Ops !
Problem Butler' Baguslah , akhirnya kakak jumpa juga kebahagiaan dia . Lagi-lagi dapat jadi isteri anak orang bisnes besar pula tu ! Rumah besar macam istana , ada helikopter peribadi , kereta pun mewah-mewah . Ada ramai pelayan dan pembantu rumah , mesti best tapi .. semua tu berbeza dengan dunia aku . Aku tak layak untuk semua tu . ' bisik hati kecil Krystal .
' Omma dan appa meninggal tanpa sempat aku membalas jasa mereka , jadi kali ini .. aku .. akan melindungi rumah penting peninggalan omma dan appa ! '
Gaccha ! Kuat bunyi pintu yang dibuka Krystal . Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Krystal memandang lama suasana sunyi di dalam rumah . Dia masih ingat lagi gurau senda omma dan appanya , pelbagai memori yang manis bagai ditayang-tayang di hadapan mata Krystal . Apabila dia tersedar dari lamunannya , dia menundukkan badannya untuk membuka ikatan pada tali kasutnya .
" Yosh ! Mulai hari ini aku akan tinggal seorang diri ! Aku mesti berusaha dengan gigih ! " ucap Krystal . Sekadar ingin menceriakan hatinya yang sunyi . Dia menjadi bersemangat semula . Dengan langkah yang bersemangat dia mula menapak tetapi tiba-tiba dia terasa seperti terlanggar sesuatu dikakinya . Lalu dipandang ke bawah .
" Gosh ! Apa ni ? Warna hitam dan berkilat ... Kat mana aku pernah nampak kasut lelaki macam ni ye ? Macam mana pula kasut ni boleh ada di sini ? " Krystal tertanya-tanya sendiri . Krystal tersentak apabila
Comments