12

Temptation Of Crush

Flashback

8 tahun ke belakang

 

 

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Sepatutnya Cikgu Hyoyeon dah masuk kedalam kelas mereka pada waktu begini. Tetapi hari ini Cikgu Hyoyeon telah lewat 15 minit. Cikgu Hyoyeon cukup pantang sesiapa yang tidak menepati masa. Masa itu emas, seperti warna rambutnya.

 

 

“minggu depan kau takde kan Hanni?” soal Min.

 

 

“Ha’ah, minggu depan aku, Hyerim dengan Hyunmi ada kem kat luar.” Kata Hanni. Dia memang suka menyibuk ditempat Min. Tempatnya terlalu dekat dengan tempat duduk tayar pancat. HOYA.

 

 

“buat teruk lah Min ni. Diorang pergi 3 hari je pun. Bukan seminggu.” So Hyun pula berkata.

 

“yelah, aku bosan kalau Hanni takde. Dia ni dah lah moodmaker kita. Kalau dia takde dengan Hoya mesti sunyi kelas kita ni” tambah Min lagi.

 

 

Hoya? Dia pergi mana pulak?

 

 

“tayar pancat tu nak pergi mana?” bisik Hanni kepada mereka berdua.

 

“lah….. kau tak tahu ke?” tanya Min dengan agak kuat. Hanni menepuk dahinya dan Sohyun menutup mulut Min. Budak ni memang suka cakap lepas.

 

“kalau aku tahu ,aku tak tanya lah makcik tua” Hanni mengecilkan matanya. Macam nak luku aje kepala Min ni.

 

“dia pun takde dalam kelas nanti. Tapi aku tak tahulah dia nak pergi mana. Apasal kau macam berminat aje” kata Sohyun pula. Saja nak perangat aku lah ni.

 

 


 

2 hari sebelum Kem Pencinta Alam Sekitar.

 

 

“kau dah prepair everything ke Hyerim? Antara kita ni kau paling semangat kan selalunya. Hahaha” tanya Hanni padahal hatinya yang berbunga-bunga nak pergi  kem tu.

 

 

“Huk aloh mu ni. Aku pulak yang semangat hapenya? Kau tu yang semangat. Dari minggu lepas asyik duk   tanya aku ni . Hyerim..hyerim… kau dah prepair? Huh” kata Hyerim sempat memerli Hanni.

 

 

  Siapa yang tak seronok? Nak jumpa crush ! lepas tu nak stay dalam 4 hari pulak tu. Walau pun dalam tu hutan. Nasib hari lahir abujie dia dah lepas. So dia boleh berseronok tanpa perlu fikir apa. Walaupun dia ni sebenarnya setiauasa kelab. Tepuk tangan sikit.

 

 

“yelah….yelah…. aku aje yang semangat macam ayam. Korang tak.” Kata Hanni dalam nada yang rendah. Sengaja dia buat-buat merajuk.

 

“aku tak prepair apa-apa lagi ni.” Kata Hyunmi dengan selamba.

 

 

“WHAT….???!” Kata Hanni dengan Hyerim serentak. Terkejut sebenarnya. 4 hari kut! Kalau setakat pergi balik takpe jugak. Dah lah jauh dari Seoul dan hutan tu. Cikgu mereka cakap tempat tu memang hutan simpan yang sangat tebal dan luas. Boleh sesat kalau salah langkah. Ok Hyunmi gila.

 

 

“Tak prepair apa-apa lagi? Kau gila ke ayam? Lusa dah nak pergi kau tahu tak? Aduiiiimakkkk….” Kata Hanni. Dia takut Hyunmi tertinggal barang. Hyunmi ni jenis suka buat benda main-main dan kuat melenting.

 

 

“alah, rileks lah. Oppa aku boleh uruskan segalanya.” Kata Hyunmi selamba kucing. Hyerim dan Hanni mengeluh kuat. Mereka berada sibercafe sekarang ni. Kononnya nak buat projek. Projek apanya. Semua datang  dengan tangan kosong.

 

 

“ok lah Hyunmi”

 

 


 

7.30 pagi , Jumaat

 

 

Para pelajar Kem sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Sebagai setiausaha yang tak berapa nak berdedikasi, dia ditugaskan oleh Cikgu Hyorin untuk mencatat kehadiran para pelajar. Sepatutnya minggu ini giliran dia dan Hyunmi menjaga pintu pagar tapi disebabkan kem ini , dia telah digantikan dengan orang lain. Nasib baik.

 

 

Hanni membawa senarai nama yang diberikan oleh cikgu Hyorin sebentar tadi kearah Hyunmi dan Hyerim. Hyerim dan Hyunmi juga ada jawatan dalam kelab ni sebenarnya. Tapi ahli jawatankuasa sahaja. Tu pun sebab Hanni yang tolong cadangkan memandangkan dia setiausaha. Tapi mereka jarang meyertai perbincangan kelab mereka. Bosan sebenarnya dengar senior Niall tu duk membebel. Tapi kalau senior Zayn lain lah.

 

 

“ok, tak bertolak lagi pun Hanni dah dapat kerja. Bravo, bravo” kata Hyunmi sambil menepuk tangan seperti Hanni memenangi anugerah Oscar di Amerika.

 

“ok Hyunmi takde, Hyerim…. Ada. Sign kat dekat sebelah nama kau tu.” Kata Hanni. Dia saja nak mengusik . Hyunmi mencebik.

 

 

Hanni berjalan ke setiap barisan pelajar senior yang sedang beratur  dalam barisan tingkatan mereka. Masing-masing sibuk bersembang tanpa mempedulikan Hanni. Cuma dua tiga orang senior saja yang  memberi kerjasama kepadanya. Nauen dan beberapa rakannya sedang bergelak ketawa riang ria hari raya tanpa mempedulikan Hanni.

 

"Senior Naeun" Panggil Hanni. sedikit pun Naeun tidak memandang Hanni. 

 

Kemudian Hanni berjalan kearah pelajar senior yang sebaya dengan Baekhyun. Mereka melayan Hanni dengan baik sekali. Selesai mengambil kehadiran para pelajar, Hanni kembali kearah Hyunmi dan Hyerim.Banyak lagi pelajar yang belum menandatangan. ada sibuk menolong cikgu mengangkat barang perkhemahan mereka ke dalam bas. Hanni memberikan senarai nama itu kepada Hyunmi kerana dia belum menandatangan.

 

"You know what? kau tahu tak berlagak nak mampus Naeun ajinomoto tu. Aduh sakit hati aku ni tau tak ! dia ingat dia segak sangat kot? kena langgar lori baru tau" kata Hanni sambil berpeluk tubuh. Dia mendengus kuat. Tidak puas hati.

 

 

"kita semua tau dia tu berlagak. Kau pun kenapa baik sangat Hanni. Buat donno je." Kata Hyunmi.

 

"apa kena mengena dengan ajinomoto?" tanya Hyunmi dengan telus. Hanni dan Hyunmi menepuk dahi mereka. loading rupanya Hyerim ni.

 

"takde apa-apa" jawab Hyunmi dan Hanni serentak.

 


 

dalam bas

 

"Hanni kau nak duduk dengan siapa?" tanya Hyerim prihatin. Inilah masalah kalau naik bas. Mesti salah sorang akan mereput sorang-sorang dekat tempat duduk dalam bas.

 

"aku duduk sorang pun takpe. korang duduklah dekat belakang aku ke, tepi aku ke. Janji dekat dengan aku." kata Hanni sewaktu mereka beratur untuk menaiki bas.

 

"betul ke ni? takpelah Hyerim kau duduk dengan Hanni. Aku duduk dengan senior Kwon." kata Hyunmi pula, kan dah jadi satu masalah pula.

 

 

"sebelum kita semua menaiki bas, cikgu nak kamu semua check barang-barang kamu untuk kali yang terakhir. Cikgu tak nak ada yang suruh driver bas patah balik ke sekolah. Tolong jangan bawak yang cikgu pesan hari tu. ikut peraturan. Cikgu tak nak sebarang masalah berlaku. Tolong patuh peraturan kalau nak kem ni berjalan dengan lancar dan seronok." Pesan Cikgu Eunhyuk. 

 

 

"pembahagian kumpulan akan dijalankan setelah sampai di kem. sebarang masalah boleh berhubung dengan saya atau pun cikgu Eunhyuk. Cikgu Jongkok akan sampai esok. so semua kena behave ok?" pesan Cikgu Hyorin.

 

"nae!" jawab semua pelajar.

 

Semua pelajar berebut rebut masuk kedalam bas. Hanni, Hyerim dan Hyunmi pun apa kurangnya. Hanni berjalan pantas kearah seat nombor 4 dari depan. Dia mengambil tempat disebelah tingkap. wow heaven. Hyerim dan Hyunmi mengambil tempat dibelakang Hanni. Mereka bertiga ketawa puas.

 

 

Sementara menunggu bas penuh, Hanni membuka notification Line. kemudian dia menghantar sms kepada ommanya memaklumkan yang dia akan bertolak. Kemudian ada seseorang duduk disebelahnya dengan selamba. Merenung jelek kearahnya. Siapa lagi kalau bukan ajiomoto itu. Apalagi dia ni nak?

 

 

"woi junior, ni tempat kitorang lah." kata kawan Naeun. dua-dua muka macam Bij ! menyakitkan hati !

 

"apasal pulak? ada nama senior ke kat sini?" Balas Hanni. sikit pun dia tidak takut.

 

 

"kau jangan biadap ye! Kau tu junior je. Cuba hormat sikit kat senior macam kami" marah Hayoung. Hanni tersenyum sinis. Hyunmi dan Hyerim sekadar memerhati. tak berani nak masuk campur.

 

 

"well.... well...well.... saya ni kan BIADAP! perlu ke nak bagi hormat dekat senior taik ayam macam korang ni? lebih baik saya bagi hormat aje pokok kat luar tu. huh" kata Hanni. selagi dia boleh control mulut celopar dia, dia akan control. jangan sampai ada orang menangis dengar mulut nuclear dia.

 

 

"ahhh !!!" kata Naeun sambil melayangkan tangannya kemuka Hanni ! Hanni lansung tidak takut. Kalau inilah masa yang sesuai untuk berterus terang, dia sedikit pun tidak teragak-agak untuk memberitahu apa yang terpendam dalam hatinya selama ini. Naeun patut tahu !

 

 

"Hey Naeun!! kau dah gila ke?" tempik Zayn. semua yang berada dalam bas diam menikus. Jangan main-main dengan Zayn. Dia senior yang paling digeruni di sekolah. Mungkin tahun depan dia bakal menjadi pengganti Suho. 

 

 

"budak ni yang biadap ! ada ke patut dia samakan I dengan...." 

 

"apa kecoh-kecoh ni?" Tanya cikgu Eunhyuk. Hanni cepat-cepat memasang earphone. Malas nak amik tahu.

 

"dah kenapa ni Naeun? Aku dengar suara kau terpekik sampai keluar. Nak aku ambik tindakkan ke?" Kalau cikgu Eunhyuk guna kau aku ni, memang mood dia tak berapa elok lah.

 

"err.... d-dia..." baru sahaja Naeun mahu membuka mulut, Zayn memintas.

 

"its okay cikgu. Masalah kecik aje ni. Saya boleh handle." Kata Zayn. Naeun terus menarik muka. Namun dia masih belum berganjak dari tempat duduk Hanni.

 

"You ni kenapa Zayn? Sebelah kan budak mentah ni." Kata Naeun. Hanni memandang kearah luar tingkap. Malas nak ambik tahu masalah perempuan disebelah dia itu.

 

"Look, kau yang datang lambat. Now I nak kau bangun pergi duduk tempat lain. Ni tempat akuI." Zayn pulak berebut nak duduk situ. Nasib dia sorang saja.

 

"no !"Naeun!!! nak aku bagitau Niall all about kau ke?" kata Zayn dengan nada yang lebih keras.

 

"ok fine!" terus Naeun bangun dan blah dari situ. Zayn mengambil tempat disebelah Hanni. Zayn tidak lansung mempedulikan Hanni. begitu juga dengan Hanni.

 

 

Pandangan Hanni terhala kearah luar tingkap. Kemudian dia melihat seorang namja melambai-lambai kearahnya sambil menunujukkan sekotak makanan yang dibalut kemas. Hanni melambai kembali. Lee Hongbin bersama ricecake nya. Hongbin menunjukkan isyarat supaya Hanni turun mengambil kotak itu.

 

 

"errr..... senior, tepi sikit" Kata Hanni kepada Zayn yang sedang leka dengan Ipadnya. Zayn memberi sedikit ruang.

 

 

Baru sahaja Hanni sampai ditangga, dia dirempuh oleh seorang namja membuatkan badannya hilang keseimbangan. Pantas namja itu merangkul tubuh Hanni dari jatuh. Hanni melingkarkan tangannya dileher namja itu tanpa membuka mata.

 

 

"kau okey tak?" Tanya namja itu. suara yang sangat familiar ditelinganya.

 

Dan apabila dia membuka matanya....... "HOYA !" 

 

Hanni terus berlari keluar dari bus. Malu, Terasa panas mukannya.

 


 

Hari Pertama Di Kem

 

Segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. setiap kumpulan mempunyai 10 orang ahli termasuk lelaki dan perempuan. Khemah lelaki dan perempuan dipisahkan oleh sebatang sungai. Hanni sangat gembira bersama ahli kumpulannya. Mereka sangat baik dan bertolak ansur. Mereka lansung tidak mementingkan diri. 

 

 

Hyunmi berada dalam kumpulan 1. Dia juga agak gembira walaupun tidak bersama Hanni dan Hyerim. Dia bersyukur kerana tidak bersama kumpulan Naeun. Bayangkan semuanya ahli kumpulan Naeun yang buat. Dia hanya mengarahkan mereka. Ahli kumpulannya hanya mampu mengikut arahan Naeun.

 

 

Disangka hujan sampai ke petang, tapi panas ditengah hari. Jangan disangka laut yang tenang,  tiada buaya or whatever. Pokok pangkalnya Hyermi terpaksa mengharungi kehidupan selama 4 hari di kem bersama Naeun. Hanni dan Hyunmi tumpang simpati. Kumpulan Hyerim sangat mandom. Naeun pula berlagak seperti queenka didalam hutan seperti ana yang punya.

 

 

"weh Hanni, aku pelik lah. Macam mana Senior Baekhyun boleh join Kem kita ni? dia bukan ahli kelab ni pun." Tanya Hyerim hairan.

 

 

"untuk maklumat korang, selepas seminggu kem ni diumumkan, takde siapa pun yang bagi nama dekat cikgu Hyorin nak join kem ni. Lepas tu, sebab ramai yang tak berminat, cikgu buka Kem ni kat budak selain dari kelab ni. Sebab tu lah senior Baekhyun join kem ni." kata Hyunmi. Hanni hanya mendengar.

 

 

"patutlah....." kata Hanni perlahan.

 

"Patutlah apa?" Tanya Hyunmi.

 

"errr ... haa? ehh... aku nak cakap, sepatutnya kita ajak Min, Sohyun, Eunhye dengan Da nie." kata Hanni. 

 

patutlah Hoya ada sekali ! tapi untuk apa dia join kem ni? kalau aku jadi dia memang aku takkan join kem ni sebab ada orang yang aku benci satu kem dengan aku. okey, memang pelik.

 


 

"untuk aktiviti pagi ini, saya nak kamu semua cari herba yang saya tunjuk semalam masa dalam bulatan kumpulan. Setiap orang perlu memberikan komitmen yang terbaik dalam kumpulan. Ingat, jaga keselamatan masing-masing. Leader kena main peranan. Jaga anak buah kamu. saya tak nak ada yang hilang !" Kata Cikgu Leeteuk.

 

 

"Setiap kumpulan yang berjaya dalam misi yang terakhir ni, ada hadiah menanti. Buat yang terbaik. Saya nak kerjasama kumpulan." Kata Cikgu Hyorin.

 

 

"one, two, three , witttttttt!!!!!" bunyi wisel menandakan misi bermula. Setiap kumpulan mula berlari mengikut arah kompas masing-masing. Mereka tidak boleh memetik herba tersebut dan mereka hanya dibenarkan melukis gambar herba dan menerangkan fungsi herba itu dengan jelas dan ringkas. 

 

 

Masing-masing telah diberikan tugas yang berlainan dan Hanni sebagai pembaca kompas. Akhirnya kumpulan Hanni berjaya ke garisan penamat dengan semua Herba dilukis dengan baik. Kerjasama kumpulan yang ditunjukkan sangat baik. Hanni memeluk ahli kumpulannya dengan gembira! Hoya dan Zayn juga tersenyum puas. Mereka bertiga dalam kumpulan yang sama.

 

 

Kumpulan mereka berjaya pada misi yang terakhir ini. hari ini mereka hari terakhir di hutan ini. Pada awal pagi esok mereka akan berangkat pulang. Kem ini merupakan Kem yang paling menarik. Mungkin ini Kem yang terakhir mereka bertiga.

 


 

 

Siang telah pun melabuhkan tirainya. Malam  ini mereka berkumpul di tengah-tengah unggun api beramai-ramai. Malam ini merupakan malam terakhir mereka. Mereka bernyanyi beramai-ramai dan ada yang ringan tulang diantara mereka menyediakan hidangan makan malam. Mereka memangang ayam, ikan secara BBQ. Makan besar mereka malam ini. 

 

 

"Hanni, boleh tolong cikgu tak?" tanya cikgu Eunhyuk semasa Hyumi dan Hanni sedang membakar ikan. Hyerim sedang bersembang dengan senior Baekhyun, jadi mereka tidak mengajak Hyerim.

 

 

"boleh cikgu. nak tolong apa?" Kata Hanni bangun dari tempat membakar ikan.

 

 

"Kamu tau kan tempat letak kereta saya? Arang yang saya bawak ni tak cukup nak bakar ayam. ada baki saya simpan dalam kereta. tolong ambikan" kata cikgu Eunhyuk sambil menyuakan kunci keretanya.

 

 

"okay," Terus Hanni berjalan keluar dari tempat mereka berkhemah. Dia hanya ditemani lampu suluh yang memang sentiasa bersamanya. Jauh jugak kawasan kem ni dengan jalan besar. aduimakkkk.....

 

 

Hoya yang melihat Hanni berjalan keseorangan kearah jalan keluar bangun dari tempat duduknya. Dia mengekori langkah Hanni. Hanni lansung tidak sedar bahawa dia diekori. Kemudian Hanni berhenti sebentar melihat sekelilingnya. memang agak menyeramkan. Sungguh gelap. Menyesal pulak tolong cikgu. Dia pun pelik macam mana dia boleh ikut aje cakap cikgu.

 

 

"prap..." bunyi ranting patah agak dekat dengannya. Hanni jadi tidak sedap hati. Dia menghalakan lampu suluh kearah bunyi itu. takde apa-apa pun.
 

 

Baru sahaja Hanni menapak setapak ranting sebesar lengan Hanni jatuh dari atas pokok terkena kepala Hanni. Dia jatuh terduduk. Hoya yang berada disebalik pokok itu terkejut. Hoya mula membuka langkah mendekati Hanni. Tapi akalnya menahan perbuatannya itu.

 

 

no! dia tak boleh tahu aku ikut dia ! tak pasal-pasl dia menjerit , aku yang susah. So stay here.

 

 

Hanni bangun dan mengagahkan dirinya untuk berjalan meskipun sakit dikepalanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanni berjalan perlahan-lahan kearah kereta. Jalan kelihatan begitu seram dan suram dan hanya dilimpahi dengan cahaya lampu jalan. Alat kawalan kereta ditekan.

 

,Puas Hanni mencari arang tersebut namun dia tidak menemui apa-apa selain dari lampin pakai buang anak cikgu Eunhyuk dan 3 tin susu formula yang baru dibeli. Hanni duduk sebentar di dalam kereta. Dia mencari peti first aid jika ada. Kemudian dia ternampak satu lembaga yang sedang menghampirinya berpakaian hitam. Segera Hanni mengunci pintu.

 

Lembaga itu mendekati tingkap kereta cikgu Eunhyuk. Dia menekapkan mukanya ke cermin membuatkan Hanni hendak menangis. Kalau dia ada lesen kereta, dah lama dia pecut.

 

Lembaga itu mengetuk pula tingkap. Hanni membuka matanya perlahan. kemudian, dia menutup kembali. Takut !!!!

 

"tokk tokk...!!!!" bunyi ketukan. "....wei, ni aku lah pompuan. yang kau gelabah sangat ni pehal?" Kata lembaga itu. 

 

"errr.... kau bukan...err... jelmaan...ke... roh ke...." 

 

"bukak pintu ni pompuan, ingat kau sorang aje sedap duduk dalam AC." Kata namja itu lagi memotong kata Hanni.

 

"yelah...yelah...." Hanni membuka pintu belakang.

 

"Apa kau buat sorang-sorang kat sini? kau nak lari erk?....." Kata Hoya.

 

"waklu, kalau aku nak lari, dari hari pertama hari tu lagi aku lari. Kau tu ikut aku kesini pehal?" Kata Hanni sambil mencari peti first aid.

 

"hello, cikgu yang suruh aku lah. tak hinggin nak ikut kau." bohong Hoya. rasa tenang apabila dapat berdua-duaan bergini. Hanni juga tidak garang sangat malam ni.

 

"kau tolong cari kotak first aid boleh tak? aku dah cari kat dalam ni takde." kata Hanni. Kepalanya berdenyut kuat.

 

"meh sini kunci aku try cari dekat dalam bonet." Hanni menyerahkan kunci dan keluar dari kereta membuntuti Hoya.

 

"ada tak? kepala aku sakit ni."

 

"ada! TARAAAAA!!!!!" Hoya menunjukkan kemuka Hanni. Dengan ekspresi muka Hoya yang agak over itu membuatkan Hanni ketawa.

 

"HAHAHAHHAHAHAH....... macam badut sarkas kepala dongga kau tahu tak. HAHAHAHAHHHHAHHA!!!"

 

 

comelnya bila dia ketawa. selalunya aku ni dapat tengok muka asam kedondong dia aja.

 

"woi, berangan pulak kau ni." Hanni mengambil beberapa ubat untuk disapukan ke dahinya. Pantas Hoya menahan dia mengambil kapas dan ubat itu dari tangan Hanni.

 

"aku boleh buat sendiri lah...!" Kata Hanni. Hoya meletakkan jari telunjuknya kebibir Hanni.

 

"aku buat. Kau diam." Hanni senyap dan akur.

 

Sunyi menyelubungi mereka dalam beberapa minit..... sehinggalah

 

"Hanni..." Tangannya masih didahi Hanni.

 

"hmmm...."

 

"kau nak tahu something tak?" Tanya Hoya setelah selesai membalut luka kecil Hanni.

 

"emmm...hmmm..."

 

Hoya memandang wajah Hanni yang sedang memandang langit. Mereka berdua duduk berhadapan. Mungkin dah tiba masanya untuk Hoya berterus terang memandangkan hanya mereka berdua disini. Kalau disekolah Hanni suka mengelak dari bertebung dengannya walaupun mereka sekelas.

 

"aku-suka-kau" Kata Hoya dengan tulus. Sama seperti yang ada dihatinya kini. Hanni memandang muka Hoya tidak berkelip. Dia mengembungkan pipinya menahan ketawa.

 

"HA-HA-HA.... so lawak" kata Hanni mengangap Hoya membuat lawak.

 

"no Hanni ! aku serius !" Hoya meraih jemari Hanni dan dibawa kedada. Kali ini Hanni rasa Hoya memang serius. tiba-tiba dia rasa tidak selesa.

 

"ahh... aku nak balik! lepaskan tangan aku !" Kata Hanni dengan nada tinggi. Mana mungkin musuh tradisinya jatuh hati padanya melainkan hanya untuk mempermainkannya.

 

"Tolonglah Hanni, aku tak bohong kau ! aku memang sukakan kau !!! Memang, memang.... aku tahu selama ni aku suka cari pasal dengan kau, aku suka maki kau, aku suka usik kau... aku suka....."

 

"enough!!!!!!!!!!" pintas Hanni.

 

 


 

 

"lah...... kat sini rupanya arang lebih tu. alahai..... aku ingat sampah tadi." Kata Cikgu Eunhyuk sendirian. Kemudian dia melihat jam ditangannya. Dah hampir setengah jam Hanni pergi dan masih belum pulang. Risau mula menyelubunginya. Kebetulan Zayn melintasinya.

 

"Zayn..!" panggil cikgu Eunhyuk.

 

"yes !" sahut Zayn dan terus mendekati Cikgu.

 

"Kau kenal Hanni tak? Dia tak balik-balik dari tempat kereta saya dari tadi lagi. Dah setengah jam ni. Risau pulak saya."

 

"Hanni? yang kawan dengan budak dua orang tu ke?" Zayn menunjuk kearah Hyerim dan Hyunmi. Cikgu Eunhyuk menangguk.

 

"Tolong pergi cari dia. Saya takut dia sesat ke apa nanti. Saya pun silap, ada ke patut suruh budak perempuan." kata cikgu Eunhyuk kesal.

 

"baiklah, saya cuba cari dia" Zayn mencapai cap Nike yang berada di dalam khemahnya dan menyarung sweater kelabu. Terus dia berlari keluar dari kem.

 


 

" tapi untuk apa? kau benci aku kan? kenapa kau perlu confess dekat aku sekarang?" tanya Hanni bertalu-talu.

 

"aku buat macam tu sebab aku tak nak tunjuk yang aku sukakan kau ! aku terpaksa berpura-pura selama ni kau tahu tak ! ingat senang ke?" kata Hoya. Agak kuat.

 

"kau ingat dengan kau cari gaduh dengan aku, aku akan suka kau? macam tu? nope !"

 

"Ya ! memang ! sebab aku rasa kalau aku bagitau kau yang aku suka kau memang kau takkan terima aku ! Aku tahu semua pasal kau Hanni ! Semua !" Terang Hoya.

 

"dengan cara kau tu buat aku semakin benci kau, tahu tak ! parut dekat dahi aku yang kau buat ni takkan hilang! Semuanya sebab kau !" Balas Hanni.

 

"aku mintak maaf Hanni.... a-aku tak sengaja..."

 

"dahlah Hoya. Aku dah penat nak gaduh dengan kau. Macam budak-budak."nadanya semakin rendah.

 

 


 

 

disebalik semak

 

Seorang namja melihat drama swasta juniornya. Niatnya untuk mendekati Hanni tadi terbantut kerana dia melihat Hoya turut disitu. Malam ini segala-galanya telah terbongkar dihadapannya sendiri. Selama ini dia hanya menilai dari luaran. Tapi kini segalanya telah jelas.

 

mungkin rumour yang selama ini dia dengar betul. Ya, betul.

 

 


 

"kau ingat aku nak join sangat ke kem ni hah? kalau tak sebab kau, aku tak join kem ni ! aku suka kau Hanni ! aku tak tipu !"

 

"tapi aku tak suka kau!!!! tolonglah faham!!!" Jerit Hanni.

 

"aku tahu kau sukakan si Zayn tu kan? heh" kata Hoya sambil tersenyum sinis.

 

"kau ingat dia akan sukakan kau ke? jangan jadi bodoh Hanni ! dia takkan pandang perempuan macam kau ni! bagi dia kau ni takde class !"

 

"biarlah kalau aku bodoh sekali pun ! aku rela kena game dengan dia dari kenal manusia macam kau ni !!!!"

 

"Hanni!" 

 

"diam ! akutak habis cakap lagi ! kau tu manusia paling binatang aku pernah jumpa ! aku tak pernah jumpa lagi orang yang gila macam kau ! tolong lah !!!!! jangan ganggu aku.!!" terus Hanni mengemas barang first aid tanpa mepedulikan Hoya. Alat kawalan ditekan namun dia ditahan oleh hoya sekali lagi.

 

"untuk pengetahuan kau, kau tu perempuan paling bij yang paling aku sayang ! aku CINTA ! cuma aku takde masa untuk aku luahkan dekat kau. Aku mula sukakan kau sejak dari  first day kau daftar masuk kelas aku. Kau lah yang berjaya curi hati aku pada hari pertama kau kat sekolah. Aku cuba untuk tegur kau, tapi aku tak nak jadi macam budak biasa.

 

aku nak kau ingat aku kalau boleh setiap masa dalam hidup kau ! bukan saja-saja aku kutuk kau, perli kau. Aku tak nak jadi budak biasa yang kau anggap kawan kau. Sebab tu aku buat macam tu. tapi, pasal luka dekat dahi kau tu..... memang aku sendiri tak dapat maafkan diri aku. Aku betul-betul tak sengaja. Kau tahu tak, aku teringin nak rapat dengan kau. Macam Zelo rapat dengan kau. Macam si kembar tu melawak dengan kau. Macam Hongbin, ada kat mana saja dia ada.

 

Selama ni aku jeles, tapi aku senyap aje. Sebab dimata kau tu penuh kebencian terhadap aku. Takde lansung ruang untuk aku bertapak. itu apa yang aku nampak. Beruntung sangat Hongbin sebab dapat tengok senyuman kau, ketawa kau. Aku hanya mampu pendam. kau tahu tak sakit tu macam mana? Kau takkan tahu. Aku benci bila tengok kau dengan senior Zayn tu.

 

Aku tak suka kau dengan dia. Tapi bila ada peluang untuk aku rapat dengan kau, mesti ada dia. Kenapa perlu ada dia? Aku tahu kau suka dia. Hanni, bagi aku peluang." luah Hoya dengan panjang lebar. Mata hanni berair. dia tidak pasti kenapa.

 

"dan aku tak pernah suka kau, dan tak akan suka kau ! lupakan aku ! get your own life. ingat ! AKU TAK AKAN SUKA KAU !"

 

Hanni terus berjalan masuk kedalam hutan tanpa memandang Hoya.  Dia mengesat airmatanya yang bersisa. Mungkin betul kata Hoya, dia hanya mainan Zayn. Dia bukan siapa-siapa. Dia perlu sedar diri. Dia tak layak untuk Zayn. Dia juga masih belum dapat terima apa yang diberitahu Hoya. Dia rela Hoya membencinya dari menyukainya. pasti semuanya akan jadi janggal.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 11: Update soon
RayhanAdni #2
Chapter 10: wah wahwah hyerim pun dengan tagline jebonnya.

author-nim ,hanni tak marah ke hyunmi peluk hongbin ? :o
wawazimi
#3
Chapter 9: fuyoooooo......
wawazimi
#4
Chapter 8: Wahhh.... sedihnya... T.T
Update soon unnie. I curious ttg penyakit si v .
Fighthing!!
wawazimi
#5
Chapter 7: Ommo what happen?
Please update unnie
Wonderfullife_
#6
Chapter 7: Update soon
RayhanAdni #7
Chapter 7: T.T SEDIHNYA CHAP NI. SAYA PUN SENSITIP MCM HYU NMI JUGAK. NANGIS SKIT BACA. PPALI UPDATE SOON!
wawazimi
#8
Chapter 6: Kenapa unnie x buat hanni n hongbin kiss.. alaaaaaaa....
BabySprinkle98
#9
Chapter 6: amboi Hongbin ambl ksmptan nmpk nk cium Hanni hohoho kn x psl2 msing2 jd jnggal >_<.....cehh ad2 jelah mrid2 lam kls diorng siap cdng bg name ank diorng Lee Honni lg hehehe bkn diorg dh kawin pun.....baikny Zayn,Hanni suh tlng ajr jep ni x die tlng buatkn smpai hbis plak tu,bkn tlng buatkn krj Hanni jep p tlng kmskn bku Hanni skli huhuhu ;V.....haish Hanni dngn Hoya ni x hbis2 gduh kawinkn bru tau hehehe :D.....UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!