Basah

Still

                 Yoon berlari anak ke pondok bas. Dia memayungi dirinya menggunakan buku. Hujan gerimis turun pada petang itu. Sebaik sahaja tiba di pondok itu, dia berdiri di hadapan pelajar yang duduk di tempat yang disediakan. Hujan sekarang turun dengan lebat. Pelajar semakin ramai berteduh di pondok itu. Yoon memandang langit yang gelap. Gelap seperti hatinya sekarang. Yoon mula berasa bosan.

mundeuk ullineun jeonhwagil bodaga
nado mollae nunmuri heulleonaerigo
neoneun wae tto ireoke
neon amureochi anke
nae mameul tto heundeureonwa

sasireun neomu bogo sipeo
bogo sipeo nega
ne eokkae gidae ulgo sipeo
ulgo sipeo naega

                  Yoon berhenti menyanyi apabila hujan gerimis kembali.

chamaboryeo aesseo utjanha
ajikdo heundeulligo itjanha
jebal jalhae juji ma
deoneun naege jalhae juji ma

                  Dia memandang tepi untuk melihat siapakah yang menyambung nyanyiannya tadi. Eunji disebelahnya menyanyi tanpa menoleh kearahnya.

                  Eunji kemudian menoleh ke arah Yoon yang asyik memandangnya. Dia senyum tetapi Yoon masih memandangnya. Bunyi bas yang pergi menyedarkan Yoon. Yoon melarikan pandangannya. 'A-awak tahu lagu tu?" tanya Yoon tanpa memandang Eunji. Eunji masih lagi senyum lalu mengangguk. "Owh" Selepas itu, mereka mendiamkan diri dan melayan perasaan masing-masing.

                  Pelajar kolej yang bising di pondok langsung tidak menganggu mereka daripada mendiamkan diri. Hujan telahpun berhenti. Pelajar yang berada di pondok semakin berkurangan. Banyak bas yang bergilir-gilir mengambil pelajar. Yoon masih berdiri di tempat yang sama. Begitu juga dengan Eunji. 

                  "Unnie tunggu siapa?" Yoon menoleh. "Hyemi" "Owh".[SLOW MOTION] Kelihatan sebuah bas ingin pergi lalu melanggar lopak air yang besar. Lopak air tersebut kemudiannya terpercik terkena Yoon dan Eunji yang berdiri berhampiran dengan lopak itu. Pada masa yang sama, Suho berlari keluar dari pagar kolej segera pergi ke arah mereka berdua. "Eunjiiii!" Suho menarik Eunji lalu memeluknya agar dia tidak basah terkena percikan lopak itu. Manakala Yoon yang kaku hanya mampu menutup matanya dan malang sekali, dirinya basah lencun akibat percikan itu. Segalanya basah. Pakaiannya, buku dan beg. Suho dan Eunji masih dalam posisi yang sama. Belakang Suho basah akibat membelakangi lopak itu. Semua pelajar di pondok itu terkejut dengan kejadian tadi. Yoon menunduk. Dia malu. Sesetengah daripada mereka berbisik dengan rakan mereka. Yoon tidak tahan dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Telefonnya berdering. "Hello Hyemi. Awak dah sampai? Okay. Saya pergi" Yoon segera pergi meninggalkan pondok bas itu. Dia berjalan melintasi Suho dan Eunji dan juga pelajar yang lain. Tangannya mengenggam erat telefonnya.

                   Setelah Yoon merasakan dia telah jauh berjalan, dia berhenti. Dia melihat skrin telefonnya yang berdering lagi. Dia menutup jam loceng yang berdering kali kedua di dalam telefonnya. Yoon tersenyum. Kemudiannya, dia menangis. Dia teringat kembali kejadian tadi. Suho memeluk Eunji untuk mengelakkan terkena lopak manakala dirinya basah lencun. Yoon menggeletar kerana angin bertiup kuat. Habis pakaiannya basah teruk. Yoon meneruskan perjalanannya pulang ke rumah walaupun jaraknya masih jauh.

____________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Double chappie!

Sorry pendek ;_____________________________;

Harap enjoy dan komen sikit ^___________^ /insert heart emoji

-Authornim

                                                                

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
schawany
esok saya update! yay!

Comments

You must be logged in to comment
jongcrong
#1
Chapter 15: i'm very love it so far. Can't wait.<3 untuk authornim yg sgt talented
nurhannan02 #2
Chapter 14: Waalaikumussalam, saya setuju
_shuhidah
#3
Chapter 14: Saya setuju!!!
saranghae_xo #4
Chapter 14: Saya setuju!!!!! \(^_^)/
SyaHiirah #5
Chapter 13: such a great and sweet story... Thanks authornim for this lovely story
saranghae_xo #6
Chapter 13: Wahhhhhh! Suwitnyaaaa >_<
Btw, cerita ni mmg best! Harap authornim dpt buat sequel, kalau tak keberatan lah...
//tangkap duit Suho//
haninad
#7
Chapter 13: so cuteeee.. huwaaa.. hahah..
haninad
#8
Chapter 12: Woahhhhh.. Suho handsome lh...btw, keep update :)
_shuhidah
#9
Saya harap sangat orang itu adalah suho :)
saranghae_xo #10
Chapter 12: Entah-entah suho tu kot suami yoon? Tak pun sehun...
Keep update authornim! :D