Just You And Me

Description

Kim Taeyeon seorang pelajar dari kelas 12-1 yang cemerlang dari segi akademik walaupun sukannya tak berapa nak bagus.Dia serius,tak boleh nak berlawak,bijak dan pendiam.Tetapi,jika dia bersama rakan-rakannya,dia seorang suka gelakkan...orang?Dia akan bertukar 180 darjah apabila bersama mereka.Kalau dengan orang lain,tunggu kambing mengiau dulu.

Apa yang unik pasal Taeyeon ni,dia tak pernah berdating dan bercouple.First kiss pun dia tak dapat.Dia bukanlah seorang nerd atau skema malah cantik dan comel.Tapi,kesibukannya sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar mengganggunya untuk bercinta.Namun,bukan dia kisah sangat pun ataupun,memang dia tak kisah langsung untuk bercinta.Walaupun ramai pelajar lelaki menyatakan cintanya kepada Taeyeon,mereka langsung ditolak mentah-mentah.Serik dia tengok rakan-rakannya syok bercinta.Bagi dia,buku dan perpustakaan adalah 'namja chingu'nya.

 

Byun Baekhyun seorang pelajar dari kelas 11-8.Dia amat cemerlang dari segi kokurikulum tapi fail dalam akademik.Sebab tu dia duduk di kelas paling belakang.Hanya satu subjek sahaja menjadi kegemarannya iaitu Muzik.Dia suka main-main dengan kawan-kawannya,pelajar lain dan......guru?Cuma,apabila dia berhadapan dengan ayah tirinya,dia menjadi pendiam dan dingin.

Yang bestnya,dia ada crush dekat Kim Taeyeon,pelajar yang serius 24 jam dengan pelajar-pelajar SM International High School.Tapi,tak macam orang lain,dia simpan sahaja perasaannya kepada Taeyeon.Hari-hari,dia akan mengintip Taeyeon di perpustakaan,kelas,rooftop,taman dan pelbagai tempat lagi.Cintanya kepada Taeyeon tidak pernah pudar walaupun ramai lagi pelajar yang lebih cantik berbanding Taeyeon.

Sehinggalah.....Baekhyun terkantoi mengintip Taeyeon.Dan,Baekhyun sering menguratnya dengan ayat-ayatnya yang tak berapa nak kelakar bagi Taeyeon.

Berjayakah Baekhyun mencuri hati Taeyeon yang keras macam besi?Tapi besi boleh dilembutkan menggunakan api.Adakah Baekhyun yang akan menjadi api untuk hati besi Taeyeon?Atau,mengalah dek penat menunggu dan mencari gadis lain?

Foreword

Assalamulaikum dan Annyeong! Fanfic keempat dan mungkin fanfic ni lambat sikit aku update sebab fanfic ROL yang masih tak siap2 lagi..

Comments

You must be logged in to comment
rougereen #1
Chapter 1: Bile nak update ni, author-nim? Tak sabor rase nih... ^-^
baekyeon09 #2
Chapter 1: bagus ceritanya...
baekyeon09 #3
Chapter 1: bagus ceritanya...
baekyeon09 #4
Chapter 1: great story..i love it..
upadate soon..