Chapter 2

72 jam (72 hours)

Badan Hyuna tiba-tiba rasa sengal dan lenguh. Hyuna perlahan-lahan membuka matanya—‘terang betul cahaya putih yang ada dekat sini, macam nak bagi aku buta pun ada’. Hyuna cuba untuk bangun dan membetulkan posisinya. ‘Eh, apsal belakang aku ni rasa berat semacam?’ Hyuna pun memaling mukanya ke belakang untuk melihat benda yang membuat belakangnya rasa berat. ‘Eh! Sayap? Cantiknya! Sejak bila aku ada sayap ni?’

 

Hyuna pun memusingkan badan dia beberapa kali untuk melihat sayapnya yang cantik dan besar tu. Dia kagum dengan kecantikan sayapnya itu, dia melihat dirinya yang berpakaian serba putih, rambutnya yang hitam tu bertukar menjadi perang. ‘Cantiknya aku!’ Hyuna memuji dirinya. Tiba-tiba, Hyuna mendengar satu suara memanggilnya.

 

“Hyuna, selamat datang ke ‘paradise’, kami mengalu-alukan kedatangan awak.”

 

Hyuna terpinga-pinga mendengar suara tersebut. ‘Suara ada, muka mana?’  Hyuna tercari-cari dari mana suara tersebut datang. “Uh, kenapa saya ada dekat sini?” Hyuna bertanya. “Tak kan awak dah lupa apa yang sudah terjadi kepada diri awak?” suara itu menjawab. Oh, lupa. Aku kan dah mati… Hati Hyuna tiba-tiba rasa sebak, air matanya jatuh ke tanah. Junhyung… “Kenapa awak menangis? Awak tak suka ke duduk disini?” suara itu bertanya lagi. “Bukan tak suka, tapi… Saya belum bersedia lagi.” Kata Hyuna sambil mengelap air matanya.

 

“Kebanyakkan orang semestinya tidak bersedia untuk menghadap kematian, nak tak nak itu takdir.”

 

Hyuna mengangguk. Nak buat macam mana? Ajal dah sampai. “Tapi, saya betul-betul tak bersedia! Saya baru sahaja berkahwin dengan Junhyung! Anak pun tak ada! Tak kesian ke dekat Junhyung yang tinggal keseorangan dekat bumi?” Hyuna cuba memujuk dan merayu. Dia betul-betul mahu bersama Junhyung lagi, walaupun sekejap. “Ini takdir awak, dan awak tak boleh mengubahnya lagi.” Suara itu berkata dengan tegas. Hyuna melutut—air matanya jatuh membasahi pipi dan dia merayu sekali lagi “Tolonglah! Hidupkan saya semula! Saya nak bersama suami saya! Tolonglah! Saya merayu!”

 

Kedengaran suara itu mengeluh, Hyuna tidak berputus asa—dia cuba untuk mencari jalan supaya dia dapat berjumpa dengan Junhyung sekali lagi. Hyuna mempunyai satu idea “Okay, hidupkan saya semula untuk 72 jam sahaja! Sekejap sahaja! Biarlah saya berjumpa dengan suami saya untuk 72 jam lagi! Tolonglah!”

 

Suasana ‘paradise’ tersebut menjadi sunyi, kedengaran seperti orang sedang berbincang. Hyuna merayu sekali lagi “Tolonglah! Bagi saya peluang untuk berjumpa dengan dia lagi! Tolonglah! Saya merayu! Untuk 72 Jam sahaja!”. Suasana menjadi senyap kembali, Hyuna menelan air liurnya dan berdiri. Mana pulak suara tu hilang? 

 

Hyuna terdengar suara orang menghelakan nafas. “Baiklah, 72 jam sahaja.” Hyuna melompat kegembiraan. Tak sangka dia akan berjumpa dengan Junhyung sekali lagi, walaupun hanya untuk 72 jam.

 

“TAPI…” Hyuna terhenti dari perbuatannya dan mendengar. “Awak tak akan dihidupkan semula. Sebaliknya, awak akan berjumpa dengannya dalam keadaan macam ni.” Suara itu berkata. “Sebagai bidadari?” Hyuna bertanya sambil memegang gaun putihnya. “Ye, sebagai bidadari.” Suara itu berkata. Hyuna mengangguk faham, x dapat jadi manusia pun tak apa lah. Asalkan, dia dapat bersama Junhyung lagi.

 

“Tapi, kami ada beberapa syarat untuk awak.” Suara itu berkata lagi. “Syarat? Syarat apa?” Hyuna bertanya. “Oleh kerana awak sudah mati, awak sudah tidak boleh bersentuhan dengan manusia biasa—Selain itu, hanya JUNHYUNG sahaja boleh melihat awak dan bukan manusia lain dan akhir sekali, apabila masa 72 jam itu sudah tamat, nak tak nak awak akan ghaib dari bumi dan awak akan pulang semula ke sini.” Suara itu berkata dengan tegas. Hyuna mengangguk faham dan mengiggit bibirnya. “Baiklah, awak boleh pergi sekarang.”

 

Hyuna senyum gembira. “Terima kasih! Terima kasih banyak-banyak!” Dengan sayapnya yang besar dan cantik itu, dia pun terbang dari ‘paradise’ dan menuju ke bumi. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan Junhyung, walaupun masa sangat singkat.

 

 

Junhyung menghumban kertas-kertas kerjanya ke atas meja. Serabut kepala otaknya memikirkan tentang syarikatnya, dia menghempaskan dirinya ke atas kerusi dan hampir jatuh kebelakang. Kenapa dah makin payah sangat nak menguruskan syarikat ni? 

 

Junhyung mendengar pintunya di ketuk dari luar, Junhyung mengurut kepalanya yang serabut itu “Masuk”. Kelihatan Luhan membuka pintunya dengan tangan penuh dengan fail-fail kerja. Bagus, bertimbun lagi kerja nak dibuat. “Boss, saya dapat fax dari Syarikat Wufan Industries. Encik Wufan kata kalau ‘offer’ dia masih mengambil masa yang lama untuk dipertimbangkan, dia akan tarik balik ‘offer’ tu.” Luhan kata dengan suara yang terketar-ketar sedikit.Takut nanti tak pasal-pasal Junhyung baling mug ke mukanya, siapa lah nak jaga anak bini dekat rumah nanti? Dan lebih penting, pecahlah muka dia yang handsome tui.

 

Junhyung mengeluh dan menumbuk mejanya, 'serabutnya kepala otak aku! Hyuna! Tolong abang!' Luhan masuk kedalam ofis Junhyung dan menutup daun pintu, dia duduk di atas kerusi menghadap Junhyung. “Boss, apa kata boss ambil cuti je la? Saya tengok boss ni serabut semacam.” Luhan meluahkan kata-katanya. Heh, memang aku serabut pun. Aku lagi serabut tengok muka hodoh kau yang tengah ada depan aku ni. “Kalau aku ambil cuti, siapa la yang nak jaga ofis aku ni? Kau tak nampak ke keadaan tengah huru hara sekarang ni?” Junhyung mendengus geram. Luhan menelan air liurnya dan berfikir.

 

“Jangan risau boss, saya dengan sehun akan cuba ambil alih dan selesaikan apa yang ada dekat sini. Boss rehat lah, semenjak kejadian tu boss kelihatan tak terurus. Apa kata boss ambil cuti 3 hari untuk menenangkan fikiran?” Luhan memberikan cadangan. Kesian melihat bossnya, dah lah isteri mati tambah pula syarikat ni jadi ribut… Siapa je lah yang tak terasa macam nak bunuh diri?

 

Junhyung berfikir sejenak. ‘Cuti pun bagus juga ni’ fikirnya. “Awak yakin yang awak dengan Sehun boleh ‘control’ semua ni?” Junhyung bertanya untuk memastikannya. Takut-takut nanti baru je cuti 2 jam, bangunan syarikat ni dah terbakar. Luhan mengangguk yakin “Saya pasti boss! Boss rehat la ye?” Luhan memberikan senyuman kepada Junhyung. Junhyung berdiri dan mengangguk, dia mengambil bengnya yang tergantung di dinding. “Kalau saya kembali dan syarikat ni masih dalam keadaan yang sama, Kau dengan Sehun sekali aku pecat.” Junhyung memberi amaran tegas dan keluar dari ofisnya.

 

Dia memberi harapan yang tinggi kepada Luhan, Harap-harap Luhan dapat handle syarikat ni baik-baik. Aku dah tak tahan dengan masalah-masalah yang menyerabutkan kepala otak.

 

 

Langkah Hyuna terhenti di hadapan pintu rumah Junhyung, dia hendak memulas tombol pintu tapi tangannya tembus pula. Eh? Hyuna pun memboloskan badannya masuk ke dalam rumah. “Wah, seronok juga jadi bidadari ni.” Hyuna membisikan kepada dirinya sambil ketawa kecil. Hyuna melihat suasana dirumahnya, sama seperti ketika dia masih hidup. Hyuna tersenyum dan langkahnya terhenti apabila dia ternampak gambar kahwinnya. Dia merenung gambar itu sambil menahan air matanya, kalau aku tak mati… Mesti kita hidup bahagia sekarangkan? 

 

Tiba-tiba, Hyuna terdengar seolah-solah pintu rumahnya dibuka. Hyuna kelam-kabut mencari tempat untuk menyorok, takut-takut nanti Junhyung sakit jantung tengok dirinya yang sebegini. Hyuna sembunyikan dirinya di dalam stor rumah dan menutup mulutnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

 

“Serabutnya masalah-masalah dekat ofis ni.” Hyuna terdengar Junhyung merungut. “Oh, hi Hyuna. Abang balik awal sikit hari ni, abang mintak cuti.” Hyuna ternganga sorang-sorang dalam stor tersebut. Hyuna mana pula jantan ni jumpa? Dia dah ada Hyuna lain ke? Hati Hyuna diselubungi perasaan cemburu, cepat betul Junhyung jumpa pengganti, nama sama pula tu. Tapi, sejak bila ada perempuan lain dalam rumah ni? Tadi tengok kosong je.

 

“Kenapa tak jawab?” Hyuna terdengar suara Junghyung lagi. Hyuna kecewa, Hyuna punyalah beria-ria nak berjumpa dengan suaminya yang disayangi tu. Rupa-rupanya dia dah jumpa perempuan lain, sia-sia sahaja dia merayu dekat suara tu untuk berjumpa dengannya. “Oh lupa, awak tu gambar je…” kedengaran Junhyung ketawa kecil macam orang tak waras. Eh jap, gambar? Laa… Junhyung bercakap dengan gambar ke dari tadi?

 

Hyuna menahan ketawanya, cemburu tak bertempat aku ni… Kesian laki aku kena tuduh bukan-bukan. Lama-kelamaan, Hyuna berasa kesian terhadap Junhyung. Junhyung sunyi sebab aku tinggalkan dia….

 

Hyuna terdengar pintu biliknya tertutup, Hyuna pun memberanikan diri untuk keluar. Hyuna memberhantikan langkahnya di hadapan pintu bilik. Sanggupkah Junhyung menerima Hyuna dalam keadaan yang begini? Hyuna mengenggam penumbuknya dan memboloskan dirinya masuk kedalam bilik. Eh jap, mana Junhyung? Hyuna melihat sekeliling biliknya dan mendengar seperti air jatuh mencurah-curah ke lantai, rupanya Junhyung pergi mandi.

 

Hyuna hanya sekadar menggeleng dan senyum. Dalam hatinya, dia berharap agar Junhyung dapat menerima dirinya yang bukan dalam keadaan manusia, tetapi sebagai bidadari yang hanya dapat duduk di bumi ini sementara…

 

Hyuna melihat daun pintu tandas Junhyung terbuka, Hyuna hanya berdiri ditempatnya—tidak bergerak langsung. Junhyung yang sedang mengeringkan rambutnya perlahan-lahan memandang kearahnya. “Apalah yang terang sangat ni?” Junhyung merungut menahan matanya yang pedih ditusuk cahaya putih yang terang. Apabila pandangannya tepat kearah Hyuna, mulutnya terlopong. Betulkah apa yang aku tengah tengok ni?

 

Hyuna tersenyum. “Sayang…”. Junhyung menggosok matanya beberapa kali dan melihat Hyuna semula, dia hampir nak pengsan. “H-hyuna…”

 



A/N: Short update! (again) comment,upvote and subscribed jusaeyo !

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sunlight_ #1
Chapter 5: Dh lame x bce fanfic hyuna n junhyung.
YongNeys_ #2
Chapter 5: Best lah story ni authornim, haha jarang jumpa fanfic junhyung yang malay punya hihi apa apa pun, daebak <3
Farah30
#3
Chapter 3: Update soon, authornim. First time bce JuNah vers. Malay. Hope ending dia x sedih sgt :')
SeKaiStalker
#4
gudluck..sounds promising tho ^^
haninad
#5
Chapter 2: update soon :)