Chapter 3 : My Name Is

STOLEN INNOCENCE (-Hiatus-)

         Selepas pulang dari kelas Sunny dan rakan sekelasnya Hyoyeon pergi ke pasaraya berhampiran antara kampus dan kompleks membeli belah SME untuk membeli barangan keperluan. Sebagai seorang pelajar yang tinggal di asrama sudah semestinya perlu mengikuti pelbagai peraturan yang telah ditetapkan terutamanya berkenaan barangan eletrik yang selalu tidak diikuti oleh para pelajar. Tidak terkecuali Lee Soonkyu dan dua rakan sebiliknya.

 

            Mereka bertiga menyimpan barangan larangan di bilik seperti kebanyakan pelajar lain iaitu penyambung letrik. Sunny dan salah seorang rakan sebiliknya lagi bernama Jessica mempunyai dua periuk kukus. Apa tujuan mereka menyimpan periuk kukus? Supaya senang mereka memasak secara rahsia di dalam bilik tanpa dikesan terutamanya periuk kukus tersebut hanya memerlukan kadar voltan yang rendah maka kejadian litar pintas dapat dielakkan.

 

            Pada hari itu, Sunny ingin membeli sayuran dan makanan tin yang boleh dipanaskan nanti dengan periuk kukus yang dia miliki itu. Sunny menolak troli yang mengandungi beberapa tin sup ayam dan cendawan Campbell's. Kemudian, dia pergi ke bahagian barang basah untuk memilih beberapa biji ubi, kacang hijau dan lobak merah. Hyoyeon pula berpecah dari Sunny pergi ke bahagian pakaian manalah tahu takut-takut ada potongan harga.

 

            Setelah selesai mencari semua barangan keperluannya, Sunny mencari Hyoyeon kerana dia langsung tidak membalas mesej darinya. Mungkin telefon bimbit milik Hyoyeon masih dalam keadaan mod senyap fikirnya. Sunny pun mula menolak trolinya berjalan ke arah bahagian pakaian wanita. Semasa dia berjalan ke arah sana dia ada terserempak dengan lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini.

 

         'Eeeehh?! Dia lagi? Nasib malang betul hari ni', getus suara hati Sunny. Dia mula berasa cemas dan berpura-pura pandang ke arah lain. Terus Sunny menolak trolinya dengan lebih laju dan membelok ke arah kanan lorong 3 bahagian minuman.

 

         "Aishh! Mana pulak Hyoyeon ni pergi?"

Didailnya berkali-kali nombor Hyoyeon akan tetapi tiada sebarang jawapan. Kemudian, dia meninggalkan seketika trolinya di pinggir lorong itu lalu mencari-cari air yang ingin dibelinya.

        "Dahagalah pulak. Ehm, air apa je best?"

 

            Tanpa disedari perlahan-lahan langkahnya diekori lelaki itu. Di saat dia berhenti berjalan dan cuba mencapai air kotak pisang susu yang terletak agak tinggi darinya menyebabkan dia terpaksa berjinjit. Tiba-tiba, terasa seperti ada sepasang tangan perlahan-lahan melingkari pinggang kecilnya itu.

 

         "Ah! Lepas."

         "Shhh... Jangan jerit. Atau awak nak semua orang datang sini tengok saya peluk awak?"

Sunny terus mengetap bibir bawahnya dan mendiamkan diri. Dia cuba melonggarkan dakapan lelaki itu tetapi dia tidak cukup kuat dan hanya membuatkan badannya lebih banyak bergesel dengan lelaki itu. Dia terpaksa akur dengan perbuatan itu serta tunduk memandang ke lantai.

         "Sape name kau?", soal lelaki itu sambil membongkokkan badan dan membisikkan ke telinga Sunny.

Gadis kecil itu hanya mendiamkan diri. Air matanya mula bergenangan di bahagian kelopak matanya.

         "Ap...Apa kau nak?", soal Sunny dalam ketakutan.

         "Bagitau nama awak...barulah saya akan lepaskan..."

         "Hah? Sunny. Wae?", jawabnya pantas agar pelukan itu segera dilepaskan.

         "Ah, Sunny-ah. Rupa awak memang sesuai dengan nama tu. By the way, saya Yonghwa"

         "Yonghwa-sshi, tolong lepaskan saya. Please?", ujar Sunny dengan nada yang gementar.

            Lelaki bernama Yonghwa itu perlahan-lahan melepaskan dakapannya lalu ketawa kecil sendiri. Kemudian, Sunny terus beredar dengan berlari anak meninggalkannya dan troli tadi menuju ke bahagian pakaian wanita. Sebelum itu, dia sempat menoleh kebelakang dan melihat pipi lelaki itu kemerahan dan tersenyum memandang ke arahnya.

 

Sejurus sampai di sana, Sunny terus memanggil-manggil nama Hyoyeon.

         "Yeonnie-ah? Yeonnie..."

Hyoyeon pun berpaling ke arah Sunny yang kelihatan berpeluh-peluh dan nafasnya tercungap-cungap seperti baru lepas berlari acara marathon.

         "Wae?", soalnya ringkas sambil menepuk bahu Sunny dari belakang tatkala dia tidak sedar dengan kehadirannya.

         "Aaahh!", terkejut Sunny dibuatnya.

         "Ish, janganlah jerit kat sini", Hyoyeon berdiri menghadap Sunny.

        "Aish, Yeonnie-ah. Tadi, aku ada terjumpa namja... err, byuntae 30 000 won tu", jelas Sunny dalam nada yang sedih mengerutkan dahinya. Wajahnya menggambarkan reaksi yang tidak senang.

         "Huh? Sape?", soal Hyoyeon terpinga-pinga kerana lupa akan siapa lelaki itu.

         "Alah, laki yang jual baju panas kat Shopping Complex SME aritu."

 

Terbeliak mata Hyoyeon menunjukkan dia tidak menyangka kawan baiknya itu akan terserempak lagi dengan lelaki itu.

         "Oh? Kau terjumpa dia? Kat mana?"

         "Tadi, masa aku on the way nak pergi cari air. Dia ikut aku."

         "Wae? Apsal dia ikut kau?", Hyoyeon memegang erat kedua belah bahu Sunny.

         "Tu lah, aku tak tau."

         "Dia syok kat kau kot."

         "Andwae! Tak mungkinlah, baru jumpa sehari, tak kenal siapa pun boleh jatuh cinta?", Sunny mengundur ke belakang.

         "Well, who knows? You were his love at first sight."

         "Aish, banyak-banyak laki kenapa dia? Tak pernah pun dalam hidup aku ada laki yang suka kat aku kecuali budak sekolah rendah aku. Tapi dia nerd," ujar  Sunny bagi menafikan apa yang dikatakan Hyoyeon.

         "Kira okay lah tu. Bukan senang orang nak suka kita. Bersyukurlah."

         "Ah, aniyo! Dia tu byuntae", katanya lagi dengan nada yang agak keras.

 

Hyoyeon cuba menenangkan Sunny dengan pendapat yang positif namun dia tetap gagal.

         "Tak baik cakap macam tu, dia ikhlas kot."

         "Ikhlas apa-nya? Dia siap peluk pinggang aku lagi", Sunny mula berpeluk tubuh dan berpaling ke arah lain.

         "Mwoh (apa)? Dia ada cakap apa-apa tak?"

         "Dia ada bagitau nama dia."

 

Untuk seketika Sunny membisu dan Hyoyeon pula setia menanti jawapan yang bakal keluar dari bibir mungil si gadis berbadan kecil Lee Soonkyu itu.

         "Yonghwa."

         "Ah, dah sah dia suka kau", kata Hyoyeon dengan yakin sambil menepuk beberapa kali bahu kawan baiknya itu.

 

         Sunny masih tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan Hyoyeon kerana baginya semua itu ti masuk akal. 'What? Dia suka aku? Gila agaknya. Kalau memang suka takkanlah dia nak buat macam tu.' Dia merasakan seperti semua yang berlaku ini adalah suatu petanda buruk akan tetapi dia tidak begitu yakin dengan firasat hatinya sendiri.

Lupa nak tanya, mana barang-barang kau.

         "Oh! Aku tertinggal kat sana masa aku nak beli air."

         "Pergilah ambik balik."

         "Takutlah."

         "Hmm...aku pergi ambik, kau tunggu je kat sini."

         "Yeh! Gomawo Yeonnie-ah."

 

         Sementara menunggu Hyoyeon mengambil semula troli yang ditinggalkan di bahagian minuman tadi, Sunny mula memikirkan kembali kenapa lelaki itu berkelakuan seperti itu. Ini sudah masuk kali ketiga, jika diingatkan semula dia tidak pernah mengenali lelaki itu sebelum ini. Lelaki bernama Yonghwa itu mungkin mengenali dia tanpa dia ketahui namun, kenapa antara kebanyakan lelaki yang pernah dia jumpa orang itu mestilah seorang byuntae? Seorang byuntae menyukai dirinya? Semua itu pasti sukar diterima.

 

         "Lambatnya Hyeoyeon ni, mana pulak dia pergi?"

Tiba-tiba telefon bimbit Sunny berdering. Nama Hyoyeon pada skrin terus panggilan itu diangkat.

         "Yeoboseyo."

         "Yeoboseyo, Sunny-ah. Mianhe, aku nak kena balik sekarang. Eomma aku call dari kampung. Appa aku sakit."

         "Hah? Mwoh (apa)?"

Berita itu begitu mengejutkan Sunny dan dia tidak tahu berkata apa dan terus membisu.

         "Aku kena balik kampung malam ni jugak. Mianhe chingu. Bye."

 

-Bab 3 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 7: mwo? mmg pelik tul lah c yonghwa ni
ApinkBlossom95 #2
Chapter 6: ommo, hyoyeon mcm ada something jer...
AiSyah98
#3
Chapter 3: Best!!!hehehehe...oh yonghwa..semakin lama kau semakin creepy...erghhhh....siap peluk pinggang bagai lagi....anyway update chap 4 pula
amiramuliyadi
#4
Chapter 3: Kenapa dengan si byuntae tu??? Update soon...
AiSyah98
#5
Chapter 2: Yeay best best...hahaha yonghwa tu creepy gila duhhh..cepatlah update lagiiiii
amiramuliyadi
#6
Menarik citer ni.... Anyway update soon!