01

Temptation Of Crush

 

Hanni ! bangun !!! kamu dah lambat nak pergi sekolah ni !!”

 

“hanni tak nak pergi sekolah mama…..”kata Hanni dalam mamai.

 

“kamu jangan nak mengada lembu kat sini ye….bangun cepat!!! Sebelum mama amik pili air !” tempik Puan Hannah.

 

 

Lee hanni, seorang perempuan yang tak berapa popular disekolahnya. Tinggal di kawasan kejiranan yang biasa-biasa, mempunyai ibu bapa yang biasa-biasa, rupa paras pun biasa-biasa sahaja dan tahap akedemik pun biasa-biasa sahaja. Pokok pangkal nya semua biasa-biasa jelah.

 

 

Hanni belum lagi bangun. Selimut ditarik sampai ke kepala. Omo….sejuknya…..mama ni kacau lah…

 

 

“hishhhhh !!! budak bertuah ni…..!!!! memang nak satu taman dengar suara aku kot pagi-pagi buta ni.” Puan Hannah segera keluar dari bilik anak perempuannya. Dia menuju kearah suaminya yang sedang bersarapan. Encik Han bekerja sebagai pegawai bank.

 

 

“yeobo….awak tengok lah anak dara awak tu…”

 

“apasal pulak? Dia buat apa?” soal Encik Han.

 

 

“dia taknak bangunlah. Saya pelik betullah. Sejak dia pindah sekolah ni kan perangai dia berubah. Kalau tak dulu bangun awal aje. Tak payah kejutkan pun dia dah bangun.” Adu Puan Hannah.

 

 

“ye lah…nanti saya tanya apa masalah dia.”


 

Perjumpaan pengawas.

 

“haishhhhh……kata perjumpaan pukul 1.05. tapi sekarang ni dah pukul 1.15 kot.”

 

“biasalah…ikut jam diorang kan?” kata Hyerim

 

“hishhhhh!!! Panas tau tak ! lapar lagi !” Hyun Mi

 

 

Perjumpaan pengawas diadakan dibilik mesyuarat. Walaupun bilik mesyuarat itu mampu memuatkan hampir 60 orang pelajar dalam satu masa, penghawa dingin yang dipasang tidak mampu menampung haba dari badan setiap pengawas yang berada didalam bilik tersebut.

 

 

Kemudian , beberapa ahli jawatan tertinggi pengawas masuk kedalam bilik mesyuarat dengan bengis. Mesti kes kena marah dengan pengetua ni. Mereka mengambil tempat masing. Macam dalam dewan rakyat pun ada.

 

 

“okey, saya  tak nak buang masa korang. Saya tau korang mesti marah kitorang sebab kitorang lambat kan?.......”

 

 

“ehhh…..kau boleh cakap cepat sikit tak? Kitorang ada kelas addmaths lepas ni….!” Hambur seorang pengawas. Semua mata terarah kepadanya. Siapa lagi kalau bukan WooHyun. Dia ni dah lah panas baran.

 

 

“opssss…. Sorry. Ekceli…..aku nak marah korang sebenarnya !!!!!” terus nada Suho naik mendadak ! muka dia menjadi merah. Semua pengawas tersentap.

 

“korang tau tak apa yang pengetua cakap kat aku? TAU TAK!!! JAWABLAH !!!” semua diam menikus. Suho merenung jam dia sekilas. 

 

 

“pengawas apa korang semua ni? HA ! time rehat pergi dating ! keadaan dekat kantin macam reban ayam kau tau tak? Harap pengawas aje ramai ! pastu ada jugak pengawas yang lewat datang ke sekolah ! korang tak malu ke?

 

 

Aku dah tak tahan dengar pengetua membebel pasal pengawas ni tak reti buat kerja. Makan dalam kelas!! Patutnya korang halau aje classmate korang yang makan dalam kelas tu ! ni tak ! pergi join sekaki. Elok sangatlah. Lebih baik sekolah ni tak payah ada pengawas.

 

 

Aku dah suruh  Eunji buat jadual bertugas ! tapi ada korang ikut tak? HARAM MEMANG TAKLAH!!!  Aku memang tak tau macam mana nak bagi korang ni buat tugas.” Kemudian Suho memandang kearah dua pelajar yang sedang bersembang. Tangannya dikepal.

 

 

“woii betina !! kau dengar tak apa yang aku cakap ni !! “ suho melemparkan kotak tisu yang sememangnya memang ada diatas meja kerah dua orang perempuan itu. Kotak tisu itu tepat mengenai kepala mereka.

 

 

“yahhhhh !!! sakitlah !!” kata pengawas itu. Pengawas junior rupanya. Mereka tu masih dalam perhatian. Kalau mereka buat tugas mereka seperti yang diarahkan oleh cikgu disiplin mereka bolehlah menjadi pengawas.tapi mesti melalui mesyuarat pengawas jugak.

 

 

“kau keluar sekarang !!! sebelum darah aku naik lagi tak tentu pasal….!!” Suho mengalakan jarinya kepintu. Dalam ketakutan, mereka berdua berlari keluar.

 

 

“ada sesiapa lagi yang nak ikut jejak langkah dua ekor tu? Kalau nak dipersilakan.” Kemudian Suho memegang kepalanya. Baekhyun yang duduk disebelah Suho bangun melihat keadaan Suho.

 

 

“Hyung sudahlahtu……” Beakhyun menenangkan  Suho.

 

 

Suho berdiri tegak. Dia tidak boleh Nampak lemah dimata kawan-kawannya dan junior-juniornya. Dia berdehem sebelum meneruskan ucapan nya. Baekhyun dudk kembali.

 

 

“siapa yang selalu jaga pintu pagar sekolah pada waktu pagi?”

 

Lee hanni, Lee hyerim dan Lee hyun Mi terkejut ! mereka baru sahaja hendak melelapkan mata. Senior disebelah mereka mencuit Hyerim.

 

“bukan korang ke?” dia bertanya kepada Hyerim, hanni dan hyunmi.

 

“h-ha’ah….y-yeee….” Jawab Hanni hanni tergagap. Mata Suho meliar mencari siapakah yang menjaga pintu pagar utama sekolah.

 

Kemudian ketiga-tiga mereka berdiri.

 

bongok sia…….aku dah tak pakai uniform pengawas hari ni….- Lee Hanni

 

alah….Baekhyun tengok aku pulak….malu nya adedehhh…..- Lee Hye Rim

 

dah kenapa kena berdiri ni….haishhh rentua Suho ni nak mampos dengan aku…..!- Lee Hyun Mi

 

 

“jadi koranglah ye? Okay good, lepas perjumpaan ni jumpa aku kejap.” Kata Suho tanpa memandang mereka. Kemudian baru sahaja  mereka bertiga hendak melabuhkan punggung kembali, Suho memandang kearah Hanni.

 

 

“ eh…kau jangan duduk lagi.” Suho menunding jari kearah Hanni. Muka Hanni menjadi pucat serta merta. Dia fikir dia akan terlepas.

 

“bbb-baik….” Hanni kembali berdiri. Matanya memandang lantai.

“kenapa awak tak pakai uniform pengawas? Soal  Suho. Nadanya sudah menjadi rendah.

“sss-seb-bbab….basah…..saya basuh kelmarin tapi belum kering.” Jawab Hanni.

 

 

“boooooo!!!!! Kemarin terang benderang aje….tak hujan pun…oh lupa…rumah dia kan dekat hulu banat mana tak tau.” Tempit salah seorang pelajar lelaki. Suho memandang pelajar lelaki itu dengan tajam. Tersenyap budak lelaki itu disitu.

 

 

“sekurang-kurangnya dia tak dating tau dengan sesiapa masa waktu rehat. Dia makan dekat kantin, bukan makan dekat dalam kelas macam kau ! Dia buat kerja dia. Walaupun dia tak pakai uniform pengawas.” Ujar Suho membela Hanni sekaligus memerli pengawas lelaki yang cakap biadap itu.

 

 

“ itu saja yang saya nak cakap untuk hari ni. Kalau dah malas nak buat tugas masing-masing lah kan….I think better semua hantar aje surat perletakkan jawatan sebelum kena buang dengan cikgu disiplin. Buat malu je. Semua boleh bersurai kecuali yang jaga pagar tadi tu.”  Suho duduk sambil berbincang dengan AJK tertinggi pengawas.

 

 

Pelajar-pelajar lain berpusu keluar dari bilik mensyuarat. Pelajar-pelajar lain memandang mereka bertiga seperti pesalah yang hendak dihukum gantung sampai mati.

 

“weh….jam kau dah pukul berapa?” Soal Hanni.

 

“1 setengah.” Jawab Hyerim.

 

“weh A.M……!!!!” jerit  Hyun Mi. Hanni dan Hyerim segera menutup mulut Hyun Mi. karang dengar dek Suho, mati mereka.

 

“mana?” Hanni berbisik.

 

“tuu……..” Nampak A.M Hanni tengah berjalan diluar bilik mensyuarat. Mesti dari library lah tu. Omo ! hensemnya !!

 

“ eh..korang…ni” Suho menggelengkan kepalanya apabila mendapati mereka bertiga memeluk tingkap sambil tersengih-sengih.

 

“Hanni !!!” panggil Chorong. Chorong merupakan jiran atuk Hanni sebelum Chorong berpindah ke sini. Jadi mereka agak rapat.

 

“ohh mak kau jatuh tergolek…..” latah Hanni. Sibuk betul lah Chorong unnie ni…aku baru nak ushar A.m.

 

 

Hanni buat tak tau. Matanya masih melekat pada tingkap. Kemudian Suho memandang Chorong. Chorong mengangkat bahunya dan berlalu dari situ. Suho berjalan kearah mereka bertiga. Hyerim memalingkan wajah nya memandang  Suho apabila dia ternampak Suho diikuti dengan HyunMi.

 

Hanni masih sedap memandang A.M diluar. A.M nya sedang bersembang dengan seseorang.

 

“ehem…!” Suho berdehem. Hanni terasa pelik. Lantas dia memadang kearah suara itu. Kemudian Hanni menundukkan kepalanya tanda hormat dan maaf.

 

 

“awak tengok siapa tu? Macam menarik aje?” Suho melangkah setapak kedepan untuk melihat orang yang dlilihat oleh mereka bertiga. Pantas Hanni menghalang Suho dari mendekati tingkap.

 

 

“takde sesiapa pun lah……kami tengok makcik kantin baru aje…merahnya dia hari ni….meletop gitu…!” kata Hanni dengan mengada-ngada.

 

“oh ye ke? Tak sangka awak berminat dengan makcik kantin kita tu.” Suho melangkah setapak kebelakang. Tangannya dimasukkan kedalam poket bajunya. Nampak sangat macho.

 

“so apa hal yang penting nak cakap tadi?” Soal HyeRim

 

“oh….pengetua nak jumpa korang bertiga. Itu aje pun. Hahaha…..pengetua mungkin pengetua nak ucap terima kasih kot.” Ujar Suho. Nampak hensem bila dia tersenyum.

 

“ WHAT !!!! PENGETUA !!! ARE YOU SERIOUS???”  ujar mereka bertiga serentak !

 

“ya…btw tahniah ya…” Suho dan Baekhyun terus melangkah pergi. Sebelum keluar dari bilik itu, Baekhyun sempat mengerdipkan matanya kepada HyeRim. Terus hyerim menjadi seperti orang mabuk. Matanya terkebil-kebil, sempat juga mencubit Hanni dan Hyun Mi.

 

“GILA !!!” kata Hanni.


 

 

Tempat  tusyen ~

 

Hanni, Hyerim dan Hyunmi  tusyen  ditempat yang sama. Kebanyakkan pelajar disekolah mereka tusyen ditempat yang sama. Kelas Addmaths sesi pertama belum tamat jadi mereka perlu menunggu diluar pusat tusyen tersebut. Hari ini bukan main panas.

 

 

“I’m craving for ice-cream………….” Ujar HyunMi

 

“amboi..boi…..craving lah sangat…”

 

“panas betulkan hari ni? Panas macam ni kalau dapat makan Ais Kacang dekat tepi longkang yang kita selalu lepak tu rancak jugak kan?”

 

“ha’ah kan?........” ketiga tiga mula membayangkan kesedapan ais kacang yang dijual dijual ditepi longkang. Makan bersama laksa. Perghhhhh !!!

 

“Hanni ! Hyunmi ! Hyerim ! kelas dah nak mula ni.” Panggil cikgu Ryzal sambil bercekak pinggang. Terkoncoh-koncoh tiga-tiga anak dara itu masuk kedalam pusat tusyen itu.

 

“Hanni !!” jerit seseorang dibelakangnya.

 

 

“ya !!! omo hongbin!!! Apasal kau lama tak datang sekolah? Kau tau tak aku rindu kau macam nak gila! Kau tau tak tayar kereta liat nak mampus tu duk mengacau aku lagi kau tau tak! Aduiiii apasal kau tak datang? Ha? Tusyen pun kau tak datang! Kau nak jadi macam tayar pancit tu jugak ke?”  kata Hanni dalam satu nafas.

 

 

Hongbin hanya tersenyum melihat Hanni yang berceloteh tanpa henti. Hyunmi dan Hyerim dah lama meloloskan diri kedalam. Kemudian cikgu Ryzal dengan muka bengisnya menunggu didepan pintu. Hongbin tau, sekejap lagi mesti cikgu Ryzal akan berpot-pet tanpa henti.

 

 

Hongbin mencapai tangan Hanni dan cepat-cepat masuk kedalam kelas. Hongbin mengambil tempat disebelah Hyerim dan Hanni. Kemudian hanni memandang kearah Hongbin. Hanni mengecilkan sedikit matanya.

 

 

“awak ingat comel ke buat macam tu?” Hanni terus memuncungkan bibirnya sedepa.

 

 

“aku cuma risaukan kau aje…..” hanni terus mengeluarkan alat tulisnya tanpa memandang Hongbin. Sebagai seorang kawan hongbin sagat sayang pada Hanni. Tak lupa juga pada Hyerim dan Hyunmi. Mereka berdua ni jenis yang sopan sedikit berbanding hanni yang suka berterus terang. Sikit je pun.

 

 

“ehh Hongbin, apasal kau tak datang sekolah ni?” soal Hyerim. Prihatin jugak minah ni. Fakta tentang Hyerim ni, dia paling rendang antara mereka bertiga.

 

 

“saya demam lah…abang sayalah bawak virus dari Australia dia tu. Nasib baik dah kebah.” Kata Hongbin.

 

Hongbin mememandang kearah Hanni  yang sentap ayam dengannya. Minah ni memang sensitive. Apalah nasib badan kena pujuk dia ni. Hurmmmm……..Hongbin mengambil sesuatu dari dalam begnya. Dia bukan pandai sangat bab-bab memujuk ni. Hasilnya sampai sekarang dia belum berpunya. Hahaha…

 

 

“nah…itu pun nak merajuk”. Sebiji coklat daim diletakkan diatas meja Hanni. Hanni hanya memandang sekilas coklat itu. Dalam hati memang dia nak lah tapi, biar dia nak Hongbin memujuknya.

 

 

Kemudian cikgu Ryzal pun mula mengajar seperti biasa. Pertanyaan Hongbin lansung tidak dilayan. Kelas bermula dari pukul 4 petang hingga 5.30 petang.

 

 

“manalah budak Hoya ni…..! saya risau betul dengan kedatangan dia ni. Dia lansung tak rasa apa-apa. Mak dia dahlah menaruh harapan tinggi pada saya. Hishh pening saya dengan masalah batch kamu ni ! Hanni kamu tak tau ke mana Hoya?”  Tanya cikgu Ryzal.

 

 

Cikgu Ryzal ni dah masuk air ke? Aku dengan dia lah manusia yang suka mengecohkan keadaan kat tusyen ni  and apasal pulak aku nak amik tau hal dia? Baik aku check out fanfics dari  favaurite author aku lagi baik. Menghabis kan beras aje amik tau pasal dia.

 

 

“apasal cikgu tanya saya pulak? Tanya lah Hongbin ke, pak mat roti canai yang Hoya selalu lepak tu ke, Sunjong ke…ni tanya saya…..” balas hanni selamba.

 

 

Tiba-tiba, seorang lelaki masuk kedalam kelas mereka. Dia segera mengambil tempat disebelah Baekhyun. Sungjae juga nampak terkejut dengan Hoya yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari pelusuk dunia mana. Seperti tiada apa-apa Hoya mengambil kertas didepan dan mula melakukan latihan.

 

 

Semua orang memandang jam masing-masing, tinggal setengah jam aje lagi. Cikgu Ryzal mengelengkan kepalanya. Pening betul ada student macam chipsmore ni. Hanni memandang Hoya dengan menyampah. Hyerim dan Hyunmi tersenyum sinis kearah hanni. Hanni hanya mencebikkan bibirnya. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh mereka berdua.

 

 

“amboi Hoya, salam takde, apa takde, masuk macam ribut aje. Jam kamu masuk air ke?” peril cikgu Ryzal setelah mereka habis kelas. Seluruh isi kelas mentertawakannya.

 

 

Hoya menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih seperti kerang busuk yang tak laku dipasar. Buku-buku rujukan dan alat tulis dikemas.

 

“saya tak gerenti kamu dapat A tau kalau kedatangan kamu terok macam ni.” Nasihat Cikgu Ryzal.

 

Ishh kalau dah tayar tu memang tayar lah, dah tak boleh nak buat tin lagi. Ujar Hanni perlahan namun dapat didengari oleh Hoya. Hoya masih lagi duduk dikerusinya. Apabila Hanni lalu dihadapannya, segera dia memanjangkan kakinya dan menyebabkan Hanni jatuh tersungkur.

 

 

Perlahan-lahan Hanni bangun dan dibantu oleh Hongbin dan Hyerim. Nasib baik ramai pelajar yang telah pulang. Hanya tinggal mereka sahaja. Tepi bibir Hanni pecah sedikit. Sakit bukan kepalang. Air mata ditahan kerana dia tidak mahu Nampak lemah dihadapan Hoya.

 

Hanni bangun dan menuju dengan laju kearah Hoya. Hoya hanya buat muka toya. Memang dia suka kacau Hanni dan dia tak tau kenapa (?)

 

“kau memang tak guna !!!” tangan Hanni hampir melekat dimuka Hoya namun dihalang oleh Hongbin. Hanni seperti singa kelaparan. Habis rambutnya menjadi kusut !

 

“lepaslah Hongbin ! ni antara aku dan dia !!!” jerit Hanni !

 

“Hanni, jadilah seorang yang pemaaf. Kalau awak belasah dia sampai separuh nyawa pun awak masih takkan rasa puas. Trust me.” Jawab hongbin dengan tenang.

 


 

Hanni terus berlari keluar dari pusat tusyen itu tanpa menghiraukan sesiapa. Dia berjalan tanpa tujuan. Perlahan-lahan dia memegang bibirnya yang terasa ngilu. Handfone dikeluarkan dari poket. Dia menggunakan handfone sebagai cermin.

 

 

Kemudian  Hyerim dan Hyumni menelefonnya. Handfonenya dimatikan. Dia berasa sedikit tenang ditaman ini. Apa nama taman ini pun dia tak ambil tahu.

 

Kemudian ada seseorang menepuk bahunya dari belakang. Hanni mengambil tisu untuk mengelap airmatanya. Kemudian tisu itu dirampas oleh seseorang. Lantas Hanni memandang wajah gerangan yang menepuk bahunya.

 

“a-apa….k-kau buat dekat sini.” Tanya Hanni dalam suara yang bergetar.

 

Lelaki tersebut mengambil tisu Hanni dan mengelap darah ditepi bibir Hanni. Jarak wajah mereka hanya beberapa inci. Hanni merenung jauh kedalam wajah lelaki itu.

 

Dia memang baik. Dia selalu ada bila aku perlukan dia. Dia tak pernah marah aku walaupun kadang-kadang perangai aku macam kanak-kanak terencat akal. Dia layan aje aku. Aku tak tau macam mana nak tunjuk yang aku sayangkan dia. Sebagai seorang lelaki, sebagai seorang abang.

 

 

“awak tenung muka saya ye? Hensem kan? Hahaha….” Lelaki itu tertawa lepas. Dia membawa bersama plaster dan ubat untuk luka. Lelaki itu membersihkan luka dengan berhati-hati walaupun kadangkala Hanni mengaduh sedikit.

 

“dah siap….” Dia bangun untuk membuang sampah dan ubat yang digunakan tadi.

 

Lelaki itu kembali duduk disebelahnya. Hanni menguis-nguis rumput dikakinya. Dia malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu saat ini.

 

“dah…jom saya hantar awak balik. Dah nak senja ni.” Kata lelaki itu sambil tersenyum.


 

Disebalik semak~

 

“kau ajak oppa datang sini sebab nak tengok drama swasta diorang ni je ke? Omo Hyerim ! lebih baik oppa tengok bola kat rumah!!” kata Luhan. Dia terpaksa megikut Hyerim kerana dipaksa oleh ommanya. Katanya kes penculikan kini semakin berleluasa jadi ommanya risau jika terjadi sesuatu kepada Hyerim.

 

“oppa ni diam lah ! tengok sudah lah…! Orang risaukan Hanni tu tau tak ! macam mana oppa risau sangat kawan oppa si Sehun sengal tu.”

 

“yelah…yelah…..”

 

Apa sahaja yang adiknya cakap semuanya betul.

 


Disebalik semak satu lagi ~

 

“Hyun Mi…..!! aigooo! Kau ajak oppa datang sini sebab nak tengok bestie kau berasmara dana dengan bestfriend kau tu ke? Kau suka lelaki tu erk? Kau nak oppa belasah dia?” Kris mula bangun dari semak itu untuk menumbuk lelaki itu. Hyun mi segera menahan oppanya. Dah gila ke oppanya ni?

 

“oppa stop talking nonsense boleh tak? Hanni tu cedera tadi. Kami telefon pun dia tak nak jawab. Orang ajak teman sebab orang takut nak balik sorang aje…”

 

“kalau sehari tak menyusahkan hidup aku bukan kaulah….Oh My Galaxy….” Kembali bersembunyi diebalik semak.


 

“awak tak nak balik ke?” lelaki itu bertanya kerana Hanni hanya senyap tanpa suara. Lelaki itu duduk disebelah Hanni kembali.

 

 

“Hongbin !!!! terima kasih untuk segalanya !!” Hanni terus memeluk Hongbin. Dia menangis dibahu Hongbin. Dia tak kuat bila Hongbin tiada. Sebab itulah dia taknak kesekolah. Hongbin membalas pelukan Hanni.

 

 

“clap…clap..clap….!!!”Bunyi tepuk tangan dari Luhan dan Hyerim. Hongbin terdengar bunyi pelik dan terus berpaling kebelakang. Takde apa-apa pun.

 

 

“berakhirlah sudah drama swasta ini….so mari balik ye…dah sakit buntut oppa bertinggung kat sini.” Kata Kris.

 

call you my darling, darling, darling~” bunyi fon Kris dari poket. Dah lah kuat pulak tu.

 

Hongbin bangun dan terus kearah bunyi itu.

 

Kris menarik tangan HyunMi  dan berlari kearah kereta mereka. Nasib baik mereka sempat melarikan diri.

 

“kau memang gila HyunMi !” mereka masuk kedalam kereta dan dan pulang kerumah.


 

So how? a/n memang x betol masa buat cerita ni.

Hahaha…komen lah pasal first chapter ni.

aku memang gelojoh betul. BMM pun tak habis lagi gedik update yang ni pulak,

so ringankanlah tangan korang untuk mengomen ye? lol

 

khas untuk RayhanAdni and WawaZimi...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
amalinnasuha07 #1
Chapter 11: Update soon
RayhanAdni #2
Chapter 10: wah wahwah hyerim pun dengan tagline jebonnya.

author-nim ,hanni tak marah ke hyunmi peluk hongbin ? :o
wawazimi
#3
Chapter 9: fuyoooooo......
wawazimi
#4
Chapter 8: Wahhh.... sedihnya... T.T
Update soon unnie. I curious ttg penyakit si v .
Fighthing!!
wawazimi
#5
Chapter 7: Ommo what happen?
Please update unnie
Wonderfullife_
#6
Chapter 7: Update soon
RayhanAdni #7
Chapter 7: T.T SEDIHNYA CHAP NI. SAYA PUN SENSITIP MCM HYU NMI JUGAK. NANGIS SKIT BACA. PPALI UPDATE SOON!
wawazimi
#8
Chapter 6: Kenapa unnie x buat hanni n hongbin kiss.. alaaaaaaa....
BabySprinkle98
#9
Chapter 6: amboi Hongbin ambl ksmptan nmpk nk cium Hanni hohoho kn x psl2 msing2 jd jnggal >_<.....cehh ad2 jelah mrid2 lam kls diorng siap cdng bg name ank diorng Lee Honni lg hehehe bkn diorg dh kawin pun.....baikny Zayn,Hanni suh tlng ajr jep ni x die tlng buatkn smpai hbis plak tu,bkn tlng buatkn krj Hanni jep p tlng kmskn bku Hanni skli huhuhu ;V.....haish Hanni dngn Hoya ni x hbis2 gduh kawinkn bru tau hehehe :D.....UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!