Pengganti baru

Still

 Dua minggu selepas itu,

               Tepat pukul 11 pagi, Yoon berjalan menuju ke kelasnya yang terletak di auditorium. Dia berjalan berseorangan. Kelihatan pelajar lain sedang berbisik sesuatu dengan rakan sebelahnya yang membuatkan Yoon tidak senang. 'Kenapa pulak dengan diorang ni? Takkan pasal hal tu lagi kot. Dah lama la wei' bisik hatinya. Dia terlihat kelibat yang dikenalinya, Kim Suho. 'Ingat dah tak reti masuk kolej'  Yoon mencebik. Mereka terserempak ketika ingin masuk ke dalam auditorium. Suasana menjadi janggal apabila mereka hampir berlanggar dan nasib Yoon amat baik apabila dia menyedari hal itu. Dia membiarkan Suho masuk dahulu. Kehadiran mereka menjadi bahan bualan pelajar-pelajar di dalam auditorium itu. Sekali lagi, Yoon mengeluh.

               Sebaik sahaja Professor Jung keluar daripada auditorium itu, Suho bergegas keluar seperti ada hal penting. Yoon yang sedang mengemas mejanya itu hanya mamandangnya sekilas. Dia menunggu kehadiran Sehun dihadapan pintu auditorium itu untuk rehat bersama-sama. Kini, satu kolej digemparkan lagi dengan berita Yoon yang kini masih belum diketahui statusnya dengan Oh Sehun, yang dulunya pernah menaruh perasaan terhadapnya. Yoon hanya memekakkan telingannya dan malas ingin menjelaskan hal itu. 

               "Hey!" Sehun menepuk bahu Yoon dengan lembut. Yoon hanya tersenyum. "Jom" Sehun hanya mengikuti Yoon dari belakang. Mereka menuju ke kafeteria untuk mengisi perut. "Hey Yoon, tengok tu." Sehun mencuitnya setelah mereka selesai membayar makanan. Yoon memandang kearah Sehun dan Sehun hanya memuncungkan bibirnya ke hadapan sebagai isyarat untuk menyuruh Yoon memandang hadapan. Kelihatan Suho dan seorang gadis makan bersama-sama sambil ketawa mesra di tepi kafeteria. Ini menjadi bualan ramai dan orang disekililing Yoon berbisik sambil memandang kearahnya. Yoon dengan poker facenya hanya membiarkannya. "Dahlah jom" Yoon memegang tangan Sehun dan mencari tempat duduk.

               "Awak tak..cemburu?" soal Sehun. Yoon menggeleng dan terus menikmati makanannya. "Langsung?" soal Sehun meminta kepastian. "Perlu ke?" Yoon menjeling kepadanya. Sehun tahu maksud jelingan itu terus berhenti menyoal. Yoon memandang kearah Suho dan Eunji. 'Macam mana mereka boleh rapat?' Hati Yoon tertanya-tanya. 'Perlu ke aku tahu?' Sehun perasan Yoon memandang Suho dan Eunji. 'Saya tahu awak cemburu dan masih mencintai Suho'

                                                                                                   

                 "Bye Sehun!" Yoon melambai tangannya. Sehun hanya tersenyum dan pergi. Yoon memasuki perpustakaan untuk meminjam buku rujukan. Dia pergi ke tempat kegemarannya seperti biasa. Ketika dia memilih buku, dia terlihat Suho dicelah buku-buku di rak itu. Dan sekali lagi dia bersama dengan Eunji. Mereka kelihatan gembira. Ya. bagi tanggapan Yoon. Yoon hanya tersenyum melihat wajah Suho yang serious mengajar Eunji sama seperti mereka dahulu. Suho selalu menunjuk ajarnya tentang mata pelajaran yang susah. Eunji pula tekun melihat apa yang diajari Suho. Kadang-kadang mereka ketawa kecil, senyum sesama sendiri. Yoon sendiri tidak tahu perasaannya sekarang. Cemburu? Gembira? Geram? Namun apakah boleh dilakukan, Suho bukan lagi miliknya. Jadi, dia harus melupakan Suho dan membiarkan Suho bersama dengan perempuan lain. Apa yang diharapakan olehnya, lelaki yang bakal dikahwininya itu baik seperti Suho.

                 Tanpa disedari Yoon, air matanya mula terbit dari matanya.

 

                Yoon berjalan keluar dari kolejnya. Dia menaiki bas awam untuk pulang ke rumahnya. Semasa dia berjalan, dia mendengar suara yang dikenalinya, Suho...sekali lagi. 

                "Bye Eunji, jalan baik-baik! See you soon" Suho melambai tangannya kepada Eunji. "Bye oppa! Take care" Eunji pun melambai dan kereta Suho memecut keluar dari perkarangan kolej. Yoon yang melihat kejadian itu hanya memandang dengan pandangan kosong. Dia berjalan dengan lemah sekali seperti hilang semangat. Tanpa dia sedari, Suho memandu keretanya bersebelahan dengannya hanya memandangnya sekilas sebelum memecut laju.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
schawany
esok saya update! yay!

Comments

You must be logged in to comment
jongcrong
#1
Chapter 15: i'm very love it so far. Can't wait.<3 untuk authornim yg sgt talented
nurhannan02 #2
Chapter 14: Waalaikumussalam, saya setuju
_shuhidah
#3
Chapter 14: Saya setuju!!!
saranghae_xo #4
Chapter 14: Saya setuju!!!!! \(^_^)/
SyaHiirah #5
Chapter 13: such a great and sweet story... Thanks authornim for this lovely story
saranghae_xo #6
Chapter 13: Wahhhhhh! Suwitnyaaaa >_<
Btw, cerita ni mmg best! Harap authornim dpt buat sequel, kalau tak keberatan lah...
//tangkap duit Suho//
haninad
#7
Chapter 13: so cuteeee.. huwaaa.. hahah..
haninad
#8
Chapter 12: Woahhhhh.. Suho handsome lh...btw, keep update :)
_shuhidah
#9
Saya harap sangat orang itu adalah suho :)
saranghae_xo #10
Chapter 12: Entah-entah suho tu kot suami yoon? Tak pun sehun...
Keep update authornim! :D