Salah faham

Still

 Seminggu lepas,

        Suho berjalan menuju ke lokernya. Dia terlihat sehelai nota yang terlekat di pintu lokernya.

                                                                      COFFEE SHOP, LPS CLASS

                                                                                                        -YOON

    Dia mengambil nota itu lalu memasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia mengambil buku rujukan dan pergi menuju ke kelas.

COFFEE SHOP,

        Yoon menunggu Suho datang di hujung cafe. Hatinya berdebar-debar. 'Perlu ke aku cakap kat dia?'. Yoon terlihat Suho baru masuk ke dalam dan seperti mencari seseorang. Dia pasti mesti Suho mencarinya. Suho tersenyum apabila menjumpai Yoon yang terletak di hujung sekali. "Hey!'"tegurnya.

        Yoon hanya tersenyum memandang Suho. "Duduklah" Suho mengambil kerusi dan duduk di hadapan kekasihnya. "Awak nak cakap apa?" "Sebenarnya..." Yoon menunduk. "Wae? Ada problem ke?" Suho cuba memandang wajahnya. Yoon menggeleng. "Taklah.. er...sebenarnya" air matanya mula mengalir. "Laa, kenapa nangis pula ni?" Suho cuba mengelap air matanya dan.. "boleh tak kalau hubungan kita berakhir sampai sini je?" Tangan Suho terhenti, dia kaku. "Kenapa?" Dia memandang tepat ke arah Yoon. Yoon hanya mendiamkan diri. "Saya ni kurang ke bagi awak?" "Taklah, bukan macam tu" "Habis? Saya ni kenapa?" "Er..." "Ke..awak ada lelaki lain?" Suho merenung Yoon. Yoon tersentak. "Mana ada!" "Habis?" Yoon mengigit bibirnya. 'Perlu ke aku cakap?' 

        Yoon berdiri dari tempat duduknya. Suho hanya memandang. "Awak akan tahu nanti" Dia meninggalkan Suho keseorangan. "Yoon !" Dia memaling ke belakang, "Awak jangan menyesal" kata Suho sambil tersenyum kearahnya. Yoon tersenyum "Tak, saya takkan. Saya akan buktikan" dia melangkah keluar dari cafe tu.

     

                                                                                      

 

          Keesokkan harinya, tersebar satu kolej dengan berita perpisahan mereka. Hampir semua tidak suka dengan berita itu. Bagi mereka, Suho lebih sesuai dengan Yoon. Namun, apakah daya... mereka sudah break up. Yoon cuba terima hakikat itu. Dia hanya mendiamkan diri apabila ramai menanyakan tentang hal itu. Hanya dia sahaja mengetahui sebab perpisahan mereka.

        "Yoon." Dia memandang kearah seseorang yang memanggilnya. "Sehun.." Dia terkedu. Sehun tersenyum kepadanya. "Ingat lagi awak kat saya ye" Yoon tersengih "Mestilah". Yoon membuka lokernya. 'Janganlah awak tanya pasal Suho' "Awak... break up dengan Suho?" Yoon memandang Sehun "Awak tahu?" Sehun hanya mengangguk. "Awak, satu kolej dah tahu" Yoon mengeluh. "Ye, saya tahu ... kalau betul kenapa?" "Takdelah, takut rumors je" Sehun sandar disebelah loker Yoon. "Manalah tahu ada yang tak suka" dia menyambung. "Tapi... kenapa?" "Awak tak perlu tahu." tegas Yoon. "Kenapa?" "Perlu ke awak tahu sedangkan Suho sendiri tak tahu" Terbeliak mata Sehun apabila mendengarnya. "Suho tak tahu? Awak jangan bergurau! Takkan awak yang putuskan?" Yoon menunduk "Ya, memang saya" "Ta..tapi kenapa?" "Sebab... saya...akan berkahwin tak lama lagi" "Seriously??" Sehun bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Yoon. Tidak mungkin dia berkata benar. Tetapi dengan siapa? "Awak akan tahu nanti" Yoon menutup lokernya dan pergi meninggalkan Sehun yang masih terpinga-pinga.

        

           Dalam perjalanannya menuju ke auditorium, dia terserempak dengan Suho. Dia cuba tahan perasaannya dan berjalan selamba seperti tidak nampak yang Suho disebelahnya. Suho sedar yang Yoon berjalan disebelahnya. Dia cuba selamba namun hakikatnya dia ingin tegur Yoon. Ramai orang disekeliling mereka berbisik sesama sendiri. Mungkin pelik sebab mereka berjalan bersebelahan. Yoon berasa sedikit kekok apabila berjalan disebelah Suho tambahan pula dengan melihat orang disekelilingnya berbisik melihat mereka. Tiba-tiba Sehun datang menepuk bahu Yoon dari belakang dan Yoon teperanjat dengan tindakan Sehun. "Hey Yoon! Jom pergi sama-sama" Suho yang disebelah mereka hanya memandang dengan ekor matanya. Menjeling. "Okay, jom!" Yoon memegang tangan Sehun dan berjalan laju untuk menjauhi kawasan itu. Dia cuba menjauhi Suho dan orang lain. Sehun yang agak terkejut hanya mengikuti Yoon dari belakang.

           Yoon melepaskan tangan Sehun setelah yakin mereka sudah jauh dari Suho."Kau dah kenapa !" marah Sehun. Yoon hanya memandang Sehun. "Takda la, btw thanks sebab datang kat saya tadi" "Waeyo?" kening Sehun terangkat. "Awak tak perasan ke siapa disebelah kita tadi?" tengking Yoon. Sehun cuba mengingati ... 'Owh patut dia tarik tangan aku tadi..Suho rupanya' "Okay, Suho, so?" Yoon mengigit bibirnya menahan geram. "Eii, bengong betullah! Mesti saya nak pergi dari dia! Semua dok bisik sana sini! Malulah!" Sehun mensepetkan matanya "Kalau ye pon, janganlah nak marah-marah" "Awak yang lembab !" "Yela~" Yoon memaling mukanya dari Sehun. "Dah la jangan merajuk! Alololo" Sehun cuba memujuknya. Yoon masih tidak memandang kearahnya. "Jangan.lah.merajuk!" Sehun mencubit pipinya dengan kuat. "Ahh sakitlah! Dah la tu!" "Tak nak!" "Sakitlah!" "Saya akan lepaskan kalau awak dah tak merajuk dah" "Okay okay saya dah tak merajuk" Sehun melepaskan cubitannya. Pipi Yoon menjadi merah akibat cubitan Sehun itu. "Takda kelas ke?" tanya Sehun. "Ada , kt auditorium" "Owh kelas saya dekat sebelah je, jom pergi sama-sama" Yoon tersengih "Jom!"

           "Jadi sebab nilah awak nak putus dengan saya?" Sehun dan Yoon terkejut lalu memandang ke arah suara itu. "Suho?" Yoon terkedu. Sehun memandang Suho lalu memandang Yoon. Dia risau jika Suho salah faham dengan apa yang berlaku tadi. "Kenapa diam? Jadi betullah?" Suho merenung ke arah Yoon. 

TBC

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
schawany
esok saya update! yay!

Comments

You must be logged in to comment
jongcrong
#1
Chapter 15: i'm very love it so far. Can't wait.<3 untuk authornim yg sgt talented
nurhannan02 #2
Chapter 14: Waalaikumussalam, saya setuju
_shuhidah
#3
Chapter 14: Saya setuju!!!
saranghae_xo #4
Chapter 14: Saya setuju!!!!! \(^_^)/
SyaHiirah #5
Chapter 13: such a great and sweet story... Thanks authornim for this lovely story
saranghae_xo #6
Chapter 13: Wahhhhhh! Suwitnyaaaa >_<
Btw, cerita ni mmg best! Harap authornim dpt buat sequel, kalau tak keberatan lah...
//tangkap duit Suho//
haninad
#7
Chapter 13: so cuteeee.. huwaaa.. hahah..
haninad
#8
Chapter 12: Woahhhhh.. Suho handsome lh...btw, keep update :)
_shuhidah
#9
Saya harap sangat orang itu adalah suho :)
saranghae_xo #10
Chapter 12: Entah-entah suho tu kot suami yoon? Tak pun sehun...
Keep update authornim! :D