Chapter 1 : Three-thousand Won

STOLEN INNOCENCE (-Hiatus-)

Semuanya bermula pada petang itu, di mana Sunny keluar bersama rakan sekelas Hyoyeon beserta tiga lagi rakan sekolejnya ke pusat membeli-belah SME. Salah seorang rakannya ingin mencari skaf baru dan memasuki beberapa buah butik di dalam pusat membeli-belah tersebut. Seperti kebanyakan perempuan, mereka juga mengambil masa yang lama untuk membeli-belah. Hampir semua kedai yang ada mereka masuk tapi tiada apa yang berkenan di hati untuk dibeli.

            Ketika kawan-kawan Hyoyeon sibuk menilik setiap skaf yang dijual di dalam beberapa buah butik yang mereka tinjau, Sunny terpandang sebuah gerai kecil yang menjual baju panas menarik perhatiannya. Nampaknya terdapat lelongan dress dan baju panas lama. Seperti biasa pantang sahaja ternampak baju panas yang dikait dengan benang pasti sahaja akan dibeli oleh Sunny kerana bagi dia baju yang dikait itu begitu unik dan sukar untuk disiapkan oleh pengait dengan rekaannya tersendiri.

 

 

         "Yah! Yeonie-ah, palliwa."

         "Wae?"

         "Palli, palli. Kyeopta", senyuman Sunny tidak lekang di bibir sedari tadi.

 

            Dengan kehadiran Sunny dan Hyoyeon barulah ramai anak gadis yang cuba memasuki kedai itu. Tidak ramai yang ingin memasuki kedai tersebut mungkin difikirkannya jualan baju-baju terpakai kerana dijual dengan harga yang begitu murah akan tetapi sebenarnya, semua itu adalah barang lelongan pakaian-pakaian lama.

         "Oh, murahnya. Kau nak beli ke, Sunny?"

        "Ah, yeh. Macam comel je. Tengok yang warna pink ni, giler cantik dia kait. Tapi, yang warna kuning pun okay, benang dia tebal", Sunny berasa keliru untuk memilih baju panas mana yang hendak dibelinya.

         "Alah, beli je lah dua-dua. Bukannya mahal sangat pun."

Sunny berjalan mengelilingi setiap rak yang ada di dalam kedai tersebut. Semuanya dijual dengan harga yang sama.

         "Ya lah. Semuanya 10 000 won. Kalau macam tu, aku nak dua lah."

 

            Lelaki pemilik kedai itu tidak begitu mengendahkan telatah dua gadis tersebut sehingga dia melihat senyuman dan gelagat Sunny yang comel seperti seorang anak kecil menemui alat permainan kegemarannya telah membuat dia terpukau seketika. Sunny kelihatan comel sekali. Dia yang sibuk menggesel ibu jari pada skrin telefon pintarnya kini segera disorok ke dalam poket.

 

            Tanpa dua gadis tersebut sedar, dia berpura-pura sibuk menggantung pakaian di rak sambil memerhati Sunny sedangkan gelagatnya itu juga diperhati salah seorang gadis di situ.Ya, dia adalah Hyoyeon yang berpura-pura tidak sedar akan kehadiran lelaki tersebut. Sunny pun berjalan ke arahnya lalu menghulurkan kedua baju panas yang dia mahu. Lantas, lelaki itu berjalan ke arah kaunter kecil bagi mendapatkan beg plastik lalu dimasukkan kedua-dua baju panas tersebut ke dalamnya.

 

 

 

Sunny mengeluarkan duit sekeping 50 000 won dari dompet merahnya. Dia belum mengeluarkan wang buat masa ini hanya itu sahaja yang ada padanya.

         "Ada duit kecik tak? Ni besar sangat."

         "Huh? Erm...takde. Tu je."

         "Tunggu jap. Nak gi tukar duit kat sana."

         "Oh, okay!"

Lelaki itu beredar seketika bagi mencari duit kecil yang boleh ditukar di mana-mana kedai berdekatan. Beberapa minit kemudian, Sunny mengomel pada Hyoyeon yang hanya tersenyum padanya.

         "Ermm...lambatnya, mana dia pergi? Lama betul dia tukar duit."

         "Entah. Sabar la, nanti dia datang."

            Lelaki itu kembali bersama tiga keping wang berjumlah 10 000 won dan sekeping wang 20 000 won. Ditaruknya duit sekeping itu ke dalam poket lalu diberinya duit baki 30 000 won dalam 3 keping berasingan di atas tapak tangannya lalu dihulurkan kepada Sunny. Dia cuba mengambil duit di tapak tangan lelaki itu tetapi agak ragu-ragu.

         'Na eotteokhae?', getus suara hati Sunny.

 

           Sunny cuba mencapainya tetapi tangan lelaki itu sengaja digerak-gerakkan perlahan membuatkan jari mereka bersentuhan beberapa kali. Si gadis naif itu hanya memandang lelaki tersebut dan si dia hanya memandang ke arah lain berpura-pura tidak mengerti sambil tersenyum. Warna kulit lelaki yang agak cerah itu tiba-tiba merona kemerahan. Tapi kenapa?

Sunny dan Hyoyeon beredar dari situ bersama mencari tiga lagi kawan mereka yang entah ke mana menghilang dek khyusyuk mencari skaf. Sunny hanya diam dan tidak berkata apa-apa hanya kedengaran orang yang lalu-lalang dan bunyi muzik yang dipasang oleh DJ di dalam pusat membeli-belah tersebut.

         "Sunny? Wae?", soal Hyoyeon.

         "Apa?"

         "Apsal senyap je? "Tadi aku tengok kau bukan main happy sekarang jadi muram."

         "Lelaki tadi itu. Kau nampak kan?", Sunny cuba mengadu pada kawan baiknya.

         "Apa?"

        "Dia sengaja buat macam tu, kan? Salah ke kalau dia bagi je duit baki tu, apsal nak letak atas tapak tangan. Susah aku nak ambik macam tak ikhlas je. Sengaja nak sentuh jari aku."

         "Oh. Haha...dia saja je tu. Dia suka kau kot", Hyoyeon ketawa kecil melihat Sunny yang kerisauan.

         "Suka? Baru je jumpa. Tak kenal pun."

         "Alah, relaks lah. Gwenchana."

Hyoyeon menepuk bahu Sunny menandakan dia tidak perlu risau tentang itu. Sunny hanya mencebikkan bibirnya sambil mengerutkan dahi.

         "Nevermind. Lepas ni aku takkan jumpa dia lagi. Dia kerja kat sini, dia tak kenal aku."

Mereka berdua pun memasuki sebuah Cafe berhampiran. Kelihatannya kawan-kawan mereka menunggu mereka di situ sejak dari tadi. 

         "Ah, kat sini pun korang", tegur Hyoyeon sambil tersenyum lebar.

         "Macam mana? Dah jumpa apa-apa yang korang berkenan?"

         "Aku tak beli apa-apa. Sunny ni, dia beli baju panas", jawab Hyoyeon manakala Sunny hanya diam.

         "Mana? Nak tengok?"

Sunny terus menghulurkan beg plastik berisi dua baju panas yang dibeli tadi.

         "Wah, kyeopta!"

 

           Sunny hanya diam dan hanya melihat gelagat kawan-kawan Hyoyeon menilik keunikkan baju panas tersebut sambil berpeluk tubuh. Dia masih berasa tidak selesa dengan kejadian tadi kerana itulah kali pertama ada lelaki yang sengaja memperlakukan dia sebegitu. Dia pula bukannlah seorang gadis yang suka mendekati mana-mana lelaki kerana ia membuatkan dia berasa janggal dan kekok.

           Setelah pesanan minumannya mereka sampai, Sunny begitu teruja melihat Frapper Espresso yang berada di depan matanya. Kelihatan begitu menyelerakan. Lalu, dia cuba menghirup minuman kegemarannya itu sambil memejamkan matanya tanda menikmati air yang melintasi ke dalam anak tekaknya. 'Ermm...sedapnya. Sejuk. Baru lega hati aku.' Sunny kembali senyum dan membuka matanya memandang tepat ke arah Hyoyeon di sebelah kirinya.

         "Rasa macam dah lama tak minum air ni."

         "Ye lah. Kita dah lama take keluar. Asyik terperap je kat asrama."

         "Ah, kita pun dah lama tak keluar sesama. Nasib kelas semester sama. Boleh gak jumpa kau."

           Sunny yang duduk bersebelahan dinding kaca memandang orang yang lalu-lalang di luar Cafe tersebut. Matanya meliar melihat tingkah-laku manusia yang pelbagai itu. Tiba-tiba seorang lelaki berbaju putih melintasi dan berhenti di sebelah meja mereka. Di sebalik dinding kaca itu, lelaki tersebut hanya memandang tepat ke arah Sunny dengan pandangan tajam sambil tersenyum miring.

         "Apa masalah dia tu? Sunny, kau kenal dia?", tegur salah seorang kawan Hyoyeon.

         "Aniyo", Sunny mengerutkan dahinya.

         "Creepy."

Hyoyeon pula berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku dan membisu. Setelah lelaki itu beredar, pipi gebu Sunny mula merona kemerahan tanda malu dengan kelakuan lelaki tersebut. Mereka berlima terus menikmati hidangan yang dipesan di situ. Sunny terus menghirup minumannya sehingga habis sambil mengimbau kembali kejadian duit baki 30 000 won di kedai tadi.

         'Byuntae! Byuntae! Byuntae!'

 

-Bab 1 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 7: mwo? mmg pelik tul lah c yonghwa ni
ApinkBlossom95 #2
Chapter 6: ommo, hyoyeon mcm ada something jer...
AiSyah98
#3
Chapter 3: Best!!!hehehehe...oh yonghwa..semakin lama kau semakin creepy...erghhhh....siap peluk pinggang bagai lagi....anyway update chap 4 pula
amiramuliyadi
#4
Chapter 3: Kenapa dengan si byuntae tu??? Update soon...
AiSyah98
#5
Chapter 2: Yeay best best...hahaha yonghwa tu creepy gila duhhh..cepatlah update lagiiiii
amiramuliyadi
#6
Menarik citer ni.... Anyway update soon!