Believe Me (Not) (Part II)

520 [Malay Version]

 

 

“ B E L I E V E   M E  (N O T)”

[Part II]

- 1 122 patah perkataan

 

 

“Sehun-ah . . . Kalau . . . Kalau dia betul-betul dah mati . . . Luhan tak akan dapat bertemu dia lagi, tak kira lah apa pun yang berlaku. Kita . . . Kita tak akan mungkin dapat melihat seseorang yang tak lagi hidup.”

 

Sehun menggelengkan kepalanya sambil menarik Jongin lebih dekat supaya dia dapat menenggelamkan kepalanya pada dada Jongin. “Kau tak faham . . .”

 

Jongin menyentuh rambut Sehun dengan lembut, cuba untuk menenangkan rakannya. “Sehun, itulah kebenarannya. Luhan tak mungkin berjumpa Joonmyun lagi, seandainya dia dah mati.”

 

“Tak . . . Tak, kau tak faham . . .” Sehun menggenggam kedua belah tangannya. “Ini bukannya soal mungkin atau tidak. Ini tentang hal yang berbeza. Ianya . . . ianya tentang aku musnahkan harapan dia . . . Dia dah menunggu cukup lama, Jongin-ah, dan aku . . . aku dah melakukan sesuatu yang sangat teruk . . . Dia fikir dia telah kehilangan satu-satunya peluang, sedangkan . . . sedangkan peluang itu tak pernah terjadi pun. Ianya bukan mengenai saat itu wujud atau tidak . . . Ianya . . . Ianya mengenai dia yang berfikir dia telah kehilangan peluangnya untuk berjumpa Joonmyun.

 

Sehun menggigit bibirnya dengan kuat, tetapi air matanya terus mengalir keluar. Itu adalah kesalahan dia . . .

 

“Sehun-ah . . . itu bukan salah kau . . .” Jongin memujuk Sehun.

 

“Tentunya silap aku . . . Jongin . . . Sudah tentu . . .”

 

Sehun ialah penyebab mengapa Luhan menangis di dalam bas. Dia adalah penyebab kepada semua kesakitan yang terlukis di wajahnya. Sehun adalah penyebab kepada semuanya.

 

“Ianya bukan salah sesiapa, Sehun . . . Atau sebaliknya, mungkin kau melihat ianya kesilapan semua orang, kesalahan semuanya . . . Salah kau kerana telah menghancurkan kepercayaan dia . . . Salah Joonmyun kerana telah meninggalkan Luhan dengan begitu banyak harapan . . . Takdir . . . Kerana ia telah mengambil hidup Joonmyun.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

Jongin menawarkan untuk menghantar dia pulang ke rumah, tetapi Sehun telah menolak pelawaan tersebut. Sebaik sahaja melepaskan emosinya yang menggelegak, dia telah menjadi sedikit tenang. Dia dengan berani hendak berdepan dengan bus boy, jika takdir membenarkan. Sama ada lelaki itu akan membenci dirinya atau tidak, dia tidak mahu peduli tentang itu. Jika meluahkan apa yang sudah dilakukannya mampu untuk mengembalikan harapan Luhan semula, Sehun bersedia untuk memberitahu kebenarannya.

 

Walau bagaimanapun, cakap lebih mudah daripada buat. Di saat awak menapak masuk ke dalam bas, awak Nampak beberapa orang penumpang . . .

 

Dan bus boy yang kelihatan betul-betul berserabut.

 

Dengan berhati-hati, Sehun berjalan ke arah belakang, takut sekiranya Luhan akan tiba-tiba memandang ke dalam matanya, dan melihat menembusi dirinya. Tetapi dia tidak, yang mana Sehun amat sangat bersyukur. Kali ini, dia turut mengambil tempat duduk belakang yang paling kiri, walaupun ada beberapa seats yang masih kosong. Dia tahu dia akan menyesali perbuatannya, tapi dia tetap mahu duduk di situ.

 

Sepi. Cuma itu sahaja yang menemani mereka berdua. Sepi. Sehun betul-betul hendak memecahkan kesunyian itu, tapi dia tidak boleh. Dia tidak tahu bagaimana hendak berbuat demikian. Mulutnya umpama terbungkam, menghalang dia daripada bersuara.

 

“Sehun-sshi . . .”

 

Kali ini, Sehun tidak menghentikan dirinya daripada melihat ke arah bus boy. Tidak, kali ini dia langsung tidak mencuba. Lagipun tiada gunanya untuk bertindak sedemikian.

 

“Y-Ya?”

 

Suaranya kedengaran begitu perlahan, begitu takut, sehingga Sehun percaya yang Luhan berfikir dia takut akan dirinya, di mana realitinya, hal itu bukanlah isunya.

 

“Adakah saya bodoh?”

 

Kedua mata Luhan merah, rautnya dinodai jejak air mata yang sudah kering, dan ekspresi wajahnya kosong tanpa emosi. Pemandangan itu menyakitkan hati Sehun.

 

“Tidak, awak tak.”

 

“Betul ke?” Luhan tersenyum sedih, kemudian memandang melepasi Sehun ke arah luar jendela, “Sebab saya percaya yang saya ni bodoh . . . Saya di sini . . . Menanti . . . Saya tak tahu pun selama mana saya telah menunggu, selama mana saya menunggu sesuatu. Sesuatu . . . Yang sudah berlalu . . .”

 

Sehun hendak menangis. Dia mahu menangis sangat-sangat, tapi dia tahu dia tidak boleh. Dia tiada hak untuk menangis di hadapan Luhan. Dia benar-benar tiada hak. Jadi, dia buat semua yang mampu dilakukannya untuk menghentikan air matanya daripada menitis.

 

“Awak cuma menantikan sesuatu yang awak percaya akan hadir.”

 

“Ya, sesuatu yang saya percaya akan tiba.” Jari-jemarinya menyentuh lembut ayat kecil yang Sehun tulis. “Tapi ianya datang pada waktu yang salah . . .”

 

“Awak . . . Awak akan mendapat kesempatan lain.”

 

Sehun mencuba, tetapi Luhan menggelengkan kepalanya. “Saya tak akan.”

 

“Just . . . Just percayakan saya,” Sehun berkata, atau lebih tepatnya; merayu.

 

“Sehun-sshi . . . Awak tak faham . . . Tak mungkin ada –”

 

“Tak, awak tak faham,” Sehun mencelah. “Awak tak faham sebab . . . Saya . . .”

 

Kata-kata itu tak mampu terluahkan olehnya. Ianya cuma tak boleh. Ianya tak mampu terlepas keluar dari bibirnya. Sehun benar-benar mencuba, tetapi mungkin dia terlalu penakut, kerana di akhirnya nanti, dia tidak boleh mengatakan segala-galanya. Dia betul-betul tidak mampu. Sebaliknya, dia mengatakan sesuatu yang lain. Sesuatu yang amat berbeza. Sesuatu yang sudah tentunya akan dia sesali nanti.

 

Percayakan saya.”

 

Luhan menguncikan pandangannya dengan Sehun, dan ianya hanya bertahan dalam masa beberapa saat sebelum Sehun mengalihkan penglihatannya. Sesuatu telah berubah dalam mata Luhan, Sehun nampak. Sesuatu . . . Dan Sehun tidak mahu tahu apa.

 

“Akankah . . . Akankah saya mendapatkan kesempatan lain?”

 

“Awak akan.”

 

Luhan mengambil nafas yang panjang, matanya perlahan-lahan terpejam semasa berbuat demikian. Dari dalam, Sehun tersenyum, mengejek dirinya sendiri atas kemampuan mengatakan kata-kata yang tidak masuk akal. Sehun sudah pastinya bukan seseorang yang membicarakan soal janji dan kepercayaan, bukan di hadapan bus boy.

 

Walau bagaimanapun, kelihatannya Luhan berfikiran sebaliknya.

 

“Baiklah, saya percayakan awak.”

 

Sehun memerhatikan Luhan dengan mata yang tertegun, jelas-jelas terkejut dengan jawapan yang diberikan bus boy. Ia sepatutnya membuatkan dia berasa gembira, suka. Tetapi tidak. Luhan percayakan dia, di mana dia tidak selayaknya dipercayai.

 

“Awak . . .”

 

“Saya percayakan awak ,” dia mengukirkan sebuah senyuman kecil kemudian berujar, “Memandandkan awak cakap saya akan dapat peluang kedua, saya percayakan awak.”

 

“Awak . . . Awak betul-betul percayakan kata-kata saya?” Sehun bertanya, terkejut.

 

“Kenyataan di mana awak fikir saya tidak membazirkan masa saya menanti,” Luhan tertawa kecil, “Awak tak fikir yang saya berkelakuan gila, itu sudah cukup untuk saya percayakan awak. “Hanya kenyataan yang awak katakan saya tak patut berputus asa, ianya sudah mencukupi.”

 

Ianya menyakitkan. Amat. Mempunyai seseorang yang percaya dengan awak, membina keyakinan terhadap awak . . . Apabila awak tiada hak untuk memberikan orang ini dorongan sebegitu . . . Ianya memedihkan.

 

Tetapi jika Sehun diberikan pilihan, dia lebih rela menipu untuk selama-lamanya, membiarkan Luhan membina semula harapannya, daripada memberitahunya kebenaran yang menyakitkan. Dia telah pun melakukan kesalahan.

                                                     

Ini adalah cara dia membayar segala-galanya.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
catdust #1
Chapter 1: this version is not directly translated kan from the original one?
Yifan_xoxo #2
Chapter 6: Update soon
xaoieu
#3
Chapter 6: Yup, your BM is the best. Serious berair mata baca chapter ni.
seungrin123 #4
Chapter 5: Wuyooh BM! Naik pening aku baca..pa pe pun..nice fic
Haruyamaahara #5
Chapter 3: best!!Update soon!!
seungrin123 #6
Chapter 2: Sya dah baca english ver..da tau ending dia cam ne..btw,nice trans :).
bm awak memng baku sekali..hahha
chanyeorin61 #7
Chapter 3: Best!!
Banyak persoalan yg bermain diminda sy...
Btol2 menarik perhatian..
Good job. ..^^
fatin321 #8
Besarkan tulisan plizz,Btw i like this story.