Chapter 1
Revenge Or Love?Pada malam itu,Kim Taeyeon menyediakan makan malam untuknya dan adiknya.Kelihatan tiada bayang-bayang adiknya,Kim Hayeon.Mereka hanya tinggal berdua di rumah peninggalan mendiang ibu bapa mereka.Mendiang ibu bapa mereka telah meninggal akibat kemalangan ngeri di jalan raya.
Tanpa membuang masa,dia mendekati pintu bilik tidur Hayeon tetapi ia berkunci. 'Apa bendalah dia buat dalam bilik?Call namja chingu dia ke apa?'Bebelnya seorang diri.
"Hayeon,bukan pintu ni,sayang!"Dia mengetuk pintu bilik dengan perlahan sambil suara dilembutkan.Tiada balasan dari dalam."Hayeon!"Dia ketuk dengan lebih kuat dan suara yang lebih tegas.Tiada balasan juga.
Taeyeon semakin risau.Dia terus melanggar pintu tersebut dengan badannya.Walaupun ia menyakitkan,semuanya tidak terasa demi adik kesayangannya.Akhirnya,pintu terbuka.
Namun,di sekitar bilik tidur itu bersepah dengan barang-barang Hayeon.Malah,gambar Hayeon dan kekasihnya juga,pecah dan hancur.Gambar mereka bersama dikoyak-koyak sehingga kecil.Bertambah kerisauannya...Bukan.Dia takut.Amat takut.
"Hayeon!Mana kamu?!Jawablah pertanyaan unnie!"Jeritnya dengan suara yang resah.Dia mencarinya di tandas,kosong.Tapi,cermin di tandas itu juga,retak dan pecah.Apa yang berlaku semasa dia pergi bekerja tadi?
'Tuhan,tolong selamatkan Hayeonku!'Doanya di dalam hati.
Tiba-tiba,dia terpandang sebuah buku diari berwarna merah jambu yang tertulis di depannya 'Story Of My Life' iaitu milik Hayeon,adiknya.Namun,pandangannya itu hanya untuk lima saat sebelum meneruskan pencariannya.
'Jamkan!Aku tak cari pun dalam almari.Hurmm,Hayeon nak main sorok-sorok dengan unnie ye?'
Dia perlahan-lahan ke almari dan membukanya.
Author's Note:
Alhamdulillah!Siap jugak akhirnya chapter 1..Memang aku dah tulis chapter 1 ni semalam dalam kelas *shh!rahsia!kantoi aku nanti!*
Enjoy read this chapter!Insha Allah esok aku update lagi banyak sebab aku cuti esok (aku tinggal di pantai timur..).hehe annyeong assalam!!
Comments