What ?!
Problem Butler" Ughh ughh .. " bunyi seseorang mengaduh membuatkan Krystal terkejut . Terangkat bahunya dek terkejut . Lelaki yang telah dipukul Krystal tadi memusingkan badannya yang tertiarap . Mukanya berekerut-kerut menahan sakit mungkin .
' Alamak .. aku dah pukul dia ! ' jerit Krystal didalam hatinya . Lelaki yang telah dipukul itu cuba untuk berdiri .
Pap ! Krystal menepuk tangannya . " S.. sorry ! Sorry sangat-sangat ! " Krystal meminta maaf kepada lelaki yang entah apa namanya . Dia berasa sangat bersalah kerana telah memukul lelaki tersebut .
" Tak.. takpe , saya pun bersalah juga sebab tidak memperkenalkan diri saya kepada Cik Muda terlebih dahulu sebelum masuk tadi . Cik Muda tak perlu risaukan saya . " balas lelaki tersebut dengan senyumannya yang nampak sangat terpaksa . Krystal memandang kepala lelaki itu yang jelas membengkak dan membenjol .
' Dia kata aku tak salah .. ?! Biar betul mamat ni ? ' Krystal menghampiri peti aisnya . Ckakk ! Pintu peti ais dibuka . Dia mengeluarkan sebungkus ais dan diberikan kepada lelaki itu .
" Nah , ambil ni ! Tuam kepala tu dengan benda ni ! " arah Krystal . Dia menghulurkan bungkusan tersebut kepada lelaki itu .
" Ah .. terima kasih banyak-banyak . Baiknya hati cik muda Krystal ." puji lelaki itu sambil tangannya mengambil huluran Krystal . Dia memberikan senyuman yang manis buat Krystal . Membuatkan Krystal terpaku . Krystal tera
Comments