Chapter 5 (Final)

72 jam (72 hours)

Time: 9:00am
Hours left: 35 hours

    “Sayang? Sayang…” Hyuna cuba mengejut Junhyung dari tidurnya. Kelihatan Junhyung liat sangat untuk bangun pada pagi itu, Hyuna mendengar Junhyung mengomel mamai dan dia ketawa kecil melihat gelagat suaminya itu. “Junhyung, bangun Junhyung…” Hyuna cuba mengejut suaminya lagi. Junhyung perlahan-lahan membuka matanya, dia tersenyum gembira melihat isterinya. “Selamat pagi sayang.” Kata Junhyung dalam keadaan mamai. “Apa kata awak pergi mandi, saya sediakan sarapan.” Kata Hyuna. Junhyung bagun dan membetulkan kedudukannya, “Okay, masak sedap-sedap.” Kata Junhyung sejurus mengambil tuala dan terus masuk ke bilik mandi. Hyuna pun bagun dari katil dan jalan menuju ke dapur, dia membuka rak dapur. Kebanyakkannya dia nampak ramen je memenuhi rak, Hyuna mengeluh. “Apa je lah laki aku makan selama aku tak ada, kesian dia.” Hyuna mengeluh resah. Dia mengeluarkan apa yang ada di rak dan bercadang untuk membuat lempeng madu pada pagi itu.

    Setelah Junhyung sudah siap mandi, dia hanya memakai T-shirt dan seluar trek kegemarannya. Hidungnya dapat membau aroma makanan yang enak, “Mesti dia masak lempeng madu, dia memang pandai masak yang tu.” kata Junhyung seorang diri sebelum menyembur minyak wanginya. Setelah keluar dari bilik, dia nampak Hyuna sudah siap menghidang lempeng madu di atas meja. Aroma makanan yang dirindui Junhyung datang semula, perutnya mula berbunyi. Dah lama tak makan sedap-sedap, asyik-asyk makan ramen and makanan rentung je… Junhyung duduk di tempatnya dan menatap makanan di atas meja, Hyuna duduk bertentangan dengannya melihat kerenah Junhyung. “Renung ape tu? Makan lah.” Kata Hyuna sambil menghulur garfu dan sudu. Junhyung mengambil garfu dan sudu tersebut dari tangan Hyuna, “Renung lempeng ni nampak muka awak yang cantik tu. Tak sampai hati saya makan.” Junhyung sempat berjenaka. Hyuna ketawa kecil “Makan lah ye, lepas ni dah tak merasa.”

    Junhyung terdiam dan dia mengangguk, agaknya lepas hari ni, dia kena makan balik masakan rentung dia tu. Junhyung dan Hyuna mula memakan lempeng madu yang sedap disediakan oleh Hyuna, “Saya rindu masakan awak.” Kata Junhyung setelah habis membalun semua lempeng yang ada. “Saya rindu nak masak untuk awak.” Hyuna membalas balik. Junhyung melepaskan nafas resah, masa dah makin singkat… sempat ke?

    “Awak nak buat apa hari ni? Tak kan duduk rumah je.” Hyuna bertanya Junhyung. “Saya pun tak tahu lah, awak rasa?” Junhyung bertanya kembali kepada Hyuna. “Nampaknya semua tempat yang kita nak pergi kita dah lawat semalam.” Kata Hyuna. Junhyung pun bersetuju dengan kata-katanya. “Kita melepak je lah dalam rumah ni.” Junhyung memberi cadangan terakhir. Nampaknya Hyuna kena setuju lah, dah tak ada pilihan lain!

Time: 3:00pm
Hours left: 29 hours

    Hyuna dan Junhyung seronok dapat meluangkan masa bersama, mereka bermain dengan kad UNO™, main dengan PS4 mereka, main kejar-kejar di dalam rumah, dan kemas rumah (sebab main kejar-kejar sampai bersepah). Junhyung memang tidak pernah rasa gembira sangat sebelum ni. Hatinya bahagia dapat meluangkan masa bersama Isterinya, sama juga dengan Hyuna. Hyuna akui, dia rasa seronok sangat dapat meluangkan masanya yang terluang bersama Junhyung. Kalaulah dia masih hidup lagi, mesti dia dapat lakukan aktiviti ni hari-hari. Dia akan sentiasa membuat Junhyung gembira, dia akan sentiasa mengubat hati Junhyung yang terluka.

Kalaulah kemalangan tu tak berlaku…

        Sejurus Junhyung menyimpan peralatan yang digunakan untuk membersihkan rumahnya. Dia dan Hyuna duduk di atas sofa, mereka saling mendekati. Junhyung masih lagi tidak dapat menyentuh isterinya, tapi apa-apa pun… Dia gembira dapat meluangkan masa terakhir isterinya bersama dirinya. “Awak rasa gembira ke?” Junhyung bertanyakan Hyuna. Hyuna memandang Junhyung, “Seronok sangat.” Katanya singkat. Junhyung memberi senyuman padanya… “Lagi seronok kalau saya dapat dakap awak untuk kali terakhir.” Kata Junhyung. Hyuna pun mengangguk setuju, kalau lah dia dapat rasa sentuhan suaminya… Masa di tarik singkat pun dia sanggup. Dia sanggup buat apa sahaja untuk dapat memeluk suaminya lagi…

    “Apa kata kita layan movie je sampai malam?” Junhyung memberi cadangan kepada Hyuna. “Boleh juga. Awak nak tengok cerita apa je?” Hyuna bertanya kepada Junhyung. “Hmm, apa yang awak nak?” Junhyung pula bertanya Hyuna. “Hmm, ada banyak ni…”

Time: 10:00pm
Hours left: 22 hours

    Hyuna menangis teresak-esak melihat pertengahan cerita The Fault In Our Stars. Dia menghayati sepenuhnya cerita tersebut, bagaimana kepayahan hidup yang dilalui Hazel dan Augustus. Melihat kisah hidup mereka di kaca TV membuat Hyuna sedih, Junhyung menghulurkan tisu kepada Hyuna, Hyuna mengambilnya dan lap air matanya. “Awak betul-betul menghayati cerita ni ya? Sampai menjejeh-jejeh air mata.” Junhyung sempat berjenaka untuk membuat isterinya tersenyum semula. Hyuna ketawa kecil, “Awak tu lelaki, mana nak ada perasaan kalau bab-bab ni.” Hyuna membalas semula. “Siapa kata? Kalau saya tak ada perasaan, dah lama saya tak pedulikan kehilangan awak.” kata-kata Hyuna membuat Junhyung terasa hati. “Ala, saya minta maaf. Saya sayang awak.” Hyuna memujuk semula suaminya. Junhyung membalas dengan senyuman kecil “Saya lagi sayangkan awak.” Sebaik sahaja Junhyung meletakkan tangannya di atas bahu Hyuna, dia dapat merasa sesuatu.

    Dia dapat memegang Hyuna… Dia dapat menyentuh bahu Hyuna.

Hyuna sendiri pun terkejut, dia cuba untuk memegang Junhyung. Sebaik sahaja tangannya dapat menyentuh kedua-dua bahu Junhyung, mereka berdua saling berpandangan, hati mereka berasa gembira. Junhyung menarik badan Hyuna ke dalam dakapannya. “Saya dah boleh peluk awak!” Junhyung berkata dengan riang. Junhyung menarik Hyuna berdiri, “Jom keluar ambil angin sementara saya masih boleh merasa sentuhan awak.” Junhyung memberi cadangan dan Hyuna pun setuju. Junhyung dan Hyuna memakai kot dan keluar rumah, mereka berjalan-jalan sekitar kawasan rumah mereka. Junhyung dan Hyuna berpegangan tangan dengan erat, lepas ni… Mana dapat nak berpeluk lagi? Junhyung menarik Hyuna rapat ke bahunya, tangannya erat tidak melepaskan Hyuna. “Kita pergi lagi ke taman pokok sakura tu nak tak?” Hyuna mengangguk setuju . Sebaik sahaja mereka tiba ke taman tersebut, mereka menikmati angin malam yang sejuk.

    Setelah lama berdiri dan berjalan, Junhyung dan Hyuna berhenti seketika. Junhyung memandang Hyuna, menatap matanya. “I love you forever, and always…” Junhyung memberi kata-katanya kepada Hyuna sebelum mencium dahinya dan memeluknya.
    Tiba-tiba, badan Hyuna mula menghilang. “Eh? Kenapa ni?” Hyuna sudah teringat hajatnya yang lepas…

    kalau lah dia dapat rasa sentuhan suaminya… Masa di tarik singkat pun dia sanggup. Dia sanggup buat apa sahaja untuk dapat memeluk suaminya lagi…

    Dia sanggup buat apa sahaja untuk dapat memeluk suaminya lagi…

    Masa di tarik singkat pun dia sanggup…..

“Hyuna!”

    “Junhyung! Saya minta maaf! Saya sayang awak!” Hyuna memberi kata-katanya yang terakhir sebelum tubuhnya menghilang sekali dengan tiupan angin dan daun bertebaran. Junhyung gengam tangannya dan jatuh melutut, air matanya mengalir sekali lagi.

“Hyuna…”
“Berbahagialah di sana…”

    Luhan mengetuk daun pintu bilik Junhyung, “Masuk.” Kata Junhyung dan Luhan pun memasuk bilik ofis tersebut. “Ni fax dari Lee Yang Enterprise, boss.” Kata Luhan sambil menghulur fax kepada Junhyung. Junhyung mengambil fax tersebut dan sambung menulis ke atas kertas kosong. Luhan seperti ingin tahu apa yang dituliskan “Tulis apa boss?” Junhyung memandang Luhan dan merenung matanya tajam. “Jangan sibuk, pergi buat kerja dengan gay awak Sehun tu.” “ISH! SAYA TAK GAY LAH!” Luhan menafikannya dan cepat-cepat keluar dari biliknya. Junhyung tersengih dan sambung menghabiskan suratnya.


    Hyuna, kalau lah awak beritahu kenapa awal tinggalkan saya awal sangat.. Tapi walau apa-apa pun, saya tetap gembira dapat meluangkan masa dengan awak. Saya rasa gembira sangat menjadi suami awak, saya turut gembira dapat meluangkan masa dengan awak pada saat-saat terakhir.

Dengan ini, jangan sesekali sayang lupakan cinta saya…

Berbahagialah awak di sana..

Tunggu sehingga saya datang…

Dan dakap awak sekali lagi….

- Yong Junhyung -

--

FINALLY SIAP ! Okay, memang aku tahu ceritanya singkat but it's the best i could do. Ni fanfic melayu PERTAMA yang aku buat, so sorry for the mistakes and lame plot ! Thanks baca !

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 5: Dh lame x bce fanfic hyuna n junhyung.
YongNeys_ #2
Chapter 5: Best lah story ni authornim, haha jarang jumpa fanfic junhyung yang malay punya hihi apa apa pun, daebak <3
Farah30
#3
Chapter 3: Update soon, authornim. First time bce JuNah vers. Malay. Hope ending dia x sedih sgt :')
SeKaiStalker
#4
gudluck..sounds promising tho ^^
haninad
#5
Chapter 2: update soon :)