Chapter 2 : Accidentally Encounter

STOLEN INNOCENCE (-Hiatus-)

Menjalani kehidupan harian seorang pelajar yang agak membosankan. Pergi dan balik dari kelas sepertinya sudah menjadi rutin harian biasa buat Lee Soonkyu atau lebih selesa dengan nama panggilan Sunny. Selepas kejadian duit baki 30 000 won pada dua minggu lepas, Sunny tidak lagi pergi ke pusat membeli-belah tersebut. Walau dipelawa beberapa kali oleh kawan-kawannya namun, dia enggan ke sana. Dia mengambil hal itu begitu serius kerana dia takut akan terserempak dengan lelaki itu sekali lagi. Bukannya nak perasan tapi, dia cuba untuk berjaga-jaga dari bertemu dengan pencabul sepertinya. Itulah apa yang difikirkan Sunny.

 

 

          Beberapa hari lagi adalah hari lahir kawan kepada rakan sebiliknya Sooyoung, si gadis yang baik hati paling rapat dengan Sunny. Lagipun, mereka telah menjadi rakan sebilik sejak dari semester satu lagi. Mana tak rapatnya dah macam isi dengan kuku. Sunny menemani Sooyoung ke kedai saguhati untuk mencari hadiah yang sesuai. Sebelum itu, mereka singgah di sebuah kedai 24 jam Mini Stop berhampiran kedai hadiah tersebut.

 

 

            Nak beli air minuman pun mereka terpaksa berfikir panjang. Perempuan betul-betul merumitkan dan sukar difahami. Setakat nak beli air untuk hilangkan dahaga, tak perlulah fikir panjang. Beli air mineral pun dah cukup tapi tidak bagi mereka berdua terutamanya si gadis kecil dengan gelaran Sunny itu. Suasana kedai itu agak lengang kerana hanya ada mereka berdua dan seorang juruwang yang setia berdiri di bahagian kaunter hadapan.

 

 

         "Dah ke belum?", soal Sooyoung.

         "Kejap. Err... mana satu ek? Semua nampak sedap"

Mata Sunny tertumpu pada setiap nama pelekat botol minuman. Diikutkan hati semua yang kelihatan sedap mahu diminumnya.

         "Kalau macam tu, aku pergi cari snek sebelah sana."

         "Oh, okay."

Sunny merapati pintu peti minuman sejuk. Di saat jari telunjuk kanan menyentuh bibir bawah tatkala jari tangan kiri memintal hujung rambutnya sendiri dia kelihatan begitu comel dan sedikit seksi tanpa dia sedar telah diperhati oleh seseorang.

 

            Dengan tangan kanan Sunny cuba menarik pemegang peti sejuk. Berdirinya si pemerhati itu di sebelah kanannya cuba menarik pemegang yang sama tapi membatalkan niatnya dengan menarik halus jari telunjuknya dari hujung lengan hingga ke bahu Sunny. Si gadis berbadan kecil itu terkejut dan nafasnya terhenti seketika. Mereka berdiri terlalu rapat ketika itu membuatkan jantung Sunny berdegup begitu kencang dan otaknya mulai keliru.

 

 

            Dia berpaling ke belakang dan memandang tepat ke arah mata lelaki itu. Lelaki itu terlalu tinggi baginya membuatkan dia mendongak tinggi memperlihatkan bahagian lehernya yang licin dan begitu mengghairahkan. Jari lelaki itu cuba menyentuh bawah dagunya membuatkan mata Sunny terbeliak gara-gara terkejut dengan perbuatan spontannya itu. Satu senyuman sinis juga dilemparkan kepadanya.  Dia tahu semua itu disengajakan. Apa yang harus dia lakukan sekarang?

 

            Tanpa berfikir panjang, Sunny terus beredar keluar meninggalkan kedai itu. Sunny berjalan dengan laju. Mahu saja dia berlari mencari tempat persembunyian namun apa kata orang di sekeliling nanti? Dia cuba bertenang agar tiada siapa tahu apa yang berlaku kerana baginya kejadian sebentar tadi amat memalukan. Dia berjalan masuk ke dalam sebuah kedai hadiah Gee Gee.

         "Pabo Sunny!Kenapa aku tak boleh nak rasa marah? Aku terkejut sangat. Aku takut. Aishh...", bisik Sunny sambil mengetuk kepalanya sendiri.

Sunny mengerutkan dahinya sambil memandang ke lantai. Di sebalik rak-rak patung Sunny membebel sendirian dan tidak habis menyalahkan dirinya sendiri.

         "Macam pernah tengok je muka laki tu. Kat mana? Ish, kenapa susah sangat nak ingat ni? Bencilah!"

Sunny segera mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Dihubunginya Sooyoung yang ditinggalkan di dalam kedai 24 jam Mini Stop tadi.

         "Yeoboseyo."

         "Yeoboseyo! Youngnie-ah, aku dah sampai kedai hadiah ni."

         "Mwoh? Kau tinggalkan aku sorang-sorang kat sini?"

         "Mianhe. Err...tiba-tiba, aku rase sakit perut. Tu aku cari tandas dulu takut tak sempat. Haha."

Sunny cuba mereka cerita diikuti ketawa yang dibuat-buat. Dia tidak mahu kawan rapatnya itu risau tentang apa yang terjadi padanya sebentar tadi. Dia cuba melupakan keresahannya itu dan kembali senyum. Sambil menunggu kedatangan Sooyoung, Sunny berjalan meninjau setiap penjuru di dalam kedai hadiah itu.

 

 

          Seperti yang semua orang fikirkan, kedai hadiah adalah salah sebuah tempat yang menyeronokkan kerana pelbagai barangan menarik pastinya dijual di situ. Semestinya, orang yang paling teruja bila masuk kedai ini adalah Sunny kerana di situ terdapat pelbagai jenis patung besar terutama patung beruang kesukaannya.

         "Omo! Uh! Youngnie-ah, tengok ni gwiyomi", sambil menuding jari ke arah Teddy Bear yang besar di atas rak.

             "Engkau ni, semua benda comel kau nak."

 

Sunny berkelakuan seperti keanak-anakkan dengan menghentak-hentak perlahan kedua belah kakinya.

        "Tapi dia memang comel. Aku nak, aku nak, aku nak jugak."

           "Dah tu, beli je lah. Takyah nak duk menggedik macam tu dengan aku", Sooyoung menjeling ke arah lain. Menyampah rasanya.

         "Tapi duit aku nak guna untuk study. Nanti eomma mesti marah, dia cakap membazir pulak."

 

Sunny melabuhkan kepalanya di bahu kiri Sooyoung sambil mencembungkan pipinya.

              "Dah tu, kalau rasa membazir takyah lah beli. Gi cari boyfriend mintak dia belikan", ejek Sooyoung.

         "Ceh! Takde benda lain nak cakap ke?"

              "Well, aku dah ada sorang takpelah."

         "Hmmm... tapi aku nak. Takde ke orang tiba-tiba bagi hadiah cabutan bertuah?"

              "Tak payah nak mengarut sangat! Jom, tolong aku cari hadiah untuk kawan aku."

         "Yeh, Sooyoung-ah."

Sooyoung pun mula menilik barang-barang yang dijual di dalam kedai hadiah itu. Dia masih keliru apa yang perlu dia beli untuk dijadikan hadiah hari lahir kawannya. Sunny pula masih lagi berdiri sambil berharap seseorang akan memberinya patung beruang tersebut.

         'Haih, takde ke cabutan bertuah untuk aku. Im not so lucky as well. Boyfriend? Err, tak payah lah. Lupakan je'

Patung beruang itu ditenung sedalam-dalamnya dengan penuh harapan.

         "Aku nak Teddy tu..."

 

         "Betul ke nak?"

 

          Tersentak Sunny pabila dia mendengar suara serak-serak basah seorang lelaki menegurnya lantas dia berpaling ke arah kanan dan kiri. Di penjuru rak itu berdirinya seorang lelaki memakai baju berwarna putih dengan rekaan corak yang berbeza berbanding sebelum ini membuatkan Sunny kaku seketika.

         'Ah! Not again?', getus suara hati kecilnya.

 

          Dengan segera Sunny terus beredar keluar dari kedai tersebut meninggalkan Sooyoung sendirian yang masih sibuk mencari hadiah. Sekali lagi jantungnya secara tiba-tiba berdegup dengan kencang seperti mahu meletup saja dadanya. Dia takut. Dari mana datangnya lelaki itu? Lelaki yang sama pernah dilihatnya sebelum ni.

         'Cam pernah tengok je? Kat mana? Oh, mamat tu! Kenapa dia ikut aku? Macam mana dia boleh tau aku kat sini?'

 

Dia adalah lelaki yang menjual di kedai tempat Sunny membeli baju panas lelong tempoh hari. Lelaki byuntae dengan duit baki 30 000 won! Nampaknya dia mengekori Sunny sejak dari kedai Mini Stop lagi.

 

         'Tak guna punya Byuntae 30 000 won! Dah lah ert, stalker pulak tu. Eomma! Sunny nak balik.'

 

-Bab 2 Tamat-


A/N : Setakat ni apa pendapat korang? Adakah citer ni macam pelik?
Hmmm... So, macam mana dengan watak Byuntae 30 000 won tu? Korang rase tajuk 'Innocence' ni sesuai ke?

Authornim sangat menghargai komen bagi kritikan atau pendapat dari pembaca semua.
Kepada Subscriiber, kamsahamnida :)

Maaf kalau korang rasa gambar semua tu menyemak sebab aku bosan bila semua tulisan je. Saja tak nak korang sakit mata. Hiasan buat santapan mata korang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 7: mwo? mmg pelik tul lah c yonghwa ni
ApinkBlossom95 #2
Chapter 6: ommo, hyoyeon mcm ada something jer...
AiSyah98
#3
Chapter 3: Best!!!hehehehe...oh yonghwa..semakin lama kau semakin creepy...erghhhh....siap peluk pinggang bagai lagi....anyway update chap 4 pula
amiramuliyadi
#4
Chapter 3: Kenapa dengan si byuntae tu??? Update soon...
AiSyah98
#5
Chapter 2: Yeay best best...hahaha yonghwa tu creepy gila duhhh..cepatlah update lagiiiii
amiramuliyadi
#6
Menarik citer ni.... Anyway update soon!