10

Temptation Of Crush

 

6 TAHUN SEBELUM.

 

 

Tahun ini merupakan tahun terakhir mereka disekolah. Masing-masing sibuk dengan persediaan perperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tiada lagi istilah junior.Batch mereka merupakan senior pada tahun ini.

 

 

Bagi Hyunmi, segala aktiviti padangnya telah lama dia tinggalkan. Dia mahu focus dalam pelajaran. Cuma sekali sekala dia melepaskan gian dan sekadar meregangkan urat untuk menghilangkan stress study. Dia tidak lagi menyertai pertandingan seperti sebelum ini.

 

 

Ommanya sudah memberitahunya yang sepanjang tahun ini dia perlu menghadiri kelas tambahan hampir setiap hari. Penat tu tak payah ceritalah. Tapi apa salahnya kalau kita usaha sendiri kan? Belajar tu tak susah mana pun, tapi diri sendiri saja yang takde inisiatif.

 

 

Hyunmi juga sudah jarang berjumpa dengan Sungjae. Walaupun mereka sekelas, tetapi hubungan mereka seperti kian jauh. Hyunsik juga makin kuat mengusiknya. Banyak gambar hodoh Hyunmi telah tersebar didalam grup  wechat kelas angkara Hyunsik dengan Changsub yang suka mengusik. Makin malulah Hyunmi mahu berjumpa Sungjae.

 

 

Hyunmi juga ada mendengar berita tentang ‘Geng Bahaya’  yang cuba untuk mengurat  Sungjae. Hatinya jadi panas. Geng Bahaya tu bukan orang lain, kawan sekelas Hyunmi jugak. Kebanyakkan kawan baik Hyunmi didalam kelas mereka sudah tau yang Hyunmi menaruh hati terhadap sungjae.

 

 

Semakin hari semakin  menjadi-jadi perangai Geng Bahaya itu. Tapi sungjae pun gedik melayan mereka. Itu membuatkan hati Hyunmi menjadi semakin membengkak. Jadi saluran utama untuk melepaskan geramnya tetntunya Hanni dan Hyerim. Mereka merupakan penasihatnya tidak berbayar.

 

 

“eiiiiii …!!!! Aku memang tak boleh blah lah dengan Geng Bahaya tu! Ada ke patut diorang duk mengurat Kim Tan aku ! oh sh*t !” hambur Hyunmi. Sebelum ini Geng Bahaya tak pernah masuk campur dan buat Havoc dalam kelas pun. Tapi entah semenjak dua menjak ni makin menjadi-jadi.

 

 

“okey-okey-okey……  cuba kau cerita dekat aku dengan Hanni apa yang diorang buat dekat Kim Tan?” ujar Hyerim. Dia juga risau melihat Hyunmi macam dirasuk hantu kak limah.

 

 

“no, kau ingat tak masa Valentine Day dekat sekolah? Kan aku ada buat kad ucapan bapak besar. Aku letak atas meja dia. Kau tau apa Geng Bahaya tu buat? Kau tau takkkkkk!!!” tubuh Hanni digoncang kuat. Sah ! perempuan ni telah dirasuk jembalang!

 

 

“woi ayam, fening kepala aku lah bodoh. Tak payahlah nak goncang bagai. Over pulak dia ni.” Kata hanni. Habislah kepalanya.

 

“okey-okey sorry. Emotional pulak aku. Hehehehe……..” Hyumi tersengih seperti kerang busuk.

 

“cepatlah cerita….!!!”

 


 

 

Flashback

 

 

Aku tau Kim tan mesti suka kad ucapan dengan cupcake yang aku beli dekat Everdeen Cookies ni. Omegeeeee!! Aku mesti confess dekat dia no matter what happen! Aku tak kira ! dah 2 tahun aku pendam perasaan ni sampai terendam dah.

 

 

Hyunmi meletakkan cupcake dan kad ucapan diatas meja Sungjae. Dia malas nak buat fans sungjae yang lain. Letak dalam loker. Taktik yang sangat lapuk. Lagipun dia dan sungjae memang berkawan baik sekarang ni. Jadi tidak ada salah faham kalau dia bagi semua ni.

 

 

Sungjae masuk didalam kelas mereka. Rambutnya masih basah. Mungkin baru lepas  training dipadang. Bau perfume Sungjae memang  wangi. Itu membuatkan Hyunmi lebih tergoda. Sungjae pergi berbual dengan Changsub dan Peniel, Hyunmi berasa sedikit hampa. Tak mengapalah. Hyunmi melukis sesuatu diatas buku contengnya.

 

 

“Hi Hyunmi-mi…..” tegur Sungjae namun dia telah diserbu oleh Geng Bahaya!

 

 

Hyunmi yang baru sahaja seronok kerana namanya diseru Kim Tan tersentak !  Geng Bahaya telah memotong line dia ! ini tidak adil. Tapi Hyunmi menyembunyikan riak tidak puas hatinya. Sabar saja didalam hati. Kalau tak dah lama dia menjerit.

 

 

Geng Bahaya diketuai oleh Babyseol. Orangnya baik tapi bila dah nak menggedik tu sampai tak ingat dunia. Itu definisi Hyunmi.

 

 

Anak-anak buah yang lain:

 

  Seo Jisu ;kaki kencing sekolah. Tapi tak pernah diberkas.

 Yoo Jia ;Hyunmi sendiri tak pasti kenapa dia ni dikatakan paling cantik didalam kelas. Datang kelas selalu make up 3 inci.

 Lee Miju ; mak dia ada buka kedai kek. Hyunmi suka oder kek keju pandan. Sangat sedap dan laku. Hanni aje selalu tak dapat nak rasa.

 Jeong Yein ;yang paling muda dan annoying ! dia lah suka sangat kacau Kim Tan dan menyusahkan hidup orang lain. Dia pernah confess terus kat Kim Tan.

 Kay ; kedua tercantiklah konon. Selalu suka tapau  dekat kantin. Know what? Dia nil ah kekasih Woohyun. Yang senior Suho pernah perli dulu tu.

Ryu Sujeon ;dia ni jenis senyap. Tak ganngu orang lain.

Jin ;suka melalak dalam kelas sebab tak terpilih masuk Korea Got Talent kot. Tapi dia lah sumber maklumat aku. Dia tak kira rahsia ke tak. Semua dia cerita habis.

 

 

 

“weh, ni mak aku ada buat kek untuk Valentine. Siapa nak datang kat meja aku. Kalau nak tempah corak design , flavor bagai boleh lah meh buat order. Tak pun wassap aku masa balik nanti for the detail. Include postage ye.” Atudia  miju buat sale.

 

 

“Sungjae, ni untuk kau. Hari ni kan valentine. Aku harap kau terimalah cinta aku . please.” Kata Yein sambil meletakkan sekotak hadiah diatas meja Sungjae. Diatas kad ucapanHyunmi sebenarnya.

 

 

“oh…. Ahhh…ermmm…. Thanks.” Sungjae menggaru kepalanya yang tidak gatal. Semua geng bahaya berkumpul di meja Sungjae. Kecuali Miju dan Sujeon.

 

 

“kau baru habis latihan ke?” tanya Kay.

 

“ ha’ah.”

 

“ni hadiah aku. Bukan untuk valentine pun. Amiklah. Harap kau suka.”  Kata Jia pula. Sekotak kek yang baru dikeluarkan dari peti ais. Diletakkan atas kad Hyunmi. Sekali lagi.

 

 

Hyunmi hanya memandang dari ekor matanya sahaja. Dia pura-pura melukis padahal dia sedang menahan geram. Habis tulisan pada kad itu kembang kerana terkena titisan air dari kek Jia.

 


 

Sungjae POV

 

Hailah diorang ni….. datang menganyam ketupat kat tempat aku pulak. Yein ni pun tak faham bahasa ke? Kan aku dah tolak cinta dia hari tu. Apahal nak paksa-paksa aku lagi. Japgi ada ja yang balik rumah takde kepala.

 

 

Eh… kenapa Hyunmi macam takde mood je tu? Selalu dia happy memanjang dengan changsub. Takkan dia jeles aku borak dengan diorang ni. Mustahil.

 

 

Kemudian Sungjae perasan yang ada sekeping kad besar gajah atas mejanya. Sudah terkena air. Ni mesti  dari fans dia. Tapi kebanyakkan fans dia dah dilarang menaiki kawasan kelas senior. Jadi ini dari siapa? Hadiah yang diberikan oleh Geng Bahaya ditolak ke meja changsub. Sungjae dan Changsub duduk sebelah menyebelah.

 

 

Hyunmi fed up ! dia bangun lalu ketempat Ara. Ara juga satu kepala dengannya. Ara jugak tidak suka dengan Geng Bahaya kesayangan cikgu itu. Jadi bermula lah misi menganyam ketupat…….

 


 

“okey Hyunmi, kali ni dah masuk 10 kali kau asyik duk cerita benda yang sama. Bukan kitorang tak nak bantu kau, tapi kau kena usaha sendiri.” Kata Hanni.

 

“maksud kau, aku kena confess kat dia? Oh My English !” Hyerim dan Hanni mengangguk mengiakan cadangkan mereka.

 

“malu lah aku ayam! Aku kan wanita. Takkan aku yang kena terus terang? Omona!” Hyerim sudah menyampah dengan sikap Hyunmi yang agak sedikit gedik itu.

 

“okey, as I said before takde istilah pili cari timba……”

 

“pili? Mwoya?” sampuk Hyunmi. Macam nak bagi penampar aje dia ni. Orang nak tolong dia tapi duk ejek pulak.

 

“perigi jebon. Aku salah cakap lah.” Dan Hyerim sudah malas untuk membuka suara.

 

“okey, macam mana pun kau kena confess dekat Kim Tan blur tu. No matter what ! even hujan ke, ribut ke, taufan ke or whatever it is kau kena terus terang pasal hal ni.”

 

 

“aku malu lahhhhhhhhhh!!!!”

 

“kau nak ke tidakkkkkkkkk!!!!! Yahhhhh!!!” jerit  Hyerim dan Hanni.

 


 

GRADUATION NIGHT

 

 

Seminggu sebelum mereka tamat persekolahan, adalah menjadi tradisi sekolah mereka mengadakan satu malam gilang gemilang untuk meraikan para pelajar yang bakal meninggalkan sekolah. Ada yang sedih dan ada jugak yang sedang bergembira.

 

 

Malam ini bertemakan princess and prince, berpisah tiada. Mana diorang dapat tagline tu pun mereka tak pasti. Tapi memang Hanni agak menyampah dengan tema malam ini. Dia paling tidak suka memakai gown atau dress. Baginya terlalu gegirl. Dia tidak suka.

 

 

Hyumi dan Hyerim memenuhi tema pada mala mini. Mereka berdua comel memakai costume Elsa dan Anna. Hyunmi memakai baju Elsa. Katanya tidaklah terlalu seksi Cuma ketat sikit dekat bahagian punggung. Hyerim memakai costume Anna. Sangat simple dan selesa. Hanni? Dia menjadi putera yang sangat kacak. Kenapa lah dia pilih tema lain bebenor –‘

 

 

 

Hanni memakai pakaian yang putera yang terdapat dalam cerita Barbie. Semua props dan costume dia pinjam dari hongbin. Semuanya sekali ! kecuali yang kecik-kecik tu aje. Hehehe…. Rambut Hanni yang tidak terlalu panjang itu diikat dan ditutup dengan topi koboi. Misai tipu dicilok dari Hongbin kerana Hongbin aktif dalam pertandingan Drama disekolah.

 

 

 

Pistol mainan disisipkan ketepi poket. Nampak sungguh bergaya. Dia berjalan dengan yakin sekali ketika melalui red carpet. Tak seperti Hyunmi dan Hyerim yang tersengih-sengih malu. Dia lebih selesa begitu. Hanni melangkah bersama Hongbin ke dalam Ballroom. Kalau siapa yang tidak kenal Hanni akan menggangap dia adalah lelaki. Nasib baik acara ini hanya untuk pelajar senior yang diraikan sahaja. Kalau tak makin melonjaklah saham Hanni.

 

 

 

“mana Kim Tan aku? Aku ta k Nampak pun. Tak kan dia tak datang? Penat aku dress up macam ni.” Rungut Hyunmi. Mereka duduk di meja yang disediakan.

 

“sabarlah. Kan awal lagi ni. Kau ni gelojoh lah.” Kata Hanni.

 

 

“Hanni, apasal kau pakai macam ni kau tak bagi tau kitorang? Kau ingat aku suka ke pakai macam perempuan ni.” Kata Hyerim pula. Memang dari awal lagi Hanni perasan yang Hyerim tidak selesa dengan gownya itu.

 

 

“manalah aku nak tau. Aku cari baju pun last-last minit. Nasib boleh masuk tema baju ni. Kau ingat senang ke nak tempah costume? Semua aku pinjam.” Kata Hanni sambil memperbetulkan bajunya.

 

 

“aku ,Luhan oppa yang tempahkan dengan Hyunmi.” Jelas Hyerim.

 

 

Majlis dimulakan dengan pemberian anugerah pencapaian pelajar cemerlang. Kemudian disusuli dengan persembahan dari para pelajar seperti nyanyian, sketsa yang memerli cikgu, tarian dan yang paling menarik sekali ialah nyanyian dari semua guru-guru. Jamuan makan dimulakan. Ramai pelajar yang mengambil kesempatan berselfie dengan guru-guru.

 

 

Hyunmi meminta diri ke tandas sebentar sementara Hongbin, Hyerim dan Hanni menjamu selera. Mereka berborak tentang benda yang merapu dan membuatkan Hongbin hampir nak termuntah. Kesian hongbin.

 

 

Ketika  hyumi berjalan menuju ketandas, dia ternampak Sungjae sedang berborak dengan set-set ultrasnya. Jadi dia terus ke tandas tanpa menegur Sungjae.

 

 

Mungkin malam ni masa yang sesuai untuk aku confess dekat dia. Aku tak perlu nak tunggu dia melamar aku sebab dia tak pernah tau pun apa yang aku rasa. Aku kena berani ! tapi, macam mana kalau dia reject aku? Mesti malu kan?

 

 

No ! no ! no! aku kena berani. Lagi pun ada seminggu je lagi sebelum sekolah tutup. Aku kena usaha. Kalau tak macam mana dia nak tahu pasal perasaan aku ni. Dah lah dia tu blur dan slow kadang-kadang. Go Hyunmi ! Fighting !

 

 

Ketika baru sahaja keluar dari tandas, Hyunmi ternampak Sungjae bersembang dengan seorang perempuan. Siapa lagi kalau bukan yein. Yein memeluk lengan Sungjae dengan manja. Tiada siapa pun di koridor itu. Cuma ada Hyunmi, Sungjae dan Yein.

 

 

Hyunmi berjalan kearah Sungjae dengan perlahan-lahan tapi baru tak sampai  5 tapak, langkah dia terhenti seketika. Matanya terasa panas. Airmata mula keluar. Dia tidak kira ! dia kena berterus terang !

 

Sungjae sedang bercium dengan Yein!!!!! KISS !!

 

“maaf sebab aku ganggu korang . aku tau aku tak patut cakap pasal benda ni dan aku tak patut ganggu korang berdua.” Dalam esak dia menahan sebak didada. Baru ja ada semangat nak confess.

 

 

Sungjae terus menolak yein ! dia mengelap bibirnya. Dia jijik dengan permainan Yein!

 

“eh…. Kau dah salah faham ni Hyunmi…. Sebenarnya….” Kata Sungjae. Dia panic !

 

 

“sebenarnya apa? Hah! Sebenarnya aku yang bodoh sebab selama ni suka kan kau ! kenapa aku terlalu cintakan kau ! kau tu crush aku paling aku cinta kat sekolah kau tahu tak !! kau takkan pernah tahu sebab kau tu bodoh ! dan aku pun bodoh sebab jatuh cinta dengan manusia yang tak pernah anggap kehadiran aku.

 

 

Kau Yein ! selama ni aku sabar aje tengok kau duk menggedik dengan dia ni. Tapi sekarang aku faham. Aku Cuma bertepuk sebelah tangan. Aku memang tak layak untuk dia ni! Dan kau Sungjae, lepas ni tolong jangan pernah muncul dalam hidup aku lagi! Aku benci kau!” hambur Hyunmi. Dia terus berlalu pergi namun pantas dihalang Sungjae.

 

 

“baguslah kau sedar pompuan. Aku dan sungjae memang saling mencintai pun. Kau kena sedar kau tu hodoh. “ kata Yein sambil menjeling kearah Hyunmi yang sudah basah dengan tangisan.

 

 

“kau diam lah betina ! kau ingat aku nak kiss kau ke ?” marah Sungjae. Kerana Yein persahabatan dia dan Hyunmi terganggu.

 

“look, apa yang kau Nampak tak sama dengan apa yang berlaku. Aku tak nak kiss dia pun ! please Hyunmi.” Kata Sungjae lagi.

 

 

“pang !” 5 jari Hyunmi melekat dimuka Sungjae. Dah terang-terang sungjae bercium tapi dia masih menafikan. Tengok Hyunmi ada confess tadi pun mana Sungjae perasan susah ada kawan slow plus blur.

 

 

“enough ! kau tak perlu cakap apa-apa lagi !!!!!! aku tak perlukan kau!” terus Hyunmi berambus dari situ dan masuk kedalam Ballroom. Nasib agak baik kerana keadaan dewan agak gelap. Dia kembali kemejanya dan terus memeluk orang disebelahnya.

 

 

“ehh… awak kenapa Hyunmi.” Tanya lelaki itu.

 

“err… Hongbin ke tu?” malu sekejap. Dia ingat hanni.

 

“Ha’ah.. hahaha.. awak kenapa?” tanpa menjawab Hyunmi terus memeluk Hongbin dan menangis dibahu lelaki itu. Hongbin jadi tertanya-tanya.

 


 

“apa kau buat ni ha? Kau gila ke?” tanya Sungjae seperti singa kelaparan.

 

“kau tu bodoh ! aku dah cakap banyak kali yang aku ni sukakan kau. Kau tak reti reti lagi ke?” kata Yein. Dia jadi menyampah pula.

 

“sebab kau aku dengan Hyunmi jadi macam ni ! kawan kita kut.” Kata Sungjae lagi. Dia meraup wajahnya. Malam ini tiada makna baginya.

 

“kau ni bodoh ! kau tahu tak? Hyunmi tu suka kan kau ! ishh tolong lah.” Kata yein lagi.

 

“apa kau merepek  ni Yein. Cukuplah kau dah hancurkan hubungan kami. Aku dah lah tak berapa baik dengan dia.”

 

“pang !” kini 5 jari yein pula melekat diwajah Sungjae. Bengap betul sungjae ni.

 

“itu untuk bagi kau tu sedar! Jangan blur sangat! Hyunmi tu cintakan kau ! aku pun cintakan kau ! bodoh !” terus Yein meloloskan diri kedalam Ballroom.

 

“what? Hyumi suka aku?”

 


 

hyunmi suka sungjae? wohuuu... daebak hyunmi akhirnya confess jugak.

so korang macam mana? x nak komen ke? 

cerita ni dah nak habis. thanks sbb sub //bow//

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 11: Update soon
RayhanAdni #2
Chapter 10: wah wahwah hyerim pun dengan tagline jebonnya.

author-nim ,hanni tak marah ke hyunmi peluk hongbin ? :o
wawazimi
#3
Chapter 9: fuyoooooo......
wawazimi
#4
Chapter 8: Wahhh.... sedihnya... T.T
Update soon unnie. I curious ttg penyakit si v .
Fighthing!!
wawazimi
#5
Chapter 7: Ommo what happen?
Please update unnie
Wonderfullife_
#6
Chapter 7: Update soon
RayhanAdni #7
Chapter 7: T.T SEDIHNYA CHAP NI. SAYA PUN SENSITIP MCM HYU NMI JUGAK. NANGIS SKIT BACA. PPALI UPDATE SOON!
wawazimi
#8
Chapter 6: Kenapa unnie x buat hanni n hongbin kiss.. alaaaaaaa....
BabySprinkle98
#9
Chapter 6: amboi Hongbin ambl ksmptan nmpk nk cium Hanni hohoho kn x psl2 msing2 jd jnggal >_<.....cehh ad2 jelah mrid2 lam kls diorng siap cdng bg name ank diorng Lee Honni lg hehehe bkn diorg dh kawin pun.....baikny Zayn,Hanni suh tlng ajr jep ni x die tlng buatkn smpai hbis plak tu,bkn tlng buatkn krj Hanni jep p tlng kmskn bku Hanni skli huhuhu ;V.....haish Hanni dngn Hoya ni x hbis2 gduh kawinkn bru tau hehehe :D.....UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!