Latah ~
Problem Butler' Eaahh ! Malunya ! Time tu juga aku nak terjatuh . ' bisik hati kecil Krystal . Masih terbayang-bayang lagi kejadian yang baru sebentar tadi berlaku . Dia menekup mukanya kuat . Harapnya hilanglah rasa pelik yang tiba-tiba datang tadi . Krystal menggosok-gosok dadanya yang laju berdetak . ' Wahai , hati . Kenapa dengan kau harini ? '
Aku dah jatuh cinta ke ?
Tak !
Tak mungkin !
" Argh ! Shuh shuh ! " Krystal mengawang-awangkan tangannya seolah-olah menghalau lalat . Dia membuka paip air lalu dicuci mukanya . Selepas itu , perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air . Kriiuukk ! Dia mengintai ke arah luar . Kepalanya ditelengkan kekiri dan kekanan . Takde orang , fuh !
Krystal membuka pintu bilik air dengan lebih luas . Dia melangkah dan keluar dari bilik air . Dengan berhati-hati dia menutup kembali pintu bilik air itu .
" Cik Krystal buat apa lambat sangat tutup pintu bilik air tu ? " tegur satu suara .
" Opocot mak kau ! Awak kat mana .. awak awak kat mana ! " latah Krystal sambil menari-nari dengan pelbagai tarian akibat teguran dari Jungkook . Hahaha . Bergema bunyi ketawa Jungkook .
" Jungkook ! Terkejut saya ! " marah Krystal seusai tersedar kembali dari latahnya . Dia memandang Jungkook yang sedang ketawa terbahak-bahak yang sedang menekan perutnya itu . Kelakar sangat agaknya ?
" Hahaha .. Cik Krystal .. h
Comments