Chapter 3

Revenge Or Love?

2 hari kemudian,

Selepas pengebumian mendiang Kim Hayeon,Taeyeon seperti kehilangan semangat.Dulunya,dia seorang yang periang,bising dan mesra di perumahan tersebut,hilang.Dia menjadi pendiam.Dia juga tidak hadir ke tempat kerjanya.Mujur sahaja bosnya faham akan keadaan Taeyeon.

Taeyeon menyandarkan diri di dinding.Air mata sekali lagi mengalir di pipi mulusnya."Unnie,unnie sayang Hayeon...Perlu ke Hayeon tinggalkan unnie sendirian di dunia?"Dia mengetap bibirnya.

"Oh Tuhan....."Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisannya tapi gagal malah semakin kuat esakannya.

Ringg! Ringg! Ringg!

Bunyi panggilan telefon daripada telefon rumah menyedarkan Taeyeon dari menangis. "Siapa.."Dia mengangkat panggilan tersebut.Dia mendehem sebalum menjawab bagi menghilangkan suara serak tangisannya itu.

"Yoboseyo?"

"Selamat sejahtera.Ini Cik Kim Taeyeon,benar?Saudara kepada mendiang Kim Hayeon?"Pemanggil bertanya.Pabila mendengar nama adiknya,dia hendak mengangis sekali lagi tetapi ditahan.

"N-ne.Saya Kim Taeyeon."

"Saya,Doktor Han yang mengambil tugas untuk pengebumian mendiang.Saya nak Cik Kim datang ke Hospital Seoul kerana ada perkara mustahak tentang mendiang."Balas pemanggil yang bernama Doktor Han.Taeyeon diam sebentar.'Ape yang terjadi dengan mendiang adik aku?'

"B-baiklah,Doktor Han.Saya akan pergi sekarang juga."Sejurus itu,dia meletakkan kembali telefon tersebut.

"Ya Tuhan..Ape lagi dugaan yang kau berikan?'

 

Di bilik Doktor Han,Hospital Seoul.

"Doktor Han,ape yang tak kena dengan mendiang adik saya tu?"

Doktor Han meletakkan pennya dan memandang kakak kepada mendiang Hayeon.

"Begini,sebelum mendiang meninggal,ade tak dia macam pening,muntah-muntah,muka pucat semacam dan sebagainya?"Taeyeon mula berfikir. 'Hayeon hari tu dia muntah selepas makan kimchi yang aku buat.Tak makan apa-apa pun dia muntah.Dia pun tak sakit tapi muka pucat macam orang sakit.'

"Ada,doktor."Dia mengangguk.

Doktor Han mengeluh. "Baiklah.Sebelum mendiang dikebumikan,saya dan penyiasat telah melakukan siasatan dengan kematiannya.Dan kami dapati,mendiang meninggal akibat bunuh diri dengan minum racun yang kami anggarkan buatannya selepas mengkaji cecair disekitar pakaian mendiang dan baki cecair di dalam gelas yang ditemui."Taeyeon segera menekup mulutnya dengan mata yang bulat.

"Tak mungkin,doktor.Adik saya tak mungkin buat racun.Mungkin dia mati sebab sesak nafas dalam almari yang dia dijumpai.Tak mungkin."Taeyeon menafikan dengan gelengan berkali-kali.

"Ya,saya tahu antara faktornya adalah sesak nafas tapi,kami curiga dengan cecair yang melekat tersebut maka kami telah jalankan siasatan tersebut.Cik sendiri ada lihat benda tu kan?"Taeyeon diam dan melihat tangannya yang sejuk.

"Dan,satu lagi saya nak khabarkan kepada cik.Adik cik sebenarnya mengandung semasa meninggal."Taeyeon menitiskan air mata semasa Doktor Han menyebut perkataan mengandung.

"Doktor,itu lagi tak logik.Adik saya tak mungkin mengandung.Dia tu innocent tak mungkin dia menjadis sebegitu rupa."Sekali lagi,dia menafikan.Doktor Han hanya mampu menggeleng sahaja."Cik Kim,saya tahu Cik Kim sedih atas kepergian mendiang tetapi itulah kenyataannya.Kami telah menguji sampel air kencing mendiang dan menerima keputusan tersebut.Saya agak-agak mendiang masih muda kan?Saya minta Cik Kim bersabar dengan berita ini."

Sekali lagi,hati insan yang bernama Kim Taeyeon remuk.

 

Setelah pulang ke rumah,Taeyeon terus meluru ke biliknya dan menangis sepuas-puasnya.Dia menekup mukanya ke bantal."Tuhan!Wae?!Wae?!"Dia menghentak-hentak bantal yang tak bersalah itu.Selepas itu,dia mencapai sebingkai gambar dia dan Hayeon.Gambar itu pemberian mendiang adiknya ketika bermain di Lotte World.Dia tersenyum pahit melihat wajahnya dan Hayeon yang ceria di gambar itu.

"Hayeon,bagitahu unnie..Bagitahu unnie apa yang Doktor Han kata tadi tak betul..Hayeon tak bunuh diri,Hayeon cuma main sembunyi-sembunyi dengan unnie kan?Hayeon tak b-bunuh diri....kan?Doktor tu cuma tipu je kan?"Dia mengusap-usap wajah Hayeon di atas bingkai yang tak bernyawa itu.Dia mahukan jawapan itu.

"Satu lagi.....Hayeon tak......mengandungkan?Hayeon tak teruk sampai bagi maruah Hayeon dekat lelaki lain kan?"Dia memisahkan bingkai dengan gambar itu.Dan,diciumnya berkali-kali bagai mencium mendiang adik kesayangannya.

Tiba-tiba,dia ternampak sebuah tulisan di belakang gambar itu.'Ape benda yang dia tulis ni?'

'Unnie,kalau Hayeon dah tak ada dalam dunia ni,unnie bacalah diari Hayeon..Semua perkara yang unnie nak sangat tahu dan sebab jika Hayeon buat sesuatu perkara,semua jawapan ada dalam diari Hayeon! Kalau ada Hayeon mengumpat pasal unnie,jangan marah ye? *mehrong* :P'

Dia tertawa sebentar sebelum mencerna maksudnya."K-kalau Hayeon kata semua perbuatannya ada sebab...J-jawabannya mesti ada dalam diari..."

"Diari kuning tu!"

Dia bergegas memasuki bilik Hayeon yang telah dikemas rapi selepas pengebumian Hayeon.Dia mengambil diari kuning yang berada di atas meja disebelah katil mendiang.Dia duduk di atas katil itu lalu membuka diari tersebut.

'Annyeonghaseyo! Welcome to my diary! Story Of My Life! Kim Hayeon is here!'

Tertawa kecil dia membaca ayat di permulaan halaman.Sejurus itu,dia membelek-belek halaman tersebut dan membaca setiap satu.Dia ketawa,tersengih,tersenyum,muram dan berbagai-bagai lagi dengan perasaan sedih.Sehinggalah dia berhenti di halaman yang terakhir.Jawapan kepada apa yang telah berlaku pada tarikh keramat itu.

 

Author's Note:

Suspen..suspen..Sorry sebab lambat update (dua hari je kot..LOL)..Lepas ni aku akan buat diari's pov..tapi panjang sikitlah..Okey bye!!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
taebaby_baeby
#1
Chapter 9: Jangan risau bce plot dia pon taw best
Da tk sabar nk tngok cmne tae revenge tuhh hehehe
rougereen #2
Chapter 9: Best! Sori x komen dulu! Hais... bile BaekYeon nak beraksi ni? ^-^
rougereen #3
Chapter 8: Yes!! Update lagi!! X sabar nk tau plot Taeyeon & reaksi Baekhyun!!! ^-^
RMnEXO
#4
Chapter 8: the main point is... Sye x sbr nk bce part Taeyeon mulakan ’plan’ dia utk bls dndm. Update soon, author-nim! ^^
jung_kim92 #5
Chapter 7: weyh !! bile nk smbung nye? lme dh tunggu ni
jung_kim92 #6
Chapter 6: Byun hee nim??? Knpe byun sang hyun lop???
Yongseo_2228
#7
Waahh~aku mmg ship giler diorang nih( baekyeon)..keep it up..best giler! Hehe
syadiyah #8
Chapter 6: Huhuhu..keep update author...waaaa..sedih
jung_kim92 #9
Chapter 5: waaaa!... sedih sangt cite ni... cpt la update !! tgh gile skrg nii...*_~
taebaby_baeby
#10
Chapter 5: Update authornim...ape makcik tu nk ckp ...waaaaaaaa gile jp