Chapter 7 : What's happening (?)

STOLEN INNOCENCE (-Hiatus-)

Beberapa minggu telah berlalu selepas kejadian di dalam keretapi itu. Dia telah menceritakan hal itu sejurus sampai di rumah Jessica dan dinasihatkan untuk merahsiakan perkara itu agar ibu bapanya tidak risau. Kata Jessica, dia perlu lebih berhati-hati apabila keluar bersendirian kerana malang tidak berbau membuatkan dia rasa lebih bersalah. Dia takut menceritakan semua kejadian yang berlaku sebelum ini setiap kali dia terserempak dengan lelaki byungtae bernama "Yonghwa" itu. Dia hanya mendiamkan diri dan akur dengan kata-kata dan nasihat rakan sebiliknya itu.


            Pernah juga diceritakan kepada Hyoyeon namun, anggapannya sejak dari mula lagi tidak berubah. Katanya mungkin Yonghwa memang 'ikhlas' suka akan kawan baiknya yang bernama Sunny itu. Akan tetapi, dia tetap tidak percaya kerana setiap pertemuan mereka lelaki itu berkelakuan semakin teruk dan dia juga tidak pernah mengenali lelaki itu sebelum ini. Dia juga tidak mengerti apa maksud lelaki itu bahwa dia sudahpun menjadi miliknya.


            Lee Soonkyu meneruskan hari-hari seterusnya seperti biasa. Dalam masa beberapa bulan lagi dia bakal menghadiri hari Graduasi. Sebuah Konvokesyen yang telah lama diidamkannya. Sementara itu, dia ingin memenuhi masa lapangnya dengan bekerja di butik milik keluarga Jessica. Walaupun Jessica belum menghabiskan pengajiannya, keluarganya telah membuka sebuah butik di bawah nama Jessica dan mereka berharap Jessica dapat terus memajukan butik tersebut kerana itu adalah impiannya. Keluarga dia bukanlah sebuah keluarga yang berada namun, mereka sangat memahami dan selalu menyokong keputusan Jessica. 
 


 

            Buat sementara waktu, sepanjang tempoh dia bekerja di butik Jessica rakan sebilik di asramanya itu dia akan tinggal di butik itu kerana dia segan untuk menumpang di rumah keluarga Jessica. Oleh itu, Jessica mengajak Sooyoung untuk bekerja dengannya di butik dan menemani Sunny kerana keselamatan tidak begitu terjamin takut-takut ada pencuri yang akan masuk. Namun begitu, Sooyoung terpaksa menolak pelawaan itu kerana dia sibuk menjaga neneknya di kampung kerana kurang sihat lalu Sunny memberi cadangan untuk mempelawa rakan sekelasnya Hyoyeon.
 

            Hyoyeon mengalami masalah kewangan sebelum ini tambahan pula ayahnya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembedahan buah pinggang. Malah, dia pernah mengatakan bahawa dia berhutang dengan seorang lelaki mungkin peluang ini dapat meringankan bebannya. Jessica pantas bersetuju untuk membantu rakan sekelas Sunny itu di atas rasa belas kasihan.
 

            Pada hari itu, Jessica mengikuti keluarganya menghadiri kenduri perkahwinan anak kawan Ommanya dan dia tidak dapat pergi ke butik. Oleh itu, dia telah berpesan pada Sunny dan Hyoyeon untuk menjaga butik selama dua hari. Hyoyeon adalah orang yang bangun paling awal dan mengemas bahagian depan butik kerana Sunny adalah orang yang paling lewat tidur semalam. Mereka tinggal di dalam bilik yang terdapat di bahagian belakang butik.

           "YAH! Sunny-ah. Palli bangun. Dah nak masuk tengah hari tak payah nak membuta je", jerit Hyoyeon.

           "Hmmm...Aku ngantuk. Bagilah aku tidur lagi Yeonnie", ujar Sunny yang masih tidak membuka matanya.

Hyoyeon sedikit geram dengan sikap rakannya yang sukar untuk bangun pagi.

           "Ish, dah pukul 10.30 pagi. Dah terlajak tidur ni. Sarapan dah sejuk."

           "Ya.. Aku bangun."

            Dalam keadaan yang masih separuh sedar, Sunny bangkit dari tempat tidurnya dan mencapai tuala lalu berjalan menuju ke bilik air. Sejurus bersiap, Sunny ke bahagian depan butik dan duduk di bahagian kaunter. Dia hanya termenung sesekali melihat pada skrin telefon bimbitnya sambil menguyah roti sandwich yang disediakan Hyoyeon awal pagi tadi.

           "Sunny-ah. Kau ni, pemalas betul. Buatlah sesuatu."

           "Nak buat apa? Nak sapu, takde sampah. Nak lap, takde habuk. Nak kemas, semua baik je. Pelanggan pun takde."

Sunny sesekali mengerling ke arah Hyoyeon yang sedang menggantung stok baju yang baru sampai.

           "Aishh... Memanglah, dah aku bangun awal siapkan semua."

           "Tapi, aku yang kemas sebelum tutup kedai. Lagipun..."

           "Cukup! Sampai bila pun tak habis kalau gaduh macam. Okay, kau pergi kedai beli makan tengah hari."

Bagi meleraikan perang mulut antara mereka berdua, Hyoyeon mencari alasan supaya Sunny tidak terus membebel. Dia tahu Sunny bukanlah seorang yang selalu membebel tetapi sekali saja dia buka mulut memang panjang ceritanya.

           "Oh, beres! Aku pun bosan duk terperap je dalam kedai ni. Kau nak makan apa?", soal Sunny.

           "Macam biasa."

           "Okay!", ujar Sunny sambil menaikkan kedua ibu jarinya.

            Lalu,  dengan hanya membawa dompet dan telefon bimbitnya Sunny terus keluar dari butik dan pergi ke sebuah restoran. Sunny telah membuat pesanan dua bungkus sup ayam dan mee. Tiba-tiba, Sunny teringin untuk makan makanan Jepun iaitu sushi. Seingatnya, terdapat sebuah restoran sushi segera di kawasan itu. Lalu, Sunny segera menghantar mesej melalui telefon bimbitnya kepada Hyoyeon bahawa dia akan pulang sedikit lewat.

            Setelah pesanan tadi siap dibungkus, Sunny terus membayar bil di kaunter kemudian keluar dari situ. Dia berjalan di sepanjang jalan sambil melihat ke kanan dan kiri kalau-kalau ternampak restoran sushi yang difikirkan itu. Dia menunggu di celahan ramai manusia itu. Nampaknya, waktu makan tengah hari telah tiba kerana kelihatan ramai orang berseragam sedang berpusu-pusu di jalan. Keadaan jalan raya juga agak sesak.

            Lampu merah pejalan kaki berwarna merah telah bertukar hijau, mereka mula melintas jalan begitu juga Sunny. Beberapa langkah dan dia sampai ke restoran yang dimaksudkan. Restoran Wonder Sushi (...authornim takde idea nak fikir). Gadis kecil itu melangkah masuk ke dalam dan dia begitu teruja. Melihat pada menu semua mahu dibelinya. Tanpa membuang masa Sunny terus membuat pesanan dengan segera. Beberapa minit kemudian, pelayan menghulurkan plastik bungkusan sushi itu kepadanya.

           "Kamsahamnida. Jemput datang lagi."

           "Ya! Sama-sama", balas Sunny tatkala senyumannya tidak lekang di bibir.

Plastik bungkusan sup dan mee di bawa dengan tangan manakala tangan kiri dengan sebungkus sushi. Dengan hati yang gembira Sunny berjalan pulang dan tiba-tiba telefonnya berdering membuatkan dia tersentak dan mengeluh.

           "Haih, sape pulak call ni?"

Dia menghentikan langkahnya dan menjawab panggilan. Dua bungkus plastik itu dibimbit pada tangan kiri.

           "Yeoboseyo. Yeh, Yeonnie-ah. Sunny on the way nak baliklah ni. Ya...sabar."

Sambil mematikan panggilan itu Sunny memulakan langkahnya. Sebelum sempat dia memasukkan telefon bimbit ke dalam poket dia terlanggar seseorang yang sedang berjalan sambil bergayut di telefon.

           "Uh, mianhe ahjussi."

Nampaknya telefonnya terjatuh. Bukan sahaja telefon bimbit Sunny malahan telefon milik lelaki itu juga terjatuh. Akibat terjatuh kedua-kedua telefon itu mati dengan sendirinya. Kebetulan juga mereka mempunyai model telefon yang sama berwarna putih. Sunny terus mendapatkan telefon bimbitnya dan beredar dengan segera. Sesekali dia berpaling ke arah belakang dan melihat lelaki itu berlalu pergi tanpa berkata apa. Dari belakang entah kenapa dia merasakan dia pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Tapi, siapa ya?

 
-Bab 7 Tamat-

A/N : Maaf authornim update citer ni pendek. Hmmm... Sejujurnya, takde idea nak update. >,< Btw, ada tak sape-sape yang baik hati nak tolong authornim? Tolong edit description. Nanti kalau baik hati mesej authornim atau komen je terus. Jalan cerita semacam banyak lari dari sinopsislah. Please.. please.. please~~~

Dan nak tanya jugak, patut ke authornim letak ? Atau skip je? Komen jugak tau.^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 7: mwo? mmg pelik tul lah c yonghwa ni
ApinkBlossom95 #2
Chapter 6: ommo, hyoyeon mcm ada something jer...
AiSyah98
#3
Chapter 3: Best!!!hehehehe...oh yonghwa..semakin lama kau semakin creepy...erghhhh....siap peluk pinggang bagai lagi....anyway update chap 4 pula
amiramuliyadi
#4
Chapter 3: Kenapa dengan si byuntae tu??? Update soon...
AiSyah98
#5
Chapter 2: Yeay best best...hahaha yonghwa tu creepy gila duhhh..cepatlah update lagiiiii
amiramuliyadi
#6
Menarik citer ni.... Anyway update soon!