Finally
That Our LoveHana balik dengan sisa tangisannya yang masih bersisa. Leo terkejut melihat adiknya masuk ke rumah dengan mata yang sembap.
" waegurae hana? " Tanya Leo cemas .
" Oppa.." Hana terus meletakkan kepalanya ke bahu abangnya itu . Leo tahu pada masa ini dia hanya mampu membiarkan adiknya lepaskan apa yang ada dalam hatinya sebelum bertanya sesuatu . Setelah tangisan Hana mula reda , Leo mula bertanya sesuatu .
" siapa yang buat? " Muka Leo serious memandang wajah adiknya . Hatinya sakit apabila adik kesayangannya menangis . Hana hanya menggelengkan kepalanya sebelum menuju masuk ke biliknya . Leo hanya memandang sayu ke adiknya itu .
Keesokkan harinya , Hana tetap menggurungkan dirinya dalam bilik dengan alasan mahu bersendirian . Leo yang makin sakit hati mengambil keputusan untuk berjumpa dengan sehun sendiri .
Sehun , kita jumpa sekejap . Ada hal aku nak cakap dengan kau . Aku tunggu kau kat starbucks .
Sehun POV
Terkejut sehun apabila dapat mesej dari abang Hana. Pelbagai soalan yang terlintas dalam fikiran. Dia sakit ke ? Dia sedih lagi ke ? Kenapa abang dia nak jumpa aku ?
" Hana , kenapa susah sangat untuk awak lupakan saya ? Saya tak sanggup tengok awak macam ni ." bisik hati sehun .
" Hyung , saya keluar sekejap ye. Jangan risau. Saya tak pergi lama." Sehun meminta izin daripada leader comelnya itu . Suho hanya mengganggukkan kepalanya . Sampai di starbucks , Sehun melihat Leo yang sedang du
Comments