School

Cold hearted girl is my wife?!!
Please Subscribe to read the full chapter

"Xi Luhan!!!!" Puan Xi menarik selimut yang menutup tubuh anaknya. Dia mengeluh,dia sudah masak dengan perangai anak lelakinya itu. Anaknya agak liat untuk bangun di pagi hari. 

"Xi Luhan!! Bangun kamu sudah lambat ke sekolah!" Ujar Puan Xi sambil menepuk pipi anak lelakinya. 

"Alah omma! Lambat laginya. 5 minit,jap lagi Luhan bangun" kata Luhan dengan mamai lalu menarik selimutnya,menyelimuti badannya. Hangat~ 

"Banyaklah kamu 5 minit,cepat sebelum omma buat 'Ice Bucket Challenge' kat atas katil kamu!!" marah Puan Xi. 

"Ommo,Omma!!! Sampai hati nak buat IBC kat sini T^T" Matanya membulat ,dia tak sangka ommanya nak menyimbahnya dengan air sejuk di pagi hari.

"Dah,Dah Lue! Pergi siap,nanti kamu lambat ke sekolah."Puan Xi menolak anaknya masuk ke dalam bilik air. 

"Arassso omma~~~" Luhan menutup pintu bilik air lalu bersiap untuk ke sekolah.

"Haish,budak ni!" Puan Xi segera keluar dari bilik Luhan dan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan.

***

Selepas bersarapan,Luhan dihantar oleh appanya ke sekolah. Dia memandang ke luar kereta. Dia menikmati suasana pagi pada hari itu dengan mendengar lagu kesukaannya dari mp3 kesayangannya. Kereta appanya berhenti untuk seketika kerana lampu trafik bertukar ke merah.Tiba- tiba,dia terlihat satu susuk badan yang dia amat kenali di laluan pejalan kaki. Dia mula menfokuskan mata pada perempuan itu. Rambutnya yang hitam dan panjang menyerlahkan kulitnya yang pucat itu.Bibirnya berwarna merah pucat. Baju uniform yang dipakainya dapat dipastikan Luhan bahawa perempuan itu adalah sama sekolah dengannya.Kereta mula bergerak semula tanda lampu merah sudah bertukar hijau. Luhan memandang tubuh tu sekilas sebelum hilang dari pandangannya. Dia kembali menikmati lagu kegemarannya sambil mulutnya berkata  

"Hong Ra Hyun..."Dia tersenyum sinis.

***

Luhan menjejak kakinya ke dalam sekolah,bagaikan dia memetik jarinya lalu beribu-ribu perempuan datang ke arahnya. Yup,dia agak popular di sekolah disebabkan rupa yang menawan dan akademik yang bagus.Boleh dikatakan kingka dengan gengnya yang lain ,tapi tak sepopular Ra Hyun yang sentiasa dijadikan bualan ramai. Ra hyun seorang yang cantik dan pandai dalam semua mata pelajaran tapi dia ni anti-sosial. Tidak suka bercakap dan selalu dengan pendiriannya. Ramai orang menjauhi darinya apabila seorang demi seorang melontarkan fitnah yang tidak sepatutnya dia terima. Sehingga sekarang dia tidak mempunyai kawan. Dia tidak pernah melawan kembali apabila cacian keji dilontarkan kepadanya. Tiada siapa yang pernah mendengar suaranya,bagaikan dia orang yang bisu. Dia tiada prinsip untuk terus hidup di dunia ini.Tiada siapa faham perasaan dia pada masa itu,hanya dia sahaja yang dapat rasai peritnya hidup dengan kata cacian itu. 

*** 

Luhan memandang ke arah satu susuk tubuh yang sedang berjalan memasuki sekolah. Tidak tahu kenapa matanya tidak lepas dari memandang ke arah perempuan itu.DIa dapat rasakan aura ketakutan menyelubungi diri perempuan itu. Dia rasa yang dia patut lindungi gadis itu,tapi sebab apa?

Luhan tersentak apabila satu tangan memeluk lengan kirinya erat. Dia memandang ke arah kiri. Seorang perempuan yang tinggi paras leher Luhan sedang memegang tangan Luhan erat.Dari cara gayanya Luhan tahu perempuan itu ialah Hyomin,Queenka sekolahnya. Yup,perempuan yang hanya popular atas kecantikan yang beralaskan mekap yang tebal. Luhan memandang ke arah peminatnya,semua protes apabila Hyomin memeluk kemas lengan Luhan. Luhan cuba melepaskan pelukan Hyomin,tapi gagal.

"Hyomin,lepaskan aku...Aku rasa tak bernafas je sekarang ni!" 

"I don't want.Let's go,i'll send you to your class."

Luhan melepaskan keluhan berat. Dia rasa terkongkong bila bersama Hyomin,Queenka yang perasan Luhan itu hanya untuk dirinya. Luhan hanya membiarkan dirinya diseret Hyomin hingga ke pintu kelasnya.Pelajar lain hanya memandangnya dengan perasaaan benci dan jelik dengan sikap Hyomin.

***

"Bye,oppa!!Nanti kita rehat sama eh?" Kata Hyomin beredar dari situ.

Luhan mengabaikan kata Hyomin itu,dia segera masuk ke dalam kelasnya. Sekali lagi,kedengaran peminatnya menjerit. Dia hanya tersenyum memandang peminatnya. Seri di wajahnya semakin pudar,melihat muka seseorang yang dia amat kenali.

 'Raven' 

Entah kenapa sejak di dalam kereta,Luhan rasa dirinya dapat rasa apa yang dilalui Ra Hyun. Rasa aura ketakutan gadis itu melekat pada dirinya. Bagai di curah air sejuk ke atas dirinya.(entah,datang dari mana peribahasa ni xD).Berbalik kepada realiti,Luhan segera berjalan ke arah mejanya yang berada tidak jauh dari meja Ra Hyun.Xiumin,seatmatenya sedang giat memerah otak untuk menyiapkan kerja kimia yang diberi oleh gurunya. Luhan hanya memandangnya kosong,segera dia meletakkan begnya lalu duduk di sebelah Xiumin. 

Xiumin yang rasa sebelahnya ada orang duduk,segera memandang ke sebelahnya. Luhan rasa dirinya diperhati cuba memandang ke arah Xiumin. Dari riak muka rakan karibnya, Luhan dapat tahu apa yang diingininya ,segera ditunjal kepala rakannya.

"Jangan harap."

"Alah,bolehlah...pls!!pls!!!

"Tak boleh, buat sendirilah cik abang oi!"

"Ok,fine! Ini ke yang dinamakan kawan???" Ujar Xiumin merajuk. Perkataan kawan sengaja di tekankan. 

"Alolo,merajuk ke cik Baoxi???? " 

"..." 

"Ok,macam nilah... kalau kau dapat siapkan kerja chemistry ni sebelum cikgu masuk,aku akan belanja kau baoxi?" Ujar Luhan. Dia taknak kawannya tiru kerjanya kerana dia takut kawannya akan turun kelas dan meningggalkan dia seorang di situ. What a nice friend that xiumin have! Heol ~ 

 Riak muka Xiumin menjadi berseri-seri bila perkataan "Baoxi" keluar dari mulut Luhan. Pantang bila ada orang kata yang orang itu akan membelanjakannya. Rezeki jangan ditolak. 

"Jinjja!!!?? Betul kau nak belanja aku??? Ok Set!!!" Xiumin segera menyambung kerjanya yang tertunggak tadi.

Luhan hanya tersenyum memandang gelagat rakan karibnya. Sekarang dia rasa bosan,ingin berbual dengan Xiumin tapi dia sedang memerah otaknya. Luhan memandang persekitarannya. Dia tersenyum apabila peminatnya melambai ke arahnya. Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu kerusi kosong yang sepatutnya diduduki pemiliknya. Ke mana pemiliknya hilang? 

'Mana dia? Sepatutnya waktu sekarang mesti dia baca buku p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AsyiA_MiZuki
#1
Chapter 13: ppali update jusseyo..cite awk best gile...excited gile nak baca next chappie xD
syasyumilaimzamani #2
Chapter 13: update la lgi!! x sbr nk tunggu chapter strusnya.. best sgt!~
BabySprinkle98
#3
Chapter 13: Cam x prcye plak rseny,yelah lame mne dh author x update ntah2 dh brhbuk dh citer ni hehe 쓰ㄴ쓰......risauny Luhan kat Ra Hyun smpai hbis bsah kuyup bju die dsbbkn hjan lbat,wlaupun die dh brmndikn hjan p die msih lg nk cari Ra Hyun nk wat camne org dh jtuh cinta snggup la brkorbn demi org trsyg haha ;'D......akhrny mengalah jgk Luhan hbis mnggigil sbb ksjukkn nk bke pintu pgar pun trktar2 cam kene rnjatn elektrik pun ad hehe :3 haish Ra Hyun ni pun lau yelah nk g beli brg2 dpur bgtau la Luhan dlu ni x wat snyp je risau Luhan tau x......lameny Luhan pluk Ra Hyun dh risau sngt kan huhu,amboi leh plak die pngsan kat bahu Ra Hyun kene bwk die msuk lam rmh la jwbny wlaupun Luhan tu berat "^_^......mlu ke melting tngok abs Luhan Ra Hyun oiii hihihi ;V kene jgk tkr baju Luhan yg bsah,Luhan pun dh dmm akbt mndi hjan......ececeh Luhan lam keadaan camtu bleh lg die duk tngok Ra Hyun lap bdan die knp ingt Ra Hyun x caring ke hoho ㅎ_ㅎ......dh lam keadaan sakit bubur tawar pun leh hbis jgk......sebrslh Luhan nk sign kontrak tu yelah die kan dh jtuh cinta kat Ra Hyun......WHAT??? Ra Hyun nk truskn psl kontrak tu?? tngok Luhan,gtal sngt wat prjnjian camtu ni lah padahny haih 므_므......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
NizNisrina12 #4
Chapter 13: update soon
fazreen #5
Chapter 12: Update soon
maisarahluhan #6
Chapter 12: Palli update a/n !!
vixx1004 #7
Chapter 11: PALLI 2 UPDATE
pandayaya #8
Chapter 12: Palli update author-nim ^_^