroin di dalam bas supaya mereka dapat menghabiskan masa bersama sebelum berpisah untuk menjalani kehidupan masing-masing. Awak bukannya salah satu pasangan kekasih dalam movies tu, right?”

 

Sebuah senyuman melankolik menggayuti bibir Luhan sebelum dia memandang kearah depannya. “Tidak, saya bukan.”

 

“Sekarang saya betul-betul keliru.”

 

“Tak perlu. Awak tak akan faham.”

 

Sehun mengeluh sementara matanya terus memerhatikan Luhan. Dia tidak mahu melibatkan dirinya sendiri dan mencampuri hal orang lain. Sehun memandang keluar jendela dan menyedari bahawa dia sudah hampir tiba di perhentiannya.

 

“Nampaknya saya perlu mengucapkan selamat tinggal, Luhan-sshi—”

 

“Joonmyun.”

 

“Huh?”

 

Luhan merenung tepat ke dalam mata Sehun yang keliru, “Saya menunggu Joonmyun.”

 

“Oh . . . Saya nampak . . .Well,” Sehun tergagap, “Semoga berjaya dengan penantian awak. Mungkin saya akan bertemu dengan awak di lain waktu.”

 

Dia melambai Luhan dengan canggung sebelum berjalan ke hadapan, tidak menyedari ekspresi wajah Luhan yang kelihatan kecewa.

 

 

 


Chapter yang terlalu panjang akan saya bahagika kepada dua bahagian. So, this is the first part of the first chapter. Second part akan di-post bila-bila saya free. Ugh, penggunaan bahasa melayu saya sangat awkward .___. Maafkan saya seandainya korang susah nak memahami maksud sebenar ayat-ayat dalam cerita ni. Sometimes, saya akan gunakan English juga sebab kalau diterjermahkan dalam bahasa melayu, perkataan tu akan jadi sangat pelik. Translate ni memang bukan kerja mudah -_-. Anyway, terima kasih kepada yang sudi subscribe, comment and upvote! Sila komen seandainya ingin berkongsi pendapat mahupun idea. Thank you~

-BlueHeartStarlight

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
catdust #1
Chapter 1: this version is not directly translated kan from the original one?
Yifan_xoxo #2
Chapter 6: Update soon
xaoieu
#3
Chapter 6: Yup, your BM is the best. Serious berair mata baca chapter ni.
seungrin123 #4
Chapter 5: Wuyooh BM! Naik pening aku baca..pa pe pun..nice fic
Haruyamaahara #5
Chapter 3: best!!Update soon!!
seungrin123 #6
Chapter 2: Sya dah baca english ver..da tau ending dia cam ne..btw,nice trans :).
bm awak memng baku sekali..hahha
chanyeorin61 #7
Chapter 3: Best!!
Banyak persoalan yg bermain diminda sy...
Btol2 menarik perhatian..
Good job. ..^^
fatin321 #8
Besarkan tulisan plizz,Btw i like this story.