Chapter 5 : Pinky Promise

STOLEN INNOCENCE (-Hiatus-)

            Sebagai seorang pelajar universiti, Sunny wajib menyertai aktiviti kokurikulum walaupun ia memang tidak disukainya sejak dari zaman sekolah lagi. Sunny menyertai kelab Taekwando pada semester ini kerana dia berharap dengan latihan yang diberikan mampu membantu meningkatkan prestasi dan keyakinan dalam diri. Dulu, dia seorang yang pemalu dan pendiam tapi kini sudah berani tampilkan diri dan berinteraksi dengan ramai orang walaupun masih berasa gementar dan takut jauh di sudut hatinya.

 

            Terdapat tiga kumpulan dalam kelab tersebut iaitu kumpulan A, B dan C. Kumpulan A dan B adalah untuk pelajar-pelajar biasa manakala kumpulan C adalah kumpulan bagi pelajar yang telah mempunyai tali pinggang hitam. Dari situlah dia mengenali seorang jurulatih muda dari kumpulan C bernama Lee Donghae. Donghae adalah sorang lelaki tampan yang baik hati. Dia selalu membantu jurulatih-jurulatih luar dalam menjalankan tugas walaupun dia sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai seorang penuntut universiti. Sunny mula menyukainya semasa dia di semester dua manakala lelaki itu berada di semester empat. 

 

z1fwp.jpg

               Lee Donghae adalah salah seorang pelatih terbaik sepanjang latihan Taekwando sejak dari semester satu hingga tiga. Oleh itu, semasa semester empat dia telah diberi tawaran untuk menjadi jurulatih sambilan semasa waktu kokurikulum. Walaupun kini Donghae telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma, dia mahu meneruskan kerja sambilannya sebagai jurulatih Taekwando di kampus tempat dia belajar sementara menunggu tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Pertemuan tempoh hari mungkin adalah satu kebetulan kerana Sunny sudah lama tidak berjumpa dengannya sejak semester lepas lagi pula ketika itu Donghae sudah pun menjadi seorang Graduasi. 

 

 

            Semester ini adalah semester terakhir Sunny dan kurang dari tiga bulan lagi dia akan menduduki peperiksaan akhir. Sebagai seorang penuntut jurusan Seni Reka Fesyen maka dia pastinya akan sibuk dengan projek-projek akhir namun dia masih sempat mencuri masa untuk melepaskan tekanan dengan keluar sendirian atau ditemani rakan-rakan. Kini, tiba masanya untuk Sunny mencari barang-barang persiapan bagi projek semester akhirnya. Dia keluar bersama Hyoyeon ke beberapa buah kedai kain dan peralatan jahitan.

528d4ad920943e71ed3fea195f6dc020.jpg

           "Yeonnie-ah, tau tak?"

           "Tau apa?"

           "Minggu lepas aku ada terserempak dengan Donghae-sunbaenim."

           "OH! Bukan dia dah graduate hari tu? Jap, camne korang boleh terserempak?"

           "Well, sebenarnya hari tu aku ada keluar sorang-sorang pinjam basikal roommate aku punya. Boleh pulak masa on the way nak balik, rantai basikal jatuh. Serius malu. Masa tu aku lalu ikut padang. Ya lah, time tu petang ramai laki tiba-tiba dia dengan kawan dia lalu."

           "Oh, dia nak ke mana?", soal Hyoyeon dengan penuh rasa ingin tahu.

           "Dia naik kereta nak masuk kawasan kampus tak silap aku. Kan dia mengajar Taekwando budak-budak junior."

           "Whoa...whoa...whoa... dah lah handsome, pandai taekwando pulak tu", puji kawan baiknya itu sambil menyentuh kedua belah pipinya sendiri.

           "By the way, aku lupa nak tanya. Ke mana kau menghilang? Dah lah balik kampung mengejut, aku call pun banyak kali tak angkat."
 

Tersentak Hyoyeon mendengar persoalan Sunny secara tiba-tiba itu. Hyoyeon hanya menundukkan pandangan yang iatuh ke lantai. Dia kelihatan gelisah dan serba salah membuatkan Sunny berasa aneh.

           "Err...sebenarnya, appa aku. Dia sakit."

           "Dia sakit apa? Teruk ke?"

           "Doktor cakap buah pinggang dia tak berfungsi."

           "Huh?! Takkanlah dua-dua sekaligus?", soal Sunny lagi yang berasa sangsi.

           "Bukan. Bukan itu masalahnya. Satu je yang tak berfungsi. Doktor nak bedah tapi kitorang takde duit nak bayar. Sampai sekarang tertangguh."

           "Habis tu camne? Family kau yang lain tau tak?"
 

Sunny berasa tidak puas hati dengan alasan yang diberi dan terus mempersoalkan tanggungjawab keluarga Hyoyeon. Ya, dia tahu Hyoyeon bukanlah dari latar belakang keluarga yang berada namun apa salahnya, semua ahli keluarga sepakat menolong ahli keluarga mereka yang berada dalam kesusahan.

           "Diorang semua tau tapi takde sape nak tolong. Ya lah, kau kan tau family kitorang tak berapa baik sangat", ujar Hyoyeon.
 

Air mata mulai memenuhi tubir mata Hyoyeon. Dia hanya mampu menahan sebak di dada. Rasa kecewa mulai memenuhi dirinya memikirkan sikap seluruh ahli keluarga yang berpura-pura tidak tahu namun apakan daya dia tidak mampu melawan dan mengubah takdir.

           "Dah tu, berapa banyak kena bayar?"

           "269 ribu dollar"

           "MWOH?! Dari mana nak dapat duit?"

 

Terbeliak mata Sunny mendengar jumlah bayaran yang begitu besar. Mereka berdua membisu seketika sehinggalah Hyoyeon mengeluarkan satu lagi kenyataan yang membuatkan Sunny terkejut buat kali kedua.

           "Aku ingat nak berhenti belajar dah. Aku tak nak bebankan keluarga aku dan terus cari kerja", ujar Hyoyeon.
 

Sunny kelihatan seperti orang yang baru saja patah hati dek putus cinta. Tapi, dalam situasi ini dia berasa amat kecewa. Dia tidak mahu kawan baiknya itu berputus asa. Lagi pula hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum mereka menjadi seorang graduasi universiti.

           "Weh, tinggal berapa bulan je lagi kita dah nak graduate. Sayanglah...habis tu omma kau tak buat pinjaman?"

           "Pendapatan keluarga aku tak lepas nak buat pinjaman tapi...", suara Hyoyeon mulai kedengaran sedikit bergetar.

           "Tapi...tapi apa?", soal Sunny yang tidak sabar untuk mendengar penjelasan dari kawan baiknya itu.

           "Aku ada buat pinjaman dengan orang", jawabnya ringkas.

           "Orang? Sape? Jangan cakap dia ni lintah darat", kata Sunny dalam nada sedikit keras.
 

Nampaknya Sunny tidak putus-putus menyoal Hyoyeon sepertimana seorang detektif menyoal seorang suspek.

           "Tak. Dia...well...dia memang niat nak tolong aku. Dia cakap nanti aku boleh bayar secara ansuran."

           "Seriously? Bapak gila baik dia tu. Kau kenal dia kat mana?"


Semakin teruja Sunny mendengar cerita Hyoyeon namun seperti dia cuba berdalih untuk menceritakan hal sebenar si peminjam itu.

           "Err... tak penting lah tu semua. Sekarang nyawa ayah aku lagi penting", ujar Hyoyeon kembali tersenyum.

           "Oh, ya! Dan yang penting jugak kita mesti graduate sama-sama tau."

           "Oh, okay. Habis tu macam mana dengan Donghae-sunbae? Bila lagi kau nak confess?"

           "Aishh... jangan nak tukar topik pulak!"

           "Jangan tunggu lama-lama~... nanti lama-lama dikebas orang~"

 

Mereka ketawa serentak. Mungkin ianya bukanlah sesuatu yang begitu lawak sehingga mampu membuatkan mereka ketawa bersama namun dapat mengurangkan rasa sedih di hati Hyoyeon dan suasana juga tidak menjadi terlalu tegang.

           "Promise?"

           "Promise apa?"

           "Promise kita akan graduate sama-sama. Bersama kita akan pakai jubah hitam menerima sijil."

           "Okay, I'm promise. Eh?"

           "Kenapa?"

           "Duk sibuk bersembang, barang projek tak habis cari lagi. Ahhahaha..."

 

            Mereka kembali ketawa dan beredar dari kedai peralatan jahitan itu setelah membeli beberapa barang yang diperlukan untuk menjahit. Walaupun Hyoyeon sedang berduka sekarang ini, dia masih cuba merahsiakan kesedihan dan masalah sebenarnya dari Sunny walaupun Sunny adalah kawan baik dan orang yang paling rapat dengannya sejak dia masuk ke universiti. Hati Sunny pula terasa kembali senang setelah melihat orang dia sayang kembali tersenyum.

 

-Bab 5 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 7: mwo? mmg pelik tul lah c yonghwa ni
ApinkBlossom95 #2
Chapter 6: ommo, hyoyeon mcm ada something jer...
AiSyah98
#3
Chapter 3: Best!!!hehehehe...oh yonghwa..semakin lama kau semakin creepy...erghhhh....siap peluk pinggang bagai lagi....anyway update chap 4 pula
amiramuliyadi
#4
Chapter 3: Kenapa dengan si byuntae tu??? Update soon...
AiSyah98
#5
Chapter 2: Yeay best best...hahaha yonghwa tu creepy gila duhhh..cepatlah update lagiiiii
amiramuliyadi
#6
Menarik citer ni.... Anyway update soon!