Chapter 1

72 jam (72 hours)


 

Kedengaran bunyi siren ambulan memecah suasana hening malam. Junhyung seperti orang yang kurang waras datang ke tempat kejadian dan merempuh orang ramai “Ketepi!” “Aku suami dia!” “Beri laluan!” Dia menjerit sambil menolak orang ramai yang menghalang laluannya. Setelah dia sudah sampai, dia hampir menjerit. Jantungnya hampir gugur apabila melihat keadaan isterinya.

 

Kereta yang dipandu Hyuna terbalik dan cermin tingkapnya pecah, kelihatan kepulan asap keluar dari bahagian enjin. Manakalah Hyuna, tubuhnya terbaring kaku di atas jalan tar dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bermaya. Tangannya hampir putus dan badannya ditusuk kaca kereta. “Hyuna!” Junhyung berlari kearah jasad yang kaku itu dan menarik badan Hyuna dan memeluknya, tangan Junhyung mengusap muka hyuna yang berlumuran darah. “Hyuna…” suara Junhyung menjadi serak dan air matanya jatuh ke atas pipi Hyuna.

 

Sayang, kita baru sahaja berkahwin… Kenapa jadi macam ni? Junhyung boleh nampak Hyuna senyum tawar kepadanya—Junhyung memegang erat tangan Hyuna. “Sayang, awak masih boleh diselamatkan..Awak masih..” Junhyung hilang kata-katanya dan menangis teresak-esak. Dunia ni memang kejam, kenapa harus Isterinya yang disayangi menempuhi cabaran ni? “Junhyung…” Hyuna cuba untuk bercakap dalam keadaannya yang sedang nazak itu, Junhyung perlahan-lahan mengusap rambut isterinya. “Ye sayang?”

 

“Jaga diri baik-baik… Saya sayang awak.” Hyuna mengeluarkan kata-kata terakhirnya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir, tangannya yang di pegang Junhyung jatuh ke tanah. “Hyuna? Hyuna! Awak tak boleh tinggalkan saya!” Junhyung meraung sekuat hati sambil menggoncang tubuh isterinya. Suasana malam sudah menjadi suram dan hujan turun dengan lebat, Junhyung memeluk tubuh isterinya. Dia tidak pedulikan jika bajunya kotor dan berlumuran darah, dia sudah kehilangan Hyuna… Perempuan yang paling disayangi dan dicintai telah meninggalkan dirinya… Macam mana dia hendak teruskan kehidupannya kalau Hyuna sudah tiada lagi?

 

 

Junhyung membuka daun pintu rumahnya dan mengunci pintu ‘grille’ rumahnya. Dia membuka kasut dan masuk kedalam rumahnya, suasana rumah menjadi janggal dan sunyi tanpa suara Hyuna yang sering menyambut kepulangannya. Junhyung menyangkut kunci rumah dan keretanya di atas rak dan menanggalkan jaketnya. Hatinya berasa lega sedikit setelah masalah besar di syarikatnya dah selesai. Junhyung duduk di atas sofa ruang tamunya dan merenung kosong di televisyennya. Kan seronok kalau Hyuna ada untuk menghiburkan hati? Junhyung terasa nak menangis lagi, dia rasa hidup di dunia ini sudah tidak bermakna lagi. Hyuna dah pergi, apa lagi yang harus aku lakukan? Junhyung berdiri dan berjalan menuju ke dapur, dia membancuh secawan nescafe untuk dirinya.

 

Selalunya Hyuna yang buatkan air untuk aku. Junhyung berjalan ke arah sinki setelah airnya habis diminum, malas pula rasanya nak membasuh cawan ni. Junhyung pun masuk kedalam biliknya (yang dahulu bilik Hyuna juga). Junhyung mengambil tuala untuk membersihkan diri, langkahnya terhenti apabila matanya ternampak gambar kahwinnya dengan Hyuna. Junhyung mengangkat bingkai gambar tersebut dan menelitinya, rasa rindunya terhadap Hyuna makin meningkat. Kenapa lah mesti kau pergi dulu Hyuna? 

 

Junhyung melabuhkan punggungnya keatas katil, matanya tidak lekang dari melihat gambar itu. Dia baru sahaja hendak baring di atas katil, bunyi telefon telah menganggunya. Dia pun bangun dan mencapai telefonnya, dia melihat nama ibunya tertera di skrin dan segera mengangkat.

 

“Ye mak?”

“Junhyung! Hang apa khabaq? Hang sihat ka?”

 

Junhyung tersenyum sedikit setelah mendengar suara ibunya di talian, orang kedah ni memang kecoh. Memang tahu macam mana nak menghiburkan hati yang sedang berduka..

 

“Junhyung sihat je mak.”

“Ye ke hang ni? Suara hang macam baru lepas meraung saja. Hang sedih lagi ka?”

“Mana ade lah mak, Junhyung okay je.”

“Junhyung, junhyung kan anak mak. Mak tau la kalau hang sedih ka apa, hang masih rindu bini hang ka?”

 

Ye mak, Junhyung rindu sangat dekat Hyuna sampai rasa macam nak mati sekali. Soalan apa la mak tanya ni…

 

“Rindu tu, mestilah mak. Mak dah makan?”

“Sudah anak oi. Hang tu dah makan ka?”

“Sudah mak. Makan dekat ofis.”

“Hmm, elok sangat la tu. Okay lah, Mak teipon hang ni saja nak tanya khabaq hang. Hang tak usah la jadi lagu ni anak oi, hidup mesti diteruskan. Esok hang kerja elok-elok.”

“Hmm, yelah mak.”

“Dah-dah, tak usah nak bersedih berduka lagi naa? Bye, jaga diri.”

“Bye mak.”

 

Talian pun dah terputus. Junhyung letak telefonnya di atas meja dan menuju ke bilik air. Di berfikir untuk meluangkan masa di dalam bilik air tu lama sikit, nak tenangkan fikirannya yang kian serabut.

 

Hyuna, cepatnya kau pergi..

Hyuna tak kesiankan Junhyung ke?

Sampai hati Hyuna buat macam ni….

 



Short chapter ! I know.. Best x aku buat Junhyung anak orang kedah? =) Comment and subscribe jusaeyo !

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 5: Dh lame x bce fanfic hyuna n junhyung.
YongNeys_ #2
Chapter 5: Best lah story ni authornim, haha jarang jumpa fanfic junhyung yang malay punya hihi apa apa pun, daebak <3
Farah30
#3
Chapter 3: Update soon, authornim. First time bce JuNah vers. Malay. Hope ending dia x sedih sgt :')
SeKaiStalker
#4
gudluck..sounds promising tho ^^
haninad
#5
Chapter 2: update soon :)