The Clues (Part I)

520 [Malay Version]

 

 

“ T H E   C L U E S ”

[Part I]

- 1544 patah perkataan

 

 

Selepas kejadian itu, Sehun tidak lagi menaiki bas tersebut selama seminggu penuh. Apabila masa Jongin mengajaknya untuk datang ke rumahnya, dia akan sentiasa memberi alasan supaya dia tidak perlu mengambil bas itu. Punca mengapa dia mengelak hanyalah kerana dia tidak mahu bertemu dengan Luhan lagi. Dia tidak suka melihat kepedihan pada raut wajah itu. Ianya membuatkan Sehun tidak selesa; ianya menusuk sesuatu yang tidak menyenangkan ke dalam dirinya. Adakah ianya simpati? Ianya hampir kepada kasihan, dia percaya.

 

Walau bagaimanapun, Sehun tahu yang dia tidak mampu terus mengelak daripada lelaki itu selama-lamanya. Ianya akan menjadi mustahil jika dia mampu berbuat demikian, dia tahu itu. Jongin telah memberitahunya bahawa perbualan-perbualan dengan Luhan tidak pernah berakhir lebih lama dari tempoh tiga saat, tidak seperti perbicaraan mereka yang lepas. Rakan baiknya itu telah mengatakan bahawa sebabnya adalah Sehun, dan Sehun betul-betul menyesali kata-katanya terhadap lelaki itu. Dia tidak berniat untuk melukakan perasaannya, seorang lelaki yang masih belum dia kenali sepenuhnya.

 

Ianya membawa dia ke stesen bas, di mana dia sedang menunggu ketibaan bas dengan penuh kebimbangan. Sebetulnya, Sehun sendiri tidak pasti sama ada tindakannya ini merupakan tindakan yang betul. Sebanyak mana dia mampu melibatkan dirinya dalam kehidupan seorang orang asing? Tetapi untuk melabelkan Luhan hanya sebagai seorang ‘stranger’ tidak lagi bertepatan dengan keadaan kini.

 

Dia mengambil nafas dalam-dalam semasa dia melihat sebuah bas menghampiri stesen tersebut, menenangkan mental dan rohaninya bagi menghadapi apa yang akan terjadi berikutnya. Apabila pintu itu terbuka, dia melangkah masuk ke dalam bas perlahan-lahan dan setelah mengimbas kad miliknya, matanya segera bertindak memerhatikan seisi bas. Sepasang matanya berkelip apabila pandangannya diterpa oleh keadaan bas yang hampir kosong. Hampir kosong . . .

 

Dan tiada Luhan.

 

Ini adalah merupakan kali pertama dia tidak melihat Luhan di dalam bas tersebut, dan ianya mengerikan Sehun.

 

Pun begitu, mungkin ianya cuma sebuah fakta yang terlucut dari mindanya sepanjang masa ini mengenai Luhan. Sesuatu yang telah dia abaikan, tetapi tidak gagal untuk menyedarkannya semula. Luhan . . . walau bagaimanapun . . .

 

Masih seorang manusia juga.

 

Lelaki itu juga mempunyai kehidupan yang perlu dia lalui, dan meskipun ianya kedengaran mustahil, Sehun sedar bahawa Luhan juga merupakan seorang manusia yang memiliki kehidupannya sendiri. Tetapi dia mempunyai alasan yang munasabah, Sehun percaya. Dalam tempoh dua bulan yang lepas dan lagi, perjalanannya sentiasa bersama lelaki itu. Oleh sebab itu, dia sudah pun menjangkakan kehadirannya di situ, dan kali ini, apabila bayangnya tidak kelihatan, mengejutkan Sehun.

 

Dia menggeletar ketika dia berjalan ke arah tempat duduk di belakang, tempat yang sentiasa diduduki oleh Luhan, ragu sama ada mahu pergi ke sana atau tidak. Walaupun begitu, sebelum dia menyedarinya, dia telah pun berdiri di hadapan tempat duduk berkenaan.

 

“Tempat duduk itu telah diambil.”

 

Dia membuat sesuatu yang pasti akan dia kesali. Meskipun satu suara di belakang mindanya menjerit menyuruhnya untuk berhenti menjadi seorang yang terlampau ingin tahu, Sehun tidak mampu menangkisnya. Dia tidak dapat membantu dirinya sendiri daripada terlibat dalam sesuatu yang tidak sepatutnya.

 

“Saya menantikan Joonmyun.”

 

Dia mengambil nafas yang panjang sebelum mengambil tempat di seat yang bersebelahan dengan kerusi berhantu itu – tempat duduk Luhan.  Mungkin dia cuma paranoid, berfikirkan yang sesuatu akan terjadi kepadanya pada saat dia duduk di tempat itu. Dia sudah membayangkan kabus hitam untuk mengelilinginya, makhluk supernatural untuk keluar, sehinggakan kegelapan bersuara untuk menyambutnya. Sejujurnya, dia sudah mempersiapkan dirinya bagi berhadapan dengan mimpi paling buruk bagi kanak-kanak untuk menjadi kenyataan. Ianya tersangatlah bodoh, tetapi dia tidak dapat menghentikan dirinya sendiri daripada berfikiran seperti itu.

 

Tanpa sedar matanya melirik ke luar, merenung pemandangan yang telah berkali-kali dilihatnya. Jadi begini caranya dia meluangkan masanya, Sehun berfikir kemudian memutarkan tubuhnya untuk melihat bas dari tempat duduknya. Tiada apa-apa yang betul-betul istimewa, tiada apa-apa yang memberikan dia sedikit pun petunjuk apa yang membuatkan Luhan duduk di situ sepanjang masa ini. Walau bagaimanapun, dia masih tidak mahu berputus asa mengenai keraguannya bahawa mesti ada sesuatu yang tidak kena. Bus boy . . . Mesti ada sebab. Sebab yang boleh dia jumpa.  

 

Tapi tiada apa-apa, tiada petunjuk, tiada gambaran, tiada apa-apa yang mampu membekalkannya dengan bukti yang dia perlukan untuk hipotesis yang telah dia cipta dalam mindanya. Nothing.

 

Sehinggalah matanya mendarat pada tulisan kecil yang tertulis pada belakang tempat duduk di hadapannya. Macam mana dia boleh tidak menyedarinya sebelum ini, adalah diluar batasannya, memandang tempat itu dipenuhi dengan ayat-ayat pendek dan lukisan-lukisan. Sehun membaca ayat tersebut satu per satu, sehinggalah dia berhenti pada satu ayat kecil yang menarik sepenuh perhatiannya.

 

Tunggu saya

- J

 

Kedua belah keningnya bertaut dalam kebingungan, cuba untuk memikirkan apa yang ianya cuba sampaikan. Ianya sudah cukup melepasi sebagai sebuah mesej cinta ringkas bagi sesetengah golongan muda yang mahu mencairkan hati perempuan, tetapi Sehun didatangi sebuah perasaan yang ianya bukanlah sedemikian.

 

“Luhan-sshi, perhentian yang mana destinasi awak?”

 

“Saya tak tahu. Saya hanya menunggu.”

 

Sehun dapat mengenal pasti yang ianya ditulis dengan kasar dan cara yang cepat, seolah-olah orang tersebut sedang tergesa-gesa. Ianya bukan seperti mesej-mesej lain yang dipenuhi dengan kemanisan dan imej hati kecil. Yang satu itu berbeza . . . Dan huruf ‘J’ tidak membantu pemikiran detektifnya juga.

 

Pada dasarnya, ayat itu sesuai dengan sempurna dengan apa yang Luhan pernah beritahunya. Semuanya masuk akal begini. Atau sebenarnya, ia tidak. Mengapa seseorang mahu menantikan seseorang dalam tempoh masa begitu lama, hanya kerana ayat kecil ini, adalah terlalu mengarut untuk diterima. Tetapi . . .

 

Kita sedang bercakap tentang bus boy.

 

Jari-jemarinya menari di atas perkataan-perkataan tersebut, sebelum dia menutup matanya. Terlalu banyak hal yang memenuhi fikirannya, dan tiada satu pun yang masuk akal.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

“Sehun-ah!”

 

Jongin berteriak apabila Sehun sekali lagi gagal menjawab pertanyaannya. Dia bersungguh-sungguh menceritakan tentang sesuatu yang dia hadapi hari ini, dan Sehun tidak memberikan perhatian kepadanya, sedikit pun.

 

“A-Apa?” Sehun tergagap sambil matanya berkerdipan kerana terkejut.

 

“Kau tak dengarkan aku, kan?”

 

“Tak juga.” Sehun berkata jujur, memasang ekspresi wajah yang polos ketika dia bercakap.

 

“You little . . .” Jongin memerhatikannya dengan tatapan gelap sebelum dia meletus, “Macam mana kau boleh tak dengar bila aku cakap pasal sesuatu yang betul-betul penting?!”

 

Sehun menjegilkan matanya atas kelakuan Jongin yang berlebih-lebihan dan tidak matang sebelum meminum seteguk air jusnya.

 

“Aku tak yakin ianya sesuatu yang penting.”

 

Sejujurnya, minda Sehun berada di tempat lain. Ianya dipenuhi oleh pelbagai jenis idea, semua kategori teori tentang sebab yang berkemungkinan menjadi alasan kepada Luhan untuk terus berada di dalam bas itu. Dia tidak mampu menghentikannya walaupun dia mahu. Lagipun, dia tidak pernah ingin menghentikan perjalanan otaknya. Ianya terlalu menarik untuk dihentikan.

 

“Kau tahu, suatu hari nanti bila aku jumpa seorang kawan baru dan buang kau macam sampah, jangan menangis dan merayu pada aku untuk ambil kau semula kerana aku tak akan.”

 

Sehun mengangkat wajahnya untuk berlaga pandangan dengan sepasang mata yang marah, tetapi masih, Sehun tetap tidak menganggap serius kata-kata itu. Dia tidak pernah menganggap serius kawannya ini, dan dia tidak yakin dia akan boleh berbuat demikian. Semasa lelaki itu tidak menari, dia tidak mungkin dapat dianggap serius.

 

“Beritahu aku bila kau jumpa seseorang yang sanggup menderita sebab kau. Aku akan sangat gembira untuk memberikan dia posisi aku.”

 

“Yah! Oh Sehun! Kau –“

 

“Jongin-ah,” Sehun memotongnya, suaranya berubah amat serius. “Kau ada nampak bus boy hari ni?”

 

Bus b – Oh, Luhan.” Jongin berkelip beberapa kali. “Sekarang bila kau cakap pasal tu . . . Aku tak nampak dia hari ni.”

 

Tiba-tiba dia menjadi begitu alert. Saksi mata pertama telah memastikan ketiadaan Luhan, Sehun membuat catatan dalam ingatannya sebelum bertanya lebih lanjut.

 

“Kau ada Nampak dia semalam?”

 

“Aku kat rumah kau sepanjang hari semalam, bengap.”

 

Tak guna, mulut dia tajam. Dan itu membawa Sehun kembali kepada di mana dia berada sebelumnya: Luhan tiada di dalam bas hari ini dan tiada sesiapa yang tahu selama mana.

 

“Bukan ke kau sepatutnya happy yang kau tak perlu berada dalam bas yang sama dengan dia?” Jongin berkata sambil merenung Sehun.

 

“Mungkin aku patut, tapi ianya terlalu mencurigakan.”

 

“Excuse me?” Mata kawannya itu sedikit melebar. “Kau cakap mencurigakan? Apa, kau fikir dia kena culik ke apa?”

 

“Aku tak menetapkan sebarang kemungkinan.”

 

“Urgh,” Jongin mendesah, “tak ke kau rasa yang kau membesar-besarkan benda yang tak ada apa-apa?”

 

Perlahan-lahan, Sehun menjatuhkan pandangannya. Sebenarnya, dia sendiri tidak pasti mengapa dia bertindak begini. Ia tidak sepatutnya menjadi perkara yang penting kepada bagi dia, tetapi manusia dilemahkan dengan perasaan ingin tahu yang semula jadi. Dia hendak tahu. Semenjak Luhan muncul, seluruh ketenangan dalam hidupnya telah direnggut. Mungkin dia orang luar, tetapi dia mahukan jawapan. Dia hendak tahu sebab-sebabnya.

 

“Aku cuma nak tahu, Jongin.”

 

“Sehun, aku tak rasa yang dia akan menghargai perasan ingin tahu kau tu.”

 

“Saya menunggu Joonmyun.”

 

Sehun menggelengkan kepalanya sedikit, sebuah senyuman kecil menggayuti bibirnya.

 

“Aku tak rasa.”

 

Meskipun Sehun terlihat seperti sedang bergurau, jauh di lubuk hatinya, dia betul-betul serius mengenai perkara ini. Jauh di dalam hatinya, ada suatu perasaan yang menggesa . . . menggesanya untuk mencari tahu.

 

“Ah,” Sehun berkata apabila dia teringat akan sesuatu. “Kau ada kenal tak orang yang bernama Joonmyun? Dia . . . Dia sepatutnya sering berada di dalam bas yang sama.”

 

Sehun tahu dia boleh sentiasa mencuba. Mungkin ada peluang bahawa Jongin tahu siapa yang dia perkatakan, dan Sehun akan mengambil satu langkah besar ke hadapan. Dia pasti orang itu adalah kunci kepada kebanyakan persoalan yang timbul, jika tidak kesemuanya.

 

“Joonmyun? Maksud kau Kim Joonmyun?”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
catdust #1
Chapter 1: this version is not directly translated kan from the original one?
Yifan_xoxo #2
Chapter 6: Update soon
xaoieu
#3
Chapter 6: Yup, your BM is the best. Serious berair mata baca chapter ni.
seungrin123 #4
Chapter 5: Wuyooh BM! Naik pening aku baca..pa pe pun..nice fic
Haruyamaahara #5
Chapter 3: best!!Update soon!!
seungrin123 #6
Chapter 2: Sya dah baca english ver..da tau ending dia cam ne..btw,nice trans :).
bm awak memng baku sekali..hahha
chanyeorin61 #7
Chapter 3: Best!!
Banyak persoalan yg bermain diminda sy...
Btol2 menarik perhatian..
Good job. ..^^
fatin321 #8
Besarkan tulisan plizz,Btw i like this story.