06 [Hanni]

Temptation Of Crush

 

“Hongbin!, petang ni kau free tak? Aku nak ajak kau teman aku. Boleh tak?” Tanya hanni sambil menyuap kepingan biskut oreo kedalam mulutnya. Tiba-tiba saja dia teringat sesuatu.

 

 

“awak dah lupa ke yang kita ada kelas petang ni? Ke buat-buat amnesia ni? Kalau tak pergi komfem kena ceramah tiga hari tiga malam punya dengan cikgu Ryzal tu. Awak sanggup?” ujar Hongbin serius. Tangan kanannya dipanjangkan untuk mengambil biskut oreo Hanni.

 

 

“ishh, kau ni. Aku tau lah. Tapi masa kelas akaun semalam dia cakap dia cakap kelas addmaths batal. Dia ada buat private tuition kat luar. So mungkin dia ganti time sabtu ahad. Hari ni komfem dan sure takde.” Satu keeping lagi dimasukkan kedalam mulut.

 

 

Hanni jarang makan dikantin kerana keadaan kantin yang agak sesak. Well kalau dah sesak faham-faham sajelah macam-macam bau punya duk ada. Hanni paling tak boleh tahan bau busuk. Walaupun sikit dia akan rasa nak muntah.

 

 

Hyunmi suka membuat perangainya yang tak semenggah contohnya kentut dihadapan umum. Kemudian Hanni akan terus blah dari situ dengan serta merta. Hanni juga takut darah. Walaupun jarinnya luka sedikit dia akan jadi panic sampai menangis. Dia cukup pantang dengan darah.

 

 

Waktu rehat begini Hanni lebih suka habiskan masa di padang sekolah mereka. Melihat pelajar-pelajar junior mereka mengadakan latihan olahraga. Kadang-kadang dia adalah tolong-tolong sikit. Ada masa dia akan ke library. Tapi bukan untuk membaca buku pun. Tapi untuk stalk Zayn. Zayn merupakan ketua pengawas pusat sumber.

 

 

Kadang-kadang Hongbin pun akan diheret sekali bersamanya. Hongbin memang suka melepak didalam library. Hyunmi dan hyerim ditinggalkan begitu saja. Dia merajuk dengan mereka berdua. Jadi biarlah dia tenangkan dirinya dulu.

 

 

“oiii….! Awak dengar taka pa yang saya cakap ni? Mengelamun pulak dia ni. Macam cakap dengan tongkol kayu aje.” Kata Hongbin seolah-olah bercakap dengan tiang khemah berwarna biru yang mereka duduk ini.

 

 

“hah? Sorry-sorry !!! apa kau cakap tadi?” Hanni seakan terbangun dari mimipi. Apa yang dia fikir tadi pun dia tak pasti.

 

 

“saya tanya awak, awak nak pergi mana nanti? Kenapa tak ajak si hyunmi dan hyerim aja?” ulang hongbin satu persatu agar lebih jelas.

 

 

“ aku ingat aku nak pergi shopping lah. Bulan ni omma aku bagi duit lebih. So ingat nak pergi lah beli apa-apa sikit. Aku tengah stress ni.” Rambut hanni disunggulkan. Plastic biskut oreo dilipat-lipat untuk dibuang.

 

 

“stress? Dah kenapa pulak dah? Hailah kalau perempuan tu, tak sah kalau tak membeli. Awak ingat kalau shopping boleh hilang stress ke?”

 

 

“dah tu kau nak suruh aku buat apa? Melancong luar Negara? Menjerit macam orang hilang akal? Macam tu?” tanya Hanni sambil mencebik kearah Hongbin. Hongbin hanya tersenyum. Dia dah maklum dengan perangai Hanni.

 

 

“bukanlah, takpe petang ni aku bawak kau pergi satu tempat. Kau tunggu kat rumah nanti aku pergi amik kau.” Kata hongbin sambil tersenyum manis.

 

 

“yelah…..”hanni bangun untuk membuang plastic oreo tersebut dihujung khemah yang mereka duduk ada tong sampah. Baru Hanni berjalan 2 langkah, sebiji bola menuju tepat kearahnya tanpa dia sedari. Hongbin yang melihat bingkas bangun dan menerpa kearah hanni dengan memeluk tubuh Hanni.

 

 

Bola tersebut terkena kepala hongbin dan mereka berdua rebah diatas tanah kerana msing-masing tidak dapat mengimbangi badan mereka. Kini hongbin berada diatas badan Hanni. Hanni diam tidak terkata apa. Matanya terbuka sebesar-besarnya ! mata Hongbin tidak berkelip melihat Hanni dari jarak dekat.

 

 

Hongbin mula merapatkan wajahnnya ke wajah Hanni. Ini adalah kali pertama dia dapat melihat wajah hanni sedekat ini. Kenapa dia tidak pernah perasan tentang keindahan Hanni selama ini. Baginya Hanni cukup sempurna.

 

 

Hanni mula panic. Punggungnya terasa sedikit sakit akibat hentakkan sewaktu jatuh tadi. Kini tubuh sasa Hongbin pula menindih tubuhnya yang kecil. Sedikit pun dia tak mampu bergerak. Dia dapat rasa pandangan mata hongbin agak lain. Seram pulak.

 

 

Hongbin mula memejam mata dan mendekatkan bibirnya ke bibir Hanni. Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang dia lakukan. Hanni meletakkan kedua belah tangan di bibirnya. Dia risau kerana  dia dapat rasa Hongbin seperti dirasuk jembalang sekarang ni. Kalau Zayn mungkinlah di akan merelakannya, kalau Zayn lah..

 

 

“ Hanni ! kamu okay?” tanya cikgu doojoon seakan risau. Hanni terus menepis tubuh hongbin sekuat tenaganya. Hongbin seakan tersedar dari mimpi bangun dari pembaringan. Dia jadi malu dengan hanni.

 

 

“saya okay cikgu. Ni Hongbin yang teruk. Dia yang kena bola. Nasib ada dia. Kalau tak , mesti dah bengong saya seminggu.” Kata hanni cuba untuk tidak memberi suasana yang janggal.

 

 

“Hongbin kamu okay? Atau nak saya panggilkan medic?” tanya cikgu doojoon. Hongbin hanya menggelengkan kepalanya tanpa memandang hanni.

 

 

Hanni menepuk-nepuk debu yang terdapat dibaju dan skritnya. Memang kotor habislah baju hanni. Tapi dia kesian kan Hongbin.

 

 

“kamu berdua dah boleh masuk ke kelas kot. Rehat pun tinggal lagi 3 minit aje ni. Hanni, kalau apa-apa nanti bawak Hongbin pergi medic. Saya mintak maaf pasal bola tadi. Budak tu kena marah baru tending padu. Tapi tak sangka kamu jadi mangsa pulak. Lepas ni tak payah lah datang rehat dekat sini. Bahaya.” Terang cikgu Doojoon serta sedikit nasihat.

 

 

“baiklah cikgu !” mereka berdua menuduk hormat dan berjalan keluar dari situ.

 

 

Mereka berdua berjalan seiringan namun tiada sepatah kata pun yang terbit dari bibir masing-masing. Hongbin masih rasa janggal denga situasi tadi. Tapi dia tidak pasti apa yang patut dia lakukan.

 

 

“hongbin,”  panggil Hanni. Tetapi hanni tidak lansung memandang wajah Hongbin.

 

 

“ya…a…” jawab hongbin.  Riaksi mereka masih sama. Janggal.

 

 

“jangan bagitau hal ni dekat hyunmi dengan hyerim tau.”

 

 

“yaa… baiklahhh….” Hanni berjalan ke kelas tanpa sedikit pun berpaling kearah Hongbin. Hongbin berhenti kerana banggunan kelasnya tidak sama dengan hanni. Dari jauh dia melihat hyerim dan hyunmi memeluk hanni sambil bergelak ketawa. Tadi wajah hanni sangat masam dan dalam masa yang sekejap dia sudah menjadi ceria.

 

 

Hanni, baru saya Nampak diri awak yang sebenar hari ni. Tapi awak cakap kawan baik adalah kawan baik sampai bila-bila. Jadi macam mana kalau salah seorang antara kita wujud perasaan tu. Saya masih boleh cuba untuk lupakan awak.

 

 

Mungkin hanya awak saja yang masih pegang prinsip tu. Bagi saya, kawan atau tak saya tetap menyayangi awak. Biarlah , asalkan awak bahagia. Saya akan terus lindungi awak sebagai seorang abang. Kita kawan baik selamanya kan?

 

 


 

Hari ini cikgu Shin mengadakan pembentangan tentang sejarah korea. Pembentangan tersebut tidak sempurna dan semua pelajar diminta membuatnya secara berpasangan. Seohyun dan min menjadi pasangan pembentang tajuk yang kedua.

 

 

Hoya dan Hanni masih belum menampakkan batang hidung mereka. Hanni telah dipanggil oleh cikgu Sunny kerana dia telah mendapat sains yang paling tertinggi didalam kelas. Hoya pula diminta untuk membuat sedikit amal kebajikan di kantin sekolah oleh cikgu eunhyuk.

 

 

“semua dah ada pasangan kan? Kelas kamu ada 40 orang kan? Ni kenapa ada 38 aje. Mana lagi 2?” tanya cikgu shin dengan spec mata yang besar macam ugly betty.

 

 

“Hanni jumpa cikgu sunny cikgu!” kata min

“Hoya ada dekat kantin tolong cikgu eunhyuk!” jawab baro .

 

 

“hmmm… macam jodoh pulak dorang ni. Hoya dan Hanni. Double H. hahahaha…..” kata cikgu shin sambil gelak ala-ala ahli sihir jahat yang menyeramkan. Dalam umur pertengahan begini pun cikgu shin berfesyen macam umur sebaya dengan mereka. Lawak cikgu shin tiada sambutan. Semua pelajar buat muka bosan.

 

 

“anyeong cikgu ! maaf lambat !” kata hanni dengan rasa bersalah. Dia menunduk hormat dihadapan kelas.

 

 

“its okay hanni. Awak bole……”

 

 

“anyeong cikgu ! saya pinjam budak ni kejap tadi. Harap cikgu tak marah.” Kata cikgu eunhyuk sambil memegang rotan. Belum lagi cikgu shin menghabiskan ayatnya cikgu eunhyuk datang bersama Hoya.

 

 

“its okay cikgu, saya faham.” Kemudian cikgu eunhyuk membisikkan sesuatu kepada Hoya sebelum beredar dan hoya terus masuk kedalam kelas.

 

 

“Hoya dan Hanni mari kedepan.” Mereka berdua berjalan kearah cikgu.

 

 

“ kamu berdua akan jadi peserta dalam pembentangan pada kali ini. Tajuk pula saya dah pilih untuk kamu berdua. Saya bagi nama grup korang double H. faham?” maka terbeliak lah mata kedua-dua orang manusia yang sedang berdiri dihadapan kelas itu.

 

 

“no! saya tak setuju !” kata mereka serentak ! macam plan pulak.

 

 

“cikgu, kenapa mesti double H bagai? Ishhh…. Saya dengan dia manalah bole bergabung. Please.. kalau cikgu suruh saya buat sorang-sorang pun takpe dari kena buat dengan dia ni.” Kata hanni.

 

 

“no, ni muktamad ! kena dengar cakap cikgu.” Kata cikgu shin dengan tegas.  Hoya lansung tidak bersuara sedikit pun. Dia hanya mencebik kearah hanni. Memang Hanni akan menjadi lauk dialah sebentar lagi.

 

 

“wooooo untung lahhh…….. “

“Hanni,”

“Hoya,”

“ anak nanti letak nama Honey tau? Lee Honni.”

“hahahahahahahaa” seluruh kelas gamat dengan usikan Baro dan Ravi. Kembar seiras yang suka buat havoc dalam kelas mereka.

 

 

Hanni menjegilkan matanya. Nak aje dia lempar si kembar tu dalam lautan antartika. Biar kena telan dengan paus ! padan muka !

 

 

“you 2 may seat now. Mulakan perbincangan dari sekarang.”

 

 

Maka bermula lah episode duka gadis bernama Lee Hanni. Mahu saja dia menjerit dan terjun dari bangunan ni. Sesak nafas dia melihat bayangan Hoya dihadapanya. Biarlah apa sekali pun.  Ini arahan cikgu. Dia terpaksa akur.


 

 

Hari ni Hanni stayback disekolah. Dia perlu menyediakan sedikit bahan untuk pembentangan mereka. Mana bole dia harapkan Hoya sorang. Tak pasal-pasal dia akan di paku oleh si tayar pancit tu. Dia tidak rela !

 

 

Dia juga sudah maklumkan kepada hongbin agar pulang dahulu. Dia perlu siapkan sekurang-kurangnya hari ini atau esok. kalau tak serabut dia dengan si tayar tu. Dah lah cerewet nak mampus!

 

 

Zayn yang baru habis mensyuarat bersama pengawas yang lain ternampak hanni yang sedang serabut serabut sendirian. Jam ditangan di pandang sekilas. Meja hanni penuh dengan kertas dan buku-buku rujukan serta berselerak. Spec matanya juga hampir jatuh dari batang hidungnya yang mancung.

 

 

“kau tak nak balik lagi ke Zayn?” soal Niall kerana Zayn tiba-tiba berhenti.

“kau balik dululah. Aku nak stayback kejap. Nanti apa-apa aku call kau” kata Zayn sambil menepuk lembut bahu Nial.

“okaylah, aku balik dulu bro” Nial segera meninggalkan Zayn. Nial ialah kekasih Naeun.

 

 

Zayn berjalan kearah meja Hanni. Hanni belum menyedari kehadiran Zayn yang sedang berdiri didepan nya. Hanni menggaru kepalanya yang tidak gatal. Subjek sejarah merupakan subjek yang dia agak tidak suka. Tapi setiap kali exam pasti dia akan score. Mungkin rezeki dia kut.

 

 

“ehem… busy Nampak.” Tegur Zayn dan terus mengambil tempat dihadapan Hanni. Meja tersebut bole memuatkan seramai 4 orang atau 6 orang. Tapi dalam keadaan bergini, hanya hanni seorang yang menggunakannya.

 

 

“ererrrrr… senior Zayn, maaf saya tak perasan.” Spec matanya ditanggalkan. Tiba-tiba wajahnya terasa panas. Padahal dalam library ni pasang aircon paling rendah dia masih rasa panas. Mula lah dia rasa tak tentu arah.

 

 

“kau tu memang. Apa yang kau perasan pun aku tak tau, agaknya lah kalau bom meletop pun kau tak sedar. Asyik sangat dengan dunia kau.” Perli Zayn.


 

“huishhh…. Mana ada, kalau bom meletup saya lari lah. Buat apa nak tunggu. Saya belum rasa nak mati lagi senior Zayn. Hahahaha…. *akward laugh*”

 

 

“apa yang serabut sangat aku tengok kau ni? Dapat task apa pulak ni?” tanya dia sambil membelek beberapa keeping kertas diatas meja.

 

 

“ni, kena buat asal ketamadunan korea. Sejarah apa entah. Saya dah tak minat subjek ni. Kena partner pulak dengan orang yang suka cari pasal dengan saya. Susah betul.” Kata hanni. Kertas-kertas disusun kemas.

 

 

A/n: okey, hanni kalau dekat sekolah atau dekat depan orang ramai dia akan panggil zany dengan panggilan hormat. Kalau dekat luar sekolah atau ada mereka berdua ja, dia akan guna” aku kau” sebab kalau dekat sekolah salah panggil senior kita dengan panggilan kurang sopan. Begitu jugak kalau didepan orang hanni hormati.

 

 

“alah, kacang aje semua tu. Kau ni apalah.” Dia merampas kertas yang Hanni kemas dan membuka buku rujukan dihadapan Hanni. Sibuk betul dia ni !

 

 

“amboi, cakap besar. Kalau macam tu senior  tolong ajar saya.” Kata Hanni.

 

 

Zayn mengambil highlight diatas meja dan mula menggaris isi-isi penting yang telah hanni catat dalam notanya. Buku rujukan pula diselak satu persatu untuk rujukan. Ditandakan dengan pensil dan dituliskan kan sedikit info tambahan.

 

 

Hanni meletakkan lengannya diatas meja yang berselerak. Kepalanya dialas dengan lengan. Matanya pula terasa berat. Dia juga belum makan dan minum lagi dari tengahari tadi. Perlahan-lahan matanya tertutup dan terdengar dengkuran halus keluar dari bibir mungilnya.

 

 

“nah Hanni, kau salin balik aje semua ni. Pastu kau ajak partner kau buat dengan computer buat cantik…cantik……..” Zayn memandang wajah Hanni yang kepenatan dengan senyuman.

 

 

“orang cakap dengan dia boleh pulak dia sedap-sedap tidur. Kesian… penat sangat kut.” Zayn kembali menyambung kerja Hanni yang tertinggal. Jika tadi dia dah buat hampir separuh kini dia meneruskan kerja hanni hingga selesai.

 

 

Kemudian dia mengemas semua barang-barang Hanni yang bersepah diatas meja. Buku-buku rujukan diletakkan kembali dirak yang sepatutnya. Kemudian dia kembali duduk ditempatnya tadi. Zayn menongkat dagu melihat Hanni tidur. Macam bayi. Kemudian terdengar dengkuran halus. Zayn tersenyum lagi.

 


 

 

“haksaeng, saya dah nak tutup library ni.” Kata perpustakwan yang mengejutkan Hanni. Hanni masih lagi mamai.

 

 

“yayaya…. Maaf. Saya nak kemas barang-barang saya kejap.” Hanni membuka luas sedikit matanya. Wow! Mejanya telah kemas! Tip top! Buku-buku tadi berselerak pun dah takde. Yang ada hanya kertas kajang yang disusun kemas bersama buku teks sejarah. Dia memasukkan kesemuanya kedalam beg galasnya.

 

 

“terima kasih.” Kata Hanni sebelum meninggalkan library dan menunduk hormat.

 


 

 

Di rumah.

 

 

“Hanni! Mari turun makan !” paggil ommnya.

 

 

“kejap omma. Ada keja sikit ni.” Hanni kembali membuka kertas dan buku teksnya. Buku-buku disusun dengan kemas diatas meja studynya.

 

 

“hanni !!! ayah kamu dah tunggu ni !” laung puan Hana

 

 

“kejap omma!! Nanti hanni makan sendiri” kata Hanni dari atas pula.

 

 

Hanni mula membuka lappynya untuk ditulis dengan kemas. Kemudian dia melihat nota-nota yang telah siap ! kesemuanya ! satu chapter pulak tu. Kalau dia bagi seminggu pun belum tentu dia dapat habiskan. Ni mesti senior Zayn yang buat.

 

 

Ya tuhan, dah lah hensem, baik pulak tu. Kenapa dia baik sangat??? Omegeeeeeee….. aku makin jatuh cinta dengan dia kalau macam ni… aigoooooooooo….. kalau aku cerita dekat hyerim dengan hyunmi memang dorang takkan percaya punya. Percayalah. Senior Zayn~~

 

 

Okey, sekarang ni aku sangat lah terharu. Lagi semangat aku nak present natang ni. Hhahahhahaha…… ehh, aku tak cakap kat Hoya lagi pasal hal ni. Macam mana ni? K. kita buka wechat ke, Line ke, Kakao talk ke kita chat dia. Ehh…. Jap jap nanti dia ingat aku syok kat dia pulak.

 

 

So, pesbuk jelah. Mohon sangat dia online dekat grup sebab aku malas nak chat dengan si batak tu. Sekarang jom pergi makan dan tidur ! nak mimpi senior Zayn huhuhu…….

 


 

Pembentangan tersebut berjalan dengan lancer dan tersusun. Tak sia-sia walaupun mereka berdua digandingkan bersama, Hoya masih tau apa tugas dia. Hoya jugak tak buli hanni. Cuma kata-kata Hoya tu saja macam mintak kaki saiz tujuh.

 

 

“wei pompuan, kau nak bentang ke aku?” kata Hoya pada awal pagi setibnya mereka dikelas.

 

 

“wei jantan, kau kan dah bahagi sub topic haritu. Apa kau nak lagi?” kata Hanni dengan menyampah.

 

 

“eleh, tak payah nak berlagak sangat boleh tak? Setakat kau nak bentang tu bukan semua orang boleh faham.”

 

 

“wei tayar reput ! apasal kau suka sangat naikkan darah aku pagi-pagi ni. Kalau dorang tak faham pun punya pasal lah. Aku dah buat kerja aku.”

 

 

“jangan panggil aku tayar lah bij ! kau tu dahlah suka perasan bagus, perasan cantik. Ada hati nak goda senior Zayn..” kata Hoya. Memang agak pedih kata-kata tu. Plus ayat yang terakhir tu. Memang sakit.

 

 

“wei kau ni kana pa yang tak puas hati dengan aku? Hah! Kau ingat aku nak ke partner dengan kau? Bila masa aku perasan? Bila? !!! kau better jaga sikit mulut longkang kau tu. Kalau kau tak reti jaga aku nak aje letak klorok! Biar mampus terus !” kata hanni semakin menggila. Sakit hati bila cakap dengan tayar expired ni.

 

 

“ehhhh, jangan ingat aku tak tau lah. Entah-entah senior tu nak amik kesempatan aje dekat kau. Kau tu dahlah naïf, bodoh pulak tu.” Kata Hoya lagi.

 

 

Dia cakap aku bodoh? Tak guna punya orang tua ! nak mati awal kut dia ni.arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!

 

 

Buku kedatangan pelajar lewat berada ditangan Hanni. Dia segera menulis nama Hoya. Biar padan muka dia ! nak sangat kan. Sekolah mereka jika terlewat satu minit dikira lewat. Memang tiada belas kasihan atau simpati.

 

 

“what the hell kau tulis nama aku dalam tu !” jerit Hoya. Hanni tersenyum sinis. Rakan-rakan sekelas mereka mula keluar dari kelas untuk perhimpuanan pagi. Mereka juga sudah lali jika hoya denga hanni dengan bergaduh. Itu perkara biasa.

 

“ !”

 


 

okey, so how? ishh korang ni komenlah.

geram tau saya. hahahaha...

follow ig saya: _leehanni

ask.fm : syuhada293

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 11: Update soon
RayhanAdni #2
Chapter 10: wah wahwah hyerim pun dengan tagline jebonnya.

author-nim ,hanni tak marah ke hyunmi peluk hongbin ? :o
wawazimi
#3
Chapter 9: fuyoooooo......
wawazimi
#4
Chapter 8: Wahhh.... sedihnya... T.T
Update soon unnie. I curious ttg penyakit si v .
Fighthing!!
wawazimi
#5
Chapter 7: Ommo what happen?
Please update unnie
Wonderfullife_
#6
Chapter 7: Update soon
RayhanAdni #7
Chapter 7: T.T SEDIHNYA CHAP NI. SAYA PUN SENSITIP MCM HYU NMI JUGAK. NANGIS SKIT BACA. PPALI UPDATE SOON!
wawazimi
#8
Chapter 6: Kenapa unnie x buat hanni n hongbin kiss.. alaaaaaaa....
BabySprinkle98
#9
Chapter 6: amboi Hongbin ambl ksmptan nmpk nk cium Hanni hohoho kn x psl2 msing2 jd jnggal >_<.....cehh ad2 jelah mrid2 lam kls diorng siap cdng bg name ank diorng Lee Honni lg hehehe bkn diorg dh kawin pun.....baikny Zayn,Hanni suh tlng ajr jep ni x die tlng buatkn smpai hbis plak tu,bkn tlng buatkn krj Hanni jep p tlng kmskn bku Hanni skli huhuhu ;V.....haish Hanni dngn Hoya ni x hbis2 gduh kawinkn bru tau hehehe :D.....UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!