The Clues (Part II)

520 [Malay Version]

 

 

“ T H E   C L U E S ”

[Part II]

- 788 patah perkataan

 

 

“Erm, aku tak tau last name dia apa, tapi ianya mungkin.”

 

Jongin meletakkan jarinya pada bibir dan memikirkan mengenainya dengan lebih teliti sebelum memberikan Sehun sebuah anggukan.

 

“Kalau kau sedang mencari seorang Joonmyun, then aku rasa kau tengah mencari Kim Joonmyun. Dia menetap di kawasan kejiranan ni sebenarnya.”

 

Sehun dapat rasakan ledakan kegembiraan dalam dirinya semasa mendengarkannya. Dia akui yang kadang-kala Jongin agak berguna.

 

“Walaupun aku dah tak nampak dia mengambil bas yang sama berbulan-bulan lamanya.” Jongin memberikan Sehun sebuah pandangan yang keliru. “Macam mana kau tau nama dia?”

 

Bus boy beritahu aku. Dia cakap dia sedang menantikan Joonmyun.”

 

Sebuah garis kejutan melintasi mata Jongin. “Dia apa?”

 

“Dia beritahu yang dia sedang tunggu Joonmyun.”

 

“Dan kau nak cari dia sendiri?”

 

Jongin bertanya dengan kening yang berkerut. Dia mengeluh apabila melihat anggukan pasti yang Sehun berikan.

 

“Kalau macam tu, marilah.”

 

“Eh?” Sehun tidak mempercayai apa yang dia dengari. “Kau . . . Kau nak tolong aku?”

 

“Boleh jadi yang dia tu berbahaya, kau tahu. Dan kau tu bukannya mampu untuk mempertahankan diri sendiri.”

 

Mata Sehun menjegil. “Kau dah salah perkiraan terhadap aku.”

 

Jongin tertawa. “Aku dah lama beranggapan macam tu, tapi kau tak pernah nak buktikan yang aku salah.”

 

“Dah lah . . . Jom pergi je!” Sehun menjerit marah.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

“Kau pasti ke ni rumah dia, bukan rumah pembunuh bersiri?”

 

Sehun menyoal ketika mereka berdiri di hadapan sebuah rumah yang Jongin percaya miliknya. Seperti biasa, Sehun tidak begitu yakin dengan rakannya, dan ini mengakibatkan dia menerima sebuah lagi tumbukan  pada bahagian perut.

 

“Tengoklah pada nama tu, si bengap.”

 

Jongin berkata sambil menunjukkan pada nama yang tertera pada plate kecil yang melekat pada dinding di sebelah pintu utama.

 

Kim Joonmyun

 

“Kalau macam tu, kau je lah yang tekan loceng tu, budak bijak.”

 

“Apa? Tak, kau yang tekan.”

 

“Kau yang tekan.” Sehun melawan.

 

“Aish, baby, kau yang nak tahu sangat, jadi kau lah yang tekan!”

 

Jongin berteriak sebelum menolak Sehun kuat-kuat ke hadapan pintu rumah. Perasaan cuak membesar dengan cepat dalam dirinya semasa dia berfikir semula tentang rancangannya. Apa yang akan dia katakan apabila Joonmyun membuka pintu? Apa yang akan dia lakukan? Dia tidak merancang sejauh ini memandangkan dia tidak pernah menjangkakan ianya akan berlaku secepat ini. Dia memandang Jongin buat kali terakhir sebelum mengambil nafas yang dalam dan tekan butang loceng tersebut.

 

Kegusaran memenuhi benaknya sementara dia menunggu bunyi tapak kaki untuk membuka pintu itu, supaya lelaki bernama Joonmyun ini membuka pintu. Dia menanti. Tunggu.

 

Namun tiada apa-apa yang terjadi.

 

Sehun menekan butang itu lagi, sebuah perasaan tidak selesa menguasai dirinya.

 

“Tiada sesiapa di rumah.”

 

“Mungkin dia keluar.” Jongin berkata ketika dia mengintai ke dalam rumah tetapi langsir yang terpasang menghalang penglihatan daripada melihat apa-apa.

 

“Kau rasa macam tu?”

 

Sehun berasa tidak senang. Kemungkinan bahawa orang ini berada di luar sekarang bukannya sesuatu yang mengganggunya. Tidak, semestinya tidak. Ianya sesuatu yang lain. Matanya melirik ke arah plate besi kecil yang terletak di atas plate nama berkenaan.

 

Nombor rumah ini . . .

 

Ialah 520.

 

 

*  *  *  *  *

 

 

Sehun berjalan ke arah tempat duduk di belakang bas dengan perasaan ragu-ragu. Dia telah mengucapkan selamat tinggal kepada Jongin setelah mereka melawat rumah itu memandangkan dia perlu sedikit waktu untuk berfikir. Banyak perkara sebenarnya. Sekali lagi dia mengambil tempat pada tempat kosong yang jarang dibiarkan tidak berpenghuni di bahagian kiri bas tersebut. Matanya terus melekat pada tulisan kecil di hadapannya.

 

520 . . .

 

Menanti . . .

 

Sehun melepaskan sebuah keluhan putus asa. Ini tidak membawa dirinya ke mana-mana. Dan dia tidak suka membawa dirinya terus hanyut dalam permasalahan ini lagi. Dia tidak mampu membuat apa-apa kesimpulan yang masuk akal berdasarkan maklumat-maklumat yang telah dia kumpulkan. Matanya yang lelah memerhatikan kata-kata yang dia percaya penting, huruf-huruf yang membawa sesuatu yang betul-betul bermakna.

 

“Walaupun aku dah tak nampak dia mengambil bas yang sama berbulan-bulan lamanya.”

 

“Menanti, ya. Penantian yang tiada penghujungnya.”

 

Sebuah idea tiba-tiba menerjah fikirannya. Ia semestinya akan mendorong kepada sesuatu tetapi dia tidak pasti sama ada dia mempunyai hak untuk melakukannya atau tidak. Bukannya dia masih belum melintasi garisan. Walau bagaimanapun, tetap, ini merupakan sesuatu yang boleh berakhir dengan bencana, dan dia tidak dapat memastikan yang semuanya akan berada di bawah kawalannya dengan melakukan ini.

 

Tetapi tangannya sudah pun meraba-raba ke dalam beg sekolahnya untuk mencari marker.

 

Sekali lagi dia ragu akan tindakannya, sebelum dia menolak mata marker tersebut pada permukaan belakang kerusi itu dengan kasar, menulis sebuah mesej kecil di bawah pesanan sebelumnya.

 

Saya di sini

 

Sehun memerhatikan perkataan-perkataan yang baru ditulisnya, dan dia tidak mampu mengelak daripada berasa tidak senang tentang apa-apa sahaja yang akan bertandang disebabkan perbuatannya tadi. Namun dia mahukan jawapan. Dan ini adalah satu-satunya jalan untuk mendapatkannya. 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
catdust #1
Chapter 1: this version is not directly translated kan from the original one?
Yifan_xoxo #2
Chapter 6: Update soon
xaoieu
#3
Chapter 6: Yup, your BM is the best. Serious berair mata baca chapter ni.
seungrin123 #4
Chapter 5: Wuyooh BM! Naik pening aku baca..pa pe pun..nice fic
Haruyamaahara #5
Chapter 3: best!!Update soon!!
seungrin123 #6
Chapter 2: Sya dah baca english ver..da tau ending dia cam ne..btw,nice trans :).
bm awak memng baku sekali..hahha
chanyeorin61 #7
Chapter 3: Best!!
Banyak persoalan yg bermain diminda sy...
Btol2 menarik perhatian..
Good job. ..^^
fatin321 #8
Besarkan tulisan plizz,Btw i like this story.