Chapter 4 : May I Help You?

STOLEN INNOCENCE (-Hiatus-)

 

 

            Hujung minggu ni akan menjadi sangat membosankan buat Sunny kerana kedua-dua rakan sebilinya pulang ke rumah masing-masing. Kebetulan pula Sooyoung demam dan Jessica pula terpaksa pulang kerana pada hujung minggu itu akan berlangsungnya majlis perkahwinan kakaknya. Sambil-sambil tu, Jessica mengambil peluang untuk mencari barang persiapan untuk assignment.

              'Hmm, serius memang tak seronok kalau diorang takde. Rasa macam sunyi sesangat', keluh hati kecil Sunny.

 

Bagi menghabiskan masa hujung minggu yang membosankan itu, Sunny terfikir untuk keluar ke Shopping Complex SME sendiri kerana tiada sesiapa yang mahu menemaninya. Tambahan pula, Hyoyeon pula masih lagi tidak selesai dengan masalah keluarganya di kampung. Dia juga telah menyepi sejak seminggu yang lalu. Tiada siap berjaya menghubunginya termasuklah Sunny. Berkali-kali dia cuba menghubungi Hyoyeon namun, satu panggilan tidak diangkat. Mesej juga tidak berbalas.


           Sunny telah membuat keputusan untuk meminjam basikal 'Raleigh Mountain Bike' milik rakan sebiliknya Jessica. Kalau diikutkan hati sebenarnya Sunny mahu menaiki bas kampus tapi disebabkan dia berasa malas dan memang sengaja mahu mengambil angin dia pun mahu pergi sendiri. Teksi mungkin lebih cepat dan senang akan tetapi, bukannya dia cukup berani untuk menaiki sendirian. Lalu, Sunny pun terus memasukkan barang-barang penting seperti telefon bimbit dan kunci bilik. Tanpa Sunny sedari, dia telah tertinggal dompetnya di atas katil. Kemudian, dia berlari anak menuruni tangga menuju ke arah tempat letak basikal. Difikirkan bahwa dia bersendirian maka Sunny mengayuh dengan laju sehingga terasa seperti sedang berlari dalam acara marathon. Tercungap-cungap menarik nafas bagi mendapatkan oksigen tatkala kaki masih lagi sibuk mengayuh basikal.

 

           Sejurus sampai di sana, Sunny memasuki sebuah butik kecantikan bernama Girls Generation Beauty Boutique. Dia menilik beberapa jenis pencuci muka. Dia ingin mencuba pencuci muka yang berlainan dari apa yang dia telah pakai. Tiba-tiba, datang seorang promoter wanita mendekatinya memberi nasihat dan panduan yang betul dalam memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka. Setelah Sunny cuba mendapatkan pencuci muka yang ingin dibeli secara mengejut terus perempuan itu menarik tangannya berjalan ke arah sebuah rak bagi produk kecantikan Bio-Essence. Dia mula menyatakan promosi tentang kebaikan produk terbaru dan terlaris dalam kalangan remaja pada masa ini iaitu BIO SPRING WATER (Miracle Bio Water) bukan sahaja untuk wajah akan tetapi sesuai untuk rambut dan tubuh badan. Sunny yang tidak mengerti apa-apa hanya mendiamkan diri. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa hanya setia mendengar penerangan diberi.

 

           Sunny yang tidak dapat menolak tawaran dari promoter tersebut meletakkan semula pencuci muka yang diambil tadi dan membuat keputusan untuk membeli produk yang disyorkan itu. Di saat Sunny sedang beratur panjang untuk membayar di kaunter bayaran dia cuba mengeluarkan dmpet dari beg galasnya. 'Eh?! Mana beg duit aku ni. Aku rasa aku dah masukkan tadi. Takkan aku tertinggal pulak. Habis lah!' Sunny segera meletakkan semula botol Bio Spring Water itu lalu bergegas keluar dari butik tersebut. Akan tetapi ditahan oleh promoter tadi.

           "Kenapa? Tak jadi beli ke?", katanya dalam nada sindiran.

           "Err, maaf. Saya tertinggal beg duit di asrama", ujar Sunny dalam nada agak gementar.

           "Aishh. Teruk betul. -lah!"

Tersentak Sunny mendengar kenyataan dari bibir manis perempuan itu. 'Harapkan rupa aje cantik tapi...', bisik hatinya sendiri. Tanpa berkata-apa terus Sunny beredar dari situ. Kemudian, Sunny berlari anak menuju ke tempat yang dia telah meletak basikal tadi. Dia pulang ke kampus mengayuh basikal dengan lajunya. Bukan kerana takut terlambat sampai ke asrama tapi terasa sakit di hati pabila memikirkan semula tentang sikap perempuan tadi.

 

           Sebelum masuk ke dalam kawasan kampus, Sunny perlu melalui satu kawasan perumahan yang agak luas kemudian melalui antara dua padang yang agak luas. Untuk melepasi padang tersebut Sunny terpaksa melalui satu laluan berbukit yang mungkin agak tinggi untuk sebuah basikal melaluinya. Kebetulan basikal yang dinaiki itu adalah mountain bike dan dia hanya perlu menukar gear bagi mengawal berat dan kelajuan basikal tersebut. Bagi menaiki bukit Sunny perlu menukar kepada gear dua atau tiga. Kerana masih terasa berat Sunny cuba meningkatkan kelajuan pada gear satu akan tetapi malangnya semasa pertengahan jalan rantai basikal itu jatuh.

 

           Sunny terpaksa menuruni basikal tersebut dan cuba membaiki dengan menaikkan rantai basikal pada posisi yang betul tetapi dia gagal. Jarinya juga hampir terluka dan comot dengan minyak basikal tersebut. Sunny cuba berdiri semula dan melihat di sekeliling hanya terdapat dua padang yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki yang sedang bermain bola sepak. Hatinya berasa tidak senang dan tidak selesa terus dia mengheret basikal sambil berjalan kaki masuk ke dalam kawasan kampus.

 

           Dalam perjalanan menuju ke pintu pagar masuk belakang, sebuah kereta Volkswagen Beetle berwarna merah secara tiba-tiba berhenti di sisi kiri jalan sehaluan dengan Sunny. Dia berasa amat terkejut dan menghentikan langkahnya. Seorang lelaki melangkah keluar dari sebelah tempat duduk pemandu kereta itu dan berjalan ke arah Sunny manakala rakannya tidak berganjak dari tempat duduk pemandu.

           "Are you okay?", ujar lelaki itu.

           "Huh?"

           "Maksud saya, awak okay? Kenapa dengan basikal ni, ada masalah ke?"

           "Oh!"

           "Hello, awak dengar tak?", ujar lelaki itu lagi.

Kali ini dia melambai sebelah tangannya berulang kali ke arah muka Sunny yang terpaku melihat ketampanan lelaki itu.

           "Eh? Oh, ya. Rantai basikal jatuh. Dah cuba angkat balik tak boleh."

           "Hmm... Kalau macam tu, biar saya yang betulkan."

Tanpa berlengah lagi, lelaki itu pun mencangkung dan membetulkan posisi rantai basikal. Sunny pula hanya memerhati perbuatan itu. Tidak lama kemudian, lelaki itu bediri semula dan menggosok-gosok tangannya yang kotor dan berminyak. Terus Sunny mengeluarkan tisu dari beg galasnya dan menghulurkan kepada lelaki tersebut.

           "Ah, dah siap. Sekarang awak dan boleh balik", ujar lelaki itu sambil tersenyum.

           "Oh! Kamsahamnida."

           "By the way, jangan lupa hati-hati. Sini ramai laki. Lagipun dah lewat ni."

           "Ah, ya!", dia mengangguk tanda faham.

           "Lupa pulak nak tanya, nama awak?"

           "Sunny. Panggil Sunny", gadis kecil itu tersenyum lebar sepertinya sedang teruja.

           "Ah, annyeong Sunny. Semoga kita berjumpa lagi."

Sunny hanya tunduk hormat sebagai ucapan terima kasih buat kali terakhir sebelum lelaki itu beredar. Sunny kembali mengayuh basikal dan pulang ke kampus dalam keadaan gembira. Dia tersenyum lebar yang tidak lekang dari bibir. Gambaran wajah lelaki tadi masih segar bermain di fikirannya. Dia berasa amat teruja dan seronok kerana akhirnya dia dapat berjumpa lelaki idamannya buat sekian lama menunggu kerana selama ini Sunny hanya mampu memandangnya dari jauh. Apatah lagi itulah kali pertama lelaki itu bertanyakan namanya.

 

 

 

           'Donghae-sunbaenim, bogoshipo saranghae', bisik suara hati kecil Sunny.

 

 

-Bab 4 Tamat-


A/N : Apa korang rasa? Maaf sebab bab ni tak banyak dialog. Maaf juga skali lagi sebab dah lama tak update. T^T

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 7: mwo? mmg pelik tul lah c yonghwa ni
ApinkBlossom95 #2
Chapter 6: ommo, hyoyeon mcm ada something jer...
AiSyah98
#3
Chapter 3: Best!!!hehehehe...oh yonghwa..semakin lama kau semakin creepy...erghhhh....siap peluk pinggang bagai lagi....anyway update chap 4 pula
amiramuliyadi
#4
Chapter 3: Kenapa dengan si byuntae tu??? Update soon...
AiSyah98
#5
Chapter 2: Yeay best best...hahaha yonghwa tu creepy gila duhhh..cepatlah update lagiiiii
amiramuliyadi
#6
Menarik citer ni.... Anyway update soon!