05 [Sungjae]

Temptation Of Crush

Minggu ini merupakan minggu merentas desa di sekolah mereka. Bagi atlet seperti  Hanni, Hyerim dan Hyunmi itu adalah hanya makanan mereka. Larian yang bakal dijalankan itu sejauh 4.2km dan masa yang diperlukan bawah 20 minit.

 

 

Larian ini juga bakal menyumbang mata kepada rumah sukan mereka. Mereka bertiga dari rumah sukan yang berlainan. Jadi mereka perlu bersaing sesama mereka untuk menyumbang mata kepada rumah sukan mereka.

 

 

“esok kita takde kelas tambahan akaun tau class. Cikgu nak uruskan beberapa perkara. Jadi kalau tak faham apa tentang akaun ni bole direct jumpa cikgu dekat pejabat sekolah. Cikgu ada ja dekat sana. Ingat, ujian kali ni cikgu tak nak ada yang gagal! Faham semua?”

 

 

“kami faham cikgu !” jawab mereka serentak. Kemudian mereka mengemaskan barang-barang mereka yang digunakan. Bayangkan kerajinan cikgu ni memang tiada tolok bandingnya. Bila dia free ja dia akan bagi tau dekat ketua kelas kami kata ada kelas tambahan.

 

 

Tambahan pulak kena buat kerja khusus yang memeningkan saraf otak Hanni, seo hyun dan Min jun. tapi bab-bab akaun ni seohyun lah paling expert sekali berbanding hanni dan Min. Hanni kelebihan dia terletak kepada kemahiran bahasa.

 

 

Macam Min pula dia lebih suka benda yang berseni. Dia sangat sukakan warna pink. Sama seperti Eunhye. Min juga salah seorang atlet disekolah Hanni, tetapi dia tidak banyak menonjolkan diri. Tetapi bila sebut ja nama Min, semua orang kenal.

 

 

Tapi dia bukanlah Queenka dekat sekolah. Maybe sebab dia Nampak comel dengan ketinggian dia 150 cm.

 


 

Pada suatu petang yang redup dan tenang, Hyunmi  dan beberapa orang atlet sedang berlatih dipadang. Hanni dan hyerim tidak akan menyertainya pada petang ini kerana mereka terpaksa menghadiri kelas tambahan masing-masing.

 

 

Di tengah padang hyunmi memerhatikan crushnya yang sedang bergelak ketawa dengan beberapa orang rakan kelas hanni dan kelasnya. Hyunmi hanya berjoging di sekeliling padang sekolah mereka.

 

 

“hyunmi gemuk !” jerit Hyunsik yang kebetulan ada dekat padang bersama Sungjae.

 

 

Hyunmi menghentikan langkahnya, dia flip back melihat siapa yang sesedap rasa pak aji noh moto mengutuk dia gemuk ! dia merenung tajam kearah Hyunsik. Hyunsik pula sudah ketawa terbahak-bahak. Sungjae masih meneruskan aktiviti regangannya.

 

 

“wei mulut kau tu baik sikit dari longkang! Ishhh busuk !” hyumi melaung dari hujung padang. Kemudian peniel menggamit hyunmi agar datang kearah mereka. Hyunmi  terus berjalan mendapatkan peniel.

 

 

“ mana lagi kawan-kawan kau yang lain?” tanya peniel  dengan senyuman yang sangat memikat. Hahaha….

 

 

“dorang semua ada kelas tambahan. Kan exam dah nak dekat. Semua busy menghadap buku. Tak pun tuition kat luar.” Jawab hyunmi  lembut.

 

 

“ kau ni aku tengok makin gemuk lah hyumi. Ni mesti kau makan banyak sangat. Tengok pipi kau tu.” Usik changsub. Fakta tentang changsub, ommanya pandai memasak. Ommanya ada buka kedai makan dekat Bandar. Ayah dia polis.

 

 

Hyunmi dan Hanni agak rapat dengan omma Changsub. Dorang suka makan free dekat kedai omma changsub yang sedap tu. Tapi tak sangka pulak dapat anak poyo nak mampus macam dia ni.

 

 

“choiiiihhhh… kat rumah kau takde cermin erk? Kau cer tgk perut kau macam ikan paus tu. Orang tiap-tiap petang workout ke, bersenam ke yang kau tu pergi habis kan makanan kat kedai omma kau. Afalah”

 

 

“hahahaha….. apalah changsub ni. Kan dah kena sebijik.” Ujar illhoon.

 

 

“ahhh diam lah kau. Ingat hebat dah lah tu.” Ujar changsub tak puas hati. Tapi changsub dan hyunmi memang suka melawak kasar. Semua orang dah maklum dengan mereka.

 

 

“korang ni memang datang ni untuk training ke atau nak mengutuk aku.” Sesekali hyumi mengerling kearah sungjae.

 

 

“kitorang datang ni sebab nak berjimba jimbo dengan kau lah.” Jawab hyunsik. Cepat saja penumbuk hyunmi singgah di tengah belakang hyunsik. Susah cakap dengan manusia yang tak cukup ni.

 

 

“jimbo otak kau ! aku bagitau cikgu doo joon karang kau tak datang training dah seminggu. Biar dia buang kau dari pasukan bola sekola kita. Hahahahahaha *evil laugh*”

 

 

“ayam punya hyunmi, kau jangan. Kami dah nak lawan ni.”

 

 

“nasib kau lah kambing. Cikgu doojoon sayang aku.” Kata hyunmi sambil mencebikkan bibirnya.

 

 

“ok, kalau kau nak bagitau cikgu pasal hal ni, aku pun ada tau rahsia kau jugak. Bagitau ajelah. Aku tak kisah. Aku takut kau ajelah yang malu. Ye dok changsub?” kalau kepala kambing dua orang ni bergabung memang fening lah…..

 

 

“RAHSIA APA????????” mata hyunmi membulat memandang mereka.

 

 

“tut…..tut…hahaha…..!!!!!!!”  kata mereka sentak sambil memnadang hyunmi.

 

“tak guna betul !” hyunmi menghentakkan kaki lalu pergi dari situ.

 

“mimpi indah SAHABAT ! hahahahahahahahah……….!!!!”

 


MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH.

 

“woooooiiii aku takut siot !!” sohyun mula teruja.

 

 

“girls ingat ! kita mesti potong crush-crush kita. Ingat misi kita. Kalau boleh aku nak potong sungjae sebab semua orang tau yang dia lari laju. Selalu dapat number satu. Faham girls?” ujar hyumi dengan bersemangat.

 

 

“hyunmi, crush aku tak lari macam mana?” tanya hanni. Ada sedikit sedih disitu.

 

“dah kenap pulak dia tak lari?” hyunmi mengerutkan dahi.

 

“dorang cakap dia jaga checkpoint. Ishhh macam mana aku nak ada semangat ni. Aku lari dengan korang ajelah.” Ujar hanni dalam nada sedih.

 

“yeke? Apasal aku tak dengar macam tu pun?” kata hyerim pula.

 

“ manalah aku nak tau. Aku dengar naeun sembang denga chorong unnie kelmarin”

 

 

“hanni, kalau macam tu lagi bagus, kau tak payah nak cover-cover cun macam kitorang. Lari macam mana pun takpe. Tapi masa kau sampai kat check point nanti kau cover sikit-sikit dah lah.” Nasihat Eunhye pula.

 

 

“okay girls, semua chill, pastikan 1-10 tu number kita. Jangan bagi chance dekat orang lain. Ingat kita dah training seminggu. Penat tau ! lepas ni exam pulak.” Kata hyunmi seolah-olah seperti coach yang ingin menghantar pemain-pemainnya ke piala dunia.

 

 

“semua pelajar diminta berkumpul dihadapan padang sekolah untuk larian pada pagi ini. Diminta pelajar lelaki beratur terlebih dahulu. Pelajar perempuan sila beratur dibelakang mereka.” Semua pelajar-pelajar beratur dengan tertib dan kemas.

 

 

Cikgu doojoon dan nickhun sedang menunggu arahan dari cikgu yang menjaga check point. Masing-masing menjadi berdebar-debar dan teruja. Tahun ini hadiahnya agak lumayan. Jadi semua pelajar menjadi teruja.

 

 

“powmmmmmmmm!!!!” satu das tembakan dilepaskan oleh pengetua tanda larian bagi pelajar lelaki bermula.

 

 

Sungjae hanya berjogging sementara pelajar lain sudah jauh kedepan.  Dia Nampak sangat rileks. Bole lagi dia menegur makcik-makcik yang lalu lalang disitu. Hyun mi yang melihat situasi itu menjadi tidak puas hati. Baru dia nak tunjuk hebat didepan sungjae.

 

 

Tapi sungjae sesedap ribena  ja berjogging dan lansung tidak terlihat riak yang takut kalah di wajahnya. Ini amat merisaukan hyunmi.

 

 

“pelajar perempuan diminta bergerak dengan kadar yang segera kearah pintu padang.” Kedengaran jelas announcement dari astaka dekat dengan padang sekola. Pelajar yang paling hadapan semestinya hyumi dan rakan-rakannya.

 

 

“powmmmmmmmm!!!!” satu das tembakan dilepaskan lagi keudara oleh pengetua Lim.

 

 

Hyunmi sebolehnya hanya slow jog kerana dia takut pancit ditengah jalan. Jadi dia perlahan-lahan membuka langkah yang lebih besar. Ramai pelajar yang telah memintas dia. Bayangan sungjae juga sudah tidak kelihatan.

 

 

Dia membuka langkah yang lebih besar dan memintas hampir separuh pelajar  lelaki disekolahnya. Tiba di checkpoint Zayn, dia mengambil rebind an diikat dilengannya tanda dia sampai di situ. Tujuan ada checkpoint tak nak student tersalah trek dan tak nak ada yang mengelat.

 

 

Sudah separuh trek dilaluilnya dia masih belum ternampak bayang sungjae. Dia sangat risau akan sungjae. Kakinya juga sudah sakit. Dia melajukan lagi kakinya utk sampai ke padang sekolah semula dan dia terlihat seseorang sedang tidur dibawah pokok.

 

 

Susuk tubuh tu seakan macam dia kenal. Kemudian dia teroandang kasut yang lelaki itu pakai, mmg sahlah sungjae. Baik punya tidur bawah pokok. Hyunmi sudah memintas semua pelajar sekolahnya dan mereka masih jauh dibelakang.  Sungjae meletakkan lengannya didahi. Jadi wajahnya terlindung.

 

 

Nak buat apa dengan dia ni? Nak kejutkan ke nak aku blah aje dari sini? Ermmm….. blah ajelah. Aku dengan dia pun bukan cakap sangat.

 

 

Baru saja hyunmi menyusun langkah untuk pergi dari situ, ada satu suara menegahnya.

 

 

“amboi, awak stalk saya erk?” sungjae bangun dari  pembaringan  dan bersandar di pokok. Matanya memandang wajah hyunmi yang penat.

 

 

“huishhh….. mana ada. Saya just nak pastikan siapa yang terbaring tu. Kot-kot lah penyamun manalah nak datang culik saya. Sekarang ni kes penculilkan makin menjadi-jadi.” Ujar hyunmi.

 

 

“yelah tu. Awak sorang aje ke yang lalu kat sini? Mana yang lain?” kata sungjae. Dia sudah berdiri sambil menepuk-nepuk seluarnya yang berdebu. Nampaknya dia seperti ingin meneruskan lariannya.

 

 

“haah, saya sorang. Tak sangka saya sorang aje tadi. Ingat dah salah trek tadi.” Kata hyun mi juga mula berjalan.

 

“awak ok tak lagi ni? Or dah pancit dah ni?” tanya sungjae sambil bertinggung membetulkan ikatan tali kasutnya. Kemudian dia berdiri.

 

“hahaha… *akward laugh* boleh lagi kut ni.”

 

“meh sini jap.” Sungjae membuat isyarat tangan agar datang mendekatinya. Tanpa ragu-ragu hyunmi pergi mendekat.

 

“kenapa?”  tanya hyunmi. Sungjae memegang kedua belah bahu hyunmi. Mereka bertentang mata. Hyunmi jadi berdebar.

 

 

Dah kenapa rentua ni? Apasal nak sweet dekat bawah pokok ni. Dah hilang akal ke? Tau tak nanti kalau aku cair susah aku nak lari. Ishhh…

 

 

“sebenarnya……..saya…..dah  lama…………. “ kata sungjae meleret-leret dengan senyuman menggoda.

 

 

Adakah dia akan melamar aku jadi isteri dia? Omegeeeeeeeeeee……. Yesss saya nak! Dah jangan tanya apa-apa dah pasni ! saya nak awak aje. Hahahahahha….. mesti hanni dengan hyerim jeles tahap ayam dekat aku. Ya tuhan……..

 

 

“ddddaaaaah….. laaaammmma… apa?” jawab hyunmi terketar-ketar pulak. Adush malu siot!

 

 

“ dah lama saya tengok tali kasut awak terjuntai. Nanti nak lari susah. Meh saya ikat bagi kemas sikit. Apalah awak ni.” Sungjae terus membongkokkan badannya untuk membetulkan tali kasut hyunmi.

 

Dushhhhh! Aku ingat apalah tadi tu…… rupa-rupanya dia perasan tali kasut aku aja. Hishhh baru nak syok setingkat. Tak guna betul ! dia main-mainkan aku!!

 

 

Satu tumbukan dilepaskan keudara. Sungjae masih memperbetulkan tali kasut hyunmi. Dia geram sebenarnya.

 

 

“done ! kay hyunmi, kita ada lagi 2.1 km untuk lari. Kat sini baru half trek tau tak.”

 

 

“what? Baru half? Seriously?”  macam nak pengsan dengar kata-kata sungjae. Hyunmi rasa macam dah habis satu Bandar dia tawaf. Ni baru half? K. ni gila.

 

 

“yeah, dah jom lari.” Sungjae mencapai tangan hyunmi. Hyunmi membeliakkan matanya!

 

 

“jom!!” mereka berdua berlari bersama-sama. Bagi hyunmi, ini adalah mimpi ngeri yang paling indah dalam hidupnya. 


 

hey korang ! * lambai tangan*

sorry sebab saya lambat update. sekarang ni saya tgh busy nak amik lesen, nak survey course kat U lagi.

saya harap chapter ni x boring. tapi kalau boring maaf ye. im lacking of idea now.

saya jugak harap semua silent reader komen. saya jugak hargai dan sangat hargai siapa yang upvote tu. thanks alot.

kepada rayhanadni, mohon enjoy chapter ni dan kalau ko upvote pun x jejas karma kau lah, hahaha... takut sangat karma dia kurang.

hope korang semua enjoy. i really need your comment, so please comment. 

i love uolss.

bye~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 11: Update soon
RayhanAdni #2
Chapter 10: wah wahwah hyerim pun dengan tagline jebonnya.

author-nim ,hanni tak marah ke hyunmi peluk hongbin ? :o
wawazimi
#3
Chapter 9: fuyoooooo......
wawazimi
#4
Chapter 8: Wahhh.... sedihnya... T.T
Update soon unnie. I curious ttg penyakit si v .
Fighthing!!
wawazimi
#5
Chapter 7: Ommo what happen?
Please update unnie
Wonderfullife_
#6
Chapter 7: Update soon
RayhanAdni #7
Chapter 7: T.T SEDIHNYA CHAP NI. SAYA PUN SENSITIP MCM HYU NMI JUGAK. NANGIS SKIT BACA. PPALI UPDATE SOON!
wawazimi
#8
Chapter 6: Kenapa unnie x buat hanni n hongbin kiss.. alaaaaaaa....
BabySprinkle98
#9
Chapter 6: amboi Hongbin ambl ksmptan nmpk nk cium Hanni hohoho kn x psl2 msing2 jd jnggal >_<.....cehh ad2 jelah mrid2 lam kls diorng siap cdng bg name ank diorng Lee Honni lg hehehe bkn diorg dh kawin pun.....baikny Zayn,Hanni suh tlng ajr jep ni x die tlng buatkn smpai hbis plak tu,bkn tlng buatkn krj Hanni jep p tlng kmskn bku Hanni skli huhuhu ;V.....haish Hanni dngn Hoya ni x hbis2 gduh kawinkn bru tau hehehe :D.....UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!